NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
Cerpen Bersiri: Suamiku Bawah Umur 1
Ahad, 18 Mei 2014 | Mei 18, 2014 | 14comments


BAB 1 

PUAN MAZURA ralit dengan pokok bunganya sehingga tidak menyedari ada mata yang memerhatinya dari tadi. Suraya mendekati Puan Mazura dengan langkah berhati-hati, silap langkah boleh kena smash! Debaran hati diketepikan seketika. Basmallah dibaca sebagai pembuka bicara. 

           "Mama, dulu mama kata couple tu berdosakan?" soal Suraya setelah melabuhkan duduk di bangku rehat berdekatan tempat Puan Mazura berkebun. 

           "Ish, Aya ni terkejutlah mama. Yes, why?" soalnya kembali. Tanganya ralit menggunting daun-daun layu. begitulah rutin hariannya, jika tidak berkebun dia membersihkan kolam ikannya. bersih dan berkilat! Itu prinsip Puan Mazura. 

            "Kalau macam tu, Aya rasa Aya nak kahwinlah mama. Dapatlah Aya elak dosa" lepas Suraya tanpa bertapis lagi. Keluar segala hajat hatinya.

            Terlepas gunting pokok bunga yang dipegang Puan Mazura. Tangan segera dicekakkan ke pinggang.Amboi..amboi anak dara seorang ini. Merenyam sungguh!

             "Jangan bergurau Aya! Mama ni belum makan tengah hari lagi, jangan sampai mama telan kamu hidup-hidup" Puam Mazura memberi amaran.

              "Betullah, mana ada Aya main-main. Mama juga yang kata couple tu berdosalah, menghampiri zinalah. So now Aya nak elakkan dosa, dengan cara berkahwin" Suraya masih memujuk. 

                "Banyak lagi caranya Aya nak elak dosa. Kamu tu solat pun lompong sana sini, kerja rumah haram tak pernah buat. Memasak? Dalam mimpi je lah" bebelnya lagi. Entah mimpi apa Suraya malam tadi tiba-tiba hendak kahwin. 

Enough! I don’t want hear any explanation. Mama cakap macam itu sebab mama takut Suraya hanyut dalam dunia percintaan masa belajar dulu.” terangnya. Merah muka putihnya. Siapa yang tidak terkejut apabila mendengar anak gadis yang baru sahaja menamatkan pengajian di universiti hendak berkahwin. Mungkin bagi orang lain hal itu menjadi perkara biasa. Namun bukan bagi dia kerana Suraya baru sahaja tamat belajar. Kerja pun belum lagi. 
But mama...Please give me a chance. Aya akan buktikan pada mama yang Aya mampu jadi isteri even I’m still young.” kata Suraya bersungguh-sungguh.
 "I said no so it means NO!!! I wouldn’t give you any­ ­­­chance. Keep my words.” tegas puan Mazura. Dia melangkah meninggalkan Aya yang kesedihan. Gunting pokok bunga hanya diletakkan di atas meja rehat di taman itu. Hati yang sarat dengan kerisauan diangkut sekali ke dalam rumah. Puan Mazura melangkah masuk ke dalam bilik dan berehat di atas katil.
‘Aya, maafkan mama. Tapi mama tak mampu nak buat the best decision for you’ rintih hatinya. Setegas-tegas dia, dia tidak pernah melukakan hati anak gadisnya itu. Namun, hari ini dalam sejarah, dia telah menumpahkan air mata Suraya. Sungguh dia kesal. Benar, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Suraya menangis sepuas-puasnya di taman. Tidak pernah sesekali mama meninggikan suara dengannya. Salahkah niatnya? Bukankah membina masjid itu sangat digalakkan? Kenapa mama tak bagi Aya peluang? Air mata dibiarkan sahaja mengalir menderu-deru. Seketika kemudian, terdengar deruan enjin kereta Audi R8 memasuki lama rumah agam itu. Kelihatan seorang lelaki berkot hitam penuh elegan keluar dari perut kereta itu. Suraya mengerling sekilas ke arah lelaki itu. Dengan lagak selambanya, lelaki itu masuk ke dalam rumah tanpa berpaling sedikit pun ke arah Suraya. Rasa menyampah semakin membuak-buak di dalam hati Suraya.
‘Ada abang pun macam tak ada sahaja. Dibuatnya kita ni macam musuh dia pula. Macam aku ni ada buat salah besar pula. Argh! lantak dialah. Keluar lagi baik’ Suraya bermonolog sendirian. Dia bangun dari duduk dan mulai melangkah keluar dari pintu pagar rumah agam itu. Langkah kaki dibuka menuju ke tepi jalan. Niat dihati hendak ke rumah Ayish. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjvqKFLQltj-z_OpSOaWGJ8UR0dTqB_Rm_WzlH9K3WdyuZJjA-4x6asy3t1MmCcOrbQwSbBrL35vS_Lkk_fGit67UdehtT5PbMcrLqJ4cziwlPykuR-Q0GPiysW2M4PqPx94pg0OFGRMo/s1600/Design+M.jpg
LOCENG ditekan berkali-kali. Peluh yang merenik keluar sudah membasahi bajunya. Perut pula mulai membuat perangai. Tekak usah dicakap. Rasa macam duduk dekat padang pasir. Suraya tidak berputus asa. Loceng ditekan sekali lagi. Akhirnya, tersembul keluar wajah yang dinanti-nantikannya. Wajah seperti baru bangun tidur. Sah, si Ayish ini baru bangun tidur.
“Weh, Ayish..Open this gate! Dah berpeluh-peluh aku tunggu kau. Macam mandi je ni” kata Suraya geram. Dengan langkah yang lemah longlai, Ayish masuk ke dalam rumah dan menekan butang pintu pagar automatik. Seraya itu, Suraya menerjah masuk. Ayish yang terkejut lantas membeliakkan mata. Dada diurut perlahan.
            “Kau ni Aya, terkejutkan aku sahaja” bebel Ayish. Suraya menarik muncung. Sedepa panjangnya. Amboi! Hiperbola.
Suraya melabuhkan punggung di sofa. Tangan disilangkan di dadanya. Mukanya masam gaya orang merajuk. Ayish menggaru belakang kepala yang tidak gatal. ‘Kalau dah nama perempuan, macam-macam perangai dia orang ada.’ cetus Ayish dalam hati.
“Kau dah kenapa ni Aya? Macam beruk berak kapur saja” tanya Ayish. Peribahasa yang dihentam sendiri. Si Ayish ini memang hancur sikit bahasa Melayu.
“Kau ni! Bukan beruklah. Ayam berak kapur!” Suraya membetulkannya.
            “Alah, macam kau tak tahu pula aku ini. So, what’s the prob? Want to share?” tanyanya.
            “Aku nak kahwin”  luah Suraya sedih. Sebak didada di tahan. Huarghhh! tangisan dihamburkan juga. Ayish gelisah.
“Eh kau kenapa Aya? Kau dok meraung macam ni nanti orang fikir aku nak rap kau pulak. Astagfirullah” ucap Ayish spontan. Suraya mencapai bantai kecil di atas sofa dan dilemparkan tepat ke muka kawannya itu.
“Teruklah kau ni. Aku tengah sedih, kau boleh pulak buat lawak bodoh!” hidung dan mata Suraya kelihatan merah. Derap kaki seseorang kedengaran turun dari tangga. Suraya tidak perasan. Ayish menelan liur. Aduh, habis aku!
Hey, Suraya..Why are you crying dear? Ayish! What you had done to Suraya?” Tanya Datin Sophie. Ayish menggelengkan kepalanya. Bibir diketap. Itulah habitnya bila takut atau nervous.
Aunty, I’m very sad right now. I need someone” Suraya memandang anak mata Datin Sophie. Seraya itu, Datin Sophie duduk di sebelahnya. Suraya ditarik ke dalam pelukannya.
Syhh.. Don’t cry dearI’m here for youNow, tell me your sad story.” pujuk Datin Sophie. Suraya berasa begitu selamat ketika mendengar ayat yang dituturkan oleh mama angkatnya itu. Seketika kemudian, tangisannya mulai berhenti. Ayish hanya memerhati gelagat dua orang wanita itu.
‘Kalau boleh, aku nak sangat lap air mata kau Aya’ bisik hati kecil Ayish.

Suraya merungkaikan pelukan dan mulai mengesat wajah yang tadinya dengan air mata menggunakan tisu yang dihulurkan oleh Datin Sophie. Dia membetulkan suara sebelum mulai berbicara.
“Aya nak kahwin..But when I said to mama, she’s got angry to me.” luahnya. Ayish meraba dadanya. Kenapa rasa seperti kena panah dengan anak panah yang paling tajam? Kenapa rasa macam kena cucuk dengan duri yang paling berbisa.
Datin Sophie tersenyum. “Nanti aunty cuba tanya dengan mama ya kenapa dia marah sangat.” kata-kata mama angkatnya itu sedikit sebanyak melapangkan hati Suraya.
“Eh, Ayish..Jom pergi Pavi. Ada sales tahu” ajak Suraya teruja. Begitulah dia selepas menangis sahaja pasti hendak membeli-belah. Ayish tersentak dari lamunannya.
“Hah, apa?” tanyanya sekali lagi.
Daydreams! Aku ajak kau teman aku pergi Pavillion!” ulang Suraya sekali lagi.
“Kejap, nak mandi then tukar baju” kata Ayish lalu melangkah menuju ke bilik Suraya hanya mengangguk. Datin Sophie tersenyum melihat Suraya yang kembali ceria. Suraya, seorang gadis yang penyayang, peramah dan jenis happy go lucky orangnya. Namun, Datin Sophie risaukan sesuatu. Perkara itu telah lama berlegar di dalam mindanya.
















     

Label:


Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go