Cerpen Bersiri: Gadis Basikal Part 3
Selasa, 2 Disember 2014 |
Disember 02, 2014 | 8comments
2
tahun kemudian..
“MARI balik Qisya. Dah nak maghrib ni” Qisya bangun dan
mengelap air mata di pipinya. Batu nisan yang baru itu diusap.
Mak Su Samiah dan Alia sudah meninggal
dunia kerana terlibat dalam suatu kemalangan. Ketika itu, mereka hendak pergi
ke KLIA. Mereka ingin menyahut seruan Illahi di Mekah. Malang tidak berbau
apabila kereta yang dinaiki hilang kawalan setelah satu daripada empat tayarnya
pecah. Qisya sangat sedih kerana sebelum itu, Mak Su Samiah sudah berubah. Dia
sudah melayani Qisya dengan baik. Segala dendam lama segera dipadam. Moga arwah
mak su dan Alia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
“Hati-hati sayang.” pesan Amzar.
Qisya mengusap perutnya. Sudah setahun
perkahwinannya dengan Amzar dan Alhamdulillah. Ada satu benih yang menumpang di
rahimnya.
Amzar memimpin tangan Qisya keluar
dari tanah perkuburan itu. Barulah dia tahu, rupa-rupanya arwah Mak Su Samiah
berdendam dengan Qisya kerana sewaktu kedua-dua ibu bapaya masih hidup, mereka
mendapat segelung tanah di hujung kampung manakala Mak Su Samiah hanya mendapat
wang bernilai seratus ribu. Semua itu adalah wasiat arwah datuknya. Arwah Mak
Su Samiah menuduh nenek sebagai pilih kasih dan Qisya sebagai anak perampas.
Tapi itu semua dulu. Sebelum mereka
kemalangan, mereka sempat meminta maaf kepada semua. Semoga dosa arwah diampunkan
oleh Allah.
AMZAR menggaru kepala yang tidak gatal. Pening dengan
karenah isterinya yang satu itu.
“Abang, bolehlah....” rayu Qisya yang
masih tidak berputus asa.
Amzar menggeleng. Bukan abang tak nak
bagi, tapi..hatinya berbicara sendirian.
“Abang ni. Jahat tahu. Kalau Qisya tak
minta, abang bagi. Kalau Qisya minta, abang tak bagi..” rajuk si Qisya.
“Bukan macam tu sayang. Tapi you
know...”
“Alah, apa susah. Amzar bawa basikal,
Qisya duduk belakang. Sekurang-kurangnya merasa jugaklah mak buyung naik
basikal” sampuk nenek dari dapur. Qisya sudah tersenyum besar. Gembira hendak
kenakan si suami. Amzar menelan liur.Aku bawak basikal? Karang ada juga yang
mandi lumpur.
“Abang....” panggil Qisya manja dan
cuba menarik perhatian Amzar.
“Okey fine. But for the last time.
Lepas ni, abang tak nak buat dah” demi isteri tercinta, dia gagahkan juga diri
untuk mengayuh basikal kesayangan Qisya itu.
Amzar menuntun basikal keluar dari
bawah rumah. Basikal kesayangan Qisya suatu masa dahulu. Isterinya itu
tersenyum lebar. Siap angkat tangan tanda good lagi. Tuhan sajalah tahu betapa
dia cuak nak kayuh basikal. Kali terakhir dia kayuh sewaktu berumur 10 tahun.
Ya Allah, selamatkanlah kami.
AMZAR mengayuh basikal itu perlahan-lahan. Kecut perutnya
dibiarkan sahaja. Demi QIsya tersayanglah katakan. Qisya di belakang pula asyik
mendepangkan tangan. Bangga kerana suami tercinta dapat mengayuh basikal. Pelik
beul suami isteri ni.
“Abang, dah jom balik” kata Qisya yang
sudah puas menjelajah kampung. Sakit punggung sebenarnya.
“Ait? Sekejap aje sayang?” pelik
Amzar.
“Yalah. Nak pusing satu dunia naik
basikal, kena tunggu baby keluar dululah”
“Kenapa?”
“Sebab boleh dia bawa mama dia. Papa
bawak lambat sangat. Macam budak baru belajar” Qisya giat mengusik Amzar.
Muncung suaminya. Dia menghamburkan tawa.
“Tu pun nasib baik abang bawak. Kalau
orang lain, tak ada maknanya”
“Yalah abang. Jom balik. Nanti nenek
kena masak sorang dekat rumah. Kesian nenek”
Amzar memusingkan basikal lalu
mengayuh pulang ke rumah. Dalam hatinya terbit satu perasaan. Best juga rupanya
naik basikal.
Qisya menyanyi riang apabila sudah
tiba di halaman rumah neneknya. Dia turun dari basikal dan terus masuk ke dalam
rumah. Amzar memerhati Qisya. Selepas sahaja bayang isteri tercinta hilang
daripada pandangan, dia kembali mengayuh basikal itu. Hasratnya mahu
mengelilingi kampung.
“Oooo balik kampung...ooo balik kampung” riang sekali hati
Amzar menyanyi lagu Balik Kampung yang pernah dinyanyikan olehAllahyarham
Sudirman Hj Arshad.
Kring! Kring!
Telefon di dalam poket seluar Amzar
berbunyi. Dia terkejut. Nasib baik tak terbabas. Kalau tidak, mahu cium tanah.
Dia menyeluk poket dan mencari telefon. Terpampang nama isterinya di skrin
telefon. Dia gelabah. Alamak! Nak cakap apa?
“Err, assalamualaikum sayang” gelabah
Amzar dibuatnya.
“Abang pergi mana?” marah Qisya. Mahu
tak marah. Sudahlah dia tidak boleh berenggang dengan suaminya. Fikirnya, usai
menolong nenek masak tadi, dia mahu berborak dengan suaminya, alih-alih Amzar
menghilang pula. Mengamuk sakanlah mak buyung.
“Eh, sayang. Salam tak jawab lagi tu.
Ala apa pusing-pusing kampung je” Amzar menekup mulutnya. Alamak! Aduhai mulut.
“Apa?!!” jerit Qisya dari sebelah
sana.
“Naik apa? Balik sekarang” arah Qisya
dengan tegas.
“Ala, tadi sayang juga gelakkan abang.
Abang tak pandai naik basikallah, tak pandai tu lah, ni lah...” bebel Amzar
tanpa sedar.
“Sayang bagi 10 saat. Balik sekarang.
Kalau tak, duduk luar”
“Hah?! Mana sempat sayang. Abang....”
tut tut tut. Qisya mematikan talian. Amzar mengeluh.
Amzar mengayuh basikal selaju mungkin.
Alhamdulillah sudah sampai di perkarangan rumah Nek Isah. Malang tidak berbau.
Amzar hilang kawalan apabila terlanggar sebiji batu. Dia jatuh dan mengaduh
kesakitan.
Qisya yang ketika itu hendak keluar
mengambil angin di beranda rumah terkejut dengan insiden itu. Dia segera
memakai selipar dan bergerak menuju ke arah Amzar.
“Abang okay? Sakit tak?” soalan apa
yang Qisya bagi ni? Amzar rasa macam nak luku aje. Nasib baik isteri tercinta.
“Tak sakit pun lah...” sinis Amzar.
“Itulah abang. Pergi tak beritahu
Qisya. Tengok, kan Allah dah tunjuk.....” Qisya terus membebel.
“Ni nak membebel ke nak tolong?” soal
Amzar geram. Orang tengah sakit, dia sibuk duk membebel. Amzar bangun dan menuntun
basikal masuk ke bawah rumah kampung milik Nek Isah. Qisya hanya senyap dan
terkedu.
MALAM itu, Amzar tidak keluar makan. Dia asyik terperap di
dalam bilik tetamu. Puas Qisya cuba mengetuknya. Mujur sahaja Nek Isah tiada di
rumah kerana menghadiri majlis di surau kampung. Kalau Nek Isah tahu, mahu
pekak telinga Qisya kena bebel.
“Abang...”rintih Qisya. Dia menangis
dan duduk bersandar di tepi pintu.
“Bukaklah abang..Sampai hati abang
buat sayang macam ni” Sejak mengandung, emosi QIsya sering berubah. Kadangkala
gembira, kadangkala sedih.
Amzar berusaha membuka mata. Kepalanya kembali
mencucuk-cucuk. Digagahkan diri juga membuka pintu.
Saat pintu telah dibuka, Qisya segera
memeluk suaminya. Erat! Tak mahu dilepaskan. Amzar pelik. Kenapa dengan Qisya
ni? Beria menangis bagai. Macam aku dah mati pula.
“Kenapa?” soal Amzar polos.
“Abang ni buat-buat tanya pulak” Qisya
menumbuk perlahan dada suaminya. Amzar mengaduh. Isterinya itu mula kalut.
Dipimpim tangan Amzar menuju ke katil. Seketika, dia berasa pelik. Apasal
tangan Amzar panas?
“Kenapa abang tidur bilik ni?” soal
Qisya geram.
“Takkan abang nak tidur bilik kita?
Dahlah sakit kepala, sayang pulak tengah membebel”
“Alolo, sian abang sakit kepala ya?
Meh sayang picit meh” Amzar bagaikan kucing parsi. Manja! Dia melabuhkan kepala
di atas paha Qisya. Tangan mulus isterinya mula menari di dahi.
“Abang! Panas ni. Demam ya?” risau
Qisya dibuatnya.
“Ala, sikit aje”
“Kejap sayang pergi ambil air asam
jawa..Cepat kebah demam tu nanti” belum sempat Amzar menjawab, Qisya lebih
pantas melangkah.
“NEK, maafkan Qisya. Halalkan makan minum kami suami
isteri. Kalau ada cuti lagi, kami balik lagi ya?” Qisya memeluk Nek Isah dengan
erat. Air matanya menitis laju.
“Nek, duduklah dengan kami” pujuk
Amzar lagi.
“Tak mahulah Amzar. Nenek ni orang
tua, dah biasa hidup cara kampung. Kamu orang bandar.”
“Ala nenek ni. Orang kampung ke bandar
ke, tetap orang jugakan?” Qisya mencium pipi neneknya.
“Isy, kamu ni” Nek Isah tersenyum
dengan lawak yang tidak menjadi itu.
“Jaga cicit dengan cucu nenek tu
elok-elok. Amzar, hati-hati memandu. Assalamualaikum” ucap Nek Isah.
“Ala, nenek. Macamlah Qisya nak balik
jauh. Nak balik sebelah rumah nenek aje kot. Hahaha” sengal keluarga Qisya ini.
“Drama tu penting” semua yang ada di
situ gelak sakan.
Qisya menapak bersama Amzar ke rumah
Nek Mah. Mereka akan bermalam selama 3 hari di rumah itu. Mereka ambil cuti
seminggu. Adillah duduk rumah Nek Isah 3 hari, rumah Nek Mah 3 hari.1 hari
lagi, lepak dekat rumah. Semua itu perancangan Amzar. Adil katanya. Nanti
tidaklah timbul isu terasa hati.
“Eh, awalnya datang sini?” Tegur Nek
Mah yang sedang mencabut pegaga di belakang ruah untuk dibuat kerabu. Amzar
tersenyum lalu mencium tangan neneknya itu. Qisya juga mengikut perbuatan
suaminya.
“Adil lah tok nek. Sana 3 hari, sini 3
hari” beritahu Qisya.
“Lah, pulak. Tok Nek tak kisah pun
Qisya. Kalau kamu tak datang pun tak apa, yang penting nenek tahu cucu dan
bakal cicit nenek sihat belaka.”
“Tok Nek halau ke?” gurau Amzar.
“Isy, kamu ni. Sudah, mari masuk” ajak
Nek Mah. Mereka masuk ke dalam rumah. Meriah sedikit rumah kampung yang dihuni
Nek Mah sendirian itu.
AMZAR dan Qisya baru tiba dari kampung tepat jam 10 pagi
tadi. Sengaja mereka pulang awal kerana petang nanti, ada perancangan lain
pula. Qisya merenung suaminya yang tidur kepenatan. Wajah inilah yang pernah
dia menyampah. Wajah inilah yang buat dia jatuh cinta. Bukan kerana rupa, tapi
kerana keikhlasan hati tuan empunya badan. Dia mengusap lembut wajah polos
situ. Wajah yang tiada cacat celanya. Lalu perlahan-lahan dia tunduk mencium dahi
si suami. Syahdu rasanya.
Amzar terjaga apabila berasa kulitnya
disentuh. Buka-buka sahaja mata, wajah isteri tercinta berada di depan mata.
Dia tersenyum. Tangannya laju sahaja mencubit pipi Qisya.
“Abang baru tidur dah rindu?”usik
Amzar.
“Eleh. Siapa tah nak rindu ke dia” malu Qisya.
“Adalah hamba Allah tu. Kita tidur dia
boleh pulak...” Qisya menekup mulut Amzar. Malu! Merah pipi dibuatnya.
Amzar melepaskan tawa. Seronok melihat
Qisya malu. Dia mencium pipi Qisya lantas lalu berlari keluar dari bilik. Gila
nak tunggu? Ada juga kena ‘ketam’ nanti. Haha..
“Abang!..” Qisya menjerit kegeraman. Dia
mengejar Amzar. Geram!
QISYA ke hulu dan ke hilir. Mindanya merancang aktiviti.
Pandangan ditalakan pada encik suami yang sedap landing atas katil sambil
memeluk teddy bear besar miliknya. Sedapnya Encik Amzar kita tidur ya? Hmm.
Qisya tersengih.
“Abang..”rengeknya seraya memeluk lengan
Amzar. Suaminya itu masih tidur. Dicubanya sekali lagi.
“Hmmm” hanya itu yang terluah di bibir
Amzar.
“Abang bangun bang..Sakit bang....”
rengek Qisya.
“Hah, mana sakit? Dah nak deliver ke?”
Lintang pukang Amzar bangun dari katil. Dengan rambut serabai, muka pun tak
handsome..Qisya melepaskan tawa. Amzar yang sedar dirinya ditipu mula menapak
ke isterinya.
“Sayang..! Abang baru aje nak tidur”
Dia mencubit kedua-dua belah pipi Qisya.
“Abang dah tidur 2 jam tahu. Qisya ni
macam orang tak betul aje. Cakap sorang-sorang, tengok tv sorang-sorang..Ada
husband pun macam tak ada aje. Baik hidup single...”
Kroohhh!
Qisya berpaling menatap Amzar.
Hampehh! Dia boleh tidur time aku merajuk? Baru Qisya hendak mencubit lengan
Amzar, perutnya terasa sakit. Dia menepuk-nepuk suaminya.
“Abang, baby dah nak deliver!” jerit
Qisya cemas.
“Not funnylah sayang. Let me take my
rest. Esok abang dah kena masuk kerja...” Matanya terpejam.
“Abang it’s real.” Qisya sudah
merembeskan air mata. Amzar mencelikkan mata. Qisya menayangkan muka cemas.
Usai itu, dia mula gelabah. Betul rupanya, ingat main-main..kata hati Amzar.
"ALHAMDULILLAH..comel anak kita kan sayang" Amzar mengagah-agah anak kecil itu. sesekali senyuman manis terbit di bibirnya.
"Comel macam sayangkan?" usik Qisya.
"Perasan!"
"Sekali-sekala apa salahnya" balas Qisha.
"Terima kasih sayang atas kebahagiaan ini. Syukur alhamdulillah" Amzar mencium ubun-ubun Qisha. bahagia dengan kehidupannya kini..
TAMAT...
Label: cerpen bersiri 2014