Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Cerpen Bersiri: SBU 3

Imej
DATIN Sophie melangkah masuk ke dalam The Western Onion’s Restaurant. Kakinya terhenti dan cuba mencari kelibat insan yang ingin ditemui. Puan Mazura melambai-lambai ke arahnya. Langkah kaki kembali di buka dengan senyuman yang tersungging di bibir. Dia mengambil tempat di hadapan Puan Mazura. Mereka saling berpelukan dan berlaga pipi.

Cerpen Bersiri: SBU 2

Imej
SETELAH puas membeli belah di Pavilion, mereka melapangkan fikiran pula di Tasik Titiwangsa. Suraya memang gemar ke sini jika ada masa lapang. Suasana sunyi menemani mereka. Suraya melempar pandangan ke arah tasik yang sangat menenangkannya itu. Manakala Ayish pula mengingati peristiwa di rumah pagi tadi.

Cerpen Bersiri: Suamiku Bawah Umur 1

Imej
BAB 1
PUAN MAZURA ralit dengan pokok bunganya sehingga tidak menyedari ada mata yang memerhatinya dari tadi. Suraya mendekati Puan Mazura dengan langkah berhati-hati, silap langkah boleh kena smash! Debaran hati diketepikan seketika. Basmallah dibaca sebagai pembuka bicara. 
           "Mama, dulu mama kata couple tu berdosakan?" soal Suraya setelah melabuhkan duduk di bangku rehat berdekatan tempat Puan Mazura berkebun. 
           "Ish, Aya ni terkejutlah mama. Yes, why?" soalnya kembali. Tanganya ralit menggunting daun-daun layu. begitulah rutin hariannya, jika tidak berkebun dia membersihkan kolam ikannya. bersih dan berkilat! Itu prinsip Puan Mazura. 
            "Kalau macam tu, Aya rasa Aya nak kahwinlah mama. Dapatlah Aya elak dosa" lepas Suraya tanpa bertapis lagi. Keluar segala hajat hatinya.
Terlepas gunting pokok bunga yang dipegang Puan Mazura. Tangan segera dicekakkan ke pinggang.Amboi..amboi anak dara seorang ini. Merenyam sungguh!
          …

MINI NOVEL: DIA KESAYANGANKU 5

Imej
AKU dan Ed melangkah masuk ke dalam dewan yang ditempah khas bagi melaksanakan perjumpaan tahunan bagi bekas pelajar tahun 1992. Pada mulanya mereka bercadang mahu buat di restoran mewah sahaja memandangkan ramai yang tidak dapat hadir. Namun di saat akhir mereka mendapat berita bahawa ramai yang akan datang. Jadi perancangan awal telah ditukar. Kami pula mendapat pesanan ringkas daripada Johan, penyelia program itu ketika dalam perjalanan. Cuak aku dibuatnya. Sudahlah baju tidak bawa. Kata dia, kami akan bermalam di salah sebuah resort di Pulau Kapas selama 3 hari 2 malam. Ed pula meminta cuti daripada Tan Sri Zaid. Mujur sahaja bekerja dengan bapa sendiri. Kalau dengan orang? Ada kena buang kerja sebab cuti mengejut.
            “Amboi pasangan merpati sejoli dah sampailah” usik satu suara nakal. Aku mencari arah suara itu. Rasanya aku kenal dengan suara itu. Hah, dapat pun. Eh, Miralah. Aku memaklumkan kepada Ed. Dia mengangguk. Langkah kaki aku buka menuju ke arah meja Mira.