Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Mini Novel: Encik Pemilik Hati 1

Imej
BAB 1
K EPALA Amanda menggeleng ke kiri dan ke kanan mengikut rentak lagu rock kegemarannya. Tingkap yang terbuka membolehkan angin menjengah biliknya. Mulut Amanda terkumat-kamit menyanyikan lagu yang didengari menerusi corong headphonenya.
            Amanda menjeling ke pintu biliknya. Berkunci. Peluang yang baik tak boleh disia-siakan begitu sahaja. Headphone dicabut dan dicampak ke tepi. Volume komputer ribanya dinaikkan sehingga habis. Berdentum biliknya dengan alunan muzik rock yang digemarinya.
            Amanda mula menari-nari bagaikan orang mabuk yang hilang kawalan. Mulutnya menjerit-jerit menyanyi bait-bait lagu yang dihafalnya. Dia benar-benar sudah hanyut dalam dunianya sendiri.
            Amanda berdiri statik. Dahinya berkerut. Seperti ada kurang sesuatu. Terasa seperti tidak cukup kuat, Amanda mengambil keputusan untuk memasang speaker baru yang dibelinya minggu lepas. Wayar speaker dicucuk pada komputer riba dan bertambah kuat dentuman muzik yang terhasil.
          …