Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 3
Isnin, 15 Mei 2017 |
Mei 15, 2017 | 0comments
BAB 3
S
|
EBUAH kereta mewah masuk ke perkarangan rumah Raziah dan Rahman.
Rahman ketika itu sedang menebas rumput yang semakin meninggi di tepi rumah
Matahari yang terpacak di kepala tidak dihiraukan.. Sebaik sahaja melihat ada
tetamu yang datang, Rahman berhenti menebas dan segera menapak ke kereta mewah
tersebut.
Seorang perempuan berusia lingkungan
umur 50-an keluar dari kereta mewah bercermin gelap itu. Wajah yang garang dan
tanpa senyuman itu membuatkan Rahman terkejut sakan.
“Ab..” Raziah yang berdiri di muka
pintu terkejut sakan. Dia baru sahaja hendak meminta Rahman ke kedai membeli
beras. Beras di dapur sudah habis, sebentar lagi pasti Uteh akan pulang dari
sekolah.
“Puan nak apa datang ke mari?” soal
Rahman dingin.
“Amboi, kau tak mahu jemput aku
masuk ke?” sinis perempuan itu. Kaca mata hitam dinaikkan ke atas kepala.
Sesekali tangan melibas-libas muka. Panas.
“Jemput masuk Puan. Teratak kami
buruk sahaja bukan macam rumah Puan” perli Rahman pula.
“Kau yang pilih untuk hidup
menderita Rahman” kata wanita itu sebelum mengikuti langkah Rahman menuju ke
pintu rumah.
Raziah tergamam. Kakinya tidak mampu
bergerak waima selangkahpun sehingga ditegur oleh Rahman.
“Buatkan air Yah, kita ada tetamu”
Rahman bersuara. Raziah mengangguk dan berlalu ke dapur. Pipi ditampar-tampar
perlahan bagi memastikan ini adalah realiti dan bukan mimpinya semata-mata.
“Mana cucu aku?” soal wanita itu setelah melabuhkan duduk di
atas sofa kayu yang tidak berapa empuk itu. Maklumlah kerusi sudah berpuluh
tahun usianya.
“Uteh ke sekolah puan. Waktu-waktu macam ni memang kami
berdua saja yang ada di rumah” Rahman berbasa basi. Tak baik pula kalau layan
tetamu dengan buruk.
“Aku datang ni bersebab” Puan Zainab bersuara lagi.
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 2
Jumaat, 12 Mei 2017 |
Mei 12, 2017 | 1comments
BAB 2
“U
|
TEH buat apa tu?” soal Raziah lalu duduk di
sebelah anaknya. Rahman yang sedang menghembuskan asap rokok daun sesekali
berpaling.
“Uteh buat kerja sekolah mak. Uteh nak jadi pandai,
nanti boleh kaya..” ujar Uteh bersemangat.
“Uteh
belajar rajin-rajin ya. Bila dah kaya jangan lupa orang susah sebab kita pun
susah. Uteh janji dengan mak ya?” Raziah menahan air mata.
“Mestilah
Uteh janji mak. Orang susah pasti akan Uteh bantu, mereka dah macam keluarga
Uteh”
“Kalau
macam tu, sejuk sikit hati mak dengar. Macam mana kaya pun Uteh nanti, rumput
di bumi jangan dilupakan” pesan Raziah berkias. Dia tidak mahu Uteh menjadi
orang yang sombong dan lupa diri kelak.
Uteh
mengangguk faham.
“Mak..mak, boleh Uteh baring atas riba
mak?” pinta Uteh. Raziah menangguk. Uteh melabuhkan kepala di atas riba Raziah.
Raziah membelai rambut anak lelakinya itu.
“Mak,
mak..Cikgu kata karangan yang Uteh buat boleh masuk pertandingan. Mak benarkan
tak kalau Uteh masuk pertandingan? Tapi bayarannya mahal mak, RM50” Uteh
memandang wajah Raziah. Rahman berdehem.
“Erm,
mak tak ada masalah tapi..” belum sempat Raziah menghabiskan bicara, Rahman
segera menyampuk.
“Bila
tarikh tutupnya Uteh?” soal Rahman.
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 1
Ahad, 7 Mei 2017 |
Mei 07, 2017 | 2comments
BAB 1
“S
|
AYA tak minta
pun duit awak. Saya boleh cari sendiri, kudrat saya masih kuat untuk membanting
tulang. Awak simpanlah duit awak itu, mana tahu esok lusa awak sakit semula.
Boleh juga guna duit itu beli ubat..” Rahman mengibas-ngibaskan badannya yang
kepanasan setelah pulang dari menoreh getah.
Raziah
kembali menyimpan wang yang dihulurkan kepada suaminya sebentar tadi. Niatnya
hanya satu. Cuma mahu membantu suami yang perit jerih bekerja menampung
perbelanjaan mereka.
“Semua
ni salah saya kan bang. Kalaulah dulu saya dengar cakap arwah mak supaya jangan
kahwin dengan abang, abang mesti takkan hidup miskin macam ni” Raziah duduk di
tangga rumah sambil mengenang masa silam.
“Awak
menyesal kahwin dengan saya ke Yah?” soal Rahman yang berdiri di sisi
basikalnya. Langkah terhenti selepas mendengar bicara Raziah sebentar tadi.
“Tak
bang, saya sama sekali tak menyesal. Cuma saya terkilan. Sebab saya, abang
terpaksa hidup susah payah macam ini” Raziah membetulkan kembali ayatnya
sebentar tadi. Bimbang si suami terasa hati.
“Tak usahlah
dikenang Yah, kita dah berkahwin dah pun. Inilah takdir kita, Tuhan uji sebab
DIA nak tengok sejauh mana kemampuan kita..” Rahman menuntun basikal tuanya
masuk ke bawah rumah. Dia malas hendak mengungkit kisah lama. Baginya yang lama
itu biarkan berkubur begitu sahaja.
“Yelah..”balas
Raziah pendek.
Label: cerpen 2017