Cerpen Bersiri: SBU 2
Isnin, 19 Mei 2014 |
Mei 19, 2014 | 8comments
SETELAH puas membeli belah di Pavilion, mereka melapangkan fikiran
pula di Tasik Titiwangsa. Suraya memang gemar ke sini jika ada masa lapang.
Suasana sunyi menemani mereka. Suraya melempar pandangan ke arah tasik yang
sangat menenangkannya itu. Manakala Ayish pula mengingati peristiwa di rumah
pagi tadi.
‘Aku nak kahwin’ kata-kata Suraya melekap kukuh di telinganya. Entah mengapa terasa jantungnya hendak tercabut. Hatinya bagai dilempar dari atas kapal terbang kemudian jatuh di hutan Amazon. Sukar dicari kembali. Amboi!
‘Aku nak kahwin’ kata-kata Suraya melekap kukuh di telinganya. Entah mengapa terasa jantungnya hendak tercabut. Hatinya bagai dilempar dari atas kapal terbang kemudian jatuh di hutan Amazon. Sukar dicari kembali. Amboi!
“Aya, if I ask you something, could you tell me
honestly??” tanya Ayish. Suara terpaksa dikuatkan sedikit memandangkan dia
dan Suraya duduk agak berjauhan. Yalah, takkan nak duduk berhimpit pula. Karang
ada kena kahwin free.
“Hurm.. what?” Suraya menyahut malas.
“Siapa future husband kau tu? Mesti dia perfectkan?” ujar Ayish menahan sebak.
‘Eh, Ayish, yang kau nak sebak ini kenapa? Rileklah. bunga bukan sekuntum.’
bunyi suara hatinya.
“Memang dia
sangat perfect pada pandangan aku. Aku
dah lama kenal dengan dia. Dia baik, caring,
peramah dan yang paling penting dia tersangatlah happy go lucky macam aku. Boleh dikira kitaorang ini satu kepala
jugalah. Lagi satu, dia ini pelapis stok mat masjid tahu. Pantang dia kalau ada
orang lambatkan solat lebih-lebih lagi yang tak solat langsung.” Muka Suraya
bersinar ketika menerangkan tentang jejaka pilihan hatinya.
“Untungnya
dia. Dapat kau yang setia. Eh, kejap kau kata kau kenal dia dah lamakan? Sampai
hati tak cerita dekat aku. Ni yang nak touching habis-habisan ni” Ayis
menyelitkan gurauan agar hatinya yang gun dah gulana itu terubat.
“Serius kau
tak kenal dia? Ciri-ciri dia tu takkan kau tak kenal langsung?” tanya Suraya
sambil mengerutkan dahi.
“Aku tak
kenal pun dia. Eh, jom beli aiskrim. Aku teringin pula.” ajak Ayish lalu
bangkit dan membersihkan seluarnya yang agak kotor sedikit dek kerana duduk di
atas rumput sebentar tadi.
Ayish
melajukan langkah. Bengkak hatinya melihat muka teruja Suraya semasa bercerita
tentang bakal suaminya. Menyesal pula bertanya tadi. Terkocoh-kocoh Suraya
mendapatkan Ayish. ‘Aduh, loading betul
mamat ni’ kutuk Suraya dalam diam.
Setelah
berpenat lelah, Suraya dapat juga menyaingi langkah Ayish. Nafasnya tidak
teratur. Timbul pula rasa simpati dalam diri Ayish buat gadis comel itu.
Pashmina oren belang hitam itu senget dek kerana diterbangkan angin semasa
Suraya berlari mengejarnya tadi. Langkah diperlahankan dan dia berdiri
betul-betul di hadapan Suraya. Terkejut usah dicakap. Tapi ikan dah ada depan
mata, kucing mana nak tolak?
Suraya tenung muka Ayish puas-puas. Ayish berasa tidak selesa. Merah telinganya. Eh, macam terbalik saja lelaki yang malu-malu bila kena tenung. Bukan sepatutnya permpuan ke?
Suraya tenung muka Ayish puas-puas. Ayish berasa tidak selesa. Merah telinganya. Eh, macam terbalik saja lelaki yang malu-malu bila kena tenung. Bukan sepatutnya permpuan ke?
“Dari dulu
sampai sekarang, perangai tak pernah berubah” ucap Ayish lalu menyekeh perlahan
kepala milik Suraya. Ceh, suka suki kau saja sentuh kepala aku. Aku bayar zakat
hokey.
“Isy,
sakitlah. What do you mean?” tanya Suraya tidak mengerti.
“Dulu masa
kecik, kau suka pakai cekak rambut senget, bila dah besar, pakai Pashmina pula
senget” Ayish menggeleng-gelengkan kepalanya.
Suraya
ralit merenung Ayish yang nampak sangat kacak pada pandangannya. Alahai, Ayish
apasal kau kacak sangat ini. Suraya khayal sendiri. Sekali lagi kepalanya
mendapat habuan.
“Sakitlah!
Sengal. Apa hal?” geram Suraya dibuatnya.
“ Yang kau
tenung aku macam nak makan tu kenapa?” tanya Ayish. Dia berjalan meninggalkan
Suraya yang menggosok kepalanya. Akhirnya, Suraya akur lalu membontotinya.
Laura mengeluh. Kaki dihentikan dari melangkah. Susah betul nak pikat hati Nawfal Irfan.
#okay? Kalau tak, sila komen :)
NAWFAL Irfan menyandarkan badannya pada sebatang pokok. Kaki
dilunjurkan gaya bebas. Dia mengemaskan lagi headphone yang dipakainya. Sebuah buku kegemarannya yang bertajuk
Harry Potter dikeluarkan dari beg sandangnya jenama Polo. Meskipun dia sudah
berkali-kali membaca buku itu, dia tetap juga ingin mengulanginya.
Sedang
asyik dia membaca buku, bahunya ditepuk dari belakang, terlepas buku yang
dipegangnya. Kepala diangkat melihat gerangan orang itu. Ini tak lain tak bukan
mesti si..ha kan dah kata!
“Fal, got a
hot story” Am cuba menyusun nafasnya.
“Hurm, tak
habis lagi?” tanya Nawfal malas seolah-olah dapat menebak perkara yang ingin
disampaikan oleh Am. Rakannya itu mengangguk.
“Kali ini
lebih teruk tau”
“Means?
Teruk sangat ke?” Nawfal mengerutkan dahinya. Pelik!
“Aku dengar
dia orang ada plan baik punya nak kenenkan kau dengan si Lara tu. Alah, yang
jadi Leader Kelab Peminat Fanatik Nawfal Irfan. Tapi plan apa aku tak tahu la pula” terang Am panjang lebar.
“Erk!
dangerous! Very dangerous. Aku dengan si Laura tu? Budak yang gedikya 360
darjah tu? Oh tuhan, jauhilah aku dari dia?” Nawfal menadah tangan sambil
berdoa kepada Allah memohon simpati. Am mengaminkan doanya.
“Have an
idea?” Nawfal meminta idea dari Am. Si Am pula hanya menggeleng.
“Mana Hariz ? Si budak idea” selamba sahaja Nawfal menggelar Haris dengan gelaran
itu. Tapi, sangat sesuai sebab Haris kaya dengan idea. Macam-macam idea dia
boleh suggest termasuk yang tak
diterima akal.
“Entah. Ada
masalah katanya” jawab Am.
“Masalah?”
“Masalah
penghadaman.” Selepas itu, meletus tawa antara mereka
Belum
sempat Am ingin membuka mulut untuk berbicara, terdengar nama Nawfal irfan
disebut nyaring oleh seorang gadis. Mereka memandang gerangan orang itu.
Sepantas kilat, Am dan Nawfal segera membuka langkah seribu berlalu dari tempat
itu.
Laura mengeluh. Kaki dihentikan dari melangkah. Susah betul nak pikat hati Nawfal Irfan.
#okay? Kalau tak, sila komen :)
Label: cerpen bersiri 2014