Isnin, 15 Mei 2017

Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 3

Posted by Normah Zainul at Isnin, Mei 15, 2017
Reactions: 

BAB 3

S
EBUAH kereta mewah masuk ke perkarangan rumah Raziah dan Rahman. Rahman ketika itu sedang menebas rumput yang semakin meninggi di tepi rumah Matahari yang terpacak di kepala tidak dihiraukan.. Sebaik sahaja melihat ada tetamu yang datang, Rahman berhenti menebas dan segera menapak ke kereta mewah tersebut.
            Seorang perempuan berusia lingkungan umur 50-an keluar dari kereta mewah bercermin gelap itu. Wajah yang garang dan tanpa senyuman itu membuatkan Rahman terkejut sakan.
            “Ab..” Raziah yang berdiri di muka pintu terkejut sakan. Dia baru sahaja hendak meminta Rahman ke kedai membeli beras. Beras di dapur sudah habis, sebentar lagi pasti Uteh akan pulang dari sekolah.
            “Puan nak apa datang ke mari?” soal Rahman dingin.
            “Amboi, kau tak mahu jemput aku masuk ke?” sinis perempuan itu. Kaca mata hitam dinaikkan ke atas kepala. Sesekali tangan melibas-libas muka. Panas.
            “Jemput masuk Puan. Teratak kami buruk sahaja bukan macam rumah Puan” perli Rahman pula.
            “Kau yang pilih untuk hidup menderita Rahman” kata wanita itu sebelum mengikuti langkah Rahman menuju ke pintu rumah.
            Raziah tergamam. Kakinya tidak mampu bergerak waima selangkahpun sehingga ditegur oleh Rahman.
            “Buatkan air Yah, kita ada tetamu” Rahman bersuara. Raziah mengangguk dan berlalu ke dapur. Pipi ditampar-tampar perlahan bagi memastikan ini adalah realiti dan bukan mimpinya semata-mata.
“Mana cucu aku?” soal wanita itu setelah melabuhkan duduk di atas sofa kayu yang tidak berapa empuk itu. Maklumlah kerusi sudah berpuluh tahun usianya.
“Uteh ke sekolah puan. Waktu-waktu macam ni memang kami berdua saja yang ada di rumah” Rahman berbasa basi. Tak baik pula kalau layan tetamu dengan buruk.
“Aku datang ni bersebab” Puan Zainab bersuara lagi.

“Sebab apa ye Puan?”
“Aku nak ambil cucu aku bawa balik Kuala Lumpur” luah Puan Zainab. Raziah yang datang dari dapur sambil menatang dulang air hampir terlepas. Benarkah apa yang dia dengar?
“Apa yang Puan cakap? Saya tak faham dan untuk pengetahuan Puan, tak ada sesiapa pun yang boleh bawak anak kami jauh dari kami” tegas Rahman. Mana mungkin dia serahkan Uteh kepada wanita itu.
“Sabar bang..Macam ni lah Puan, untuk apa ya Puan nak bawa Uteh balik ke Kuala Lumpur?” Raziah cuba menenangkan Rahman. Tujuan wanita itu juga sempat ditanya.
“Aku nak dia dapat the best education. Aku nak dia jadi orang berjaya dan kaya. Setakat sekolah di kampung ini, tak mampu nak jamin masa depan dia” angkuh wanita itu berkata-kata.
“Tak kisahlah belajar mana-mana sekalipun Puan, kalau nak berjaya, tak belajar pun boleh berjaya. Saya tak benarkan. Selagi saya masih hidup, Puan jangan sesekali berani nak jauhkan kami dengan Uteh. Puan balik jelah. Tak ada benda yang nak dibahaskan lagi” Rahman naik angin. Kesabarannya benar-benar tipis kala ini. jika tidak difikirkan tetamu, sudah lama dia tampar mulut yang lancang berbicara itu.
Raziah cepat-cepat mengusap belakang badan suaminya. Cuma menyalurkan sisa-sisa kesabaran yang dia ada. Dia tahu Rahman marah benar dengan apa yang keluar dari mulut wanita itu.
“Kalau kami serahkan Uteh, apa janji Puan? Dan apa yang kami dapat?” soal Raziah. Rahman berpaling menghadap Raziah. Soalan berani isterinya itu benar-benar menaikkan lagi kemarahannya.
“Yah, awak ni dah kenapa?” suara Rahman naik satu Oktaf.
“Aku janji akan didik dia jadi manusia berjaya. Dan...kau orang akan dapat duit, serta rumah baru. Jadi tak perlulah kau orang berdua tinggal di rumah yang menanti roboh ini lagi” bongkak sekali Puan Zainah berbicara. Bila wang menguasai segalanya...
“Kami tak mati kebuluran pun kalau tak dapat duit Puan. Sudahlah, ada baiknya Puan balik sebelum saya naik angin” Rahman cuba mengawal bara di hati.
Puan Zainab bangun dari duduk. Kaca mata dilurutkan dari atas kepala. Beg tangan dibimbit.
“Jangan berlagak Rahman. Kau takkan mampu nak tanggung dia belajar di universiti nanti. Kau tu tak punya apa-apa Rahman. Kau patut berterimah kasih pada aku sebab sudi bela kau sampai besar” senyum senget menghiasi bibir merah Puan Zainab.
“Aku kata balik!” Rahman menengking. Dia benar-benar hilang kawalan. Raziah segera mendapatkan Rahman yang sudah bangun dan berwajah bengis itu.
“Abang, mengucap bang. Ingat Allah”
“Kamu Raziah, jangan sesekali kamu dengar cakap perempuan ini. Biar kita miskin harta, tapi kaya budi bahasa” marah Rahman.
“Kamu fikir-fikirkanlah ye Raziah. Aku balik dulu” Puan Zainab melangkah keluar. Dari jauh, kelihatan susuk tubah Uteh yang berlari-lari menuju ke rumah.
“Assa...err..assalamualaikum” Uteh terkejut melihat tetamu yang datang ke rumahnya. Maklumlah, rumahnya buruk sahaja mana ada tetamu mahu datang. Tetapi, dia seakan-akan hendak mengenali tetamu ini. Siapa ya?
“Waalaikumussalam. Ya Allah cucu nenek. Rindunya.. Kenapa kamu comot sangat ni Uteh? Baju kamu, berapa tahun tak tukar? Kasut, Ya Allah buruknya. Ni beg, pakai dari darjah berapa?” bebel Puan Zainab. Dibelek-belek cucunya itu.
Kini, Uteh mula mengingati kembali wajah itu. Nenek, emak abah.
“Uteh, masuk rumah mandi!” Arah Rahman tegas.
Mendengar arahan tegas itu, Uteh segera membuka kasut sekolah dan masuk ke dalam rumah. Neneknya masih berada di luar. Uteh pelik, mengapa nenek jarang melawat keluarganya? Mengapa nenek kaya dan keluarganya susah?
“Kau fikirlah masa depan Uteh tu Raziah. Jangan disebabkan kepala batu kau orang, dia yang dapat tempiasnya. Itulah dulu aku sudah larang kau berdua kahwin. Tapi degil!” Puan Zainab terus menuju ke kereta mewahnya. Malas mahu berbincang dengan orang yang keras kepala seperti Rahman. Dia sekadar berbasa basi sahaja dengan Raziah sebentar tadi. Maklumlah, menantu tak direstui.
Sebaik sahaja kereta mewah Puan Zainab keluar dari perkaragan rumah mereka, Rahman segera berpaling ke Raziah. Marah yang membuak-buak gagal dikawal.
“Awak gila ke Yah? Perempuan itu cuma nak tengok kita menderita sahaja. Ke awak suka tengok saya menderita? Dah menyesal sangat kahwin dengan saya?” sinis Rahman. Dia yang malas melayan amarahnya meninggalkan Raziah keseorangan. Parang dibelakang pintu segera dicapai. Kain pelikat diikat di kepala. Dia ada kerja di kebun Pak Abu. Lebih baik dia keluar bekerja dari melayan amarah.


PUAN Zainab tersenyum sinis di dalam kereta Rahman memang keras kepala. Raziah pula seakan-akan menyokongnya sebentar tadi. Dia tidak peduli, dia perlu membawa Uteh pergi jauh dari mereka.
            Kedaifan mereka membuatkan dia risau akan masa depan cucunya itu. Uteh berhak dimanjakan dengan harta seperti kanak-kanak diluar sana.
            Dia lihat Uteh tidak seperti kanak-kanak lain. Tubuhnya sedikit susut. Mungkin tidak makan makanan berkhasiat. Itu yang dia risaukan.
            Dia perlukan Uteh sebagai pewaris harta arwah suaminya. Rahman, satu-satunya pewaris telah memilih jalan kemiskinan dan Puan Zainab tidak akan sesekali menjilat ludahnya kembali. Biarkan Rahman dan Raziah kekal menderita hidup papa kedana.
            Yang dia mahukan adalah Uteh, satu-satunya cucu sah Puan Zainab. Dia mahu Uteh mewarisi harta tersebut tanpa ada penglibatan dan campur tangan Rahman serta Raziah. Dia harus jauhan Uteh dengan kedua-dua ibu bapanya. Wajib!
            Kereta mewah tersebut terus meluncur laju menuju ke Kuala Lumpur. Kampung yang serba daif sebentar tadi benar-benar membuatkan Puan Zainab serba tidak kena. Ditambah pula dengan kedaifan rumah usang mereka. Jijik Puan Zainab dibuatnya.kalau tidak kerana Uteh, dia tidak akan sesekali menjejakkan kaki di rumah itu. Geli.
            Rancangan demi rancangan menguasai fikiran Puan Zainab Seketika, dia ukir senyum kemenangan.


0 comments:

Catat Ulasan

Hye Assalamualaikum.. Takkan jadi silent reader je. Mai la komen ye ;)

 

Dunia Cik Writer Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea