NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 3
Isnin, 15 Mei 2017 | Mei 15, 2017 | 0comments

BAB 3

S
EBUAH kereta mewah masuk ke perkarangan rumah Raziah dan Rahman. Rahman ketika itu sedang menebas rumput yang semakin meninggi di tepi rumah Matahari yang terpacak di kepala tidak dihiraukan.. Sebaik sahaja melihat ada tetamu yang datang, Rahman berhenti menebas dan segera menapak ke kereta mewah tersebut.
            Seorang perempuan berusia lingkungan umur 50-an keluar dari kereta mewah bercermin gelap itu. Wajah yang garang dan tanpa senyuman itu membuatkan Rahman terkejut sakan.
            “Ab..” Raziah yang berdiri di muka pintu terkejut sakan. Dia baru sahaja hendak meminta Rahman ke kedai membeli beras. Beras di dapur sudah habis, sebentar lagi pasti Uteh akan pulang dari sekolah.
            “Puan nak apa datang ke mari?” soal Rahman dingin.
            “Amboi, kau tak mahu jemput aku masuk ke?” sinis perempuan itu. Kaca mata hitam dinaikkan ke atas kepala. Sesekali tangan melibas-libas muka. Panas.
            “Jemput masuk Puan. Teratak kami buruk sahaja bukan macam rumah Puan” perli Rahman pula.
            “Kau yang pilih untuk hidup menderita Rahman” kata wanita itu sebelum mengikuti langkah Rahman menuju ke pintu rumah.
            Raziah tergamam. Kakinya tidak mampu bergerak waima selangkahpun sehingga ditegur oleh Rahman.
            “Buatkan air Yah, kita ada tetamu” Rahman bersuara. Raziah mengangguk dan berlalu ke dapur. Pipi ditampar-tampar perlahan bagi memastikan ini adalah realiti dan bukan mimpinya semata-mata.
“Mana cucu aku?” soal wanita itu setelah melabuhkan duduk di atas sofa kayu yang tidak berapa empuk itu. Maklumlah kerusi sudah berpuluh tahun usianya.
“Uteh ke sekolah puan. Waktu-waktu macam ni memang kami berdua saja yang ada di rumah” Rahman berbasa basi. Tak baik pula kalau layan tetamu dengan buruk.
“Aku datang ni bersebab” Puan Zainab bersuara lagi.
Nak baca lagi? Tekan sini ~
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 2
Jumaat, 12 Mei 2017 | Mei 12, 2017 | 1comments

BAB 2


“U
TEH buat apa tu?” soal Raziah lalu duduk di sebelah anaknya. Rahman yang sedang menghembuskan asap rokok daun sesekali berpaling.
“Uteh buat kerja sekolah mak. Uteh nak jadi pandai, nanti boleh kaya..” ujar Uteh bersemangat.
            “Uteh belajar rajin-rajin ya. Bila dah kaya jangan lupa orang susah sebab kita pun susah. Uteh janji dengan mak ya?” Raziah menahan air mata.
            “Mestilah Uteh janji mak. Orang susah pasti akan Uteh bantu, mereka dah macam keluarga Uteh”
            “Kalau macam tu, sejuk sikit hati mak dengar. Macam mana kaya pun Uteh nanti, rumput di bumi jangan dilupakan” pesan Raziah berkias. Dia tidak mahu Uteh menjadi orang yang sombong dan lupa diri kelak.
            Uteh mengangguk faham.
“Mak..mak, boleh Uteh baring atas riba mak?” pinta Uteh. Raziah menangguk. Uteh melabuhkan kepala di atas riba Raziah. Raziah membelai rambut anak lelakinya itu.
            “Mak, mak..Cikgu kata karangan yang Uteh buat boleh masuk pertandingan. Mak benarkan tak kalau Uteh masuk pertandingan? Tapi bayarannya mahal mak, RM50” Uteh memandang wajah Raziah. Rahman berdehem.
            “Erm, mak tak ada masalah tapi..” belum sempat Raziah menghabiskan bicara, Rahman segera menyampuk.
            “Bila tarikh tutupnya Uteh?” soal Rahman.
Nak baca lagi? Tekan sini ~
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 1
Ahad, 7 Mei 2017 | Mei 07, 2017 | 2comments


BAB 1


“S
AYA tak minta pun duit awak. Saya boleh cari sendiri, kudrat saya masih kuat untuk membanting tulang. Awak simpanlah duit awak itu, mana tahu esok lusa awak sakit semula. Boleh juga guna duit itu beli ubat..” Rahman mengibas-ngibaskan badannya yang kepanasan setelah pulang dari menoreh getah.
            Raziah kembali menyimpan wang yang dihulurkan kepada suaminya sebentar tadi. Niatnya hanya satu. Cuma mahu membantu suami yang perit jerih bekerja menampung perbelanjaan mereka.
            “Semua ni salah saya kan bang. Kalaulah dulu saya dengar cakap arwah mak supaya jangan kahwin dengan abang, abang mesti takkan hidup miskin macam ni” Raziah duduk di tangga rumah sambil mengenang masa silam.
            “Awak menyesal kahwin dengan saya ke Yah?” soal Rahman yang berdiri di sisi basikalnya. Langkah terhenti selepas mendengar bicara Raziah sebentar tadi.
            “Tak bang, saya sama sekali tak menyesal. Cuma saya terkilan. Sebab saya, abang terpaksa hidup susah payah macam ini” Raziah membetulkan kembali ayatnya sebentar tadi. Bimbang si suami terasa hati.
            “Tak usahlah dikenang Yah, kita dah berkahwin dah pun. Inilah takdir kita, Tuhan uji sebab DIA nak tengok sejauh mana kemampuan kita..” Rahman menuntun basikal tuanya masuk ke bawah rumah. Dia malas hendak mengungkit kisah lama. Baginya yang lama itu biarkan berkubur begitu sahaja.
            “Yelah..”balas Raziah pendek.
Nak baca lagi? Tekan sini ~

Label:


Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go