Cerpen Bersiri: SBU 7
Selasa, 25 November 2014 |
November 25, 2014 | 10comments
NAWFAL
membuka pintu bilik hotel. Eh tak kunci? Dia hairan. Namun, disebabkan rasa
kantuk yang lebih menguasai, dia membiarkan sahaja perkara itu. Langkah kaki
dibawa ke katil seraya menghempaskan tubuhnya. Fuh, lega dapat katil!
Suraya terkejut. Eh, Ayish ni! Masuk
bilik pun tak beritahu. Dia menoleh ke belakang. Nawfal yang ketika itu sedang
bergolek-golek di atas katil menjerit terkejut.
“Oh mummy kau! Mummy Pontianak terbang
cari Fal” habis segala ayat yang keluar dek terkejut. Suraya yang tidak dapat
menahan lucu mendengar bait-bait bicara Nawfal terus melepaskan tawa.
“Kau siapa?” Nawfal terus menjerkah.
Terkejut Suraya.
“Eh, patutnya aku yang tanya kau
siapa. Kau yang masuk bilik aku tiba-tiba” marah Suraya pula. TIba-tiba pintu
bilik hotel diketuk. Nawfal segera ke pintu dan membukanya.
“Maaf dik. Kami dapat aduan, dalam
bilik ini ada lelaki dan perempuan bukan muhrim berdua-duaan. Boleh kami
masuk?” Kata salah seorang Abang Lebai yang muncul di depan pintu. Ada empat
orang kesemuanya. Nawfal rasa hendak pengsan ketika itu.Ya Tuhan! Dugaan apa
ini?
Suraya bagaikan di awang-awangan. Dan
tiba-tiba sahaja, pandangannya kelam. Nawfal panik. Kau ni perempuan! Nak
pengsan ajaklah aku sekali. Ni tinggal aku seorang diri. Nak jawab apa? Hati
Nawfal sudah berbolak-balik tidak tentu arah.
“Erk! Macam ni ceritanya encik, saya
salah masuk......” belum sempat Nawfal menamatkan ceritanya, datang seorang
wanita sebaya mummynya.
“Nak, apa yang kamu berdua dah buat”
tanya Puan Mazura sambil berpura-pura menangis.
“Mak cik, sumpah saya tak buat
apa-apa. Semua ni salah faham. Encik, tolong saya.” Nawfal sudah tidak tahu
hendak berbuat apa. Dia merayu-rayu kepada pegawai Jabatan Agama Islam itu.
“Demi menutup aib anak mak cik, tolong
kahwini dia..Mak cik mohon nak” dumm! Dan kali ini, jasad Nawfal pula landing
elok sebelah Suraya.
MATA
cuba dicelikkan. Pedih. Seketika Nawfal rasa hairan. Kenapa ramai orang ni?
Kenapa mummy senyum? Kenapa? Kenapa aku duduk atas katil ni? Arghh serabut. Jerit
hatinya.
“Mummy, kenapa ramai orang?” soalnya.
Puan Sri Nora tersenyum. “Congrats
anak mummy. Dah besar panjang, dah boleh kahwin” dia masih berkias.
“Hah?” Nawfal blur.
“So, bila boleh langsungnya Puan Sri?”
tanya Puan Mazura.
“Ma, Aya tak nak...” Suraya sudah
menangis. Nawfal tertanya-tanya.
“Saya tak kisah..Terpulang pada pihak
perempuan..” ujar Puan Sri Nora.
“Kalau macam itu, 3 hari lagi kita buat
majlis akad nikah dan lepas Nawfal habis exam baru bersanding. Boleh?” eputusan sudah dibuat. Puan Mazura nekad.
“Lagi cepat lagi bagus” Puan Sri Nora
tersenyum.
“Apa ni mummy? Mak cik? Siapa yang nak
kahwin?” dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Kamulah” jawab mummynya ringkas.
“Hah?!!” semua yang ada di dalam wad
itu menutup telinga. Kuat betul suara Nawfal menjerit sampaikan nurse datang
tegur.
“Apa ni mak cik? Saya tak sentuh anak
mak cik langsung. Tak percaya tanya dia” Nawfal menuding jari pada Suraya.
Gadis genit itu mengangguk dengan bersungguh-sungguh sekali.
“Ni soal maruah. Kahwini dia atau mak
cik saman?” Puan Mazura mengugut.
" Mummy! Fal baru 17 tahun" dia mengeluh.
Pun Sri Nora merayu dan memujuk
Nawfal. Akhirnya, perkataan keramat timbul juga di bibir Nawfal. Puan Mazura
tersenyum puas. Begitu juga dengan Puan Sri Nora. Datin Sophie mengucapkan
tanda syukur kepada Allah. Dia yang dari tadi tidak menyampuk turut gembira
dengan keputusan ini.
“Mama tak adil..Mama kejam” Suraya
bangun sambil menangis. Dia terseksa. Langkah kaki mulai dibuka.
“Selangkah kamu lari dari perkahwinan
ini, kamu bukan anak mama lagi” tegas suara Puan Mazura. Semua yang ada di situ
tergamam. Suraya terduduk di atas lantai. Dia menangis sepuas-puasnya.
AYISH
berjaya membuka ikatan tali pada pergelangan tangannya. Seingatnya, dia
tertidur dan apabila bangun-bangun sahaja dia sudah diikat. Mukanya pula ditutup
dengan kain. Mujur sahaja tidak lemas. Siapalah yang naya aku ni?!
Dia segera ke pintu. Berkunci! Arghh.
Idea sudah mari. Mujur sahaja bilik dia di tingkat dua. Selimut diambil dan
diikat pada tiang balkoni. Perlahan-lahan dia turun dan akhirnya. Berjaya!
Selepas memakai selipar, dia terus
berlari ke rumah Suraya. Sunyi! Ayish berlari ke pondok telefon. Mujur sahaja
dalam kocek seluarnya ada wang syiling sebanyak 50 sen. Terima kasih Ya Allah.
Nombor Datin Spohie didail.
“Assalamualaikum..Ma dekat mana? Rumah
kita kena rompak ke mama?”
“Wa..waalaikumussalam..Ye..ye. Kita
kena rompak. Mama ada dekat balai ni tengah buat report. Sorry mama lupa nak
buka pintu bilik kamu” terkejut Dation Sophie dibuatnya. Mujur sahaja Dato’
Syukri tiada di rumah. Kalau tidak mahu mengamuk dia.
“It’s okay. Mama tak ada cedera
apa-apakan?” soal Ayish prihatin.
“Tak ada. By the way, macam mana kamu
keluar?”
“Pakai selimut ikat dekat tiang
balkoni bilik”jawabnya.
“Oh. Mama ada kerja ni” Datin Spohie
ingin segera menamatkan talian.
“Ops sorry! Okay assalamualaikum.” Ayish menamatkan talian.
SURAYA
memandang cermin di hadapan. Tiada secalit senyuman pun yang menghiasi
wajahnya. Sedih, kecewa semuanya bersatu dalam dirinya. Puan Mazura masuk ke
dalam bilik lalu duduk di sebelah anaknya itu.
“Maafkan mama Aya..” dia memeluk anak
itu.
“Mama tak sayang Aya lagi dah” luah
Suraya sedih.
“Bukan macam tu Aya. Sebab mama sayang
Ayalah mama buat keputusan ini. Percaya pada mama. Suatu hari nanti, Aya dan
Nawfal akan bahagia. Insya-Allah.” dia mengusap-ngusap lembut kepala Suraya.
Suraya diam membisu. Air mata yang
mengalir dibiarkan sahaja.
“Sudah mari turun. Tok Kadi dah
sampai. Jangan menangis sayang. Habis tak cantik dah” Puan Mazura mengesat air
matanya anaknya.
“Maaa...” rengek Suraya.
“Sayang, cuba senyum. Anggap ni
permintaan terakhir mama. Lepas ni mama takkan minta apa-apa lagi” sayu hati seorang ibu. Suraya turun ke ruang tamu rumah
sambil dipimpin oleh Puan Mazura. Beberapa saudara dan sahabat handai mamanya
yang datang terpegun melihat kecantikan Suraya.
Suami aku bawah umur! Huwaa....Maluuuu...!
Suraya menjerit di dalam hati. Sungguh dia sangat malu. Nawfal muda darinya.
Nawfal juga masih bersekolah.
Usai Tok Kadi memberikan sedikit
nasihat kepada Nawfal, upacara akad nikah mula dilangsungkan. Sejuk tangan
Nawfal tak usah dikata. Nasib baik dia dah praktis dua jam sebelum itu. Kalau
kerana mummy yang paksa, memang tak dia akan hafal nama perempuan itu.
Kini tibalah acara membatalkan air
sembahyang. Nawfal mencium sedikit dahi Suraya. Selepas itu dia meletakkan
tangan di ubun-ubun isterinya dan membacakan sepotong doa. Sayu hati Suraya dan Nawfal.
Masing-masing tidak menjangka akan nasib mereka. Dua-dua tersepit dengan insan
tersayang.
SURAYA dan Nawfal pulang ke rumah Puan Sri Nora .
Malam itu, beberapa orang tetamu tidur di rumah agam milik keluarga Nawfal.
Tidak ketinggalan Puan Mazura dan Datin Sophie.
Malam semakin larut. Suraya menahan
kantuk yang menguasai diri. Nawfal sudah lama masuk ke dalam bilik. Mahu study
katanya. Ah, ada aku kisah?
“Sudahlah Aya, kalau mengantuk pergi
tidur. Mata kamu tu kalau boleh sanggah dengan lidi, dah lama dibuatnya kot”
perli Puan Mazura. Akhirnya Suraya mengalah. Dia masuk tidur.
Ketika hendak memulas tombol pintu
bilik Nawfal, jantungnya tiba-tiba berdebar. Apahal jantung ni?! Ah! Mainan perasaan. Dia membuka pintu
dan kelihatan figura Nawfal yang sedang menggaru-garu kepala sambil menghadap
sehelai kertas. Suraya terjeguk-jenguk. Study apa mamat ni? Nampak macam stress
aje?
“Nak saya tolong?” tegur Suraya.
Terlepas pen di tangan Nawfal. Dia mengurut dadanya.
“Isy, awak ni. Kot ya pun nak masuk,
bagilah salam” Nawfal mengurut dadanya. Terkejut.
Suraya mencebik. Nak ceramah orang
pulak?
“Awak tahu tak nak buat soalan ni
macam mana?” Nawfal menuding ke arah soalan yang dimaksudkan. Suraya berfikir
sejenak.
“Alah senang sahaja ni. Addmath ni,
awak kena faham konsep dan ingat formula. Tu aje. Simple” Suraya mula
menerangkan satu persatu. Hilang rasa kantuknya sebentar tadi.
Malam itu, mereka terus leka dan leka.
Tiada pergaduhan yang berlaku cuma sesekali Suraya menepuk bahu Nawfal kerana
geram dengannya yang tidak ingat formula. Mereka tidak seperti pasangan lain.
Pada malam pertama, mereka sibuk berbincang mengenai Addmath!
Label: cerpen bersiri 2014