Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Mini Novel: Encik Pemilik Hati PROLOG

Imej
PROLOG
Suatu ketika dahulu...
 P UAN HAMIDAH muncung sakan. Cawan plastik yang dibasuhnya dihempas ke dalam sinki sebelah. Encik Azizi yang mengintai di pintu dapur mengeluh panjang. Isterinya itu kalau merajuk bukan sehari dua. Sudahlah susah nak pujuk.
            Encik Azizi melangkah masuk ke dalam dapur. Dia berdiri di tepi isterinya. Puan Hamidah yang menyedari kehadiran suaminya segera beralih sedikit bagi menjarakkan dirinya. Encik Azizi tidak mengalah. Dia merapatkan badan ke arah isterinya sehingga tiada ruang di antara mereka. Puan Hamidah cuba menjauh tetapi terhalang oleh kabinet berbentuk L. Dia merengus kasar.
            “Beri saya 3 sebab kenapa saya wajib bawa awak pergi konsert tu” arah Encik Azizi yang mula mengalah. Orang mengandung ini lain macam sikit sensitifnya.
            “Pertama..Sebab anak awak dalam perut ni gedik sangat nak tengok rocker terkenal tu. Kedua,  sebab saya dah lama tak terlibat dalam aktiviti luar. Nak poco-poco pun dah tak larat dan yang ketig…