MINI NOVEL: DIA KESAYANGANKU 5
Selasa, 13 Mei 2014 |
Mei 13, 2014 | 18comments
AKU dan Ed melangkah masuk ke dalam dewan yang ditempah
khas bagi melaksanakan perjumpaan tahunan bagi bekas pelajar tahun 1992. Pada
mulanya mereka bercadang mahu buat di restoran mewah sahaja memandangkan ramai
yang tidak dapat hadir. Namun di saat akhir mereka mendapat berita bahawa ramai
yang akan datang. Jadi perancangan awal telah ditukar. Kami pula mendapat
pesanan ringkas daripada Johan, penyelia program itu ketika dalam perjalanan.
Cuak aku dibuatnya. Sudahlah baju tidak bawa. Kata dia, kami akan bermalam di
salah sebuah resort di Pulau Kapas selama 3 hari 2 malam. Ed pula meminta cuti
daripada Tan Sri Zaid. Mujur sahaja bekerja dengan bapa sendiri. Kalau dengan
orang? Ada kena buang kerja sebab cuti mengejut.
“Amboi pasangan merpati sejoli dah
sampailah” usik satu suara nakal. Aku mencari arah suara itu. Rasanya aku kenal
dengan suara itu. Hah, dapat pun. Eh, Miralah. Aku memaklumkan kepada Ed. Dia
mengangguk. Langkah kaki aku buka menuju ke arah meja Mira.
“Mira, miss youlah sayang. Bila
balik?” kami saling berpelukan dan berlaga pipi.
“ Erk! Kau tak payah nak sayang-sayang
sangatlah dengan aku. Geli weh” usik Mira.
Aku mencebik. Mira melepaskan tawa.
Sudahnya kami berdua tergelak.
“Aku tanya bila balik?” tanyaku
sekali lagi selepas pertanyaanku tidak berjawab sebentar tadi.
“Baru balik seminggu lepas tapi minggu
depan baliklah.”
“Lah sekejap saja ke? Tak ambil cuti
ke?” Jauh-jauh fly, tup..tup minggu depan dah nak balik.
“ Tak bolehlah cik Scha oi. Si Faiq
tu nak kena interview. Tu yang balik sekejap je ni.” Mira menyuap agar-agar
pandan ke dalam mulutnya. Aku menelan air liur. Eh, sedap pulak. Tapi kalau aku
makan karang, ada aku tak keluar tandas. Untung si Mira ini dapat berkahwin
dengan Faiq. Mereka ini dahulu macam anjing dengan kucing. Jumpa sahaja mesti
bergaduh. Tapi sudah tertulis jodoh mereka, akhirnya bersatu jua.
“Erm kau sekarang macam mana?” dia
menyoalku kembali.
“Aku macam nilah. Minggu depan start
kerja dengan dengan Ed. Jadi PA dia.” terangku. Dari kejauhan, kelihatan Ed
melambai-lambaikan tangannya ke arahku. Aku hanya tersenyum.
“PA Ed? Wow, makin bertambahlah
sayang Ed pada kau” tutur Mira sambil gelak. Aku terpana. Hanya senyuman kelat
menghiasi bibirku. Kalaulah semua itu benar. Hurm.
“Haha nonsenselah. Eh, jom pergi kat
sana. Rasa macam nak start dah je” ajakku.
Kami berjalan beriringan ke meja Ed.
Disitu terdapat beberapa orang kenalanku. Mereka mula bersiup dan tak kurang
juga ada yang mengusik.
“Amboi couple of the year ni, tak
nak berenggang langsung” usik salah seorang teman kami. Ed hanya tersenyum.
Aku? Dah blushing sangat-sangat. Tapi aku tahan sebab kalau mereka nampak aku
blushing, lagi teruk aku kena usik. Ed memegang tangan aku yang berlapik. Nasib
baik baju panjang. Kalau tak aku ketuk tangan dia.
Aku memandangnya. Dia turut membals
pandanganku dan tersenyum penuh makna. Seorang perempuan macam aku memang payah
nak tafsir senyuman lelaki.
“Kami bukan couple of the yearlah
but.....kami....” Ed sengaja menggantungkan ayatnya. Aku hampir tersedak.
Dengar tu Scha, Ed tak mengaku langsung. Huuu sedih. Rasa macam hendak menangis
sahaja. Aku tepis tangan dia dan aku capai cawan yang dihulurkan Mira. Aku
sisip minuman itu.
“But??” suara Mira pula.
“But we will married soon. In Shaa
Allah. Hope you guys pray for us” ujarnya tersenyum manis. Selepas sahaja dia
buat pengumuman berani mati itu, aku terus tersedak. Perit rasanya tekak aku.
Seketika kemudian, aku dengar sayup-sayup suara orang memanggilku.
“SCHA!!!!”
#ASSALAMUALAIKUM..lama x update. So terimalah bab 5 yang x sberapa ni. Pray for me (mid-year exam) Ada salah silap harap tegur...Oh lupa nk ckp. From now EM x guna nama EISHA MIA lagidah but guna CAHAYA KEGEMBIRAAN.. tapi cover novel ni xad masa nak buat semula. So kalau free nnt akan ada cover baru. In Shaa Allah. AKAN ADA EDITED VERSION 2014