Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang (TAMAT)
Jumaat, 13 Oktober 2017 |
Oktober 13, 2017 | 2comments
BAB 10
“M
|
AK, kisah tu dah berlalu berpuluh-puluh tahun yang lepas
kan mak. Rasa macam semalam saja Uteh baring di riba mak, berkongsi cerita
dengan mak.Uteh rindu mak, kalau mak masih ada, Uteh nak tunjuk pada mak yang
Uteh dah berjaya sekarang mak” Uteh menatap potret Raziah. Senyuman manis
Raziah sentiasa dirinduinya.
“Abah
pun rindukan mak..” ujar Rahman yang berdiri di pintu bilik Uteh. Uteh bangun
dan segera memimpin Rahman untuk duduk di birai katil.
“Uteh
nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada abah dan mak. Abah dan mak
besarkan Uteh dengan penuh kasih sayang walaupun abah tak pernah limpahkan Uteh
dengan kemewahan dunia. Uteh bersyukur sangat sebab dibesarkan dalam keadaan
macam ni, Uteh tak malu dan takkan sesekali malu untuk mengaku yang Uteh ni hanya
anak orang kampung yang miskin” Uteh memeluk bahu Rahman. Air mata jantannya
menitis di pipi.
“Hanya
kasih sayang yang mampu kami beri. Kemewahan jauh sekali. Alhamdulillah, kalau
mak masih ada dia pasti gembira melihat kejayaan Uteh sekarang. Uteh dah jadi
kebanggaan Abah, pastikan uteh jadi hamba Allah yang terbaik..” nasihat Rahman.
“Terima
kasih jugak dengan arwah nenek. Uteh bersyukur sangat sebab sekurang-kurangnya
Uteh ada dana untuk belajar sewaktu susah dahulu dan abah tak perlu bekerja
keras lagi”
“Alhamdulillah..”
ucap Rahman pendek.
“Abah,
boleh Uteh tanya sikit? Lama Uteh simpan soalan ni” Uteh memandang Rahman dan
lelaki itu mengangguk.
“Kenapa
mak framekan karangan Uteh ye? Frame tu bukannya murah, mahal
bah. Mak sanggup habiskan duit ubat dia”
“Kata
mak, dia sanggup buat apa sahaja untuk anak-anaknya. Karangan bertajuk secubit
kasih segenggam sayang itu menjadi renungan mak setiap pagi...” cerita Rahman.
Uteh tersenyum sambil menitiskan air mata lagi.
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 9
|
Oktober 13, 2017 | 0comments
BAB 9
“U
|
HUK..Uhuk..” batuk Raziah makin menjadi-jadi pula sejak
kebelakangan ini. Dada yang terasa sesak diurut untuk melegakan pernafasannya.
Puan Zainab yang memerhati dari
katil hanya melepaskan keluhan. Dia silap menilai Raziah. Wanita itu merupakan
menantu yang sangat baik. Buktinya Raziah sanggup menjaganya di hospital.
“Yah..” panggil Puan Zainab tidak
bermaya. Dia disahkan menghidap strok. Tutur katanya juga sukar difahami kerana
mulutnya telah senget akibat serangan strok tersebut. Riziahlah yang
menguruskan dirinya selama dia di hospital.
“Ya mak? Mak nak makan?” Raziah
melemparkan senyuman nipis. Kerongkongnya terasa pedih. Bekas jahitan di
dadanya juga terasa berdenyut-denyut.
“Terima kasih Yah” ucap Puan Zainab
ikhlas.
“Mak tak perlu berterima kasih
dengan Yah. Yah yang perlu ucap terima kasih pada mak sebab sudi terima Yah
sebagai menantu yang diiktiraf walaupun baru beberapa minggu”
Puan Zainab senyum. Pandangan
dihalakan ke sofa. Susuk tubuh Rahman tidak kelihatan, kemanakah anak lelakinya
itu pergi?
“Rahman solat kejap mak, Uteh sudah
ada di kampung. Dia ikut Pak Man teksi balik, hari Isnin nanti dia ada ujian di
sekolah. Itu yang dia terpaksa pulang awal” ujar Raziah setelah mengerti
pandangan Puan Zainab.
“Yah, harta mak serahkah pada kamu
berdua” Puan Zainab berusaha untuk bertutur.
“Apa ni mak? Kami tak harapkan
apa-apa pun”
“Mak masih belum ubah nama Rahman.
Kalau apa-apa berlaku, kamu gunalah” sesekali Puan Zainab melepaskan lelah
berbicara. Dalam keadaan mulut yang senget, sangat sukar untuk dia berbicara
dengan betul.
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 8
|
Oktober 13, 2017 | 0comments
BAB 8
M
|
AKAN ni Uteh” Puan Zainab menghulurkan sepinggan nasi berlaukkan
asam pedas ikan tenggiri. Uteh menggeleng. Dia tidak mahu makan, dia cuma mahu
pulang. Apa yang ada di dalam kepalnya ini hanyalah abah dan emaknya.
Dia tidak mahu tinggal di rumah
besar ini. Dia rela tinggal di kampung.
“Kau ni degil betullah” Puan Zainab
hilang sabar. Susah betul hendak memujuk Uteh. Lagipun bukannya dia culik Uteh
untuk dijadikan tebusan pun, sekadar menjadi pewaris hartanya sahaja. Pewaris
yang bakal tiada apa-apa hubungan dengan kedua-dua orang tuanya lagi. Puan
Zainab senyum sinis.
“Uteh nak balik rumah” Uteh bersuara
lagi.
“Jangan mimpi. Tinggal di sini
dengan nenek” terbit rengusan kecil di bibir wanita itu.
Bunyi guruh berdentum membuatkan
Uteh terkejut. Dia ketakukan. Selalunya saat-saat begini emak akan memeluknya
bagi menghilang rasa takut Uteh. Tapi sekarang emak tiada di sisinya.
Kilat memancar-mancar di luar sana.
seketika kemudian, hujan lebat turun menyimbah bumi. Uteh menangis dalam diam,
dipejamkan matanya dan cecair jernih mengalir di pipinya. Puan Zainab yang
berada di sisi memejamkan mata. Terasa letih setelah memandu jarak jauh siang
tadi. Uteh yang duduk berdiam diri dibiarkan sahaja. Anak itu perlukan masa.
Bumm!
Bunyi guruh seolah-olah menghentam
sisi Uteh. Terangkat bahunya akibat terkejut. Sekali lagi air matanya turun
deras membasahi pipi.
“Assalamualaikum” sayup-sayup
kedengaran salam yang dilaung di luar pagar. Hujan masih membasahi bumi.
Ting tong!
Loceng pula ditekan. Uteh tertanya-tanya.
Siapakah yang datang hujan-hujan begini?
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 7
|
Oktober 13, 2017 | 2comments
BAB 7
S
|
ENJA sudahpun hendak melabuhkan tirai. Langit cerah
bertukar-tukar merah. Burung-burung pun pulang ke sarang. Raziah mengintai di
ingkat rumah. Riak wajahnya bimbang. Pintu jendela ditutup. Maghrib-maghrib
begini tak elok dibiarkan terbuka.
Rahman yang baru keluar dari bilik
sambil membetulkan baju melayunya memandang Raziah penuh tertanya-tanya.
“Uteh mana Yah? Dari petang tadi tak
nampak lagi” Rahman berkerut. Jarang sekali Uteh pulang lewat ke rumah kecuali
ada latihan bola sepak di sekolah.
“Itu yang saya risaukan bang. Dari
tadi Uteh tak balik-balik. Petang tadi saya tanya Man anak Pak Wahid, dia cakap
di sekolah tiada apa-apa latihan sukan” Raziah risau. Bening matanya menakung
air mata. Tak pernah rasa sebegini sebelum ini. jika inilah perasan yang bakal
dia rasa ketika melepaskan Uteh pergi, dia tidak sanggup.
“Awak pergi bersiap sekarang Yah,
kita cari Uteh di sungai. Kot-kot dia mandi sungai” Rahman memberi arahan.
Raziah berlari ke bilik seraya menukar pakaian yang lebih sopan.
Rahman turun ke bawah rumah dan
menuntun basikal tua keluar dari ruang bawah tersebut. Dia yang menunggu Raziah
diluar rumah sudah panas punggung. Lama pula Raziah ini. Baru sahaja hendak
memanggil Raziah, isterinya itu terkocoh-kocoh menutup pintu rumah.
“Lekas bang, hari sudah gelap”
Raziah melabuhkan duduk di tempat duduk belakang. Segera Rahman mengayuh
basikal tuanya menyelusuri jalan kampung yang berlopak sana sini. Peluh yang
merinik membasahi wajahnya diabaikan. Degupan jantung Rahman sangat laju ketika
ini. Masakan tidak, Uth satu-satunya permata hati dia dan Raziah.
Sebaik sahaja sampai di sungai,
Raziah segera turun lalu melaung nama Uteh. Dengan esak tangis yang mula
kedengaran, Raziah kuatkan juga hatinya untuk memanggil Uteh.
Rahman pula mencari di bahagian
batu-batuan. Pernah ada kes dimana seorang pemuda dari kampung sebelah ditemui
di celah batu akibat lemas. Nauzubillah, Rahman tidak mahu perkara itu berlaku
kepada anaknya.
Ya Allah, selamatkanlah Uteh dimana
sekalipun dia berada. Kau yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Doa Rahman
dalam hati.
“Uteh! Utehhh..mana kamu
nak..baliklah” rintihan Raziah makin sayu. Akhirnya dia mengatur langkah ke
arah suaminya.
“Bang, macam mana ni bang? Semua ni
salah saya kan bang. Mungkin Uteh sedih lepas dengar saya nak bagi nenek dia
jaga di kota sana. Silap saya bang! Silap saya!” Raziah sudah hilang kawalan.
Rahman terhenyak. Suatu nama meniti
di kepalanya.
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 6
|
Oktober 13, 2017 | 0comments
BAB 6
U
|
TEH berjalan seiring dengan kawan-kawannya. Waktu persekolah
baru sahaja melabuhkan tirainya. Sebaik sahaja melepasi pintu pagar sekolah,
seorang demi seorang kawan-kawannya mengikut haluan sendiri. Masing-masing
dijemput oleh ibu dan bapa.
Uteh mengeluh, sakit pula kakinya
hari ini. Maklumlah, pagi tadi ada latihan bole sepak. Dia tercedera sedikit
akibat kasut sukan yang dipakai sudah haus dan duri tajam tercucuk di tapak
kayunya.
Memahami kesusahan yang melanda
keluarganya, Uteh tidak pernah meminta malah jauh sekali mengeluh. Cikgu kata,
takdir hidup bukan kita yang tentukan.
Uteh mengambil keputusan untuk
berehat sebentar di pondok menggu bas di depan sekolahnya. Bas sekolah pun
sudah bergerak balik menghantar murid sekolah. Begitu juga dengan ibu bapa,
sudah beransur pulang. Yang tinggal cuma Uteh dan beberapa orang yang menunggu
ibu bapa mereka jemput pulang.
Air mineral yang tersimpan kemas di
poket sisi beg segera dicapai lalu diteguk rakus. Dahaga.
Sebuah kereta mewah berhenti di
pondok menunggu bas tersebut. Uteh berkerut. Macam pernah lihat sahaja kereta
ini.
Puan Zainab keluar dari kereta
seraya tersenyum manis ke arah Uteh. Terkejut Uteh dibuatnya, tak sangka nenek
akan carinya di sekolah.
“Err.. nenek, buat apa dekat sini?”
sola Uteh setelah Puan Zainab makin menghampirinya.
“Nenek datang nak ambil kamulah.
Mesti kamu penat kan? Kasihan cucu nenek ni. Jom kita pergi jalan-jalan nak?”
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 5
|
Oktober 13, 2017 | 0comments
BAB 5
R
|
AHMAN meletakkan kopiah yang dipakai ke atas meja kayu yang
menunggu masa untuk rebah itu. Jam di dinding dikerling. Jam itu dibeli dengan
duit hasil menorehnya. Jarum jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Biasanya
waktu-waktu begini Uteh sudah masuk tidur kerana dia perlu bangkit awal untuk
ke sekolah. Jarak rumah dan sekolah bukannya dekat. Tambahan pula, dia tiada
basikal mahupun motorsikal untuk menghantar anaknya itu.
Duduk dilabuhkan di atas lantai yang
berlapikkan tikar getah lama itu. Sesekali dia memicit kepala yang terasa
berat. Mujurlah kudratnya masih mampu bekerja bagi menampung makan dan minum
mereka sekeluarga.
“Abang baru balik?” soal Raziah yang
mendaki tangga menuju ke ruang tamu rumah. Rahman sekadar menangguk.
“Abang nak air?” soal Raziah lagi.
“Tak mahulah Yah. Tadi abang sudah
jamah di masjid. Ada kenduri sikit” jawab Rahman seraya menyandarkan tubuhnya
di dinding rumah.
Raziah duduk di sebalah suaminya.
Pahan Rahman ditepuk lembut.
“Bang, saya ada benda nak bincang”
“Apa lagi Yah? Pasal tengah hari
tadi? Lupakanlah Yah, saya tetap dengan keputusan saya” Rahman memejam mata.
Tubuh yang penat perlu direhatkan seketika.
“Saya rasa dah sampai masanya saya
pulangkan balik hak mak” Raziah bersuara lagi.
“Hak apa pulak ni Yah? Awak pergilah
tidur, awak penat sangat ni sampai fikir bukan-bukan” Rahman masih memejam
mata.
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 4
Khamis, 8 Jun 2017 |
Jun 08, 2017 | 1comments
BAB 4
R
|
AZIAH duduk melipat kain di ruang tamu rumah. Kejadian yang
berlaku sebentar tadi masih segar di ingatannya. Masih terngiang-ngiang amrah
yang dilemparkan Rahman. Raziah tahu, dia berdosa kerana telah menaikkan
kemarahan suaminya. Tapi dia ada sebab berbuat demikian.
Uteh menapak perlahan-lahan menuju
ke emaknya. Dia tidak mahu menganggu emaknya yang nampak sedang berfikir jauh.
Teragak-agak Uteh hendak duduk apabila tiba di hadapan Raziah.
“Mak..mak” panggil Uteh perlahan.
Lamunan Raziah hilang begitu sahaja.
Dia menoleh ke sisi dan melemparkan senyuman kepada Uteh.
“Bila Uteh duduk sebelah mak? Mak
tak perasan” Raziah ketawa nipis. Sekada menghilangkan canggung.
“Baru saja. Mak fikirkan apa tadi?”
soal Uteh sambil meniarap memandang emaknya yang melipat kain.
“Tak ada apa pun. Teringat kenangan
lama” sembunyi Raziah.
“Mak, kalau Uteh tanya sikit boleh?”
“Apa dia?”
Uteh bangun dari meniarap lalu duduk
bersila. Berkerut-kerut dahinya. “Kenapa nenek jarang datang rumah kita? Kenapa
nenek tak bantu keluarga kita yang susah ni?” soalan Uteh membuat Raziah
tersentak. Dia sudah agak, suatu hari nanti pasti Uteh akan mengutarakan soalan
itu. Dan hari itu ialah sekarang.
“Panjang ceritanya Uteh. Semuanya
bermula sebelum mak dengan abah kahwin” jawab Raziah.
Nak baca lagi? Tekan sini ~Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 3
Isnin, 15 Mei 2017 |
Mei 15, 2017 | 0comments
BAB 3
S
|
EBUAH kereta mewah masuk ke perkarangan rumah Raziah dan Rahman.
Rahman ketika itu sedang menebas rumput yang semakin meninggi di tepi rumah
Matahari yang terpacak di kepala tidak dihiraukan.. Sebaik sahaja melihat ada
tetamu yang datang, Rahman berhenti menebas dan segera menapak ke kereta mewah
tersebut.
Seorang perempuan berusia lingkungan
umur 50-an keluar dari kereta mewah bercermin gelap itu. Wajah yang garang dan
tanpa senyuman itu membuatkan Rahman terkejut sakan.
“Ab..” Raziah yang berdiri di muka
pintu terkejut sakan. Dia baru sahaja hendak meminta Rahman ke kedai membeli
beras. Beras di dapur sudah habis, sebentar lagi pasti Uteh akan pulang dari
sekolah.
“Puan nak apa datang ke mari?” soal
Rahman dingin.
“Amboi, kau tak mahu jemput aku
masuk ke?” sinis perempuan itu. Kaca mata hitam dinaikkan ke atas kepala.
Sesekali tangan melibas-libas muka. Panas.
“Jemput masuk Puan. Teratak kami
buruk sahaja bukan macam rumah Puan” perli Rahman pula.
“Kau yang pilih untuk hidup
menderita Rahman” kata wanita itu sebelum mengikuti langkah Rahman menuju ke
pintu rumah.
Raziah tergamam. Kakinya tidak mampu
bergerak waima selangkahpun sehingga ditegur oleh Rahman.
“Buatkan air Yah, kita ada tetamu”
Rahman bersuara. Raziah mengangguk dan berlalu ke dapur. Pipi ditampar-tampar
perlahan bagi memastikan ini adalah realiti dan bukan mimpinya semata-mata.
“Mana cucu aku?” soal wanita itu setelah melabuhkan duduk di
atas sofa kayu yang tidak berapa empuk itu. Maklumlah kerusi sudah berpuluh
tahun usianya.
“Uteh ke sekolah puan. Waktu-waktu macam ni memang kami
berdua saja yang ada di rumah” Rahman berbasa basi. Tak baik pula kalau layan
tetamu dengan buruk.
“Aku datang ni bersebab” Puan Zainab bersuara lagi.
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 2
Jumaat, 12 Mei 2017 |
Mei 12, 2017 | 1comments
BAB 2
“U
|
TEH buat apa tu?” soal Raziah lalu duduk di
sebelah anaknya. Rahman yang sedang menghembuskan asap rokok daun sesekali
berpaling.
“Uteh buat kerja sekolah mak. Uteh nak jadi pandai,
nanti boleh kaya..” ujar Uteh bersemangat.
“Uteh
belajar rajin-rajin ya. Bila dah kaya jangan lupa orang susah sebab kita pun
susah. Uteh janji dengan mak ya?” Raziah menahan air mata.
“Mestilah
Uteh janji mak. Orang susah pasti akan Uteh bantu, mereka dah macam keluarga
Uteh”
“Kalau
macam tu, sejuk sikit hati mak dengar. Macam mana kaya pun Uteh nanti, rumput
di bumi jangan dilupakan” pesan Raziah berkias. Dia tidak mahu Uteh menjadi
orang yang sombong dan lupa diri kelak.
Uteh
mengangguk faham.
“Mak..mak, boleh Uteh baring atas riba
mak?” pinta Uteh. Raziah menangguk. Uteh melabuhkan kepala di atas riba Raziah.
Raziah membelai rambut anak lelakinya itu.
“Mak,
mak..Cikgu kata karangan yang Uteh buat boleh masuk pertandingan. Mak benarkan
tak kalau Uteh masuk pertandingan? Tapi bayarannya mahal mak, RM50” Uteh
memandang wajah Raziah. Rahman berdehem.
“Erm,
mak tak ada masalah tapi..” belum sempat Raziah menghabiskan bicara, Rahman
segera menyampuk.
“Bila
tarikh tutupnya Uteh?” soal Rahman.
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 1
Ahad, 7 Mei 2017 |
Mei 07, 2017 | 2comments
BAB 1
“S
|
AYA tak minta
pun duit awak. Saya boleh cari sendiri, kudrat saya masih kuat untuk membanting
tulang. Awak simpanlah duit awak itu, mana tahu esok lusa awak sakit semula.
Boleh juga guna duit itu beli ubat..” Rahman mengibas-ngibaskan badannya yang
kepanasan setelah pulang dari menoreh getah.
Raziah
kembali menyimpan wang yang dihulurkan kepada suaminya sebentar tadi. Niatnya
hanya satu. Cuma mahu membantu suami yang perit jerih bekerja menampung
perbelanjaan mereka.
“Semua
ni salah saya kan bang. Kalaulah dulu saya dengar cakap arwah mak supaya jangan
kahwin dengan abang, abang mesti takkan hidup miskin macam ni” Raziah duduk di
tangga rumah sambil mengenang masa silam.
“Awak
menyesal kahwin dengan saya ke Yah?” soal Rahman yang berdiri di sisi
basikalnya. Langkah terhenti selepas mendengar bicara Raziah sebentar tadi.
“Tak
bang, saya sama sekali tak menyesal. Cuma saya terkilan. Sebab saya, abang
terpaksa hidup susah payah macam ini” Raziah membetulkan kembali ayatnya
sebentar tadi. Bimbang si suami terasa hati.
“Tak usahlah
dikenang Yah, kita dah berkahwin dah pun. Inilah takdir kita, Tuhan uji sebab
DIA nak tengok sejauh mana kemampuan kita..” Rahman menuntun basikal tuanya
masuk ke bawah rumah. Dia malas hendak mengungkit kisah lama. Baginya yang lama
itu biarkan berkubur begitu sahaja.
“Yelah..”balas
Raziah pendek.
Label: cerpen 2017
CERPEN: KERANA BUDAK COMOT
Khamis, 27 April 2017 |
April 27, 2017 | 1comments
SEORANG budak comot dengan baju lusuh, rambut tidak
tersisir rapi, dan berkaki ayam menghampiri Azim yang sedang menunggu makanan
di sebuah restoran mewah. Azim menyeluk poketnya untuk mengeluarkan dompet.
Tebal! Dia baru sahaja mendapat bonus 5 bulan gaji. Semuanya di atas kerja
kerasnya sendiri yang telah berjaya mendapatkan 3 projek besar untuk syarikat.
“Abang, tolong saya bang. Saya dah 2
hari tak makan” budak comot itu berdiri di hadapan Azim.
“Kau ni tahu mengemis aje. Kerja tak
nak. Pemalas!” marah Azim. Mata-mata pelanggan lain tertumpu kepadanya.
“Saya bukan tak nak kerja bang tapi
saya belum cukup umur. Saya anak yatim bang. Mak saya pula sakit. Adik-adik
ramai. Saya dah 2 hari tak makan. Tolong saya bang.” budak comot itu merayu.
“Syuhh..Aku tak kiralah kau anak
yatim ke, mak kau sakit ke. Apa aku peduli? Dah pergi jauh-jauh” halau Azim.
Budak comot itu berlalu dengan wajah yang sedih. Setitis air mata tumpah di
pipi.
Seorang lelaki berserban putih,
menghampiri budak comot itu.Dia tersenyum.
“Adik lapar ya? Adik order nak makan
apa. Abang bayar” ucap lelaki berserban itu ikhlas. Dia menggeleng-gelengkan
kepala melihat sikap Azim sebentar tadi. Dia menghampiri Azim.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumusalam. Hah ni kenapa
pula? Nak minta sedekah? Hey, manusia zaman sekarang. Tahu ambil kesempatan
sahaja.” Azim merengus geram.
“Maaflah kalau saya mengganggu. Tak
salah kalau encik berkongsi sedikit rezeki kurniaan Allah dengan anak kecil
itu. Bukan berkurang, malah bertambah lagi rezeki encik. Hidup kita ini encik,
bukannya selalu berada di atas. Apabila kita dah berada di atas, tunduk ke
bawah. Pandang orang-orang di bawah kita”
“Kau siapa nak ceramah aku? Kau
dengan budak comot tu sama saja. Suka ambil kesempatan. Sudahlah! Hilang mood aku nak makan. Waiter!” Azim menjerit kuat. Lelaki berserban itu menggelang
kepala. Kesal dengan sikap Azim.
Nak baca lagi? Tekan sini ~