Cerpen Bersiri: Gadis Basikal Part 2
Selasa, 21 Oktober 2014 |
Oktober 21, 2014 | 6comments
Assalamualaikum Sorry lambat. Final exam. Ada satu lagi paper. Wish me luck. Selamat membaca. Jst leave your comment :)
“QISYA!” jerit Amzar ketika gadis itu melewati rumah
neneknya. Qisya menoleh sekilas sambil mendengus. Apa lagi mamat ni nak dari
aku?
“Apa?” dia
menyoal malas. Amzar segera menyarung selipar lalu berlari terkocoh-kocoh ke
arah Qisya.
“Nak nombor phone” pinta Amzar tanpa rasa segan. Qisya
pula yang malu.
“Saya tak guna phone. Orang kampunglah katakan.
Bukannya macam orang tu” sinis Qisya.
“Hurm, tak payahlah nak perli-perli...” Amzar
mencebik. Telefon dari dalam kocek seluarnya dikeluarkan. Nombor seseorang
didail.
Lagu Love You Like A Love Song berkumandang. Qisya
mengetap bibirnya. Kantoi! Amzar tersengih sinis.
“Tu phone nenek saya” Dalih Qisya. Masih tidak mahu
memberitahu hal yang sebenar.
“Pandai nenek awak dengar lagu omputeh. Tip top.
“sinis Amzar. Qisya menahan geram.
“Buat apa awak minta kalau awak dah tahu?” Qisya
menyerbu.
“Saja..Saya nak tengok sejauh mana sikap awak kalau
berhadapan dengan lelaki dan ternyata awak tak mudah beri maklumat peribadi.
Tahniah, awak lulus ujian pertama” Amzar menepuk tangan. Qisya tertanya-tanya.
“Ujian apa ni? Eh, saya dah habis SPM lah”
“Ujian Cari Calon Isteri oleh Amzar Faiq” beritahu
Amzar seraya berlari masuk ke dalam rumah. Gila nak tunggu? Ada kena pancung
sekejap lagi. 1..2..3... bom atom akan meletop..
“Amzzzaaaarrrr!” jerit Qisya geram. Dihentak-hentak
kakinya ke atas bumi. Amzar yang mengintai melalui jendela rumah hanya
tersenyum riang. Comel!
“Amzar oi. Jangan diusik sangat si Qisya. Anak dara
orang tu” tegur Tok Wan Sabri. Automatik Amzar jadi budak baik. Dia tunduk
hormat kepada datuknya.
“Maafkan Amzar tok wan” ceh! jadi budak baik ek ko
Amzar? hatinya berbisik sendiri.
“Kalau suka bilang suka, kalau benci bilang
benci...” Tok Wan Sabri mula berkias. Duduk dilabuhkan di kerusi malas di tepi
tingkap. Rokok daun yang tersisip di bibir dicucuhkan dengan petik api.
“Maksud tok wan?” Amzar tidak faham.
“Isy, kamu ni. Belajar kemain tinggi, tok wan
berkias sikit pun dah tak faham”
“Dekat U mana ada ajar semua ni tok wan” Amzar
membuat loyar buruk.
“Kamu suka ke dekat si Qisya tu?”
“Erk!....” kelu
lidah Amzar untuk menjawab.
“Kita ni Melayu..Penuh dengan adat. Kalau suka,
masuk meminang.” rokok daun dihisap dengan penuh asyik.
“Boleh ke tok wan? Erm, kira jadi lah ni?” Excited
benor si Amzar. Muka berseri-seri je. Tok Wan Sabri tergelak dengan reaksi
cucunya.
TELEFON milik Qisya berbunyi. Dia menekan butang hijau.
Salam dihulur sebagai pembuka bicara.
“Qisya!” panggil Amzar teruja dan
gembira.
“Isy, awak ni kenapa?"
“Saya dah dapat green light.
Yahooooo!” Amzar menjerit kegirangan. Qisya menjarakkan telefon bimbit daripada
telinganya. Bingit.
“Kalau ya pun nak menjerit, tutuplah
dulu telefon. Bingit tahu. Apa yang green lightnya? Ada kena mengena dengan
saya ke?” serabut Qisya dengan Amzar. Mamat ni suka betul kacau ketenteraman
aku.
“Tok wan bagi green light suruh pinang
awak”
“Apa? Hey, awak ni! Suka hati je..Saya
tak bagi green light lagi okay” Qisya mengetap bibir menahan geram. Amzar hanya
tersenyum.
“Qisya...” panggil Amzar lembut.
“Hmmm..”
“Cuba cakap ‘setuju’” Amzar cuba
menjerat Qisya. Yes! Harap menjadi.
“Kenapa pula nak kena cakap setuju?”
Qisya pelik. Dia masih blur.
“Yes, awak dah cakap. Thanks Qisya,
kalau tak ada aral melintang, 2 minggu lagi saya hantar rombongan meminang...”
Amzar terus memutuskan talian. Tidak mahu mendengar jeritan Qisya. Dia tergelak
lucu.
“Amzarrr!” Cet, sekali lagi Qisya
terkena. Geram tak sudah dia dibuatnya.
DARI hari ke hari, Qisya semakin selesa berkawan dengan
Amzar. Kadang-kadang, sampai ke tengah malam mereka berbalas pesanan ringkas.
Amzar seorang yang kelakar. Qisya pula seakan-akan boleh menerima kehadiran
Amzar.
Beep! Beep!
Qisya segera membuka pesanan ringkas
dari Amzar itu. Hatinya berbunga riang. Senyumannya mati tatkala membaca
bait-bait kata yang dihantar lelaki itu.
‘Esok,
saya last dekat sini! Saya dah kena balik KL’
Qisya membalasnya.
‘Awak baru aje duduk sini. Baru lima hari! Kenapa nak balik awal sangat?’
Amzar menghantar pula.
‘Saya
ada kerja’
Qisya terkilan.
‘Hmm,
awak tunggu saya ya esok. Saya ada benda nak bagi’
‘In
Shaa Allah’
Qisya rasa macam nak menjerit ketika
ini. Amzar kata nak masuk meminang..Arghh sedihnya.
QISYA menemui Amzar di rumah Nek Mah. Dia membawa sebekas
kuih seri muka buat Amzar. Nek Mah tersenyum senget. Lain macam dirasakan budak
berdua ni. Tok Wan Sabri pula tak habis-habis berdehem. Nina pula sibuk
curi-curi tangkap gambar si Qisya. Nak whatsapp kenapa mamanya.
“Hati-hati. Moga cepat sampai. Jangan
serik nak balik kampung lagi ya” pesan Qisya pada Amzar lalu menghulurkan bekas
makanan itu. Amzar mengangguk.
“InsyaAllah, mana boleh serik, buah
hati ada dekat sini, kalau boleh nak pindah duduk sini terus.” Amzar membuat
lawak. Qisya menjegilkan matanya. Geram+malu.
“Ehem-ehem..Dapat cucu menantu ler
kita lepas ni Mah oi” usik Tok Wan Sabri. Mereka semua ketawa kecuali Qisya.
Dia menunduk. Blushing..
“Balik dulu ya bakal kakak ipar. Jaga
hati tu. Jangan kasi orang lain ambil. Karang ada jugak meraung buah hati
pengarang jantung ni. Haha” usik Nina seraya bersalam dan berpeluk dengan
Qisya. Amzar menampar lengan Nina.
“Hati-hati..Ada masa jenguklah kami
dekat sini” pesan Nek Mah. Usai itu, Amzar mula memandu. Hon dibunyikan sambil
diiringi lambaian tangan.
“NEK tengok, Qisya sejak kebelakangan ni lain”
“Tak ada apa yang lain pun nek” Qisya
tersenyum hambar.
“Qisya rindu Amzar ye?” serkap jarang
Nek Isah tepat sekali.
“Ma..mana ada nek” gagap Qisya
dibuatnya.
“Tak usahlah risau. Nanti jadi suami
kamu juga”
“Apa maksud nek?” berkerut dahi Qisya.
“Tadi famili Amzar datang masuk
meminang dan nenek terima”
“Hah? Kenapa Qisya tak tahu?” terkejut
Qisya dibuatnya.
“Macam mana kamu nak tahu, kamu tu
asyik terperap dalam bilik aje. Tu pergi keluar, pergi salam keluarga bakal mentua”
Nek Isah mengusik cucunya itu. Merah pipi Qisya kerana malu.
Dia keluar dari bilik lalu menuju ke
ruang tamu. Eh, tak ada sesiapa pun?
“Nek, mana ada orang pun” soal Qisya.
“Teruk betul angau kamu ni Qisya. Kamu
suka ya kalau si Amzar tu masuk meminang? Bawak-bawak bersabarlah Qisya oi. Dia
orang datang minggu depan. Tadi nenek saja usik kamu” Nek Isah ketawa. Qisya
memuncung lalu memeluk tubuh.
“Nek jahat. Main-mainkan Qisya.”
“Masa nilah nek nak bermanja dengan
kamu. Lepas ni, cucu nenek yang cantik ni dah nak jadi milik orang. Dah nak
tinggalkan nenek. Duduklah nenek seorang diri dekat sini” Nek Isah mengesat air mata.
Dia cuba tersenyum. Qisya memeluk Nek Isah.
“Nenek janganlah cakap macam tu. Qisya
takkan tinggalkan nenek. Nenek duduk dengan kami ya nanti?”
“Ha kan nenek dah kata..Kamu dah jatuh
cinta dengan si Amzar tu. Apa omputeh kata, lap u...”
“Love you lah nek. Haha” Qisya memeluk
Nek Isah erat. Sungguh, dia sayang wanita itu.
QISYA mengesat peluh di dahi. Aduh, asal berdebar semacam
ni? Alah, orang nak sarung cincin je kot. Bukannya nak akad nikah lagi. Pintu
bilik ditolak perlahan. Terjengul wajah Datin Zarina yang tersenyum manis. Di
belakangnya kelihatan Nina bersama seorang gadis. Pakaiannya, masyaAllah. Tak
jumpa gedung kain agaknya.
“Assalamualaikum Qisya. Manis bakal
menantu mama...” Datin Zarina menyarungkan cincin ke jari manis Qisya dan dia
mencium tangan wanita itu.
“So, this is Qisya? Wanita yang Amzar
gila-gilakan tu? Kampung girl!” ujar wanita angkuh lalu keluar dari bilik Qisya.
Entah macam mana, kaki dia tersadung dan dia jatuh tersungkur.
Kecoh rumah dibuatnya. Semua tetamu
terkejut. Ada juga yang gelak. Qisya menahan ketawa.
“Itulah padahnya bila datang rumah
orang tapi mulut tak reti jaga...” sampuk satu suara. Suara yang sangat
dikenalinya. Tapi kenapa dia tak masuk? Kenapa duduk kat luar? Awak! Makin
gedik pulak kau ni Qisya. Kutuk hatinya sendiri.
“Maaf ya Qisya. Tasha memang macam
tu..Gedik sikit” kutuk Datin Zarina selamba.
“Tak apa datin..”
“Eh, apa datin-datin. Call me mama
okay. Dah nak jadi menantu. Kena biasakan” Ujar Datin Zarina mesra. Nek Isah
turut tertawa. Bahagia melihat cucu kesayangannya tersenyum girang.
CEPAT betul masa berlalu. 2 Minggu lagi dia dan Amzar
bakal diijabkabulkan. Semuanya seakan-akan mudah sahaja. Dahulu semasa datang
meminang, keluarga Amzar mahu buat majlis bertunang sekali. Senang katanya.
Sekali harung sahaja. Dia dan Nek Isah menurut sahaja.
Qisya memerhati telefon bimbitnya.
Mana Amzar ni? Kata nak pergi rumah kawan-kawan. Nak menjemput katanya.
Beria-ria dia nak naik kereta. Padahal naik basikal pun boleh. Rindu pula pada
basikalnya itu.
Pon! Pon!
Qisya segera keluar rumah dan masuk ke
dalam kereta milik Amzar. Dia pura-pura merajuk.
“Lah ni kenapa pula?”
“Lambat!” Qisya berpeluk tubuh.
“Sorry, tertidur tadi..” Amzar
menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Qisya senyap.
AMZAR memandu keretanya masuk ke perkarangan rumah Mak Su
Samiah. Dikerlingnya Qisya di sebelah. Mukanya masam usah dikata. Marah kerana
dipaksa datang memberi kad jemputan sendiri kepada Mak Su dan sepupunya itu.
Entah apalah yang Qisya marahkan sampai berbuih mulutnya menasihati bakal
isterinya itu. Sudahnya, digunakan nenek untuk memujuk cucu kesayangannya itu.
Qisya membuka pintu kereta dan berlalu
ke pangkin tempat Mak Su Samiah dan Alia duduk. Alia tersenyum kepadanya. Mak
Su Samiah mencebik tanda menyampah.
“Assalamualaikum..” Qisya memberi
salam.
“Waalaikumussalam” jawab Alia.
“Qisya datang ni nak jemput Alia dengan
Mak Su pergi kenduri Qisya 2 minggu lagi”
Terkejut Mak Su Samiah. Dikerlingnya
pemuda yang berdiri di sisi Qisya. Segak! Sudah tentu anak orang kaya. Lihat
sahaja keretanya yang besar itu.
“Kalau dah anak perampas tu, anak perampas juga..
Ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya. Mimpi jelah!” Mak Su Samiah memekik
terlolong seperti orang tiada iman. Qisya hanya mampu menunduk memandang
lantai.
“Mak, sudahlah tu..Lagipun, mereka suka sama
sukalah” pujuk si anak merangkap sepupu Qisya. Anaknya dan Qisya bagai
belangkas tapi emaknya pula macam mawas!
“Kau jangan nak bela sangat budak perampas ni!”
hambur Mak Su Samiah.
“Cukup mak su Cukup! Memang saya anak perampas, saya
rampas semuanya kan? Puas hati mak su? Puas?” Qisya melepaskan marah yang
ditahan. Suaranya naik satu oktaf. Air mata yang mengalir di pipi tidak
dihiraukannya. Dia melangkah keluar dari rumah itu.
Amzar segera mengejar Qisya.
“Puas hati awak sekarang?” tanya Qisya setelah
berpaling menghadap Amzar.
“I’m sorry sayang..”
Qisya berjalan tanpa mempedulikan Amzar yang
dibelenggu seribu penyesalan.
“QISYA, saya minta maaf...” Amzar melabuhkan duduk di
sebelah Qisya. Air mata yang mengalir di pipinya membuatkan Amzar faham akan
kesedihan yang dialami. Sesekali dia mengocak air sungai dengan kaki. Sejuk
sedikit hati selepas merendam kaki di dalam sungai.
“Qisya, say something please. You make
me feel guilty..I know it’s my fault”
“Not your fault. Lagipun saya ni
memang anak perampas. Awak..” panggil Qisya di hujung kata.
“Tak baik cakap macam tu..Ye?” Amzar
menyahut.
“Kita tak payah kahwin?” Ayat yang
menluncur di bibir Qisya membuatkan Amzar terkejut sakan. Dia bangun dari
duduk.
“Kalau awak minta benda lain mungkin
saya boleh tunaikan tapi untuk permintaan ni..Sorry, saya takkan tunaikan sama
sekali. Saya takkan ikut!” dia berlalu pergi. Qisya mengeluh.
“Kalau awak nak kerbau cari awak,
teruskan duduk sini..Tapi kalau tak nak, masuk kereta. Saya hantar awak balik”
Laju Qisya melangkah masuk ke dalam
kereta. Muncung dia. Asyik ugut kerbau je. Tahulah orang fobia dengan kerbau.
Keluhnya.
ALHAMDULILLAH Qisya dan Amzar selamat diijabkabulkan tengahari
tadi dengan satu lafaz. Petang itu, mereka dikerah untuk membasuh pinggan
mangkuk. Berpeluh-peluh mereka berdua tu. Yang paling seronok si Ninalah.
Alhamdulillah juga kerana Tasha sudah berubah. Dia sempat meminta maaf pada
Qisya atas ketelanjurannya dulu. Tidak lama lagi, dia juga bakla mendirikan
rumah tangga dengan seorang pemuda dari Perancis.
“Hah, abang.. Tu tak cuci lagi. Kasi
bersih sikit. Kahwin nak, cuci pinggan tak nak. Banyak cantik...” seronok Nina
membuli abangnya. Masa nilah nak buli Amzar Faiq.
“Boleh diam tak adik? Mulut macam
itik.. Bising je” bebel Amzar. Qisya hanya tersenyum.
“Eleh, kalau mulut adik macam itik,
mulut abang macam apa? Macam angsa..Haha” makin galak Nina mengusik Amzar.
Qisya turut ketawa mendengar celoteh Nina.
“Heh, jangan main-main..Mulut angsa
macam abang ni pun ada orang sayang tahu. Kan sayang kan?” Amzar membuar keing
double jerk pada Qisya. Isterinya itu menunduk malu.
“Rugi siapa yang sayang mulut angsa
macam abang. Kan kah Qisya kan?”
“Aah..Kesian perempuan yang sayang
mulut angsa tu. Hari-hari kena dengar dia membebel” Qisya menambah perasa. Amzar
memuncung. Periuk disental dengan kuat tanda protes. Qisya dan Nina bergabung
ketawa.
“Ketawalah lagi. Biar pecah perut
tu...” Amzar memerli. Qisya menggeleng-gelengkan kepala. Pelik dengan Amzar.
Menurut Nina, dahulu Amzar seorang yang tegas dan tak mudah bergaul dengan
perempuan. Tapi bila dengannya, Amzar automatik berubah. Inilah penangan cinta.
#MaafBanyakTypo #TaksempatReedit
Label: cerpen bersiri 2014