NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
Cerpen Bersiri: SBU 6
Isnin, 6 Oktober 2014 | Oktober 06, 2014 | 5comments

hye semua. Okay nak belanja SBU part 6. lebih ni dah exam. maybe x update maybe akan ada update. tengoklah Kalau sempat. exam habis 28 hb. so lepas tu, saya akan mula aktif balik. menyiapkan karya-karya yang tertangguh. minta maaf di atas sebarang kesilapan. wish me luck >_<





TERKOCOH-KOCOH Nawfal mencari kaunter pertanyaan di hospital itu. Selepas bertanya wad yang menempatkan mamanya, dia berlari ke arah lif. Punat lif ditekan berkali-kali.

          Kelihatan seorang wanita tua dan seorang gadis di belakangnya turut sama masuk ke dalam lif, Nawfal menekan butang 5. Mukanya usah dicakap. Jantung berdegup laju. Suraya menjeling lelaki yang berada di sebelah Puan Mazura. Huh, sombong. Bukannya nak senyum ke apa. Getus hatinya.

          Ting!            

          Pintu lif terbuka. Nawfal membuka langkah seribu. Dia tiba di bilik rawatan. Kebetulan, seorang doktor baru keluar dari bilik itu. Nawfal segera mendapatkannya.

          “Doctor, how’s my mummy?” nafasnya semput.

          “Be patient. Your mummy was not on serious injured.” Doktor muda yang memakai tag nama Hadi itu menepuk-nepuk perlahan bahu Nawfal. Cuba menyalurkan kekuatan.

          “Boleh saya jumpa dia?” soal Nawfal. Doktor itu mengangguk.

          “Jangan terlalu lama. Patient need to rest.” pesannya sebelum berlalu pergi.

          Nawfal menolak pintu bilik yang menempatkan mummynya.

          Dia menggenggam erat tangan mummynya. Air hangat mengalir laju dari tubir matanya. Dia mencium tangan itu. Sungguh, dia amat menyayangi wanita itu.

          “Fal...” panggil Puan Sri Nora lemah.

          “Yes, mummy?”

          “Mummy minta maaf...”

          “It’s not your fault. My fault. Fal terlalu kurang ajar. Forgive me?”

          Puan Sri Nora mengangguk lemah. Dia tersenyum. Dia cuba untuk membelai wajah tampan anaknya itu. Terketar-ketar tangannya. Nawfal memegang tangan mummy seraya dibawa ke mukanya.

          “Dah besar rupanya anak mummy ni. Maafkan mummy sebab tak didik Fal dengan elok. Can you promise something?” soal Puan Sri Nora.

          “Insya-Allah. Apa dia mummy?” Nawfal cuba mengawal sebak.

          “Kalau Fal dah ada isteri dan anak-anak nanti, didik mereka elok-elok ya. Jangan jadi macam mummy. Kalau mummy taubat pun tak tahulah Allah terima ke tidak.”

          “Don’t say like that mummy. Allah itu Maha Pemaaf lagi Maha Penyayang. Kita manusia biasa yang tidak sempurna dan sering melakukan kesalahan. Insya-Allah, kita doa agar taubat mummmy diterima. Asalkan niat di hati kena betul. Dan insya-Allah juga. Fal akan didik keluarga Fal macam mana Islam sarankan. Tapi, Fal kan muda lagi. Ada-ada saja mummy ni” Nawfal tergelak di hujung bicara.

          “Entahlah..mummy rasa macam Fal nak kahwin esok pula” seloroh Puan Sri Nora.

          “Isy, mummy ni.” malu Nawfal dibuatnya. Merah kedua-dua belah telinganya. Macam udang kena bakar.

          “Fal pergilah balik dulu. Kalau tak nak balik pun, pergi check in hotel depan hospital tu. Pergi rehatkan badan. Lusa dah start sekolahkan?” Puan Sri Nora memberi arahan. Kasihan melihat anaknya itu. Lusa, sesi persekolahan telah bermula selepas bercuti selama seminggu.

          “It’s okay mummy. Fal duduk sini saja temankan mummy” Nawfal menolak.

          “Pergilah, tak jauh pun. Mummy okay stay sini. If Fal nak stay sini, Fal nak tidur mana? Atas lantai? No! Mummy takkan sesekali benarkan Fal tidur atas lantai” tegas Puan Sri Nora. Kasihnya pada anak tiada berbelah bahagi. Naluri keibuannya kuat menyuruh untuk menjaga anak itu sebaik-baiknya.

          “Okaylah, Fal pergi dulu. Get your rest” Nawfal menyalam tangan Puan Sri Noran dan mengucup dahi wanita itu.


“MA, lama lagi ke kat sini? Aya mengantuklah mama” dalih Suraya. Puan Mazura menggeleng-gelengkan kepala.

          “Ni duit. Pergi check in hotel depan sana. Nanti sms mama nombor bilik” arah Puan Mazura. Suraya menjerit kegirangan. Dia segera beredar dari situ. Menyampah melihat muka si abang. Kadangkala dia rasakan bahawa Haqeem itu bukan abangnya.

          Suraya mengeluarkan telefon bimbit dan segera menelefon Ayish. Talian bersambung. Dan seperti biasa, tanpa sebarang salam, Suraya memulakan kata-kata.

          “Ayish, aku dah bereskan mama. So, tugas kau nak bereskan mama kau pula. Cepat sikit”

          “Hmm” hanya itu balasannya.

          “Isy kau ni! Dari semalam hmmm aje kejenya. Cepat sikit. Okay bye!” Sebal hati Suraya dibuatnya. Dia segera memutuskan talian. Tidur sahaja kerja mamat ini.


TELEFON bimbit Puan Mazura berbunyi. Tertera nama Sophie di skrin. Dia keluar dari bilik yang menempatkan Haqeem dan segera menjawab panggilan itu.

          “Zura, Zura! We're having a big problem!” belum sempat Puan Mazura memberi salam, Datin Sophie terus menjerit cemas.

          “Apa dia? AMboi gelojoh betul awak ni”

          “Aya and Ayish! Dia orang nak buat kerja gila....” Datin Sophie terus menceritakan tentang rancangan anaknya dan Suraya.

          “What??” Puan Mazura terjerit kecil dek terkejut.

          “Ayish mana?” soal Puan Mazura lagi.

          “Aku dah ikat dia dalam bilik. Tak nak bagi dia keluar”

          “Okay, now apa kita nak buat?”

          “Tukar plan” jawab mereka serentak. Usai itu meletus ketawa mereka. 

#YANG BURUK DATANG DARI SAYA, YANG BAIK DATANG DARI ALLAH...


Label:


Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go