NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
#SegmenMuhasabahDiri: Sabarlah Duhai Hati!
Isnin, 30 Mac 2015 | Mac 30, 2015 | 4comments


Kenapa Allah turunkan ujian? Tak perlu tanya Allah.

          “Ya Allah, kenapa aku yan ditimpa ujian ini?”

          “Kenapa aku? Sungguh aku tak kuat”

Tak perlu dan tak payah tanya Allah begitu kerana setiap perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Allah turunkan ujian kerana dia rindukan suara dan luahan kita menghadapNya. Rindu dengar luahan hati kita. Kenapa mesti nak salahkan Allah? Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. 


Allah rindu nak dengar bibir kita dibasahi dengan zikrulllah. Rindu nak dengar hati kita berdendang memuji kekasihNya. Rindu nak lihat air mata menitis di pipi kita. Tak perlu mengadu dengan orang, cukuplah mengadu dengan Allah. Manusia hanya mampu mendengar tapi Allah mampu memberi pertolongan.

Duhai hati,
Kuatlah agar ku bisa terus menempuhi ujian ini dengan senyuman,
Kuatlah demi sebuah ukhuwah yang dinamakan persahabatan,
Tabahlah dengan cacian musuhmu,
Tabahlah dengan hinaan insan yang tidak pernah menghargaimu,


Duhai hati,
Luahlah pada Allah,
Bersihkan dirimu dengan zikrullah,
Pujilah DIA, pujilah kekasihNya,


Duhai hati,
Kadang kau terbabas jua,
Kadang kau disimbah noda hitam,
Kadang kau berlaku kejam,


Duhai hati,
Aku hanya insan biasa,
Yang tak lari dari salah dan silap,
Manusia biasa yang kadangkala lalai mendekatkan diri kepada pencipta


Duhai hati,
Aku sedih, aku kecewa,
Aku luah pada Allah,
Dengan harapan, DIA akan merawat kesedihanku..


Manusia hanya nampak kita senyum tapi hati kita hanya Allah yang tahu. Tiada siapa yang nampak lukanya. Kata-kata itu ibarat belati yang tajam. Sekali pun belati itu sudah dibuang, lukanya tetap ada. Malah meninggalkan parut buat selama-lamanya. Aku insan biasa yang tak lari dari silap. Mengapa hukum aku sebegini? Tidak mengapa, aku percaya pada perancangan Allah.
Susah nak jaga hati. Well, aku tak kata hati aku ni bagus sangat. Suci sangat sampai tak ada noda hitam langsung. Tipulah kalau semua manusia ta ada. Setiap manusia pasti pernah ada noda hitam di hatinya. Tapi siapa kita nak tentukan noda hitam dalam hati seseorang kan?
Seorang hamba Allah berkata “Kau ni ada masalah hati” Jadi saya ambil kritikannya dengan positif. Cuba lakukan apa yang disuruh. Maafkan orang yang pernah buat kita sakit hati, sebelum tidur setiap hari. Doakan mereka. Semua aku dah buat.
Tetapi kenapa masih ada orang yang dengki dan khianat dengan aku? Rileks J
Seorang sahabatku pernah berkata “Ingatlah teman. Sesungguhnya, dalam hidup ini kita tidak akan lari dari dua golongan manusia. Manusia yang dengki akan kejayaan dan hidup kita serta manusia yang sentiasa mencari salah silap kita dan tidak pernah menghargai kita.”
Musuh? Biasalah itu. Hidup tidak lari dari masalah. Tapi ingat! Jangan sampai suatu saat nanti, kamu ‘merangkak’ mencari kemaafan dengan orang yang dimusuhi. Ingat!
Manusia yang dengki akan kejayaan orang lain. Kenapa nak dengki? Bukankah kemenangan itu diukur dari segi usaha dan hasilnya? Kenapa perlu nak berdengki? Sudahlah, hari ni mungkin kemenangan itu jatuh kepada aku. Tak mustahil esok lusa, kemenangan itu milik kau. Tak perlu nak dengki.  Kejayaan milik semua orang.
Kadang-kadang terbit juga lelah di hati. Lelah melayani karenah orang yang tak pernah nak faham kita. Orang yang tak pernah nak cuba dalami apa yang kita rasa. Mereka hanya fikir perasaan masing-masing. Sedangan hati ini?
Manusia yang tak reti nak hargai. Aku cuba untuk hargai orang tapi hasilnya? Hati sendiri yang dilukai. Tidak mengapa. Akan satu masa nanti, Allah akan rawat luka di hati ini. Inshaa Allah.


Sudahlah, marilah berubah ke arah kebaikan. Transform diri tu supaya semua orang boleh terima kau, boleh bekerja dengan kau. Tak ada timbul isu dengki, permusuhan dan yang paling dengki manusia psiko. Buanglah semua sifat buruk tu. Bimbinglah orang yang nak berubah, bukannya kutuk dia. Sebab bila kau kutuk dia, kau lagi hina dari dia. Sekian J

Label:


Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go