NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang (TAMAT)
Jumaat, 13 Oktober 2017 | Oktober 13, 2017 | 2comments

BAB 10
“M
AK, kisah tu dah berlalu berpuluh-puluh tahun yang lepas kan mak. Rasa macam semalam saja Uteh baring di riba mak, berkongsi cerita dengan mak.Uteh rindu mak, kalau mak masih ada, Uteh nak tunjuk pada mak yang Uteh dah berjaya sekarang mak” Uteh menatap potret Raziah. Senyuman manis Raziah sentiasa dirinduinya.
            “Abah pun rindukan mak..” ujar Rahman yang berdiri di pintu bilik Uteh. Uteh bangun dan segera memimpin Rahman untuk duduk di birai katil.
            “Uteh nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada abah dan mak. Abah dan mak besarkan Uteh dengan penuh kasih sayang walaupun abah tak pernah limpahkan Uteh dengan kemewahan dunia. Uteh bersyukur sangat sebab dibesarkan dalam keadaan macam ni, Uteh tak malu dan takkan sesekali malu untuk mengaku yang Uteh ni hanya anak orang kampung yang miskin” Uteh memeluk bahu Rahman. Air mata jantannya menitis di pipi.
            “Hanya kasih sayang yang mampu kami beri. Kemewahan jauh sekali. Alhamdulillah, kalau mak masih ada dia pasti gembira melihat kejayaan Uteh sekarang. Uteh dah jadi kebanggaan Abah, pastikan uteh jadi hamba Allah yang terbaik..” nasihat Rahman.
            “Terima kasih jugak dengan arwah nenek. Uteh bersyukur sangat sebab sekurang-kurangnya Uteh ada dana untuk belajar sewaktu susah dahulu dan abah tak perlu bekerja keras lagi”
            “Alhamdulillah..” ucap Rahman pendek.
            “Abah, boleh Uteh tanya sikit? Lama Uteh simpan soalan ni” Uteh memandang Rahman dan lelaki itu mengangguk.
            “Kenapa mak framekan karangan Uteh ye? Frame tu bukannya murah, mahal bah. Mak sanggup habiskan duit ubat dia”
            “Kata mak, dia sanggup buat apa sahaja untuk anak-anaknya. Karangan bertajuk secubit kasih segenggam sayang itu menjadi renungan mak setiap pagi...” cerita Rahman. Uteh tersenyum sambil menitiskan air mata lagi.

            “Tapi kenapa mak tak pernah gantung supaya Uteh nampak?” soalnya lagi. Tidak pernah pula dia melihat emak menggantungkannya. Yang dia tahu emak ada meminta karangan tersebut darinya sahaja. Untuk simpanan yang lebih selamat kata mak.
            “Sebab mak tak nak Uteh sedih bila tengok karangan tu. Mak yakin Uteh mampu menang nombor 1 kalau masuk pertandingan tu tapi kekangan wang membataskan segala-galanya”
            “Mak banyak berkorban untuk Uteh. Uteh rasa diri mak hidup dalam diri Uteh. Abah pun banyak berjasa dengan Uteh. Tak mampu rasanya Uteh nak balas.” Uteh baring di riba Rahman. Meskipun tak sama rasa seperti berbaring di riba emak, Uteh tetap bersyukur. Sekurang-kurang Tuhan masih meminjamkan abah kepadanya.
            “Uteh tahu mak sakit apa?” soal Rahman. batuk yang sesekali datang itu cuba diusir pergi. Uteh sekadar menggeleng. Tangan tua Rahman dicapai. Uteh membelek-beleknya. Tangan ini sudah banyak bekerja untuk membesarkannya. 
            “Hati yang ada dalam badan Uteh itu sebenarnya milik mak kamu. Dia yang dermakan kepada kamu, abah bukannya tak mahu berkorban tetapi hati abah tidak sesuai. Berhari-hari emak memujuk abah untuk membenarkannya membuat proses pemindahan hati itu. Abah tersepit Uteh, dua-dua abah sayang..” cerita Rahman. Air mata ditahan. Uteh terkejut. Dia bangkit dari riba Rahman dan memeluk lelaki itu.
            “Allahuakbar. Sampai macam tu mak berkorban demi Uteh? Ya Allah, kau peliharan kedua-dua ibu bapaku” doa Uteh dalam sebak.
            “Ya, sewaktu itu Uteh masih kecil. Mungkin dalam umur 8 tahun. Abah kurang ingat”
“Maafkan Uteh abah. Kerana Uteh abah kehilangan wanita yang dicintai, Uteh..Uteh..” Uteh sudah tidak mampu berbicara. Rahman membalas pelukan anaknya. Diusap-usap belakang Uteh dengan penuh kasih sayang.
            “Uteh tak salah, semua ini takdir Tuhan. Andai suatu hari nanti abah ikut jejak mak kamu, abah harap Uteh tak lupa segala pesanan abah selama ini.”
            “Baik bah..” Uteh menangis di bahu Rahman.



 “Kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kasih sayang yang lahir dari hati yang ikhlas tidak boleh ditandingi dengan kemewahan harta dunia. Belajarlah hidup susah, kelak kau akan tersenyum dengan kejayaan dirimu”
-normah zainul-


~TAMAT~

Older Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go