Khamis, 27 April 2017

CERPEN: KERANA BUDAK COMOT

Posted by Normah Zainul at Khamis, April 27, 2017
Reactions: 



           SEORANG budak comot dengan baju lusuh, rambut tidak tersisir rapi, dan berkaki ayam menghampiri Azim yang sedang menunggu makanan di sebuah restoran mewah. Azim menyeluk poketnya untuk mengeluarkan dompet. Tebal! Dia baru sahaja mendapat bonus 5 bulan gaji. Semuanya di atas kerja kerasnya sendiri yang telah berjaya mendapatkan 3 projek besar untuk syarikat.

          “Abang, tolong saya bang. Saya dah 2 hari tak makan” budak comot itu berdiri di hadapan Azim.

            “Kau ni tahu mengemis aje. Kerja tak nak. Pemalas!” marah Azim. Mata-mata pelanggan lain tertumpu kepadanya.
            “Saya bukan tak nak kerja bang tapi saya belum cukup umur. Saya anak yatim bang. Mak saya pula sakit. Adik-adik ramai. Saya dah 2 hari tak makan. Tolong saya bang.” budak comot itu merayu.
            “Syuhh..Aku tak kiralah kau anak yatim ke, mak kau sakit ke. Apa aku peduli? Dah pergi jauh-jauh” halau Azim. Budak comot itu berlalu dengan wajah yang sedih. Setitis air mata tumpah di pipi.
            Seorang lelaki berserban putih, menghampiri budak comot itu.Dia tersenyum.
            “Adik lapar ya? Adik order nak makan apa. Abang bayar” ucap lelaki berserban itu ikhlas. Dia menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap Azim sebentar tadi. Dia menghampiri Azim.
            “Assalamualaikum..”
            “Waalaikumusalam. Hah ni kenapa pula? Nak minta sedekah? Hey, manusia zaman sekarang. Tahu ambil kesempatan sahaja.” Azim merengus geram.
            “Maaflah kalau saya mengganggu. Tak salah kalau encik berkongsi sedikit rezeki kurniaan Allah dengan anak kecil itu. Bukan berkurang, malah bertambah lagi rezeki encik. Hidup kita ini encik, bukannya selalu berada di atas. Apabila kita dah berada di atas, tunduk ke bawah. Pandang orang-orang di bawah kita”
            “Kau siapa nak ceramah aku? Kau dengan budak comot tu sama saja. Suka ambil kesempatan. Sudahlah! Hilang mood aku nak makan. Waiter!” Azim menjerit kuat. Lelaki berserban itu menggelang kepala. Kesal dengan sikap Azim.

AZIM memberhentikan motorsikalnya di hentian bas. Menyesal pula tidak bawa kereta tadi. Hajat di hati hendak menunjuk pada rakan sekerja yang lain bahawa dia juga mampu memilik motorsikal mewah itu.
            Dikibas-kibas jaket kulit yang tersarung kemas di badannya. Mulutnya tidak habis-habis merungut. Hujan yang menyusahkan orang. Bukannya menurunkan rahmat. Mulut lelaki itu mengomel. Marah akan hujan yang turun membasahi bumi.
            Sebuah kereta BMW berwarna putih berhenti di hadapan Azim. Seorang lelaki keluar dari kereta. Azim mengerutkan dahi. Macam pernah nampak.
            “Encik nak tumpang kereta saya? Hujan makin lebat ini” pelawa lelaki itu. Azim tersenyum sinis. Mentang-mentanglah kau bawa BMW, kau ada hati nak menunjuk dekat aku.
            “Tak payahlah kau nak menunjuk dekat aku. Mentang-mentanglah kau naik BMW”
            “Tak ada niat pun saya nak menunjuk encik. Saya cuma membantu saudara sesama Islam”
            Nun di satu sudut, kelihatan budak comot menggigil-gigil menahan kesejukan seorang diri. Lelaki itu berpaling lalu segera mendapatkan budak comot itu. Simpatinya meluah-luah. Budak comot itu menangis sendirian.
            “Ya Allah! Adik, mari masuk kereta abang. Kita balik rumah adik ya. Hujan makin lebat ni. Sejuk” ajak lelaki itu.
            “Tak apalah bang. Saya takut mak marah. Mak cakap kami tak boleh minta simpati orang. Nanti orang benci” bicara tulus itu lahir di bibir anak kecil itu. Tersentuh naluri lelaki itu. Azim masih dengan senyuman sinisnya. Menyampah!


“WEH Zim, cantik motor kau! Baru beli ke?” soal Ariff yang kelihatan teruja apabila melihat Azim menunggang motorsikal mewah itu.
            “Cantikkan? Baru angkat kelmarin. Mahal ni beb.” bangga Azim.
            “Kau tak takut ke Zim?”
            “Nak takut apanya? Aku ‘anak kesayangan’ bos. Sekali petik, keluar bonus ribu riban” sekali lagi Azim mendabik dada tanda bangga.
            Budak comot yang lalu di hadapan mereka berhenti seketika. Terbuka mulutnya dek kerana pameran indah di hadapan mata. Azim dan rakannya yang membelakangi budak comot itu tidak perasaan akan kehadirannya. Budak comot itu memegang perlahan-lahan motor Azim. Kagum!
            “Hey, budak comot. Siapa izinkan kau pegang motor aku? Kotor kau tahu? Tangan pegang tong sampah mana, tiba-tiba pegang motor aku. Kau mampu nak beli ke?” jerkah Azim. Ariff cuba untuk meredakan keadaan. Tidak sangaka Azim akan bertindak demikian.
            “Zim, sudahlah. Budak-budak lagi” pujuk Ariff.
            Budak comot itu tunduk memandang kaki yang tidak di alas apa-apa. Kesan calar di sana sini.     
            “Alah au pun sama aje macam orang lain Riff. Suka sangat bela budak sampah macam ni.”
            Ariff beristigfar mendengar ata-kata Azim. “Zim, kau lupa asal usul kau? Aku bukannya nak hina kau tapi kau fikir balik. Kau hina orang but one day, orang ini juga yang akan kau cari untuk mohon maaf. Kita tak selalunya bernasib baik Zim. Ingat tu!” Ariff menarik tangan budak comot itu lalu membawanya pergi jauh dari Azim.


“AZIM, saya nak tanya. Sejak dua menjak ni, prestasi awak teruk. Datang kerja lambat, kertas kerja tak siap. Awak ada masalah ke?” soal Datuk Hakim selaku bos merangkap pemilik Ehsan Holdings.
            “Erk, tak ada apa-apa bos. Saya cuma tak sihat sikit” dalih Azim. Setiap malam dia pasti keluar ke disko. Alasannya untuk menenangkan fikiran. Dia suka dikelilingi perempuan. Rasa bangga membuak-buak.
            “Saya harap awak perbaiki mutu kerja awak. Okay, awak boleh keluar sekarang” arah Datuk Hakim. Azim menurut. Dia kembali ke biliknya.
            “Zim, asal bos panggil kau?” soal Ariff yang bersandar di pintu.
            “Mutu kerja aku. Down
            “Malam semalam kau pergi disko lagi ke Zim? Tak baiklah Zim. Lebih baik kau pergi masjid” nasihat Ariff.
            “Kau pun sama aje macam budak comot. Budak sampah tepi jalan tu. Tak payah nak nasihatkan aku. Life aku, aku handle sendiri!” marah Zim. Ariff tersentak.
            “Aku harap suatu hari nanti kau akan sedar dan minta maaf pada budak comot itu!” Ariff malas melayan Azim lalu beredar dari bilik rakannya itu.
            “Arghh” jerit Azim lalu mencampakkan barangan di sekitarnya. Hatinya geram! Malam ini dia perlu berseronok dengan perempuan, arak dan disko. Ya, dia perlukan semua itu untuk menenangkan hati yang geram kerana perangai semua orang kala ini.


AZIM menangis terduduk di tepi jalan. Dia baru sahaja kehilangan kerja. Kecuaiannya dalam menyiapkan kertas kerja menyebabkan pelanggan penting Ehsan Holdings membatalkan urusan jual beli. Datuk Hakim naik minyak. Azim diberi notis berhenti 24 jam.
            Sudah jatuh ditimpa tangga. Motorsikal Ducatinya telah ditarik sebentar tadi kerana bayaran tertunggak selama 3 bulan. Dan yang paling menyedihkan, dia baru sahaja dirompak ketika berjalan kaki pulang ke rumah. Azim menangis semahu-mahunya.
            “Abang, mak saya cakap tak elok orang lelaki menangis” tegur budak comot. Azim mengangkat muka lalu menjerkah budak comot itu.
            “Kau sibuk apa hal? Kau uruslah hidup kau yang papa kedana itu!”
            “Sayang, dekat sini rupanya. Mari balik. Risau mama tahu.” pujuk seorang wanita yang cantik bergaya. Budak comot itu menggeleng tanda tidak mahu.
            “Aidil tak nak balik. Aidil nak duduk sini dengan abang ni.” tegas budak comot itu.
            “Sayang, mari balik. Aidil tak takut ke kalau abang ni marah?” pujuk Aida lagi.
            “Mama, abang ni dah selalu marah Aidil jadi Aidil dah tak takut. Muka abang ni sama macam papa kan? Aidil teringin nak peluk abang ni macam Aidil peluk papa dulu” menitis air mata budak comot itu. Azim hanya memerhati. Tidak faham apa yang dibicarakan oleh budak comot itu. Pelik!
            “Kalau Aidil nak peluk abang ni, Aidil kena wangi-wangi, kemaskan diri dulu. Aidil masuk dalam kereta. Nanti mama suruh Pak Abu hantar balik rumah. Lepas mandi, Aidil datang sini semula ya?” Aidil hanya menurut.
            “Maaflah encik. Anak saya ada masalah sikit. Dulu dia okay, lepas kematian arwah suami saya, dia berubah. Dia bagaikan ada dalam dunia dia sendiri. Saya sendiri dah tak tahu nak buat apa” cerita Aida tanpa dipinta. Azim mengangguk.
            “Tapi kenapa dia cakap, emak dia sakit, adik-beradiknya ramai dan dia tak makan 2 hari?” Azim menyoal pelik.
            “Seperti yang saya cakapkan tadi, dia bagaikan berada di dunianya sendiri. Arwah suami saya dulu susah orangnya. Dia selalu ceritakan keperitan hidup dia pada Aidil untuk dijadikan pengajaran. Aidil sangat rapat dengan arwah”
            “Oh macam tu. Saya turut bersimpati. Maaf selama ni saya layan dia teruk. Saya fikir dia anak pengemis yang hanya ingin mengambil kesempatan. Terlalu banyak khilaf saya pada semua orang. Saya bongkak, saya bangga dengan apa yang saya ada dan akhirnya, Allah tarik balik semua nikmat-Nya” Azim menangis. Aida terkejut.
            “Sabar ya encik. Tapi encik kena bersyukur sebab sekurang-kurangnya Allah sedarkan encik. Encik tak terlalu jauh lagi. Kembalilah pada Allah. Dia sedia menanti taubat encik. Bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh. Allah itu Maha Pengampun”
            “Terima kasih sebab sudi bercakap dengan saya. Terima kasih sebab sedarkan saya. Sebelum ini, saya didekati hanya kerana saya kaya dengan wang, tetapi apabila saya susah semua orang tinggalkan saya.”
            “Manusia yang tidak ikhlas hanya berada di sisi kita saat suka tetapi manusia yang ikhlas sentiasa berada di sisi kita saat suka dan duka. Eh, encik marilah kita duduk di pondok bas itu. Bahaya duduk di sini. Karang tak pasal-pasal kena lenyek” Azim ketawa. Seumur hidupnya, belum pernah dia merasakan hatinya tenang dan lapang apabila bersama seorang perempuan. Dan yang pastinya, perempuan di hadapannya ini merupakan wanita pertama yang menjadikannya seperti itu.
            “Mama! Papa!” jerit Aidil senang. Aida dan Azim masing-masing terkejut.            
            “Minta maaflah encik. Kebetulan pula muka encik dan arwah seiras.” Aida segan. Entah apalah penerimaan lelaki itu agaknya. Azim hanya senyum.
            “Eh, Aidil. Mana boleh panggil orang sesuka hati macam tu. Panggil abang ni ‘abang’. Nanti dia marah mama tak tahu” Aida menasihati. Aidil memuncung.
            “Tak apalah cik...” Azim terjeda sebentar.
            “Nur Aidani. Just call me Aida.”
            “Tak apalah Aida. Saya suka Aidil panggil saya macam tu. Rasa macam betul-betul papa orang pulak. Aidil boleh panggil abang papa.” Azim menarik Aidil ke dalam pelukannya. Aidil membalas. Kedua belah pipinya dicium.
            “Aidil rindu papa. Papa balik duduk dengan kami ya?” pinta Aidil. Azim terkejut. Begitu juga Aida.
            “Erk, mana boleh Aidil. Papa dengan mama tak kahwin lagi. Tak apa, nanti papa datang lawat Aidil hari-hari ya?” pujuk Azim. Aidil menggeleng.
            “Kalau macam itu, papa dengan mama kahwinlah cepat-cepat. Kita boleh duduk sama-sama, Aidil boleh dapat adik baru. Hooreyy” jerit Aidil kegirangan. Azim mengerling ke sisi. Aida tunduk tersipu malu.
            “Erm, macam mana? Saya tak paksa awak. Saya sedar saya siapa. Lagipun kita baru kenal tak sampai sejam” Azim bersuara. Aidil masih lagi dalam pelukannya. Budak comot itu tidak mahu melepaskannya.
            “Saya terima awak. Saya percaya awak jodoh dari Allah.” Aida malu. Merah pipinya.
            “Aidil, tunggu minggu depan okay. I’m officially your papa, budak comot” Azim bersuara gembira. Terima kasih Allah! Dalam kedukaan, terselit juga kebahagiaan. Tiada siapa dapat menduga semua ini bakal berlaku. Sungguh, tuhan ini Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Semua insan ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Jangan pernah bangga dengan apa yang kita miliki.
-NORMAH ZAINUL-


1 ulasan:

  1. fara raihana9/5/17

    sedih..best....tp x menyengat mcm selalu. huhi sorry

    BalasPadam

Hye Assalamualaikum.. Takkan jadi silent reader je. Mai la komen ye ;)

 

Dunia Cik Writer Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea