NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
MINI NOVEL: DIA KESAYANGANKU 4
Selasa, 22 April 2014 | April 22, 2014 | 9comments

 MALAM itu aku duduk di taman mini berhampiran kolam ikan peliharaan Tan Sri Zaid bertemankan bintang-bintang yang galak memancarkan cahayanya.

            Fikiran jauh melayang. Umi dan Abi! Sudah lama aku tidak menghubungi mereka. Rindu usah dikata..Aku mengerling jam tangan..Sudah pukul 10 malam..Esok sahajalah aku telefon mereka..Aku berangan lagi...

            “Hah! berangan!” sergah Ed dari belakang.

            “Opocot mak kau terabur” latahku. Dada aku usap bagi menenangkan gelojak sebentar tadi. Ed menayang sengihan ‘kerang busuk’nya. Tanda ‘peace’ diangkat  kepadaku.

            “Kau ni Ed, suka sangat terkejutkan aku..kalau aku mati macam mana? Kau suka kan?” ujarku geram. Mukanya berubah. Eh dia terasa ke? Aku mulai tak senang duduk. Risau akan kata-kataku yang mungkin boleh mengguriskan hatinya.

            “Siapa cakap aku suka kalau kau tak ada di sisi aku?” suaranya serius. Aku pulak naik kecut. Aduh ‘bulan mengambang’ ke mamat ni. Aiseyhh ! Air liur kutelan. Peluh di dahi dikesat sedikit.



            “I’m sorry. I really not means it..” tuturku. Dia tersenyum. Eh mamat ni split personality ke apa? Tadi bukan main seriusnya tup, tup senyum pulak. Eh konfius haih!

            “Aku maafkan” katanya. Dia memeluk lutut dan turut sama memandang ke langit sepertiku.

            “Apa kau rasa kalau aku tak ada dalam hidup kau?” soalku. Dia agak terkejut. Mungkin tidak menyangka yang aku akan bertanya tentang soalan ini. Aku hanya tersenyum hambar. Adakah jawapannya dapat melegakan hatiku?

“Mestilah aku rasa sunyi plus rindu...Kau study abroad dulu pun aku dah rasa lain macam..Kali ni aku takkan biarkan kau jauh dari aku lagi...Eh, jap kau nak pergi mana?” tanyanya pelik. Aku tersenyum..Sedikit sebanyak hati aku berbunga..

“Manalah tahu, suatu hari nanti takdir merubah segalanya.Masa tu aku tak dapat...” sebak aku menuturkannya. Kata-kataku hanya separuh jalan..

“Scha, what’s wrong? Don’t cry...” pujuknya..

“Ed, kau sayang aku?” tanyaku.

“Eh mestilah..kita kan dah lama kawan” ujarnya tersenyum ikhlas. Diusapnya kepalaku yang berlapik tudung.

“Err..maksud aku...” aduh takkan aku nak tanya soalan macam tu pulak? Adoi!

“Maksud kau?” tanyanya yang seakan tidak berpuas hati setelah aku memutuskan bicara sebentar tadi.

“Tak ada apa-apalah” kataku cuba menutup getaran di hati.

“Kau dah ada boyfriend?” tanya Ed tiba-tiba.

“Err.. tak ada..Kenapa?” suaraku gugup sebenarnya tapi aku berusaha mengawalnya.

“Pernah kau tak kau terfikir, macam mana nanti kalau kita dah berkeluarga..Kau dengan husband kau, aku dengan wife aku..Agak-agak dapat tak kita rapat macam sekarang lagi?” katanya tenang tanpa perasan akan perubahan mukaku. Perlahan-lahan mindaku mencerna kata-katanya. ‘Scha, berangan sungguh kau! Ed takkan pernah suka kau!’ hati perempuanku menjerit.

“Entahlah Ed..Tapi kalau aku kahwin pun mungkin aku tak bahagia kot” suaraku hambar sahaja.

“Kenapa pulak?” semakin pelik Ed akan kata-kata yang diluahkan Scha.

“Sebab aku tak dapat kahwin dengan orang yang aku suka”

“That means, kau ada crush?” tebaknya. Aku mengangguk. ‘Ed, crush aku tu kaulah’ hati berbisik sendirian.

“Tapi kan, cinta tu boleh dipupuk selepas kahwin..Ustazah aku kata dulu, bercinta lepas kahwin ni lagi sweet tau sebab semua benda yang kita buat adalah halal.” ceritanya menarik. Aku merenung mukanya tanpa dia sedari. Lesung pipi semakin menjelaskan ketampanannya. Rambut yang dipacakkan itu menarik tangkai hati wanitaku.

“Scha, malam ni kita spent time cerita pasal hati nak?” ajaknya.

“Dah cerita dah pun” ujarku selamba. Dia tersengih.

“Kau nak kahwin umur berapa?” tanyanya memulakan sesi soal hati.

“Ermm..aku akan kahwin lepas orang yang aku sayang tu kahwin”

“Oh..Aku nak kahwin umur 30..Yang penting wife aku mesti muda dari aku...Cantik, berkarisma dan manja” tutur Ed gembira. Aku melemparkan seyuman hambar kepadanya. Untungnya wanita yang dapat memilik hati Ed.

“Untung wife to be kau..Dapat lelaki handsome” pujiku.

“Apa ciri-ciri lelaki idaman kau?”

“First and foremost, mestilah cukup solat lima waktu sebab aku nak dia bimbing aku ke syurga..Second, dia mestilah hormat orang tua, penyayang, pandai memujuk sebab aku kuat merajuk. Dan yang akhir sekali peramah dan suka budak-budak...tu je kot”

“Eh kau tak rasa ke semua ciri lelaki idaman kau ni ada pada aku? Cuma nombor satu tu tak berapa nak ada sikit” tanyanya.

“Errr..ma..mana ada...Hah! kau lepas ni kena bagi cukup 5 waktu, ingat! kau tu ketua keluarga.” pesanku. Dia tersengih malu sambil menganggukkan kepala.

“Merpati dua sejoli buat apa kat luar ni?” tanya Puan Sri Zazarina yang baru tiba dengan sedulang air milo panas.

“Spent time ma..Dah lama sangat tak lepak sama-sama..” jawab Ed.

“Mari minum. Kering anak tekak tu nanti” ajak Puan Sri Zazarina. Kami bersama-sama menikmati air milo panas dalam kepekatan malam yang sunyi itu. Pelbagai cerita dikongsi bersama.


“SCHA!!” jerit Ed dari luar pintu. Aku membuka mata. Aduh mengantuknya!
Aku segera mencapai telefon bimbit di sisi katil. Lah! baru pukul 8.00 pagi. Hah?? 8.00 pagi?? Aduh dah lambat!

            “Kejap, Scha nak mandi” jeriku dari dalam.

            “Lah baru bangun ke? Kita dah lambat ni tahu tak Scha?” marah Ed tanpa sedar. Aku capai tuala di penyidai lalu menutup rambutku yang terdedah. Pintu aku buka dari dalam.

            “Kalau kau nak pergi dulu, kau pergilah..nanti aku pergi sendiri naik teksi” kataku merajuk sebenarnya namun cuba kukawal.

            “Merajuk ya bucuk-bucuk? Sudah..pergi mandi dan bersiap. I give you15 minutes only...Aku tunggu kau dekat bawah” dia berlalu sambil mengenyitkan mata kepadaku.

            Aku melting gila tengok dia kenyit mata macam tu beb.. Alahai cutenya..Dah kenapa aku duduk dekat pintu ni? Bukan tadi nak mandi ke? Adoi angau tahap langit dah kau ni Scha!

            Ed membetulkan kolar baju sambil melangkah turun ke ruang makan. Puan Sri Zazarina tersenyum melihat putera kesayangannya itu. “Nak pergi mana ni Ed?” tanyanya.

            Kerusi ditarik lalu Ed melabuhkan punggungnya. “Ada reunion kecil-kecilan ma” dia mencapai pinggan yang sudah terhidang nasi lemak itu. Bismillah dibaca..Suapan pertama dinikmatinya sepenuh hati hingga terpejam mata. Amboih! Sedap sangat tu nampaknya.

            “Ed seorang je ke? Scha tak ikut?” tanya Puan Sri Zazarina pelik. Sellaunya budak berdua ni macam belangkas. Cuma masa Scha study abroad tu je diaorang terpisah.

            “Baru nak mandi.. Lambat bangun” terangnya. Puan Sri Zazarina mengangguk. Suasana kembali hening. Tan Sri Zaid tiada di rumah. Dia ke Bandung. Mulanya, dia mengajak Puan Sri Zazarina tetapi ditolak lembut kerana dia tidak suka berjalan. Tambahan pula, pergerakannya terbatas seiring dengan usia yang semakin meningkat.

 15 minit kemudian...

“Sorry..sorry!” nafasku tercungap-cungap. 

“Eh ni kenapa penat semacam je? Kau marathon ke? Tak ajak pun” perli Ed. Aku menjelingnya sekilas.

“Ni kau punya pasal lah. Dah lah tak kejut aku...Pastu tak pasal-pasal kita terlambat ni!” kataku geram.

“Aku pulak yang kena? Kau tengok ni tangan aku..Dah naik lebam ketuk pintu bilik kau..Nasib baik tak roboh” dia menunjukkan buku limanya yang kemerahan itu. Alah orang putih bolehlah. Cuba aku ni..Nampak apa? Kulit pun kuning langsat je..Astagfirullahaladzim..Tak baik Scha oi..Bersyukur jelah!

“Jomlah..Dah lambat sangat-sangat ni” ajakku.

Selepas menyalam tangan Puan Sri Zazarina, mereka melangkah ke pintu utama. Tiba-tiba Ed memberhentikan langkahnya. Aku yang tengah ikut dari belakang terus langgar dia. “Ish apa ni? Bagi la signal dulu kalau nak berhenti. Dahlah lampu brek pun tak ada.” merapuku. Hah! bila aku dah geram, semua benda keluar..Dia meluku perlahan kepalaku.

“Nak cepat sangat sampai pakai tudung pun senget ke? Dah macam pesakit Tanjung Rambutan tahu. Meh sini” Bebelnya sambil membetulkan tudungku yang senget.

Fulamak, Asal jantung aku macam tengah lari pecut ek! Tak perasan ke lampu merah depan mata? Hehe sebenarnya si Ed pakai baju merah hari ni. Eh, jap..Aku pakai cardigan merah, Ed pakai t-shirt Polo merah..Eh-eh macam berjanji je..Ini dinamakan kebetulan.

“Hey, daydreams!” Ed mengacah-acah jarinya di depan mukaku bagi menyedarkan aku yang sedang berangan tentang seorang Prince Charming.

“Err..let’s go..We are late” kataku lalu berjalan laju menuju ke kereta.

Sampai di depan kereta, Ed melajukan langkah, dia sempat membukakan pintu kereta untuk aku. Pelik je perangai mamat seorang ni. Haih, kau buat macam ni kat aku, lama-lama boleh cair jadi air tahu aku ni. Karang melepas nak kahwin dengan kau. Daydreams je kerja kau ek Scha!

#Okay, laman sesawang ni dah bersawang dah..hope suka lah ek. Sorry lambat update..EM busy siapkan novel baru.. Comment ye ;) EM baru tahu ada yg baca karya EM tapi dia tak komen..thanks awak sudi baca :) One more.Entry kali ni panjang sikit. Tebus kesalahan sebab lambat update AKAN ADE EDITED VERSION 2014



Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go