NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
MINI NOVEL: DIA KESAYANGANKU 6
Isnin, 31 Ogos 2015 | Ogos 31, 2015 | 6comments


KEPALAnya terasa berat. Sakit. Digagahi jua membuka mata. Kelihatan Mira sedang berborak dengan Ed. Aku di mana? Scha pandang sekeliling untuk memerhatikan keberadaannya. Hurm, dalam bilik hotel rupanya.

            “Mira..” panggilku perlahan.

            “Eh kau dah sedar. Alhamdulillah. Risau kita orang tahu” Mira segera mampir ke arah Scha. Dibantunya Scha untuk bangun dari pembaringan.

            “Aku kenapa?” soalnya setelah berasa pulih dari pening yang melanda.


            “Pengsan” jawab Ed sepatah.

            “Oh…Mira, boleh teman aku jalan-jalan tepi pantai?” pintanya yang tiba-tiba terasa rindu nak merasa angin pantai. Dulu sewaktu duduk di luar negara, sering juga Scha melawat negera-negara yang terkenal dengan pantai yang indah. Tapi faham-faham sajalah. Maksiat memang banyak. Mata tu buat-buat tak nampak sajalah. Nama pun negara barat.

            “Maaflah Scha, aku bukan tak nak teman tapi aku ada hal.” Mira serba salah. Scha tersenyum.

            “Tak mengapalah Mira. Aku boleh jalan sendiri” utusnya.

            “Nope, jom aku temankan” Ed menawarkan diri. Scha mengangguk.


ANGIN yang menderu-deru terasa sejuk menyapa pipi. Selendang yang  dipakai sudah senget. Mujur sahaja waktu malam. Kasut di tangannya digenggam kemas. Manalah tahu terlepas, nak balik pakai apa?

            “Scha, kenapa kau pengsan lepas aku cakap aku akan kahwin dengan kau?” soal Ed sambil duduk di atas batang kayu menghadap ke laut. Scha baru teringat. Inilah puncanya yang menyebabkan dia pengsan. Terkejut!

            “Ed, perkara ni bukan main-main. Perkahwinan bukan untuk dua tiga hari. Kahwin untuk selamanya, hingga hujung nafas. Mana mungkin kau bertahan dengan aku Ed sedangkan dalam hati kau tak pernah aku rasa cinta pada aku. Rendahkan ego Ed. Kalau kau dah desperate sangat nak awek, aku boleh carikan tapi orang itu bukan aku. Aku tahu kau mengaku aku awek kau depan kawan-kawan lain sebab kau rasa tercabar kalau tak ada awek” Panjang lebar Scha menyampaikan luahan rasa. Ed tersentak. Dia menundukkan wajahnya. Menguis-nguis pasir pantai dengan kakinya.

            “Scha, aku…aku” Ed serba salah untuk berbicara tentang hal sebenar.

            “Sudahlah Ed, jangan berbicara soal hati kalau diri sendiri tidak pasti. Kelak merana diri” Scha sudah bersedia untuk melangkah lagi. Malas mahu berlama-lama di sini. Ramai juga orang di Pulau Kapas ni. Walaupun sudah malam, tetapi pelancong masih membanjiri pantai.

            “Scha, beri aku peluang. Please, kita kahwin?” Ed merayu. Dia melutut di hadapan Scha.
            “Macam aku kata tadi Ed, perkahwinan bukan untuk sehari dua tapi sehingga hujung nafas. Kau takkan boleh hidup dengan aku Ed sebab takdir kau dengan orang lain..”

            “At least kita cuba. Belum cuba belum tahu” Ed berdiri dan menyaingi langkahku.
            “Mudahnya kau berkata-kata Ed. Kalau tak berjaya? Kau nak gantung aku tak bertali? Atau nak lepaskan aku? Sudahlah Ed, aku malas nak berbicara soal hati. Dan kalau tujuan kau ajak aku datang sini semata-mata untuk menunjuk-nunjuk yang kononnya aku ni awek kau, maaf kau gagal” Scha memakai kasut dan menuju ke hotel. LEbih baik tidur dari melayan soal hati. Buat sakit hati.

            “Scha…Beri aku peluang” Ed berkata-kata dengan lemah. Scha takkan pernah menerimanya. Sudah ditebaknya, Scha pasti ada hati dengan orang lain, bukan dengannya.


SCHA duduk berteleku di atas sejadah. Hatinya tenang setelah mengadu dengan Allah. Perbualannya dengan Ed sebentar tadi terngiang-ngiang di telinganya. Sungguh terguris hatinya apabila mengetahui tujuan sebenar Ed mengajaknya ke sini. Walaupun ini reunion mereka bersama, tetapi dia agak kekok kerana sudah lama tidak menyertai dek sibuk melanjutkan pengajian.

            Beep!

            Scha mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas katil. Nama Ed tertera di skrin whatsappnya. Apa lagi Ed mahukan kali ini? Dia membaca mesej yang dihantar.
           
            ‘Scha, esok turun pantai pukul 8 pagi after breakfast. Kita ada riadah pantai. Jangan lupa..And pasal tadi aku tak bermaksud nak lukakan hati kau. Maaf…Aku harap kau turun esok

            Scha merengus perlahan. Ini sahaja chatnya? Jadi memang betullah sangkaannya. Tidak mengapalah Ed, mujur aku sayang kau!

            ‘InsyaAllah, kalau Allah masih beri aku nyawa. K’ pendek sahaja balasan dari Scha seraya itu dia menanggalkan telekung dan melabuhkan duduk di atas katil. Entah mengapa dia terasa letih hari ini walaupun tidak melakukan aktivit lasak.

            Ingatannya mengimbas kepada Mira. Beruntungnya jadi Mira. Dia dan Fazriq akan berkahwin tidak lama lagi. Mengimbas kembali kisah mereka, Mira yang jatuh cinta dengan Fazriq mula menagih cinta lelaki itu. Lawak! Sedih! Pelbagai kisah yang dikongsi bersamanya dahulu namun semuanya terkubur selepas dia melanjutkan pelajaran. Sangkanya Mira akan berkahwin dengan orang lain. Alhamdulillah, jodoh mereka.

            Dia terkenang akan dirinya juga. Sampai bila dia harus mengharapkan sebuah penantian yang belum diketahui penamatnya. Mengharapkan insan yang belum tentu akan menyukainya. Duduk pula serumah dengan insan itu. Ya Allah….Terkenang akan perkara itu, Scha segera menghubungi seseorang.

            “Assalamualaikum” sapanya setelah panggilan berjawab.

            “Maaf mengganggu ustaz malam-malam macam ni. Saya Scha.  Sebenarnya saya ada perkara nak tanya” Scha terus menerjah tanpa melihat jam.

            “Kan saya dah cakap jangan panggil saya ustaz. Rasa janggal pula. Panggil saja Haziz dan kalau nak lebih pendek panggil Haz sahaja” sapa insan di sebelah sana.

            “Baiklah Haz..”

            “Apa halnya ni? Macam ada masalah besar saja.Kalau tidak takkanlah awak nak telefon saya pagi-pagi buta macam ni kan” Haziz ketawa. Scha segera melirik jam. Ya Allah, sudah pukul 1 pagi! Apa kau buat ni Scha. Kacau anak teruna orang pagi-pagi buta.

            “Sekali lagi maaf sebab mengacau. Ni saya nak tanya tentang rumah yang Haz nak sewa hari tu. Still available?” soal Scha sambil bangun dari pembaringan.

            “Oh rumah itu. Ya, masih available..Awak berminat ke?” soal Haziz menahan kantuk. Bukan apa, kalau tidak diangkat takut urusan penting. Sekejap, rasanya dia tidak pernah memberikan nombor telefon kepada sesiapa termasuk Scha. Kalau ada pun…hmm

            “Maaf ye Scha, saya bertanya sedikit. Mana awak dapat nombor telefon saya?”

            “Dari Puan Sri Zazarina. Erk, maaf ya.” Scha serba salah. Haziz marah ke?

            “Oh, tak mengapa..Jadi bagaimana? Berminat?”

            “Ya saya berminat. Bila kita boleh berbincang tentang hal ini. I mean face to face” Soal Scha yang sudah tidak sabar mahu berpindah keluar dari rumah ibu bapa Ed itu.

            “Erm, minggu ini saya banyak urusan. Minggu depan pula saya ke Sarawak. Bagaimana dengan hari Sabtu minggu hadapannya. 2 weeks from now. Boleh?”

            “Boleh.. okay saya tunggu dia Café Cendana jam 10.0 pagi..”

            “Okay, maaf saya terpaksa tamatkan perbualan..” perbualan dua insan itu diakhiri dengan lafaz indah iaitu salam. Sebelum melelapkan diri, Scha berdoa agar urusan esok hari berjalan lancar.


#Hye assalamualaikum maaf lama menyepi. Busy sebenarnya ditambah pula dengan kehilangan stok novel dan cerpen yang sudah disiapkan. Terpaksa start balik dari page 1. And this is part 6 from me. Maaf kalau ada salah silap. Tegur-tegur ya. Terpaksa upkan atas permintaan ramai. Penuh email…yang lain-lain akan diupload cuma perlukan masa untuk menaip. Terima kasih kerana membaca.



Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go