NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
MINI NOVEL: DIA KESAYANGANKU 2 (EDITED)
Ahad, 13 April 2014 | April 13, 2014 | 15comments


AKU berteleku di atas sejadah, mengenang dosa-dosa zaman silam. Ya Allah, ampunilah aku. Sungguh banyak dosa yang aku lakukan. Entah mengapa, terasa tenang apabila memakai telekung. Suatu perasaan yang tidak pernah ku rasai singgah di hati. Perasaan gembira dan tenang. Teringin hendak menutup aurat. Dulu, umi dan abi selalu nasihat aku tapi darah mudalah katakan, mana nak layan sangat nasihat orang tua.
Allah S.W.T berfirman:
(QS.Al Ahzab:59): “Hai Nabi, katakanlah kpd isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, & isteri-isteri org mukmin, hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

            Aku meraup muka lalu bangun membuka telekung. Sejadah yang terbentang segera  dilipat. Aku mencapai tuala yang tergantung kemas di penyidai dalam bilik tetamu rumah agam itu. Tombol pintu aku pulas.
            Mataku tertancap pada figura Tan Sri Syed Zaid yang sedang membaca akhbar sambil menyisip minuman. Aku menghampirinya lalu duduk di atas sofa.
            “Assalamualaikum” sapaku.
            “Waalaikumusalam..Eh Scha, long time no see..” dia melipat akhbar dan meletakkannya di atas meja.
            “Papa sihat?”
            “Macam nilah orang tua katakan. Kamu? Umi dan abi?” giliran dia bertanya pula.
            “Mereka sihat juga” jawabku.
            “Ni bila sampai?”
            “Petang tadi”
            “Dah dinner? Let’s join us sekejap lagi” pelawanya. Aku hanya mengangguk. Sesekali aku membetulkan tuala yang melekap di atas kepala.
            “Meh, makan semua..Makanan dah siap hidang ni” ajak Puan Sri Zazarina. Aku senyum lalu menghampirinya.
            Tan Sri Syed Zaid menarik kerusi seraya duduk. Begitu juga dengan aku dan Puan Sri Zazarina. Baru hendak mencedok nasi, terdengar derap kaki seseorang.
            “Amboi, makan tak ajak pun” Ed pura-pura merajuk.
            Aku hanya tersenyum. Ed memandangku pelik.
            “Scha, are you okay?”
            “Yes? Why?” kenapa Ed tanya soalan macam tu? Apa yang tak kena dengan aku?
            “Kenapa pakai tuala?” dia menyoal pelik.
            “Erk!...” aku terkedu. Aduh, nak cakap apa?

            “Ed, come sit here..” ajak Puan Sri Zazarina.
            Malam itu, kami menikmati juadah bersama-sama. Rindu pula kenangan aku dan keluargaku yang nun jauh di sana.
            Usai makan malam, aku membantu Mak Siah, pembantu rumah membersihkan meja makan. Tak enak pula kalau aku duduk bersenang-lenang di ruang tamu. Sudahlah rumah orang, nanti dikata apa pula. Sudah acap kali mama melarang aku membuat kerja tapi aku tetap berdegil.
            ‘Alhamdulillah! Meja dah kemas, pinggan dah basuh..So, sekarang masa untuk berborak’ bisik hati kecilku.
            Dari jauh kelihatan Puan Sri Zazarina sedang berehat di gazebo di laman rumah. Aku melangkah ke arahnya.
            “Eh, Scha..Meh duduk” belum sempat aku menegurnya, dia sudah perasan akan kelibatku.
            “Kenapa ma? Macam ada masalah negara je?” selorohku. Puan Sri Zazarina menepuk lembut pahaku sambil ketawa.
            “Ma, kalau Scha nak tanya something boleh?” soalku ragu-ragu.
            “Anything for you my dear...” senyuman manis dilemparkan kepadaku.
            “Erm, macam mana mama sesuaikan diri dekat Malaysia dengan tutup aurat? Maksud Scha, yelah Malaysia ni kan panas..” aku melontarkan persoalan yang sering membelenggu benakku.
            “Tiada istilah panas bila menutup aurat. Sebaliknya kita rasa sejuk. Sejuk sebab sentiasa berada di bawah rahmat Allah. DIA adil Scha, diberi panas di dunia, sejuk di akhirat. Subhanallah Maha Suci Allah.”
            Hampir menitis air mataku. Begitu kasihnya Allah S.W.T pada hambaNya.
            “Setitik air peluh wanita yang kepanasan bertudung demi semata-mata untuk menutup auratnya, ia dikira sebagai pahala” sambungnya lagi.
            “Scha nak tahu lagi?” ajunya.
            “Apa dia mama?” aku tertarik.
            “Selangkah ana perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka” tambahnya lagi.
            Aku berdosa Ya Allah! Ampunkan aku! Abi, maafkan Scha! Air mataku menitis setitik demi setitik.
            “Boleh mama bimbing Scha?” suaraku serak.
            “Insya-Allah, kita sama-sama perbaiki diri menuju syurga ciptaan Illahi”
            “Scha berdosa sangat mama” Aku memeluknya. Sungguh aku rindu akan ibu kandungku. Umi, sudah berkali-kali bibir tua itu menasihati aku. Namun, tidak pernah sekali pun aku mendengarnya.
            Semilir yang berlalu, membawa rindu kepada kedua ibu bapaku. Rindu yang penuh keinsafan. Aku muslim tapi tidak mengikut cara muslim. Astagfirullah! Berdosanya aku! Ya Allah, bimbinglah aku...rintihku.



Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go