#SegmenMuhasabahDiri: Jodoh yang Baik datang dariNya
Rabu, 1 Oktober 2014 |
Oktober 01, 2014 | 9comments
Siapa jodoh kita?
Pernah terfikir? Bohonglah kalau bilang tidak. Semua orang pasti menginginkan
jodoh yang terbaik. Cuba fikir, macam mana kita nak dapatkan jodoh yang baik?
1. tunaikan solat 5
waktu
- Sekiranya tertinggal sila qadha. Solat ialah tiang agama. Solat jua adalah kunci syurga. Macam mana kita nak masuk syurga kalau kuncinya tiada? Bacalah bacaan solat secara perlahan-lahan. Hayati dan fahami maksudnya. Bukan main redah sahaja. Kita nak jodoh yang baik agamanya tapi kita? Perbaiki diri. Moga-moga menjadi orang-orang yang soleh/solehah.
2. Amalkan membaca al
quran
·
- Sesetengah orang, lepas habis khatam sekali, terus tak buka-buka dah. Bila ada masalah baru buka. Baru mula nak baca kalimah Allah. Alasan? Sebab nak tenangkan hati. Tak salah. Tapi cuba amalkan bacanya setiap hari dan bukannya waktu kita ada masalah sahaja. Nanti di saat kita kesepian di dalam kubur, al quranlah yang menerangi kita. Kaji diri semula.
3. Amalkan
sunnah-sunnah Rasulullah
- Contoh: Makan guna tangan
- Kenapa nak malu? Abaikan orang yang mengata. Mereka tak tahu kebaikannya. Kita kena bersyukur sebab Allah beri kita kefahaman yang jelas tentang ini. Biar mereka dengan hal mereka. Biar kita buruk di mata mereka, asalkan baik di mata Allah.
4. Berbuat baik sesama
insan
- Kenapa perlu bermusuhan? Kita semua adalah saudara. Saudara seislam. Jadi mengapa timbul isu tidak mempunyai persefahaman, pengkhianatan dan hasad dengki? Kenapa? Jawapannya terletak pada hati. Hati itu adalah raja dalam kerajaan diri, Jika hati baik, maka baiklah kerajaan diri. Pernah dengar? Yup, kata-kata Ustazah Fatimah Syarha. (sikit-sikit sahaja. Yang lain aku tambah :P)
5. Taat akan ibu bapa
·
Tanpa mereka,
tak merasalah kita melihat dunia ini. Merekalah yang menjaga dan membesarkan
kita. Biar terpaksa bergolok gadai asalkan kita dapat belajar. Allahurabbi,
besarnya pengorbanan mereka. Tapi anak-anak sekarang? Ada yang masih taat
kepada mereka? Memang tak dinafikan ada tapi peratusnya kecil. Anak-anak zaman
kini dikatakan menjadi ‘bos’ kepada ibu bapa masing-masing. Cuba fikir, pernah
terkasar bahasa dengan mereka? Pernah buat mereka terasa? Jika pernah, segera
minta maaf. Allah...
6. Jaga aurat
·
Tutuplah auratmu
wahai wanita. Jika diberi pilihan, ada dua kuih yang dijual. Satu yang bertutup
dan satu yang terdedah dengan lalat. Mana satu kita nak pilih? Ya, yang
bertutup. Samalah, orang lelaki ni waktu berfoya-foya dia pilih yang seksi tapi
bila dia nak kahwin, nak cari calon isteri confirm dia nak yang baik. Mungkin
kita selalu dengar contoh tentang kuih itu. Ya, itulah realiti kehidupan masa
kini.
7. Jaga ikhtilat
·
Ada kawan
lelaki? Ada kawan perempuan? Pernah bertepuk tampar dengan mereka?
Astagfirullah. Sila istigfar segera. Ikhtilat itu penting. Sebab ia adalah
benteng pertahanan dari maksiat. Bukan tak boleh kalau nak bergurau, tetapi
jagalah batas. Lelaki dan perempuan tak boleh bersentuhan sesuka hati.
8. Selalu hadiri kelas
agama/dengar ceramah
·
Zaman dah moden.
Dalam youtube berlambak-lambak video ceramah. Antara nak dengan tak nak sahaja.
Gunalah internet untuk kebaikan. Banyak manfaat yang boleh kita peroleh. Bukan
bermakna kita kena hadiri setiap hari, tapi pilihlah hari yang kita free, masa
lapang ke? Ha, masa itulah kita pergi dengar ceramah dekat masjid atau
mana-mana tempat. Kalau sibuk sangat dengar dekat youtube. Tekan je ustaz apa,
semua ada.
9. Jaga mulut/perlakuan
·
Kita nak jodoh
yang baik-baik tapi kita sendiri pun perangai masyaAllah. Allah bagi mulut guna
untuk kebaikan. Bukan untuk kejahatan. Mengumpat sana sini. Nanti bila Allah
tarik balik nikmat tu, kita nak cakap apa? Nak marah Allah? Fikirkan...
10. Jaga perasaan orang
·
Kes ni banyak
berlaku dalam persahabatan. Kawan bagai nak rak, tup tup sorang ke sana, sorang
ke sini. Cuba fikir, kalaulah dulu dia tak ada, dengan siapa kita nak berkawan,
dengan siapa kita berkongsi masalah? Renung guna mata, fikir guna minda, hayati
guna hati.
Perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Jadilah baik bukan hanya kerana
menginginkan jodoh yang baik. Tapi jadilah baik kerana kita hambaNya. Taat
perintah Allah dan ibu bapa. Cuba amalkan sikit-sikit tips yang dah diberi.
InsyaAllah, DIA akan beri jodoh yang terbaik kepada orang yang baik :)
#Maaf artikel ini tidak
disusun mengikut turutan. Jika ada salah dan silap. Sila tegur saya. Sama-sama
kita muhasabah diri.
Label: #segmenmuhasabahdiri