Mini Novel: Encik Pemilik Hati 1
Jumaat, 15 Januari 2016 |
Januari 15, 2016 | 3comments
BAB 1
K
|
EPALA
Amanda menggeleng ke kiri dan ke kanan
mengikut rentak lagu rock kegemarannya. Tingkap yang terbuka membolehkan angin
menjengah biliknya. Mulut Amanda terkumat-kamit menyanyikan lagu yang didengari
menerusi corong headphonenya.
Amanda
menjeling ke pintu biliknya. Berkunci. Peluang yang baik tak boleh disia-siakan
begitu sahaja. Headphone dicabut dan dicampak ke tepi. Volume komputer ribanya
dinaikkan sehingga habis. Berdentum biliknya dengan alunan muzik rock yang
digemarinya.
Amanda
mula menari-nari bagaikan orang mabuk yang hilang kawalan. Mulutnya
menjerit-jerit menyanyi bait-bait lagu yang dihafalnya. Dia benar-benar sudah
hanyut dalam dunianya sendiri.
Amanda
berdiri statik. Dahinya berkerut. Seperti ada kurang sesuatu. Terasa seperti
tidak cukup kuat, Amanda mengambil keputusan untuk memasang speaker baru
yang dibelinya minggu lepas. Wayar speaker dicucuk pada komputer riba dan
bertambah kuat dentuman muzik yang terhasil.
Bum..bum..
Amanda
senyum puas hati. Ini baru pesta! Amanda menari sakan. Bantal peluknya
dijadikan stand mic.
Baru
sahaja hujung penyapu hendak bertemu lantai, Puan Hamidah tersentak kerana
bunyi muzik yang kuat. Bunyi itu datangnya dari bilik Amanda. Dia mengurut
dadanya untuk melegakan degupan jantung yang agak laju sebentar tadi. Bibir
diketap geram. Budak ini memang nak kena!
“Apa
yang bising-bising? Ada kenduri ke dekat kampung ni?” soal Encik Azizi yang
baru masuk ke dapur.
“Bukan
kenduri dekat kampung tapi kenduri dekat bilik anak awak tu!” Puan Hamidah
melepas geram. Encik Azizi menaikkan kening.
“Biarlah
dia. Awak pun, asyik nak marah sahaja. Dia balik cuti, nak lepaskan stresslah
gamaknya. Dekat universiti mana dia boleh buat konsert macam tu..” Encik Azizi
cuba membela anaknya. Cawan di rak segera dicapai. Tekak yang dahaga perlu
dibasahkan.
“Amboi,
sekarang dah pandai berkompromi dengan anak sendiri!” amaran diberi.
“Saya
bukannya nak membela tapi cubalah bagi kebebasan sikit pada Aman tu. Lagipun
dia bukannya berkonsert dekat disko pun..”
“Kalau
kita duduk dalam hutan, nak berkonsert sampai pecah speaker pun saya tak
kisah. Masalahnya kita duduk di kampung! Suara saya jerit pun dah dengar sampai
rumah sebelah sana” Puan Hamidah meletakkan penyapu di tepi kabinet. Lengan
baju disinsing ke belakang.
“Kalau
macam tu, awak janganlah jerit” selamba Encik Azizi berkata.
Puan Hamidah menghadiahkan jelingan
kepada suaminya. “Sudahlah, malas saya nak cakap dengan awak. Like father
like daughter!” Puan Hamidah keluar dari dapur dan menyusun langkah naik ke
tangga. Sempat dia mencapai anak kunci bilik Amanda yang digantung di tepi
tangga.
Melihat Puan Hamidah yang menuju ke bilik
Amanda, Encik Azizi kalut. Telefon bimbit dipoket dikeluarkan dan nombor Amanda
segera didail. Malangnya panggilan kekal tidak berjawab. Encik Azizi resah.
Habislah Aman!
Puan Hamidah yang sudah tiba di depan
pintu bilik Amanda, segera menutup telinga. Boleh pecah gegendang telingan
tuanya itu. Ya Allah, ada juga roboh rumah dibuatnya nanti. Dengan wajah yang
menahan geram, dia cuba membuka pintu bilik Amanda. Malangnya berkunci. Tanpa
berlengah, Puan Hamidah membuka pintu menggunakan anak kunci yang dibawanya
sebentar tadi.
“Amaaaan!!!” dengan sekali nafas, Puan
Hamidah menjerit nama anaknya.
Amanda yang sedang menari sakan jatuh
tergolek di atas lantai akibat terkejut. Sebaik sahaja dia melihat wajah garang
milik Puan Hamidah di depan pintu biliknya, dia segera bangkit dan memperlahan volume.
Rambut yang serabai cuba dibetulkan kembali.
“Kamu dah gila ke Aman?!” soalnya garang.
Puan Hamidah melangkah setapak ke dalam bilik anaknya.
“Err, mak kenapa tak ketuk dulu pintu tu?
Aman tengah lepaskan stress ni..” Amanda sengih.
“Lepas stress apanya macam ni.
Rumah ni tunggu masa nak roboh saja tahu. Ha tengok, retak sana sini. Semuanya
sebab kamulah Aman!” bebel Puan Hamidah sambil melangkah maju ke hadapan. Jari
telunjuk naik ke atas. Menuding ke arah dinding yang retak sedikit.
Amanda mencebik. Dinding itu bukan retak
disebabkan olehnya. Retak sebab tukang buat rumah yang tak buat dengan betul. Main-main!
Melihat katil yang bersepah, bekas
makanan yang tidak dibasuh serta keadaan bilik yang tidak ubah seperti tongkang
pecah membuatkan darah Puan Hamidah naik.
“Ya Allah Ya Rabbi. Apa nak jadi dengan
kamu ni Aman? Katil tak berkemas, lantai bilik tak sapu..Eee boleh jadi gilalah
mak dengan kamu ni..” suara Puan Hamidah naik satu oktaf.
Amanda segera menutup kedua-dua belah
telinganya. Bom atom! Ala, dia bukannya tidak mahu kemas. Sekejap-sekejap lagi
dia buatlah cuma sekarang mood dia memang nak berpesta. Tak ada mood langsung
nak mengemas.
Encik Azizi yang entah bila berdiri di
pintu bilik, memandang tepat ke arah anaknya. Sebaik sahaja pandangan mereka
berlaga, mata Amanda segera memberi isyarat. Encik Azizi membalas bahawa dia
sudah memberi amaran kepada Amanda tentang kedatangan Puan Hamidah. Amanda
mencebik.Entah ya entah tidak abahnya itu.
“Kamu kemas sekarang! Kalau tak, mak
panggang kamu hidup-hidup buat lauk tengah hari ni!” amaran Puan Hamidah.
Marahnya benar-benar di puncak. Mujur sahaja akal warasnya masih ada. Jika
tidak, mahu lembik Aman dikerjakannya. Kalau budak kecil, bolehlah rotas sedas
dua. Ini dah besar panjang.
“Amboi mak! Kejamnya nak panggang Aman,
dah tak sayang anak sangat ke?” Amanda mempamerkan muka sedih. Gimik!
Puan Hamidah tidak layan akan cerita
sedih yang dilakonkan oleh Amanda itu. Dia lebih sibuk memeriksa bilik anaknya.
Pintu almari dibuka. Terpampanglah segala ‘harta karun’ Amanda selama ini. Longgokan
kain jatuh ke bawah apabila pintu almari dibuka. Kini rahsia tidak lagi menjadi
rahsia.
“Amandaaa!” jerit Puan Hamidah lagi.
Kalah Tarzan.
Amanda menepuk dahi. Kenapalah aku lupa
nak sorok kunci almari tu. “Apa dia mak? Kalau mak jerit macam ni hari-hari,
mak boleh hilang suara tahu” Amanda cuba berlagak tenang.
“Mak tak kira. Mak nak kamu kemas semua
baju-baju ni, lipat elok-elok. Yang perlu digantung, kamu gantung. Yang perlu
disusun kamu susun cantik-cantik. Mak bagi masa satu jam dari sekarang.. Kalau
tidak..”
Amanda menjongket kening. “Kalau tidak
apa?” soalnya ingin tahu.
“Kalau tidak, semua barang-barang Aman
mak bakar. Habis cerita, sebarang rayuan tidak diterima” Puan Hamidah keluar
dari bilik Amanda.
“Mak, mana cukup satu jam” jerit Amanda
apabila Puan Hamidah sudah melangkah jauh. Namun jeritannya itu tidak berbalas.
Encik Azizi masuk ke dalam bilik anaknya.
Sejak tadi dia jadi pemerhati drama anak dan isterinya itu.
“Bah, mana sempat 1 jam. Superbibik pun
buat semua kerja dalam masa 3 jam” Amanda terduduk di birai katil. Dia terasa
mahu menjerit dan memberontak tetapi nanti jadi anak derhaka pula.
“Boleh Aman, sebab itu Abah kata jangan
sepah-sepahkan bilik. Bila jadi macam ni, mulalah pening. Ingat Aman, strategi
tu penting. Baju tu Aman gantung banyak-banyak, nanti tak payah kena lipat
sangat” ajar Encik Azizi.
“Awak jangan nak mengada-ngada nak tolong
anak kesayangan awak tu. Turun bawah
tolong saya” Puan Hamidah berpatah balik ke bilik anaknya apabila menyedari
suaminya tidak turun ke bawah.
Encik Azizi diam. Akhirnya, dia bangun
dari duduk. Belakang Amanda digosok perlahan. Bukan takut isteri, tapi kalau jaga
hati isteri. Cikgu Midah merajuk..jangan mimpilah boleh pujuk dua tiga hari.
“Bekas makanan ni biar Abah bawak turun
bawah. Penyapu nanti Abah letak tepi bilik Aman. Sekarang Aman pergi mandi
dulu, lepas tu kemas katil dan sapu lantai” arah Encik Azizi.
Amanda angguk kepala tanda faham. Sebaik
abahnya keluar, dia segera mengambil tuala dan berlalu ke bilik air. Lebih baik
dia bersihkan diri dulu. Keluhan terbit di bibirnya. Cuti sem yang sangat
membosankan. Ingat balik bolehlah hilangkan stress belajar. Alih-alih
bertambah stress dengar bebelan emak. Mujurlah ada emak seorang sahaja.
Kalau emak lain? Nauzubillah.
“SAYA risaulah dekat Aman tu bang.
Makin hari bukan makin baik, makin teruk nampak gayanya. Awak tengok sajalah
bilik dia tadi macam mana. Silap haribulan, tikus pun dia ‘ternak’ sekali”
bebel Puan Hamidah yang ralit menyapu sampah. Darahnya yang naik tadi kempada
kepada aras normal.
“Entahlah Cikgu Midah, saya sendiri pun dah tak tahu nak cakap macam mana. dah
besar panjang, nak lentur pun tak guna lagi dah. Nak nasihat? Hmm, macam curah
air ke daun keladi jelah” Encik Azizi juga runsing.
“Tak boleh dibiarkan tu bang. Kita kena fikir satu cara yang boleh buat dia
berubah. Tapi...cara apa yang kita boleh guna?” Puan Hamidah kini sudah duduk
berhadapan Encik Azizi di meja makan.
“Hurm..entahlah Midah, saya sendiri pun pening dengan sikap dia. Nak kata ikut
saya, sepatah haram lagu rock pun saya tak minat. Ni mesti
ikut awak” tuduh Encik Azizi.
“Eh awak ni. Asal yang buruk je saya, yang baik semua ikut awaklah?” Puan
Hamidah mencebik.
Encik Azizi sengih. “Semua ni sebab awak...” sambungnya lagi.
Membulat mata Puan Hamidah apabila dituduh sedemikian. Dia bangun dari kerusi.
Bersiap sedia untuk ‘bertarung’ suara.
“Amboi, awak ni ya. Buruk semua bagi dekat saya”
“Semua ni takkan terjadi kalau awak tak ke konsert rock masa
mengandungkan dia” ayat yang diutarakan oleh Encik Azizi membuatkan Puan
Hamidah menelan liur kesat.
“Ma..macam mana awak tahu?” Puan Hamidah gagap. Setahunya, sudah berpuluh
tahun rahsia itu tersimpan kemas.
“Awak lupa ke saya ni Cikgu? Saya ada ramai anak murid lah yang selalu report pasal
pergerakan awak. Sudahlah, malas saya nak bahas pasal ini lagi. Perkara pun
sudah berpuluh tahun berlalu” Encik Azizi bangkit dari duduk. Malas dia
berlama-lama di situ.
Puan Hamidah telan liur. Ah, itukan kisah lama. Kalau dah takdir, tak pergi
konsert pun perangai Amanda tetap begitu.
Apa yang penting sekarang, dia perlu memikirkan cara untuk ‘melentur’ Amanda
kembali ke fitrah asal di mana penuh dengan sifat keayuan dan kesopanan.