NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
Mini Novel: Encik Pemilik Hati 3
Isnin, 11 April 2016 | April 11, 2016 | 4comments

 AMANDA masuk ke dapur dengan wajah sememeh. Rambutnya agak berserabai dan tidak terurus. Sesekali dia menutup mulutnya apabila menguap. Bau yang mengharumkan membuat perutnya berkeroncong sakan.
            Puan Hamidah mengacau ayam rendang di dalam kuali. Api diperlahankan agar rendang tidak hangit. Amanda segera menghampiri Puan Hamidah dan memeluknya dari belakang.
            “Isy, kamu ni dah kenapa Aman? Busuk-busuk peluk orang. Pergi mandi sana. Ayam rendang ni pun dah mandi tahu..” Puan Hamidah merenggangkan pelukan anaknya. Amanda mencebik.
            “Peluk sikit pun dah tak boleh. Tahulah kita ni busuk. Busuk-busuk ni jugalah yang mak rindu nanti”
            “Tak payah nak muncung sangat. Nanti mak kerat campak dalam rendang ni. Nak?” ugut Puan Hamidah bergurau.
            Amanda segera memegang muncungnya. Bukan boleh percaya Cikgu Midah, kalau dia buat sungguh, naya je!
            “Pergilah mandi tu Aman oi. Sekejap lagi ada orang jauh nak datang. Kamu tolong mak buat air ye” Puan Hamidah bergerak ke sinki. Set gelas yang dibelinya di Hong Kong dibasuh dengan berhati-hati. Tetamu istimewa nak datang kenalah layan istimewa.

Nak baca lagi? Tekan sini ~
Mini Novel: Encik Pemilik Hati 2
Ahad, 13 Mac 2016 | Mac 13, 2016 | 4comments

FIQRI menghidupkan motor Yahama C70 milik arwah abahnya. Sekali percubaan, tidak hidup pula. Dua kali percubaan, juga tidak hidup. Fiqri turun dari motorsikal. Entah apa pula masalahnya motor ini. Fiqri menepuk-nepuk seat motorsikal yang sudah koyak di merata-rata tempat itu. Masa orang nak gunalah dia nak rosak. Akhirnya, Fiqri mengambil keputusan untuk jalan kaki sahaja ke rumah Amanda. Ambil angin sambil buang lemak.
            “Nak kemana tu Pik?” soal emaknya yang berada di pintu dapur. Pelik juga tengok Fiqri keluar berjalan kaki.
            “Rumah Aman sekejap mak..” laung Fiqri yang sudah jauh di halaman rumah.
            “Kirim salam semua..”pesan emaknya.
            Fiqri mengangguk dan mengangkat tangan kepada emaknya. Langkah diteruskan menuju ke destinasi yang ingin dituju.
            “Perjalanan jauh tak ku rasa..kerna hatiku melonjak sama...ingin berjumpa Aman dan keluarga yang selalu bermain di mata..” Fiqri menyanyi riang dalam perjalanan menuju ke rumah Amanda. Sudah lama dia tidak bertemu sahabatnya itu.
            Pon! Pon!
            Fiqri terkejut. Langkahnya segera diatur ke tepi jalan. Mujur tak tergelincir masuk bendang. Kalau tidak, sia-sia perjalanannya ke rumah Amanda. Fiqri segera berpaling untuk melihat gerangan insan bertuah yang berani membunyikan hon kepadanya.
            Hafiz Talam mengangkat kening kepadanya. Bibirnya mengoyak senyuman. Fiqri mengetap bibir. Geram. Ingatkan siapa, rupanya mamat talam ni.
            “Kau ni Pit Talam. Buat terkejut aku saja. Kau nak ke mana?” soal Fiqri seraya menghampiri Hafiz Talam.
            “Minta maap ler, kau tu jalan tengah-tengah jalan. Aku nak  pergi ambik talam dekat rumah Cik Esah” Hafiz Talam sengih.

Nak baca lagi? Tekan sini ~
Mini Novel: Encik Pemilik Hati 1
Jumaat, 15 Januari 2016 | Januari 15, 2016 | 3comments



BAB 1

  
K
EPALA Amanda menggeleng ke kiri dan ke kanan mengikut rentak lagu rock kegemarannya. Tingkap yang terbuka membolehkan angin menjengah biliknya. Mulut Amanda terkumat-kamit menyanyikan lagu yang didengari menerusi corong headphonenya.

            Amanda menjeling ke pintu biliknya. Berkunci. Peluang yang baik tak boleh disia-siakan begitu sahaja. Headphone dicabut dan dicampak ke tepi. Volume komputer ribanya dinaikkan sehingga habis. Berdentum biliknya dengan alunan muzik rock yang digemarinya.

            Amanda mula menari-nari bagaikan orang mabuk yang hilang kawalan. Mulutnya menjerit-jerit menyanyi bait-bait lagu yang dihafalnya. Dia benar-benar sudah hanyut dalam dunianya sendiri.

            Amanda berdiri statik. Dahinya berkerut. Seperti ada kurang sesuatu. Terasa seperti tidak cukup kuat, Amanda mengambil keputusan untuk memasang speaker baru yang dibelinya minggu lepas. Wayar speaker dicucuk pada komputer riba dan bertambah kuat dentuman muzik yang terhasil.

            Bum..bum..

            Amanda senyum puas hati. Ini baru pesta! Amanda menari sakan. Bantal peluknya dijadikan stand mic.

            Baru sahaja hujung penyapu hendak bertemu lantai, Puan Hamidah tersentak kerana bunyi muzik yang kuat. Bunyi itu datangnya dari bilik Amanda. Dia mengurut dadanya untuk melegakan degupan jantung yang agak laju sebentar tadi. Bibir diketap geram. Budak ini memang nak kena!

            “Apa yang bising-bising? Ada kenduri ke dekat kampung ni?” soal Encik Azizi yang baru masuk ke dapur.

            “Bukan kenduri dekat kampung tapi kenduri dekat bilik anak awak tu!” Puan Hamidah melepas geram. Encik Azizi menaikkan kening.

            “Biarlah dia. Awak pun, asyik nak marah sahaja. Dia balik cuti, nak lepaskan stresslah gamaknya. Dekat universiti mana dia boleh buat konsert macam tu..” Encik Azizi cuba membela anaknya. Cawan di rak segera dicapai. Tekak yang dahaga perlu dibasahkan.

            “Amboi, sekarang dah pandai berkompromi dengan anak sendiri!” amaran diberi.

            “Saya bukannya nak membela tapi cubalah bagi kebebasan sikit pada Aman tu. Lagipun dia bukannya berkonsert dekat disko pun..”

            “Kalau kita duduk dalam hutan, nak berkonsert sampai pecah speaker pun saya tak kisah. Masalahnya kita duduk di kampung! Suara saya jerit pun dah dengar sampai rumah sebelah sana” Puan Hamidah meletakkan penyapu di tepi kabinet. Lengan baju disinsing ke belakang. 

            “Kalau macam tu, awak janganlah jerit” selamba Encik Azizi berkata.

Puan Hamidah menghadiahkan jelingan kepada suaminya. “Sudahlah, malas saya nak cakap dengan awak. Like father like daughter!” Puan Hamidah keluar dari dapur dan menyusun langkah naik ke tangga. Sempat dia mencapai anak kunci bilik Amanda yang digantung di tepi tangga.

Melihat Puan Hamidah yang menuju ke bilik Amanda, Encik Azizi kalut. Telefon bimbit dipoket dikeluarkan dan nombor Amanda segera didail. Malangnya panggilan kekal tidak berjawab. Encik Azizi resah. Habislah Aman!

Puan Hamidah yang sudah tiba di depan pintu bilik Amanda, segera menutup telinga. Boleh pecah gegendang telingan tuanya itu. Ya Allah, ada juga roboh rumah dibuatnya nanti. Dengan wajah yang menahan geram, dia cuba membuka pintu bilik Amanda. Malangnya berkunci. Tanpa berlengah, Puan Hamidah membuka pintu menggunakan anak kunci yang dibawanya sebentar tadi.

“Amaaaan!!!” dengan sekali nafas, Puan Hamidah menjerit nama anaknya.

Amanda yang sedang menari sakan jatuh tergolek di atas lantai akibat terkejut. Sebaik sahaja dia melihat wajah garang milik Puan Hamidah di depan pintu biliknya, dia segera bangkit dan memperlahan volume. Rambut yang serabai cuba dibetulkan kembali.

“Kamu dah gila ke Aman?!” soalnya garang. Puan Hamidah melangkah setapak ke dalam bilik anaknya.

“Err, mak kenapa tak ketuk dulu pintu tu? Aman tengah lepaskan stress ni..” Amanda sengih.

“Lepas stress apanya macam ni. Rumah ni tunggu masa nak roboh saja tahu. Ha tengok, retak sana sini. Semuanya sebab kamulah Aman!” bebel Puan Hamidah sambil melangkah maju ke hadapan. Jari telunjuk naik ke atas. Menuding ke arah dinding yang retak sedikit.

Amanda mencebik. Dinding itu bukan retak disebabkan olehnya. Retak sebab tukang buat rumah yang tak buat dengan betul. Main-main!

Melihat katil yang bersepah, bekas makanan yang tidak dibasuh serta keadaan bilik yang tidak ubah seperti tongkang pecah membuatkan darah Puan Hamidah naik.

“Ya Allah Ya Rabbi. Apa nak jadi dengan kamu ni Aman? Katil tak berkemas, lantai bilik tak sapu..Eee boleh jadi gilalah mak dengan kamu ni..” suara Puan Hamidah naik satu oktaf.

Amanda segera menutup kedua-dua belah telinganya. Bom atom! Ala, dia bukannya tidak mahu kemas. Sekejap-sekejap lagi dia buatlah cuma sekarang mood dia memang nak berpesta. Tak ada mood langsung nak mengemas.

Encik Azizi yang entah bila berdiri di pintu bilik, memandang tepat ke arah anaknya. Sebaik sahaja pandangan mereka berlaga, mata Amanda segera memberi isyarat. Encik Azizi membalas bahawa dia sudah memberi amaran kepada Amanda tentang kedatangan Puan Hamidah. Amanda mencebik.Entah ya entah tidak abahnya itu.

“Kamu kemas sekarang! Kalau tak, mak panggang kamu hidup-hidup buat lauk tengah hari ni!” amaran Puan Hamidah. Marahnya benar-benar di puncak. Mujur sahaja akal warasnya masih ada. Jika tidak, mahu lembik Aman dikerjakannya. Kalau budak kecil, bolehlah rotas sedas dua. Ini dah besar panjang.

“Amboi mak! Kejamnya nak panggang Aman, dah tak sayang anak sangat ke?” Amanda mempamerkan muka sedih. Gimik!

Puan Hamidah tidak layan akan cerita sedih yang dilakonkan oleh Amanda itu. Dia lebih sibuk memeriksa bilik anaknya. Pintu almari dibuka. Terpampanglah segala ‘harta karun’ Amanda selama ini. Longgokan kain jatuh ke bawah apabila pintu almari dibuka. Kini rahsia tidak lagi menjadi rahsia.

“Amandaaa!” jerit Puan Hamidah lagi. Kalah Tarzan.

Amanda menepuk dahi. Kenapalah aku lupa nak sorok kunci almari tu. “Apa dia mak? Kalau mak jerit macam ni hari-hari, mak boleh hilang suara tahu” Amanda cuba berlagak tenang.

“Mak tak kira. Mak nak kamu kemas semua baju-baju ni, lipat elok-elok. Yang perlu digantung, kamu gantung. Yang perlu disusun kamu susun cantik-cantik. Mak bagi masa satu jam dari sekarang.. Kalau tidak..”

Amanda menjongket kening. “Kalau tidak apa?” soalnya ingin tahu.

“Kalau tidak, semua barang-barang Aman mak bakar. Habis cerita, sebarang rayuan tidak diterima” Puan Hamidah keluar dari bilik Amanda.  

“Mak, mana cukup satu jam” jerit Amanda apabila Puan Hamidah sudah melangkah jauh. Namun jeritannya itu tidak berbalas.

Encik Azizi masuk ke dalam bilik anaknya. Sejak tadi dia jadi pemerhati drama anak dan isterinya itu.

“Bah, mana sempat 1 jam. Superbibik pun buat semua kerja dalam masa 3 jam” Amanda terduduk di birai katil. Dia terasa mahu menjerit dan memberontak tetapi nanti jadi anak derhaka pula.

“Boleh Aman, sebab itu Abah kata jangan sepah-sepahkan bilik. Bila jadi macam ni, mulalah pening. Ingat Aman, strategi tu penting. Baju tu Aman gantung banyak-banyak, nanti tak payah kena lipat sangat” ajar Encik Azizi.

“Awak jangan nak mengada-ngada nak tolong anak kesayangan awak tu.  Turun bawah tolong saya” Puan Hamidah berpatah balik ke bilik anaknya apabila menyedari suaminya tidak turun ke bawah.

Encik Azizi diam. Akhirnya, dia bangun dari duduk. Belakang Amanda digosok perlahan. Bukan takut isteri, tapi kalau jaga hati isteri. Cikgu Midah merajuk..jangan mimpilah boleh pujuk dua tiga hari.

“Bekas makanan ni biar Abah bawak turun bawah. Penyapu nanti Abah letak tepi bilik Aman. Sekarang Aman pergi mandi dulu, lepas tu kemas katil dan sapu lantai” arah Encik Azizi.

Amanda angguk kepala tanda faham. Sebaik abahnya keluar, dia segera mengambil tuala dan berlalu ke bilik air. Lebih baik dia bersihkan diri dulu. Keluhan terbit di bibirnya. Cuti sem yang sangat membosankan. Ingat balik bolehlah hilangkan stress belajar. Alih-alih bertambah stress dengar bebelan emak. Mujurlah ada emak seorang sahaja. Kalau emak lain? Nauzubillah.




“SAYA risaulah dekat Aman tu bang. Makin hari bukan makin baik, makin teruk nampak gayanya. Awak tengok sajalah bilik dia tadi macam mana. Silap haribulan, tikus pun dia ‘ternak’ sekali” bebel Puan Hamidah yang ralit menyapu sampah. Darahnya yang naik tadi kempada kepada aras normal.

            “Entahlah Cikgu Midah, saya sendiri pun dah tak tahu nak cakap macam mana. dah besar panjang, nak lentur pun tak guna lagi dah. Nak nasihat? Hmm, macam curah air ke daun keladi jelah” Encik Azizi juga runsing.

            “Tak boleh dibiarkan tu bang. Kita kena fikir satu cara yang boleh buat dia berubah. Tapi...cara apa yang kita boleh guna?” Puan Hamidah kini sudah duduk berhadapan Encik Azizi di meja makan.

            “Hurm..entahlah Midah, saya sendiri pun pening dengan sikap dia. Nak kata ikut saya, sepatah haram lagu rock pun saya tak minat. Ni mesti ikut awak” tuduh Encik Azizi.

            “Eh awak ni. Asal yang buruk je saya, yang baik semua ikut awaklah?” Puan Hamidah mencebik.

            Encik Azizi sengih. “Semua ni sebab awak...” sambungnya lagi.

            Membulat mata Puan Hamidah apabila dituduh sedemikian. Dia bangun dari kerusi. Bersiap sedia untuk ‘bertarung’ suara.

            “Amboi, awak ni ya. Buruk semua bagi dekat saya”

            “Semua ni takkan terjadi kalau awak tak ke konsert rock masa mengandungkan dia” ayat yang diutarakan oleh Encik Azizi membuatkan Puan Hamidah menelan liur kesat.

            “Ma..macam mana awak tahu?” Puan Hamidah gagap. Setahunya, sudah  berpuluh tahun rahsia itu tersimpan kemas.

            “Awak lupa ke saya ni Cikgu? Saya ada ramai anak murid lah yang selalu report pasal pergerakan awak. Sudahlah, malas saya nak bahas pasal ini lagi. Perkara pun sudah berpuluh tahun berlalu” Encik Azizi bangkit dari duduk. Malas dia berlama-lama di situ.

            Puan Hamidah telan liur. Ah, itukan kisah lama. Kalau dah takdir, tak pergi konsert pun perangai Amanda tetap begitu.

            Apa yang penting sekarang, dia perlu memikirkan cara untuk ‘melentur’ Amanda kembali ke fitrah asal di mana penuh dengan sifat keayuan dan kesopanan. 










Mini Novel: Encik Pemilik Hati PROLOG
Jumaat, 18 Disember 2015 | Disember 18, 2015 | 8comments

   
PROLOG

Suatu ketika dahulu...

 P
UAN HAMIDAH muncung sakan. Cawan plastik yang dibasuhnya dihempas ke dalam sinki sebelah. Encik Azizi yang mengintai di pintu dapur mengeluh panjang. Isterinya itu kalau merajuk bukan sehari dua. Sudahlah susah nak pujuk.

            Encik Azizi melangkah masuk ke dalam dapur. Dia berdiri di tepi isterinya. Puan Hamidah yang menyedari kehadiran suaminya segera beralih sedikit bagi menjarakkan dirinya. Encik Azizi tidak mengalah. Dia merapatkan badan ke arah isterinya sehingga tiada ruang di antara mereka. Puan Hamidah cuba menjauh tetapi terhalang oleh kabinet berbentuk L. Dia merengus kasar.

            “Beri saya 3 sebab kenapa saya wajib bawa awak pergi konsert tu” arah Encik Azizi yang mula mengalah. Orang mengandung ini lain macam sikit sensitifnya.

            “Pertama..Sebab anak awak dalam perut ni gedik sangat nak tengok rocker terkenal tu. Kedua,  sebab saya dah lama tak terlibat dalam aktiviti luar. Nak poco-poco pun dah tak larat dan yang ketiga sebab awak dah janji..” Puan Hamidah sengih. Tahu benar yang suaminya akan mengalah.

            “Tapi Midah..Awak pun tahukan..Awak itu mengandung, tak elok pergi ke tempat-tempat macam itu. Lebih baik awak ikut saya dengar ceramah kat surau..” nasihat Encik Azizi yang bimbang dengan keadaan isterinya.

            “Sekali sekala saya naklah juga berhibur. Takkanlah saya nak dengar ceramah agama 24 jam..” mood Puan Hamidah berubah.

            “Tak baik cakap macam tu Midah. Hidup kita ni kena selalu mencari ilmu agama bukannya terkinja-kinja dekat konsert tak berfaedah awak tu. Sudahlah malas saya nak layan awak. Saya tak benarkan awak ke sana, duduk rumah tengok konsert di televisyen sahaja” Encik Azizi sedikit terkesan dengan kata-kata isterinya. Puan Hamidah yang kini agak berbeza. Garangnya melampau-lampau. Degil. Cakap pun main lepas sahaja. Minta-minta tidak turun ke anaknya nanti.

            Puan Hamidah tidak berpuas hati. Pinggan disusun kasar di rak. Ini tak boleh, itu tak boleh. Dia bukannya boneka di rumah ini. Dia juga ingin keluar dari kepompong kecil ini. Dia ingin melihat dunia dan yang paling penting dia ingin melihat konsert rock itu buat kali pertama dan terakhir sebelum melahirkan anak.

            “Sabarlah Midah, mak tahu apa yang kamu rasa. Kita orang perempuan tak sama macam laki-laki. Kita mengandung, mengidam..Mereka apa yang tahu. Nanti mak bawa Midah ke konsert tu tapi dengan syarat...” Mak Mertuanya mengusap-ngusap belakang Puan Hamidah. Dia terdengar perbalahan kecil antara anak dan menantunya sebentar tadi. Bukan niatnya ingin masuk campur, dia cuma mahu menghilangkan kempunan orang mengandung sahaja.

            “Syarat? Apa dia mak?” Puan Hamidah tersengih gembira. Bahu mak mertuanya dipeluk kemas.

            “Syaratnya...Ini kali pertama dan juga kali terakhir dalam hidup kamu. Mak tak nak lepas ni kamu terlibat lagi dengan dunia rocker ni.Tak nak sama sekali!” tegas mak mertua Puan Hamidah.

            “Okay mak, Midah janji. Lagipun bukan Midah nak sangat pergi tapi baby dalam perut ni yang beria nak tengok..” Puan Hamidah memeluk mak mertuanya.


            “Ini rahsia kita berdua sahaja. Jangan beritahu sesiapa...” pesan mak mertuanya. Puan Hamidah mengangkat tapak tangan tanda berjanji. Perasaan gembira melonjak-lonjak di hatinya. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Tertunai juga hajatnya...
MINI NOVEL: DIA KESAYANGANKU 6
Isnin, 31 Ogos 2015 | Ogos 31, 2015 | 6comments


KEPALAnya terasa berat. Sakit. Digagahi jua membuka mata. Kelihatan Mira sedang berborak dengan Ed. Aku di mana? Scha pandang sekeliling untuk memerhatikan keberadaannya. Hurm, dalam bilik hotel rupanya.

            “Mira..” panggilku perlahan.

            “Eh kau dah sedar. Alhamdulillah. Risau kita orang tahu” Mira segera mampir ke arah Scha. Dibantunya Scha untuk bangun dari pembaringan.

            “Aku kenapa?” soalnya setelah berasa pulih dari pening yang melanda.

Nak baca lagi? Tekan sini ~
#SegmenMuhasabahDiri: Sabarlah Duhai Hati!
Isnin, 30 Mac 2015 | Mac 30, 2015 | 4comments


Kenapa Allah turunkan ujian? Tak perlu tanya Allah.

          “Ya Allah, kenapa aku yan ditimpa ujian ini?”

          “Kenapa aku? Sungguh aku tak kuat”

Tak perlu dan tak payah tanya Allah begitu kerana setiap perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Allah turunkan ujian kerana dia rindukan suara dan luahan kita menghadapNya. Rindu dengar luahan hati kita. Kenapa mesti nak salahkan Allah? Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. 

Nak baca lagi? Tekan sini ~

Label:

Cerpen Bersiri: Gadis Basikal Part 3
Selasa, 2 Disember 2014 | Disember 02, 2014 | 8comments



2 tahun kemudian..

“MARI balik Qisya. Dah nak maghrib ni” Qisya bangun dan mengelap air mata di pipinya. Batu nisan yang baru itu diusap.

Nak baca lagi? Tekan sini ~

Label:

Cerpen Bersiri: SBU 7
Selasa, 25 November 2014 | November 25, 2014 | 10comments


NAWFAL membuka pintu bilik hotel. Eh tak kunci? Dia hairan. Namun, disebabkan rasa kantuk yang lebih menguasai, dia membiarkan sahaja perkara itu. Langkah kaki dibawa ke katil seraya menghempaskan tubuhnya. Fuh, lega dapat katil!

          Suraya terkejut. Eh, Ayish ni! Masuk bilik pun tak beritahu. Dia menoleh ke belakang. Nawfal yang ketika itu sedang bergolek-golek di atas katil menjerit terkejut.

          “Oh mummy kau! Mummy Pontianak terbang cari Fal” habis segala ayat yang keluar dek terkejut. Suraya yang tidak dapat menahan lucu mendengar bait-bait bicara Nawfal terus melepaskan tawa.

Nak baca lagi? Tekan sini ~

Label:

Cerpen Bersiri: Gadis Basikal Part 2
Selasa, 21 Oktober 2014 | Oktober 21, 2014 | 6comments


Assalamualaikum Sorry lambat. Final exam. Ada satu lagi paper. Wish me luck. Selamat membaca. Jst leave your comment :) 
Nak baca lagi? Tekan sini ~

Label:

Cerpen Bersiri: SBU 6
Isnin, 6 Oktober 2014 | Oktober 06, 2014 | 5comments

hye semua. Okay nak belanja SBU part 6. lebih ni dah exam. maybe x update maybe akan ada update. tengoklah Kalau sempat. exam habis 28 hb. so lepas tu, saya akan mula aktif balik. menyiapkan karya-karya yang tertangguh. minta maaf di atas sebarang kesilapan. wish me luck >_<

Nak baca lagi? Tekan sini ~

Label:

#SegmenMuhasabahDiri: Jodoh yang Baik datang dariNya
Rabu, 1 Oktober 2014 | Oktober 01, 2014 | 9comments





Siapa jodoh kita? Pernah terfikir? Bohonglah kalau bilang tidak. Semua orang pasti menginginkan jodoh yang terbaik. Cuba fikir, macam mana kita nak dapatkan jodoh yang baik?


Nak baca lagi? Tekan sini ~

Label:


Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go