Cerpen Bersiri: SBU 3
Ahad, 25 Mei 2014 |
Mei 25, 2014 | 8comments

DATIN Sophie melangkah masuk ke dalam The Western Onion’s Restaurant. Kakinya terhenti dan cuba mencari
kelibat insan yang ingin ditemui. Puan Mazura melambai-lambai ke arahnya.
Langkah kaki kembali di buka dengan senyuman yang tersungging di bibir. Dia
mengambil tempat di hadapan Puan Mazura. Mereka saling berpelukan dan berlaga
pipi.
Label: cerpen bersiri 2014
Cerpen Bersiri: SBU 2
Isnin, 19 Mei 2014 |
Mei 19, 2014 | 8comments

SETELAH puas membeli belah di Pavilion, mereka melapangkan fikiran
pula di Tasik Titiwangsa. Suraya memang gemar ke sini jika ada masa lapang.
Suasana sunyi menemani mereka. Suraya melempar pandangan ke arah tasik yang
sangat menenangkannya itu. Manakala Ayish pula mengingati peristiwa di rumah
pagi tadi.
Nak baca lagi? Tekan sini ~Label: cerpen bersiri 2014
Cerpen Bersiri: Suamiku Bawah Umur 1
Ahad, 18 Mei 2014 |
Mei 18, 2014 | 14comments

BAB 1
PUAN MAZURA ralit dengan pokok bunganya sehingga tidak menyedari ada mata yang memerhatinya dari tadi. Suraya mendekati Puan Mazura dengan langkah berhati-hati, silap langkah boleh kena smash! Debaran hati diketepikan seketika. Basmallah dibaca sebagai pembuka bicara.
"Mama, dulu mama kata couple tu berdosakan?" soal Suraya setelah melabuhkan duduk di bangku rehat berdekatan tempat Puan Mazura berkebun.
"Ish, Aya ni terkejutlah mama. Yes, why?" soalnya kembali. Tanganya ralit menggunting daun-daun layu. begitulah rutin hariannya, jika tidak berkebun dia membersihkan kolam ikannya. bersih dan berkilat! Itu prinsip Puan Mazura.
"Kalau macam tu, Aya rasa Aya nak kahwinlah mama. Dapatlah Aya elak dosa" lepas Suraya tanpa bertapis lagi. Keluar segala hajat hatinya.
Terlepas gunting pokok bunga yang dipegang Puan Mazura. Tangan segera dicekakkan ke pinggang.Amboi..amboi anak dara seorang ini. Merenyam sungguh!
"Jangan bergurau Aya! Mama ni belum makan tengah hari lagi, jangan sampai mama telan kamu hidup-hidup" Puam Mazura memberi amaran.
"Betullah, mana ada Aya main-main. Mama juga yang kata couple tu berdosalah, menghampiri zinalah. So now Aya nak elakkan dosa, dengan cara berkahwin" Suraya masih memujuk.
"Banyak lagi caranya Aya nak elak dosa. Kamu tu solat pun lompong sana sini, kerja rumah haram tak pernah buat. Memasak? Dalam mimpi je lah" bebelnya lagi. Entah mimpi apa Suraya malam tadi tiba-tiba hendak kahwin.
“Enough! I don’t want hear any explanation. Mama cakap macam itu
sebab mama takut Suraya hanyut dalam dunia percintaan masa belajar dulu.”
terangnya. Merah muka putihnya. Siapa yang tidak terkejut apabila mendengar
anak gadis yang baru sahaja menamatkan pengajian di universiti hendak
berkahwin. Mungkin bagi orang lain hal itu menjadi perkara biasa. Namun bukan
bagi dia kerana Suraya baru sahaja tamat belajar. Kerja pun belum lagi.
“But mama...Please give me a chance. Aya akan
buktikan pada mama yang Aya mampu jadi isteri even I’m still young.”
kata Suraya bersungguh-sungguh.
"I said no so it means NO!!! I wouldn’t give you any chance. Keep my words.” tegas puan
Mazura. Dia melangkah meninggalkan Aya yang kesedihan. Gunting pokok bunga
hanya diletakkan di atas meja rehat di taman itu. Hati yang sarat dengan
kerisauan diangkut sekali ke dalam rumah. Puan Mazura melangkah masuk ke dalam
bilik dan berehat di atas katil.
‘Aya, maafkan mama. Tapi mama tak mampu nak buat the best
decision for you’ rintih hatinya. Setegas-tegas dia, dia tidak pernah
melukakan hati anak gadisnya itu. Namun, hari ini dalam sejarah, dia telah
menumpahkan air mata Suraya. Sungguh dia kesal. Benar, terlajak perahu boleh
diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Suraya menangis sepuas-puasnya di taman. Tidak pernah sesekali mama
meninggikan suara dengannya. Salahkah niatnya? Bukankah membina masjid itu
sangat digalakkan? Kenapa mama tak bagi Aya peluang? Air mata dibiarkan sahaja
mengalir menderu-deru. Seketika kemudian, terdengar deruan enjin kereta Audi R8
memasuki lama rumah agam itu. Kelihatan seorang lelaki berkot hitam penuh
elegan keluar dari perut kereta itu. Suraya mengerling sekilas ke arah lelaki
itu. Dengan lagak selambanya, lelaki itu masuk ke dalam rumah tanpa berpaling
sedikit pun ke arah Suraya. Rasa menyampah semakin membuak-buak di dalam hati
Suraya.
‘Ada abang pun macam tak ada sahaja. Dibuatnya kita ni macam musuh dia
pula. Macam aku ni ada buat salah besar pula. Argh! lantak dialah. Keluar lagi
baik’ Suraya bermonolog sendirian. Dia bangun dari duduk dan mulai melangkah
keluar dari pintu pagar rumah agam itu. Langkah kaki dibuka menuju ke tepi
jalan. Niat dihati hendak ke rumah Ayish.
LOCENG ditekan berkali-kali. Peluh yang merenik
keluar sudah membasahi bajunya. Perut pula mulai membuat perangai. Tekak usah
dicakap. Rasa macam duduk dekat padang pasir. Suraya tidak berputus asa. Loceng
ditekan sekali lagi. Akhirnya, tersembul keluar wajah yang dinanti-nantikannya.
Wajah seperti baru bangun tidur. Sah, si Ayish ini baru bangun tidur.
“Weh, Ayish..Open this gate! Dah berpeluh-peluh aku tunggu kau. Macam
mandi je ni” kata Suraya geram. Dengan langkah yang lemah longlai, Ayish masuk
ke dalam rumah dan menekan butang pintu pagar automatik. Seraya itu, Suraya
menerjah masuk. Ayish yang terkejut lantas membeliakkan mata. Dada diurut
perlahan.
“Kau ni Aya, terkejutkan aku sahaja”
bebel Ayish. Suraya menarik muncung. Sedepa panjangnya. Amboi! Hiperbola.
Suraya melabuhkan punggung di sofa. Tangan disilangkan di dadanya.
Mukanya masam gaya orang merajuk. Ayish menggaru belakang kepala yang tidak
gatal. ‘Kalau dah nama perempuan, macam-macam perangai dia orang ada.’ cetus
Ayish dalam hati.
“Kau dah kenapa ni Aya? Macam beruk berak kapur saja” tanya Ayish.
Peribahasa yang dihentam sendiri. Si Ayish ini memang hancur sikit bahasa
Melayu.
“Kau ni! Bukan beruklah. Ayam berak kapur!” Suraya membetulkannya.
“Alah, macam kau tak tahu pula aku
ini. So, what’s the prob? Want to share?” tanyanya.
“Aku nak kahwin” luah Suraya
sedih. Sebak didada di tahan. Huarghhh! tangisan dihamburkan juga. Ayish
gelisah.
“Eh kau kenapa Aya? Kau dok meraung macam ni nanti
orang fikir aku nak rap kau pulak. Astagfirullah” ucap Ayish
spontan. Suraya mencapai bantai kecil di atas sofa dan dilemparkan tepat ke
muka kawannya itu.
“Teruklah kau ni. Aku tengah sedih, kau boleh pulak buat lawak bodoh!”
hidung dan mata Suraya kelihatan merah. Derap kaki seseorang kedengaran turun
dari tangga. Suraya tidak perasan. Ayish menelan liur. Aduh, habis aku!
“Hey, Suraya..Why are you crying dear? Ayish! What
you had done to Suraya?” Tanya Datin Sophie. Ayish menggelengkan kepalanya.
Bibir diketap. Itulah habitnya bila takut atau nervous.
“Aunty, I’m very sad right now. I need someone” Suraya memandang
anak mata Datin Sophie. Seraya itu, Datin Sophie duduk di sebelahnya. Suraya
ditarik ke dalam pelukannya.
“Syhh.. Don’t cry dear. I’m here for you. Now,
tell me your sad story.” pujuk Datin Sophie. Suraya berasa begitu selamat
ketika mendengar ayat yang dituturkan oleh mama angkatnya itu. Seketika
kemudian, tangisannya mulai berhenti. Ayish hanya memerhati gelagat dua orang
wanita itu.
‘Kalau boleh, aku nak sangat lap air mata kau Aya’ bisik hati kecil
Ayish.
Suraya merungkaikan pelukan dan mulai mengesat wajah yang tadinya dengan
air mata menggunakan tisu yang dihulurkan oleh Datin Sophie. Dia membetulkan
suara sebelum mulai berbicara.
“Aya nak kahwin..But when I said to mama, she’s got angry to me.”
luahnya. Ayish meraba dadanya. Kenapa rasa seperti kena panah dengan anak panah
yang paling tajam? Kenapa rasa macam kena cucuk dengan duri yang paling
berbisa.
Datin Sophie tersenyum. “Nanti aunty cuba tanya dengan mama ya kenapa
dia marah sangat.” kata-kata mama angkatnya itu sedikit sebanyak melapangkan
hati Suraya.
“Eh, Ayish..Jom pergi Pavi. Ada sales tahu” ajak Suraya
teruja. Begitulah dia selepas menangis sahaja pasti hendak membeli-belah. Ayish
tersentak dari lamunannya.
“Hah, apa?” tanyanya sekali lagi.
“Daydreams! Aku ajak kau teman aku pergi Pavillion!” ulang Suraya
sekali lagi.
“Kejap, nak mandi then tukar baju” kata Ayish lalu
melangkah menuju ke bilik Suraya hanya mengangguk. Datin Sophie tersenyum
melihat Suraya yang kembali ceria. Suraya, seorang gadis yang penyayang,
peramah dan jenis happy go lucky orangnya. Namun, Datin Sophie
risaukan sesuatu. Perkara itu telah lama berlegar di dalam mindanya.
Label: cerpen bersiri 2014
MINI NOVEL: DIA KESAYANGANKU 5
Selasa, 13 Mei 2014 |
Mei 13, 2014 | 18comments

AKU dan Ed melangkah masuk ke dalam dewan yang ditempah
khas bagi melaksanakan perjumpaan tahunan bagi bekas pelajar tahun 1992. Pada
mulanya mereka bercadang mahu buat di restoran mewah sahaja memandangkan ramai
yang tidak dapat hadir. Namun di saat akhir mereka mendapat berita bahawa ramai
yang akan datang. Jadi perancangan awal telah ditukar. Kami pula mendapat
pesanan ringkas daripada Johan, penyelia program itu ketika dalam perjalanan.
Cuak aku dibuatnya. Sudahlah baju tidak bawa. Kata dia, kami akan bermalam di
salah sebuah resort di Pulau Kapas selama 3 hari 2 malam. Ed pula meminta cuti
daripada Tan Sri Zaid. Mujur sahaja bekerja dengan bapa sendiri. Kalau dengan
orang? Ada kena buang kerja sebab cuti mengejut.
“Amboi pasangan merpati sejoli dah
sampailah” usik satu suara nakal. Aku mencari arah suara itu. Rasanya aku kenal
dengan suara itu. Hah, dapat pun. Eh, Miralah. Aku memaklumkan kepada Ed. Dia
mengangguk. Langkah kaki aku buka menuju ke arah meja Mira.
MINI NOVEL: DIA KESAYANGANKU 4
Selasa, 22 April 2014 |
April 22, 2014 | 9comments

MALAM
itu aku duduk di taman mini berhampiran kolam ikan peliharaan Tan Sri
Zaid bertemankan bintang-bintang yang galak memancarkan cahayanya.
Fikiran
jauh melayang. Umi dan Abi! Sudah lama aku tidak menghubungi mereka. Rindu usah
dikata..Aku mengerling jam tangan..Sudah pukul 10 malam..Esok sahajalah aku
telefon mereka..Aku berangan lagi...
“Hah!
berangan!” sergah Ed dari belakang.
“Opocot
mak kau terabur” latahku. Dada aku usap bagi menenangkan gelojak sebentar tadi.
Ed menayang sengihan ‘kerang busuk’nya. Tanda ‘peace’ diangkat kepadaku.
“Kau
ni Ed, suka sangat terkejutkan aku..kalau aku mati macam mana? Kau suka kan?”
ujarku geram. Mukanya berubah. Eh dia terasa ke? Aku mulai tak senang duduk.
Risau akan kata-kataku yang mungkin boleh mengguriskan hatinya.
“Siapa
cakap aku suka kalau kau tak ada di sisi aku?” suaranya serius. Aku pulak naik
kecut. Aduh ‘bulan mengambang’ ke mamat ni. Aiseyhh ! Air liur kutelan. Peluh
di dahi dikesat sedikit.
Nak baca lagi? Tekan sini ~MINI NOVEL: DIA KESAYANGANKU 3 (EDITED)
Rabu, 16 April 2014 |
April 16, 2014 | 6comments

MAJALAH Hijab yang berada di tangan ku selak rakus. Cantiknya! Koleksi tudung yang digayakan amat menarik hatiku. Tanpaku sedar, Puan Zri Zazarina tersenyum memandang kelakuanku.
“Seronok nampak?”
Terkejut aku dibuatnya. Mujur sahaja tidak tercampak majalah ini. Aku tersenyum ke arahnya.
“Cantikkan tudung ni mama?” aku menunjukkan gambar sehelai tudung kepadanya.
“Ye, memang tak dapat dinafikan kecantikannya tapi Scha kena ingat. Kalau nak beli tudung, pastikan labuh menutupi dada. Itukan etika pemakaian Islam” nasihat mama meresap masuk ke dalam mindaku sebelum diproses dan disemat kukuh agar tidak hilang begitu sahaja.
“Thanks for the advice ma” aku memeluknya. Dia juga membalas.
“Kita ni sesama Islam, mama wajib beri tunjuk ajar dan teguran if Scha salah”
“Tegurlah Scha ma, bimbinglah Scha ke jalan yang lurus” ujarku. Dia hanya mengangguk.
“Ada drama air mata lorh” sapa satu suara dari belakangku. Puan Sri Zazarina hanya tersenyum.
“Isy, sibuk aje kau ni!” marahku kepada Ed. Marah manja.
“Eh, dia yang sibuk! Umi kau kan ada? Kenapa nak peluk mama aku juga?” tanpa sedar, kata-kata Ed menghantar sebutir peluru yang terlalu kecil ke dalam hatiku. Aku tersentak. Ya betullah. Apalah aku ni, sudah ada Umi, tapi tamak lagi.
“Betullah kata kau. Aku lupa pula pada Umi, kau ambillah mama...Aku okey” nada suaraku cuba ditahan semampu yang boleh. Sebak!
“Isy, tak payah dilayan di Ed ni Scha. Macam Scha tak kenal dia macam mana” Puan Sri Zazarina cuba menenangkan aku.
“Rileklah kawan. Gurau aje pun. Janganlah ‘makan dalam’ sangat” dia berjenaka lagi.
Aku tidak membalas. Majalah yang tertutup tadi segera aku buka dan meneroka sehingga ke muka surat terakhir. Entah mengapa, aku mudah terasa hari ini. Mungkin PMS.
“Scha, kau marah aku ke? Sorrylah, aku gurau aje” Ed serba salah. Scha sudah tidak seperti selalu. Hatinya menjerit. Puan Sri Zazarina mencubit lengan anak lelakinya itu. Ed menyeringai kesakitan.
“It’s okay..I’m sorry too. Tak tahu kenapa tadi sensitif sangat.” aku cuba melemparkan senyuman kepadanya. Dia mengusap dada tanda lega.
“Keluar nak?” ajaknya.
Aku menggeleng. “Sorry, tak manis kalau orang tengok aku keluar dengan kau. Lagipun kita bukan muhrim” aku cuba menolak ajakannya secara berhemah. Takut sekiranya dia salah faham.
“Eleh, sejak bila? Habis kau duduk rumah aku ni, orang pandang manis? Macam tu?” dia tersenyum sinis. Beginilah perangai Ed sebenarnya. Cuma entah mengapa hari ini aku berasa sangat sensitif. Pantang diusik sedikit mulalah drama air mata.
“Okey, kalau macam tu lusa aku pindah..” putuskan cuba menahan sebak. Dari lirikan mataku, dapat ku tangkap Puan Sri Zazarina memberi amaran kepada anaknya. Ed membuat muka tidak bersalahnya.
“Kamu ni kenapa Ed?!” marah Puan Sri Zazarina.
“Alah, ma..Ed usik sikit je. Lagipun macamlah dia tak kenal Ed ni macam mana” dia memuncungkan mulutnya.
“Orang perempuan ni kalau nak bergurau senda, kenalah tengok hari...” pesan Puan Sri Zazarina geram. Ed mengerutkan dahinya. Hari? Hari apa? Hari Ibu? Hari Kekasih? Dia menyoal dirinya sendiri.
“Ma..” belum sempat dia bertanya soalan, Puan Sri Zazarina sudah memimpin tangan Scha menuju ke dapur. Malas melayan karenah anak tunggalnya itu. Buat-buat tidak faham pula.
“SCHA, malam ni mama nak pergi usrah. Scha nak ikut?” soal Puan Sri Zazarina. Mana tahu Scha nak ikut. Ada juga dia teman ketika di sana.
Berseri-seri mukaku apabila mendengar pelawaan Puan Sri Zazarina. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, aku mengangguk.
“Kat mana ma?” soalku teruja dan ingin tahu.
“Dekat rumah kawan mama, our society memang akan adakan usrah seminggu sekali” jawabnya.
“Oh..kita berdua?”
“Nampak gayanya macam tu lah. Papa kena outstation ke India petang ni”
“Mama tak ikut?”
“Malaslah..Asyik berkepit 24 jam. Mama nak juga luangkan masa dengan Scha.” dia ketawa dan aku juga turut serta.
“Hai wanita-wanita anggun ni, kalau dah bercerita, lamgsung dilupa kita yang kat belakang ni. Kalau macam ni, kita pun nak jadi wanita jugaklah” Ed cuba membuat lawak dan lawaknya berhasil apabila aku ketawa keriangan. Puan Sri Zazarina mengetuk kepala Ed dengan senduk. Dia mengaduh. Aku tertawa lagi. Tiada sedih yang merajai hati.
“That’s my Scha” Ed mengenyitkan mata kepadaku seraya berjalan keluar dari dapur.
Gulp! Aku menelan liur yang tersekat. Kenapa aku rasa lain macam apabila dia berkata sedemikian?
“Haih! Ed ni kalau sehari tak buat lawak tiga suku dia tu, demam agaknya. Mehlah Scha kita masak dulu” ajak Puan Sri Zazarina. Aku hanya mengangguk.
MALAM yang ditunggu-tunggu kini tiba. Aku mengemaskan lilitan selendang di kepala. Jubah berona ungu itu aku kemaskan. Cantik jubah ini. Jubah pemberian Umi semasa tahun pertama aku melanjutkan pelajaran di luar negara. Malangnya, aku tidak pernah memakainya. Baru sekarang aku menyarungnya. Jika Umi melihat aku memakai jubah ini, pasti Umi gembira.
Pintu bilikku diketuk dari luar. Kedengaran suara mama bertanya akan keadaanku. Beg tangan yang terletak di atas meja solek segera aku ambil dan tombol pintu dipulas. Terjengul figura mama yang cantik memakai jubah berwarna hitam. Jubah yang dihiasi manik-manik berwarna merah yang menaikkan lagi seri pemakainya.
“Nak pergi mana?” tanya Ed sewaktu kami melintasi biliknya. Dia hanya menjengulkan kepalanya sahaja. Mungkin dia memakai short pant! Tebakku.
“Rumah Aunty Lis” jawab Puan Sri Zazarina ringkas.
“Ada usrah ke? Wait, Ed nak ikut juga” Dia menutup pintu dan segera bersiap. Puan Sri Zazarina menarik tangan aku untuk turun ke bawah. Aku hanya mengikutnya sahaja.
10 minit kemudian..
Ed turun dari tingkat atas dengan tergesa-gesa. Kunci kereta yang tersangkut di tempat kunci segera dicapai. Aku dan Puan Sri Zazarina sudah berpeluh menunggu. Panjang muncung Puan Sri Zazarina apabila anaknya itu lambat.
“Lambat!” ujarnya geram.
“Dah mama tak bagitahu pun nak pergi” Ed membela diri. Enjin kereta sudah selamat dipanaskan. Aku duduk di tempat duduk belakang manakala mama duduk di hadapan.
“Takkanlah Ed tak tahu schedule mama every weekend. Penatlah mama kalau every time nak pergi, mama nak kena bagitahu Ed”
“Okey, my fault” Ed sudah mengalah. Malas mahu bertekak. Buat tambah dosa sahaja. Aku hanya mendiamkan diri di tempat duduk belakang. Malas mahu menyampuk.
KAMI tiba di perkarangan rumah Datin Lisda pada pukul 9.00 malam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja dari rumah Puan Sri Zazarina. Banyak juga kereta yang ada di laman rumahnya. Semuanya kereta mewah-mewah. Nama pun kelab PSD (Puan Sri & Datin). Pertama kali dengar mama sebut, aku gelak sehingga sakit perut. Nama lain punyalah banyak, nak juga ditaruk nama itu. Tapi apa pun, semoga kelab ini bermanfaat daripada kelab KUKFKM(kaki umpat, kaki fitnah & kami mencarut).
Aku bercerita sebegini kerana aku ada pengalaman. Ketika di universiti luar negara dahulu, segelintir pelajar Malaysia telah menubuhkan kumpulan ini. Kononnya mereka telah memboikot pelajar Inggeris yang dikatakan sombong. Pemikiran sempit! Aku juga ramai kawan Inggeris dan jujur aku kata, mereka sangat mesra dan baik hati. Sebaliknya pelajar Malaysia pula yang kurasakan sombong. Anna, Sophie dan Jane merupakan antara kawan rapat aku di sana.
“Nak duduk sini sampai balik?” teguran Ed melenyapkan anganku tadi.
Aku segera keluar dari perut kereta. Puan Sri Zazarina sudah bersalam-salaman dengan tetamu yang lain. Aku juga turut ikut serta. Tak mahu digelar sombong!
“Menantu you ke Puan Sri?” tanya salah seorang ahli kumpulan itu. Matanya tidak lepas daripada memandang.
“Nope.. This is my adopt daughter. Anak kawan I” jawab Puan Sri Zazarina.
“Dah berpunya?” soalnya padaku pula.
“Erk!” kelu lidahku hendak menjawab.
“Dah aunty. She’s mine” jawab Ed dari belakang. Aku terkejut. Kalau boleh nampak jatuh aku jatuh bergolek-golek, mesti semua yang ada di sini pengsan.
“Oh, untung siapa dapat girl ni kan Puan Sri? Baik dan cantik. Siapa nama?” Soal salah seorang rakan mama.
“Sharifah Schafieqah” jawabu pendek. Rasa bangga pula dipuji begitu. Astagfirullah. Ceat-cepat aku beristigfar membuang perasaan itu dalam hati. Penyakit hati namanya tu.
Firman Allah bermaksud: “Jangan kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang terlalu membanggakan diri” (Surah Al-Qashah, ayat 76)
“Mari masuk. Kuliah pun dah nak mula sebentar lagi” ajak seorang wanita yang sangat anggun. Datin Lisda mungkin?
Tepat jam 9.05 minit malam, usrah pun dimulakan. Seorang ustaz yang masih muda ku kira sedang duduk di atas kerusi sambil memberikan ceramah. Sungguh, setiap butir bicaranya meresap terus ke dalam naluriku.
“Zaman sekarang, ramai anak-anak muda yang salah faham dengan konsep menutup aurat. Mereka ingat menutup aurat hanya dengan memakai tudung. Tapi hakikatnya? Mereka bertelanjang. Pakaian yang dipakai langsung tidak menepati kriteria seorang muslimah.Jadi kita sebagai orang tua, kitalah yang patut tegur mereka..Tegurlah dengan kelembutan kerana mereka masih muda. Mudah memberontak jika dipaksa. ”
Itulah antara bait-bait kata yang sangat aku suka. Yang akan ku simpan selama-lamanya. Benar, ramai remaja sekarang yang salah faham tentang konsep ini. Apa-apa pun semoga mereka mendapat hidayah dari Allah S.W.T.
Usrah itu berakhir pada pukul 10.30 malam. Usai itu, kami dijemput menikmati jamuan yang disediakan. Aku melihat ke arah ustaz muda itu. Dia duduk di suatu sudut yang agak terpencil sambil menatang pinggan yang berisi kuih. Aku menghampirinya.
“Assalamualaikum ustaz Haziz” dia memandangku. Aku tahu namanya sewaktu dia memperkenalkan diri pada awal usrah.
“Waalaikumussalam. Ya?” dia melemparkan senyuman.
“Maaf mengacau ustaz. Saya Schafieqah. Saya nak tanya ustaz sikit ni”
“Tidak mengapa. Teruskan.." Dia mengizinkan aku untuk terus meluahkan kemusykilan di hati.
“Ustaz, saya dulu bukan macam saya yang sekarang. Saya dulu jahat. Sosial...Allah terima ke taubat saya ustaz?” Aku menangis. Sebak.
Ustaz Haziz tersenyum. “Kita manusia Cik Schafieqah. Manusia tak lari dari membuat silap. Sepatutnya cik kena bersyuur sebab sekurang-kurangnya Allah dah beri hidayah pada cik untuk berubah. Soal terima atau tidak, itu kita serah pada Allah. Tapi bila kita bertaubat, kita kena betul-betul bertaubat dan berjanji untuk mengubah diri ke arah kebaikan” nasihatnya. AKu menyeka air mata.
“Terima kasih ustaz. Rasa tenang hati saya.”
“Rasanya tak perlu panggil saya Ustaz, Cik Schafieqah. Saya ni ilmu bukan tinggi pun.Panggil saya Haziz sahaja” Ustaz Haziz sangat low profile orangnya.
“Just call me Scha”
“Scha kerja apa? Maaflah kalau saya banyak tanya” Haziz mula beramah mesra.
“It’s okay. Saya baru habis belajar. Balik Malaysia then stay dengan Puan Sri sebab my parents tak ada dekat sini” dia mengangguk.
“By the way, awak ada tak kenal mana kawan-kawan yang nak sewakan rumah? Scha ingat nak sewa rumah sebab tak manis pula orang tengok tinggal dekat rumah Puan Sri.”
“Kebetulan, saya nak cari penyewa rumah”
“Dekat mana tu?” Alhamdulillah Ya Allah.
“Mount Kiara” balasnya ringkas.
“Maaf kalau tanya, kenapa awak nak sewa pula ya?” soalku pelik.
“Rumah tu jauh dari tempat kerja saya..” Aku mengangguk.
Ed menapak mendekati Scha. Eh Scha berbual dengan siapa? Eee ni yang aku cemburu ni. Eh pak ustaz ni pun tahu menggatal ke? Ingat warak sangat. Sibuk aje nak bercaka dengan Scha aku. Menyampah!
“Scha, mama call you Let’s go back” terkejut dua manusia yang sedang berbicara mengenai rumah sewa itu.
“Ed, salam mana?” perli Scha. Haziz melemparkan senyuman tetapi Ed membuat muka meluat.
“Ni nombor saya ustaz. Apa-apa call saya. Kira jadilah ya?” Haziz menyambut huluran kad ku.
“Assalamualaikum” dia memberi salam. Aku menjawabnya lalu melangkah pergi bersama Ed.

MINI NOVEL: DIA KESAYANGANKU 2 (EDITED)
Ahad, 13 April 2014 |
April 13, 2014 | 15comments

AKU
berteleku di atas sejadah,
mengenang dosa-dosa zaman silam. Ya Allah, ampunilah aku. Sungguh banyak dosa
yang aku lakukan. Entah mengapa, terasa tenang apabila memakai telekung. Suatu
perasaan yang tidak pernah ku rasai singgah di hati. Perasaan gembira dan
tenang. Teringin hendak menutup aurat. Dulu, umi dan abi selalu nasihat aku
tapi darah mudalah katakan, mana nak layan sangat nasihat orang tua.
Allah S.W.T berfirman:
(QS.Al Ahzab:59): “Hai Nabi, katakanlah kpd isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu,
& isteri-isteri org mukmin, hendaklah mereka
menjulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka, yang demikian
itu supaya mereka lebih mudah untuk
dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
Aku
meraup muka lalu bangun membuka telekung. Sejadah yang terbentang segera dilipat. Aku mencapai tuala yang tergantung
kemas di penyidai dalam bilik tetamu rumah agam itu. Tombol pintu aku pulas.
Mataku
tertancap pada figura Tan Sri Syed Zaid yang sedang membaca akhbar sambil menyisip
minuman. Aku menghampirinya lalu duduk di atas sofa.
“Assalamualaikum”
sapaku.
“Waalaikumusalam..Eh
Scha, long time no see..” dia melipat
akhbar dan meletakkannya di atas meja.
“Papa
sihat?”
“Macam
nilah orang tua katakan. Kamu? Umi dan abi?” giliran dia bertanya pula.
“Mereka
sihat juga” jawabku.
“Ni
bila sampai?”
“Petang
tadi”
“Dah
dinner? Let’s join us sekejap lagi” pelawanya. Aku hanya
mengangguk. Sesekali aku membetulkan tuala yang melekap di atas kepala.
“Meh,
makan semua..Makanan dah siap hidang ni” ajak Puan Sri Zazarina. Aku senyum
lalu menghampirinya.
Tan
Sri Syed Zaid menarik kerusi seraya duduk. Begitu juga dengan aku dan Puan Sri
Zazarina. Baru hendak mencedok nasi, terdengar derap kaki seseorang.
“Amboi,
makan tak ajak pun” Ed pura-pura merajuk.
Aku
hanya tersenyum. Ed memandangku pelik.
“Scha,
are you okay?”
“Yes? Why?” kenapa Ed tanya soalan macam
tu? Apa yang tak kena dengan aku?
“Kenapa
pakai tuala?” dia menyoal pelik.
“Erk!...”
aku terkedu. Aduh, nak cakap apa?
“Ed, come sit here..” ajak Puan Sri Zazarina.
Malam
itu, kami menikmati juadah bersama-sama. Rindu pula kenangan aku dan keluargaku
yang nun jauh di sana.
Usai
makan malam, aku membantu Mak Siah, pembantu rumah membersihkan meja makan. Tak
enak pula kalau aku duduk bersenang-lenang di ruang tamu. Sudahlah rumah orang,
nanti dikata apa pula. Sudah acap kali mama melarang aku membuat kerja tapi aku
tetap berdegil.
‘Alhamdulillah!
Meja dah kemas, pinggan dah basuh..So,
sekarang masa untuk berborak’ bisik hati kecilku.
Dari
jauh kelihatan Puan Sri Zazarina sedang berehat di gazebo di laman rumah. Aku
melangkah ke arahnya.
“Eh,
Scha..Meh duduk” belum sempat aku menegurnya, dia sudah perasan akan kelibatku.
“Kenapa
ma? Macam ada masalah negara je?” selorohku. Puan Sri Zazarina menepuk lembut
pahaku sambil ketawa.
“Ma,
kalau Scha nak tanya something
boleh?” soalku ragu-ragu.
“Anything for you my dear...” senyuman
manis dilemparkan kepadaku.
“Erm,
macam mana mama sesuaikan diri dekat Malaysia dengan tutup aurat? Maksud Scha,
yelah Malaysia ni kan panas..” aku melontarkan persoalan yang sering
membelenggu benakku.
“Tiada
istilah panas bila menutup aurat. Sebaliknya kita rasa sejuk. Sejuk sebab
sentiasa berada di bawah rahmat Allah. DIA adil Scha, diberi panas di dunia,
sejuk di akhirat. Subhanallah Maha Suci Allah.”
Hampir
menitis air mataku. Begitu kasihnya Allah S.W.T pada hambaNya.
“Setitik
air peluh wanita yang kepanasan bertudung demi semata-mata untuk menutup
auratnya, ia dikira sebagai pahala” sambungnya lagi.
“Scha
nak tahu lagi?” ajunya.
“Apa
dia mama?” aku tertarik.
“Selangkah
ana perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga
ayahnya itu hampir ke neraka” tambahnya lagi.
Aku
berdosa Ya Allah! Ampunkan aku! Abi, maafkan Scha! Air mataku menitis setitik
demi setitik.
“Boleh
mama bimbing Scha?” suaraku serak.
“Insya-Allah,
kita sama-sama perbaiki diri menuju syurga ciptaan Illahi”
“Scha
berdosa sangat mama” Aku memeluknya. Sungguh aku rindu akan ibu kandungku. Umi,
sudah berkali-kali bibir tua itu menasihati aku. Namun, tidak pernah sekali pun
aku mendengarnya.
Semilir
yang berlalu, membawa rindu kepada kedua ibu bapaku. Rindu yang penuh
keinsafan. Aku muslim tapi tidak mengikut cara muslim. Astagfirullah!
Berdosanya aku! Ya Allah, bimbinglah aku...rintihku.