NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
Cerpen Bersiri: SBU 3
Ahad, 25 Mei 2014 | Mei 25, 2014 | 8comments

DATIN Sophie melangkah masuk ke dalam The Western Onion’s Restaurant. Kakinya terhenti dan cuba mencari kelibat insan yang ingin ditemui. Puan Mazura melambai-lambai ke arahnya. Langkah kaki kembali di buka dengan senyuman yang tersungging di bibir. Dia mengambil tempat di hadapan Puan Mazura. Mereka saling berpelukan dan berlaga pipi.

           “Sorry Zura! Susah nak cari jalan ke sini.” ujar Datin Sophie.

            “It’s okay. I think I should say sorry to you. Yalah, restaurant ni agak tersorok sikit. Susahkan kau saja nak cari.” kata puan Mazura.

            “Eh, tak apa. Masih ingat ya kau my about favourite drink ” kata Datin Sophie lalu menyisip minuman yang dihulurkan puan Mazura. Sahabatnya itu senyum saja sambil mengangkat kening. Masakan tidak ingat, mereka sudah berkawan hampir 10 tahun. Ketika itu, Puan Mazura baru sahaja berpindah di taman perumahan elit itu.

            “Kenapa tak datang rumah sahaja? Lebih selesa nak bercerita” tanya Datin Sophie.

            “Datang rumah? Elok-elok secret dah jadi tak jadi secret. Confirm budak berdua tu datang menyampuk” kata Puan Mazura.

            “Hah, cakap pasal budak berdua tu, betul ke si Aya tu nak kahwin?” tanya Datin Sophie.

            Puan Mazura mengangguk. “Itulah yang aku risaukan. Aku tak boleh serahkan dia sewenang-wenangnya dekat orang yang tak dikenali. Buatnya orang tu ada niat jahat ke dekat Aya, mati aku!” wajahnya takut segala.

            “Rilekslah Zura. Kita cari jalan sama-sama ya?” Datin Sophie memegang erat tangan Puan Mazura. Dia cuba menyalurkan kekuatan buat sahabatnya itu.


 KASUT sukannya ditanggalkan dan disusun di suatu sudut khas. Langkah kaki dibawa menuju ke pintu. Berbekalkan salam, dia melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Sunyi. Itulah yang dirasakan sekarang. Hidup seorang anak tunggal tersangatlah menyeksakan dirinya. Mujur sahaja ada rakan-rakan yang boleh dibuat peneman.

            “Fal, come here for a minute” panggil satu suara.

            Langkah kakinya terhenti. Nawfal memusingkan badan dan mula mencari orang yang memanggil namanya. Dengan badan yang letih, dia bergerak ke ruang tamu rumah.

            “Yes mummy?” tanyanya sambil mata terpejam dan duduk bersandar di atas sofa. Penat. Sebentar tadi ada latihan sukan di sekolahnya.

            “Fal, I’m speak to you right now. So, please open your eyes. Don’t be so rude!” tegur Puan Sri Nora.

            Perlahan-lahan dia membuka mata. Dengusan perlahan terbit dari bibirnya. ‘Sudahlah penat di sekolah, bila balik rumah ingatkan boleh rehat tapi terpaksa dengar bebelan mummy pula. Arghh kusut!’ jerit hati kecil Nawfal.

            “Yes mummy? I’m opening my eyes right now. So, what’s the problem? Ada masalah dengan 'anak ikan' ke?" sinis sekali kata-kata yang dituturkan Nawfal.

            “Fal! Watch your words. I’m your mom. Kenapa kurang ajar sangat ni? Mummy tak pernah ajar anak mummy macam ni” tengking Puan Sri Nora.

            “Are you sure mummy? Really sure? Takkanlah mummy tak ingat siapa yang ajar Fal macam ni? Siapa yang dedahkan Fal dengan semua benda ni?” senyuman sinis terbit di hujung bibir Nawfal Ifran. Mencerlung mata Puan Sri Nora memandangnya. Ada aura-aura akan meletup sebentar lagi.

            “So, mummy straight to the point sahajalah. Penat dekat sekolah tadi belum habis lagi. Kalau mummy nak ajar Fal cara beradab, please look at yourself first"

            Puan Sri Nora mengetap bibir cuba menahan amarah. Belum pernah Nawfal Irfan kurang ajar begini dengannya. Ibu mana yang tidak terkejut?

            “Minggu depan mummy nak pergi Maldives” luahnya.

            “Wow! A great holiday with my stepfather to be? Jangan lupa kirim salam SAYANG pada dia. Wait, mummy bagitahu Fal ini untuk apa ya? Oh, nak bagi Fal rasa cemburu? For your information, Fal dah tak nak ambil tahu lagi pasal mummy. Mummy nak pergi mana-mana sekalipun, Fal takkan ambil tahu. Fullstop.” Fal sengaja menekankan perkataan sayang sedangkan di sebaliknya. Hari ini, syaitan mana entah yang merasuknya agar berani melawan mummynya. Dia tahu dia telah menjadi anak derhaka tapi dia sudah tidak tahan lagi. Dia benci hidup bergelumang dengan dosa. Mummynya memang takkan pernah berubah. Sudah berbuih mulutnya menasihati, sudahnya dia yang ditengking kerana mencampuri urusan orang tua.

           Pangg!

            Suatu tamparan hinggap tepat di pipi Nawfal. Dia mengusap perlahan sambil tersenyum mengejek.

            “Thanks mummy. I’m very appreciate it. Thanks for give this”...Nawfal menghalakan jarinya ke arah pipi. “as my birthday present” dia membuka langkah yang besar ke bilik. Sakit dek tamparan tadi hanya dibiarkan.

            Puan Sri Nora tergamam. Dia terlupa akan hari ini. Hari ini merupakan hari lahir Nawfal Irfan kali ke-17. Bagaimana dia boleh terlupa? Ah, ralit sungguh dia. Sudhalah terlupa, boleh pual dia menampar pipi anaknya itu.

            ‘Ah, biarkan saja dia. Lagipun dia sudah berani kurang ajar dengan kau. Memang patut pun dia ditampar’ celah satu suara jahat. Akhirnya, tiada satupun titik keinsafan yang terbit dalam hati hitam milik Puan Sri Nora.

            Telefon dicapai dan nombor seseorang didail. Tut..tut..tut. talian bersambung.

            “Maria, confirm malam ni?” tanyanya.

            “Yup. Pukul 11 okay. I dengan Kamal tunggu you dekat dalam Pub. Oh, ya don’t forget to bring you Mr. Hottest sekali” pesan satu suara di sebelah sana. Puan Sri Nora hanya tersenyum penuh makna.


            DERINGAN lagu Let Her Go dendangan Passenger itu mengejutkan Nawfal yang ketika itu sedang membaca kitab suci al-quran. Dibiarkan sahaja bunyi itu berlalu. Dia menghabiskan 3 ayat terakhir.

            Setelah menyimpan al-quran di tempat khas, dia kembali melangkah ke katil dan duduk di atasnya. Handphone digapai lalu mencari siapa pemanggilnya sebentar tadi. Hariz!

            Dia kembali menelefon Hariz. Talian bersambung.

            “Fal..tolong aku Fal...Aku dalam bahaya” terketar-ketar suara Hariz bertutur.

            “Hah? O..Okay wait aku datang! Before that, kau pegang apa-apa yang boleh bantu..kayu besbal ke apa saja yang ada dekat dengan kau” Nawfal menitipkan pesanan sebelum dia bergegas keluar dari bilik. Kunci motor yang tersangkut di tepi pintu rumah, segera dicapai.

            Broomm!

            Berdesup motor 125 ZR milik Nawfal membelah kesunyian malam. Jantungnya berdegup kencang. Berkali-kali mulut dan hatinya berdoa akan keselamatan rakan baiknya, Hariz.

            Motor dibelokkan ke kanan. Setelah itu, dia turun dengan berhati-hati. Rumah Hariz kelihatan gelap gelita. Handphone cuba dicari. Alamak! Atas katil! Dia mengeluh. Dalam keadaan gawat macam ini, boleh pula tertinggal handphone.

            Dia berhati-hati melangkah masuk ke dalam halaman rumah Hariz. Pelik! Sepatutnya perumahan elit seperti ini mesti ada pengawal. Mana pergi semua pengawal? Sedar tak sedar, dia sudah pun berada tepat di hadapan pintu rumah Hariz. Teragak-agak dia memulas tombol pintu rumah itu. Tak berkunci! Ya Allah, apa sudah jadi dengan Hariz! Selamatkanlah dia Ya Allah.

            Berhati-hati sekali dia melangkah masuk.

            “Hariz!” panggilnya.

            “Fal, aku dekat sini” sayup-sayup terdengar suara Hariz. Nawfal segera mencari arah itu. Di dapur!

            “Hariz, aku datang ini” dengan langkah was-was, dia gagahkan juga diri melangkah masuk ke ruangan dapur. Tiba-tiba....

#Okay terimalah part 3 punya. Okay CK nak pergi study. Esok exam ICT..wish me luck. Tak best ke tak faham ke? Sila comment. Maaf kalau ada typo.  Kalau best, tolong promote kat kengkawan ek :) Assalamualaikum

Label:


Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go