Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 2


BAB 2


“U
TEH buat apa tu?” soal Raziah lalu duduk di sebelah anaknya. Rahman yang sedang menghembuskan asap rokok daun sesekali berpaling.
“Uteh buat kerja sekolah mak. Uteh nak jadi pandai, nanti boleh kaya..” ujar Uteh bersemangat.
            “Uteh belajar rajin-rajin ya. Bila dah kaya jangan lupa orang susah sebab kita pun susah. Uteh janji dengan mak ya?” Raziah menahan air mata.
            “Mestilah Uteh janji mak. Orang susah pasti akan Uteh bantu, mereka dah macam keluarga Uteh”
            “Kalau macam tu, sejuk sikit hati mak dengar. Macam mana kaya pun Uteh nanti, rumput di bumi jangan dilupakan” pesan Raziah berkias. Dia tidak mahu Uteh menjadi orang yang sombong dan lupa diri kelak.
            Uteh mengangguk faham.
“Mak..mak, boleh Uteh baring atas riba mak?” pinta Uteh. Raziah menangguk. Uteh melabuhkan kepala di atas riba Raziah. Raziah membelai rambut anak lelakinya itu.
            “Mak, mak..Cikgu kata karangan yang Uteh buat boleh masuk pertandingan. Mak benarkan tak kalau Uteh masuk pertandingan? Tapi bayarannya mahal mak, RM50” Uteh memandang wajah Raziah. Rahman berdehem.
            “Erm, mak tak ada masalah tapi..” belum sempat Raziah menghabiskan bicara, Rahman segera menyampuk.
            “Bila tarikh tutupnya Uteh?” soal Rahman.

            “Minggu depan bah” jawab Uteh.
            “Hurmm..” Rahman tidak menjawab sekadar melepaskan keluhan.
            “Tapi tak apalah mak, abah. Uteh rasa Uteh tak jadilah nak masuk pertandingan tu. Lagipun mahal..Biarlah karangan Uteh tu kekal tersimpan dalam jagaan Uteh” Uteh segera mengawal keadaan. Menyesal pula dia buka topik itu. Tak pasal-pasal abah dan maknya runsing tentang yuran.
            “Kalau nak masuk juga, Uteh pergilah. Nanti abah ikhtiar cari duit” Rahman bersuara lagi.
            “Duit simpanan mak pun ada lagi tu. Adalah dalam beberapa ratus lagi. Cukup sangat kalau setakat nak bayar yuran pendaftaran tu” Raziah bersuara.
            Uteh Pandang emaknya. Mana mungkin dia sanggup gunakan duit simpanan emaknya. Emak sendiri sakit dan memerlukan ubat.
            “Tak apalah abah, Uteh rasa tak payahlah. Abah cari duit banyak-banyak kemudian bawa mak berubat. Nanti bila mak dah sembuh, Uteh nak bawa mak dengan abah pusing-pusing KL. Kita jalan-jalan..” Uteh memasang impian.
            “Kalau macam tu kata Uteh, abah ikutkan sahaja” asap rokok daun dihembus perlahan. Angin malam yang sejuk terasa menampar pipinya. Sejuk pula malam ini, pasti akan hujan nanti.
            “Apa tajuk karangan Uteh tu? Pandai anak mak dan abah..” puji Raziah.
            “Secubit kasih, segenggam sayang..” beritahu Uteh.
            “Sedapnya tajuk, cerita tentang apa itu Uteh?” soal Raziah lagi. Rahman sekadar memasang telinga.
            “Cerita pasal sebuah keluarga yang miskin. Hidup mereka kais pagi makan pagi tapi mereka tak pernah miskin kasih sayang. Tapi ada sebuah keluarga di bandar yang hidup mereka serba mewah. Malangnya mereka miskin kasih sayang. Anak-anak dalam keluarga itu semuanya rosak mak. Ada yang menjadi penagih dadah dan ada yang dipenjara kerana rasuah tapi keluarga miskin ni anaknya berjaya..” cerita Uteh.
            Air mata Raziah bergenang. Cerita yang Uteh cipta itu benar-benar sampai di hatinya meskipun dia belum membaca karangan penuh. Dipeluknya Uteh seerat mungkin. Raziah tahu, Uteh menceritakan tentang kehidupan mereka di dalam penulisannya. Rahman memandang dua beranak itu. Sedikit sebanyak dia tersentuh dengan kata-kata tulus yang lahir dari anak berusia 10 tahun itu.
            “Kasih sayang itu pengerat hubungan kekeluargaan. Harta itu pemusnah kebahagiaan, kerana harta ada yang sanggup membunuh, kerana harta juga ada yang bermusuhan sesama ahli keluarga tapi kasih sayang menambahkan cinta sesama hali keluarga. Kasih sayang tiang utama dalam membina keluarga bahagia..” Rahman bersuara menyatakan pandangan. Uteh mengangguk setuju.
            “Betul tu abah. Kalau Uteh dah ada keluarga sendiri nanti, Uteh nak didik anak-anak Uteh macam mana mak dengan abah didik Uteh. Penuh dengan kasih sayang” ujar Uteh polos.
            Setitis demi setitis air mata Raziah turun ke pipi. Rahman yang memerhati dari jauh sekadar tersenyum nipis. Syukur, alhamdulillah dikurniakan anak yang baik seperti Uteh.
            “Mak, jangan menangis ye. Uteh janji suatu hari nanti mak dan abah pasti akan lihat Uteh berjaya..’ Uteh mengesat air mata Raziah. Malam itu, Uteh rancak berbual dengan mak dan abahnya. Seluruh perihalnya di sekolah diceritakan kepada mereka. Sesekali Rahman dan Raziah ketawa mendengar cerita anaknya.



Ulasan

  1. Tanpa Nama12/5/17

    Please sambung. Best.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Hye Assalamualaikum.. Takkan jadi silent reader je. Mai la komen ye ;)

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: I Love You Sara!

Cerpen: Abang Hotstuff Milik Aku