NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 5
Jumaat, 13 Oktober 2017 | Oktober 13, 2017 | 0comments

BAB 5

R
AHMAN meletakkan kopiah yang dipakai ke atas meja kayu yang menunggu masa untuk rebah itu. Jam di dinding dikerling. Jam itu dibeli dengan duit hasil menorehnya. Jarum jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Biasanya waktu-waktu begini Uteh sudah masuk tidur kerana dia perlu bangkit awal untuk ke sekolah. Jarak rumah dan sekolah bukannya dekat. Tambahan pula, dia tiada basikal mahupun motorsikal untuk menghantar anaknya itu.
            Duduk dilabuhkan di atas lantai yang berlapikkan tikar getah lama itu. Sesekali dia memicit kepala yang terasa berat. Mujurlah kudratnya masih mampu bekerja bagi menampung makan dan minum mereka sekeluarga.
            “Abang baru balik?” soal Raziah yang mendaki tangga menuju ke ruang tamu rumah. Rahman sekadar menangguk.
            “Abang nak air?” soal Raziah lagi.
            “Tak mahulah Yah. Tadi abang sudah jamah di masjid. Ada kenduri sikit” jawab Rahman seraya menyandarkan tubuhnya di dinding rumah.
            Raziah duduk di sebalah suaminya. Pahan Rahman ditepuk lembut.
            “Bang, saya ada benda nak bincang”
            “Apa lagi Yah? Pasal tengah hari tadi? Lupakanlah Yah, saya tetap dengan keputusan saya” Rahman memejam mata. Tubuh yang penat perlu direhatkan seketika.
            “Saya rasa dah sampai masanya saya pulangkan balik hak mak” Raziah bersuara lagi.
            “Hak apa pulak ni Yah? Awak pergilah tidur, awak penat sangat ni sampai fikir bukan-bukan” Rahman masih memejam mata. 

            “Saya rasa saya nak serahkan Uteh pada mak buat sementara waktu. Biar dia sekolah dengan mak” usul Raziah. Rahman terus tegak dari sandar. Matanya membulat.
            “Awak gila ke Yah? Uteh tu satu-satunya anak kita, harta yang kita ada. Atau awak terlalu gilakan wang yang mak akan bagi?” sinis Rahman di hujung ayat.
            “Bukan macam tu bang, saya cuma kesiankan Uteh. Dia ada potensi untuk berjaya”
            “Nak berjaya belajar kat mana-mana pun boleh Yah!”
            “Tapi peluang lebih cerahkan kalau dia belajar di kota yang jauh membangun sana?”
            Rahman bangkit dari duduk. “Sudahlah Yah, abang malas nak bahaskan isu ini lagi. Apa yang abang tahu, Uteh akan terus berada di sisi kita” Rahman mengorak langkah ke bilik tidur. Letih fizikal dan mental. Sesak fikirannya dengan perkara yang dibahaskan tadi.
            Raziah diam membatu. hatinya menangis dalam diam. Bukan niatnya hendak memberi Uteh kepada Puan Zainab. Dia ada alasannya sendiri. Sebagai ibu yang melahirkan Uteh, pastilah dia tidak mahu berjauhan dari anaknya itu. Tetapi jika berjauhan adalahn yang terbaik, dia redha.
            Uteh yang mengintai di balik pintu biliknya segera menghampiri Raziah. Duduk dilabuhkan di depan emaknya. Kalut Raziah mengesat air mata yang mengalir. Tidak mahu anaknya itu nampak kesedihan yang dialami.
            “Mak menangis ke?” soal Uteh polos.
            Raziah menggeleng dan mengukir senyum nipis.
            “Uteh kenapa tak tidur lagi ni?”
            “Uteh dahagalah mak, tu yang Uteh bangun. Mak betul ke mak nak bagi nenek yang jaga Uteh? Mak dengan abah ikut sekali tak?” wajah Uteh jelas beriak sedih.
            Raziah telan liur.Uteh dengar apa yang dibahaskan dengan suaminya sebentar tadi.
            “Mak bukan saja-saja bagi. Tapi mak nak tengok Uteh berjaya” Raziah mengusap kepala anaknya dengan penuh kasih sayang.
            “Uteh tak nak mak. Uteh nak sekolah di sini saja. Kawan-kawan Uteh pun ramai di sini. Mak, tolonglah...Uteh tak nak” Uteh merayu pada emaknya. Menitis air mata Raziah dibuatnya.
            “Nanti mak fikirkan. Uteh pergi tidur ya, esok nak bangun awal ke sekolah” Raziah menepuk lengan Uteh menyuruhnya masuk tidur. Uteh akur.

            Raziah mengesat air mata. Dia bangun dari duduk dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk, ingin mendirikan solat sunat bagi menenangkan hati yang sedang berbolak balik.

Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go