NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 8
Jumaat, 13 Oktober 2017 | Oktober 13, 2017 | 0comments


BAB 8

M
AKAN ni Uteh” Puan Zainab menghulurkan sepinggan nasi berlaukkan asam pedas ikan tenggiri. Uteh menggeleng. Dia tidak mahu makan, dia cuma mahu pulang. Apa yang ada di dalam kepalnya ini hanyalah abah dan emaknya.
            Dia tidak mahu tinggal di rumah besar ini. Dia rela tinggal di kampung.
            “Kau ni degil betullah” Puan Zainab hilang sabar. Susah betul hendak memujuk Uteh. Lagipun bukannya dia culik Uteh untuk dijadikan tebusan pun, sekadar menjadi pewaris hartanya sahaja. Pewaris yang bakal tiada apa-apa hubungan dengan kedua-dua orang tuanya lagi. Puan Zainab senyum sinis.
            “Uteh nak balik rumah” Uteh bersuara lagi.
            “Jangan mimpi. Tinggal di sini dengan nenek” terbit rengusan kecil di bibir wanita itu.
            Bunyi guruh berdentum membuatkan Uteh terkejut. Dia ketakukan. Selalunya saat-saat begini emak akan memeluknya bagi menghilang rasa takut Uteh. Tapi sekarang emak tiada di sisinya.
            Kilat memancar-mancar di luar sana. seketika kemudian, hujan lebat turun menyimbah bumi. Uteh menangis dalam diam, dipejamkan matanya dan cecair jernih mengalir di pipinya. Puan Zainab yang berada di sisi memejamkan mata. Terasa letih setelah memandu jarak jauh siang tadi. Uteh yang duduk berdiam diri dibiarkan sahaja. Anak itu perlukan masa.
            Bumm!
            Bunyi guruh seolah-olah menghentam sisi Uteh. Terangkat bahunya akibat terkejut. Sekali lagi air matanya turun deras membasahi pipi.
            “Assalamualaikum” sayup-sayup kedengaran salam yang dilaung di luar pagar. Hujan masih membasahi bumi.
            Ting tong!
            Loceng pula ditekan. Uteh tertanya-tanya. Siapakah yang datang hujan-hujan begini?

            “Nek..nenek. Ada orang datang” kejut Uteh. Puan Zainab membuka mata. dengan langkah yang malas, dia menuju ke pintu rumah. Payung yang terletak di tepi pintu dicapai. Siapa pula yang datang? Lebih baik dia jenguk terlebih dahulu.
            “Puan..Puan bukak pintu ni” jerit Rahman. Dia menggoncang pagar mewah itu.
            Mendengar sahaja suara Rahman, Puan Zainab mengetap bibir. Berani dia melangkahkan dia ke sini.
            Langkah kaki dihayun ke pagar. Sebelah tangan memegang payung dan sebelah tangan lagi membuka pintu pagar kecil.
            “Ha nak apa kau berdua datang sini? Dulu kemain cakap takkan jejak kaki ke sini lagi” marah Puan Zainab
            “Kami datang nak ambil Uteh balik!” tegas Rahman.
            “Mana ada Uteh di sini. Kau punya anak, apa pasal cari di rumah aku pula” bohongnya.
            “Tipu!” Rahman bersuara tinggi kerana terpaksa melawan bunyi desiranya hujan yang agak lebat. Dia dan Raziah masing-masing sudah basah lencun. Pak Man hanya duduk di dalam teksi, tidak mahu mencampuri urusan mereka sekeluarga.
            Uteh rasa tidak sedap hati. Mengapa nenek berlama-lama di luar? Dengan rasa ingin tahun yang menggunung, Uteh menjenguk di pintu rumah. Tapi hampa apabila dia tidak melihat kelibat sesiapa melainkan nenek yang berdiri menghalang pintu pagar kecil sambil memegang payung.
            “Uteh! Uteh!” jerit Rahman dan cuba merembuh sekatan Puan Zainab.
            Mendengar sahaja suara yang sangat dikenalinya, Uteh melonjak kegembiraan. Abah! Abah sudah datang!
            “Abah!” jerit zuteh kembali. Rahman sekali lagi cuba menepis sekatan Puan Zainab. Bukannya dia tidak larat, tetapi dia risau terkasar dengannya. Apapun yang berlaku, wanita itu masih emak kandungnya.
            “Uteh tekan suis pagar belakang pintu!” jerit Rahman memberi arahan.
            “Jangan Uteh. Jangan kau berani!” amaran Puan Zainab.
            Tetapi Uteh tidak betah lagi menahan rasa yang menggunung di dada, dia segera menekan suis yang berada di belakang pintu. Seketika kemudian pagar mulai terbuka. Puan Zainab mendengus kegeraman. Dia masih berusaha menghalang Rahman dan Raziah.
            “Mak, abah” jerit Uteh lalu berlari ke arah mereka. Raziah segera mendapatkan Uteh dan memeluknya erat seperti setahun tidak berjumpa.
            “Tak guna kau Uteh!” marah Puan Zainab.
            Bum!
            Baru sahaja Puan Zainab hendak melangkah, dia akhirnya rebah. Rahman cemas. Segera diriba emaknya itu. Sejujurnya dia merindui Puan Zainab, jauh di sudut hatinya ada rindu yang terbit.
            “Mak, bangun mak” panggil Rahman. Pipi Puan Zainab ditepuk-tepuk perlahan. Mulutnya juga sudah senget. Puan Zainab menggeletar satu badan. Raziah yang menyaksikan peristiwa itu segera menghampiri ibu mertuanya.
            “Mak, maafkan Rahman mak. Rahman bersalah” Rahman sudah berjuraian air mata. sederas air hujan yang galak menimpa bumi saat ini.
            Raziah memegang tangan Puan Zainab. “Mak, maafkan saya. Saya banyak dosa dengan mak” pinta Raziah ikhlas.
            Puan Zainab juga sebak. Air mata mengalir di pipi tetapi tiada kata yang terluah. Menyedari keadaan emaknya yang kritikal, Rahman segera menyuruh Uteh untuk memanggil Pak Man di seberang jalan. Mereka perlu membawa Puan Zainab ke hospital dengan segera.


Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go