Isnin, 11 April 2016

Mini Novel: Encik Pemilik Hati 3

Posted by Normah Zainul at Isnin, April 11, 2016
Reactions: 
4 comments

 AMANDA masuk ke dapur dengan wajah sememeh. Rambutnya agak berserabai dan tidak terurus. Sesekali dia menutup mulutnya apabila menguap. Bau yang mengharumkan membuat perutnya berkeroncong sakan.
            Puan Hamidah mengacau ayam rendang di dalam kuali. Api diperlahankan agar rendang tidak hangit. Amanda segera menghampiri Puan Hamidah dan memeluknya dari belakang.
            “Isy, kamu ni dah kenapa Aman? Busuk-busuk peluk orang. Pergi mandi sana. Ayam rendang ni pun dah mandi tahu..” Puan Hamidah merenggangkan pelukan anaknya. Amanda mencebik.
            “Peluk sikit pun dah tak boleh. Tahulah kita ni busuk. Busuk-busuk ni jugalah yang mak rindu nanti”
            “Tak payah nak muncung sangat. Nanti mak kerat campak dalam rendang ni. Nak?” ugut Puan Hamidah bergurau.
            Amanda segera memegang muncungnya. Bukan boleh percaya Cikgu Midah, kalau dia buat sungguh, naya je!
            “Pergilah mandi tu Aman oi. Sekejap lagi ada orang jauh nak datang. Kamu tolong mak buat air ye” Puan Hamidah bergerak ke sinki. Set gelas yang dibelinya di Hong Kong dibasuh dengan berhati-hati. Tetamu istimewa nak datang kenalah layan istimewa.

Ahad, 13 Mac 2016

Mini Novel: Encik Pemilik Hati 2

Posted by Normah Zainul at Ahad, Mac 13, 2016
Reactions: 
4 comments

FIQRI menghidupkan motor Yahama C70 milik arwah abahnya. Sekali percubaan, tidak hidup pula. Dua kali percubaan, juga tidak hidup. Fiqri turun dari motorsikal. Entah apa pula masalahnya motor ini. Fiqri menepuk-nepuk seat motorsikal yang sudah koyak di merata-rata tempat itu. Masa orang nak gunalah dia nak rosak. Akhirnya, Fiqri mengambil keputusan untuk jalan kaki sahaja ke rumah Amanda. Ambil angin sambil buang lemak.
            “Nak kemana tu Pik?” soal emaknya yang berada di pintu dapur. Pelik juga tengok Fiqri keluar berjalan kaki.
            “Rumah Aman sekejap mak..” laung Fiqri yang sudah jauh di halaman rumah.
            “Kirim salam semua..”pesan emaknya.
            Fiqri mengangguk dan mengangkat tangan kepada emaknya. Langkah diteruskan menuju ke destinasi yang ingin dituju.
            “Perjalanan jauh tak ku rasa..kerna hatiku melonjak sama...ingin berjumpa Aman dan keluarga yang selalu bermain di mata..” Fiqri menyanyi riang dalam perjalanan menuju ke rumah Amanda. Sudah lama dia tidak bertemu sahabatnya itu.
            Pon! Pon!
            Fiqri terkejut. Langkahnya segera diatur ke tepi jalan. Mujur tak tergelincir masuk bendang. Kalau tidak, sia-sia perjalanannya ke rumah Amanda. Fiqri segera berpaling untuk melihat gerangan insan bertuah yang berani membunyikan hon kepadanya.
            Hafiz Talam mengangkat kening kepadanya. Bibirnya mengoyak senyuman. Fiqri mengetap bibir. Geram. Ingatkan siapa, rupanya mamat talam ni.
            “Kau ni Pit Talam. Buat terkejut aku saja. Kau nak ke mana?” soal Fiqri seraya menghampiri Hafiz Talam.
            “Minta maap ler, kau tu jalan tengah-tengah jalan. Aku nak  pergi ambik talam dekat rumah Cik Esah” Hafiz Talam sengih.

Jumaat, 15 Januari 2016

Mini Novel: Encik Pemilik Hati 1

Posted by Normah Zainul at Jumaat, Januari 15, 2016
Reactions: 
3 comments




KEPALA Amanda menggeleng ke kiri dan ke kanan mengikut rentak lagu rock kegemarannya. Tingkap yang terbuka membolehkan angin menjengah biliknya. Mulut Amanda terkumat-kamit menyanyikan lagu yang didengari menerusi corong headphonenya.
            Amanda menjeling ke pintu biliknya. Berkunci. Peluang yang baik tak boleh disia-siakan begitu sahaja. Headphone dicabut dan dicampak ke tepi. Volume komputer ribanya dinaikkan sehingga habis. Berdentum biliknya dengan alunan muzik rock yang digemarinya.
            Amanda mula menari-nari dan mulutnya tak berhenti mengalunkan bait-bait lagu yang dihafalnya.
            Seperti ada kurang sesuatu. Terasa seperti tidak cukup kuat, Amanda mengambil keputusan untuk memasang speaker baru yang dibelinya minggu lepas. Wayar speaker disambungkan ke komputer riba dan bertambah kuat dentuman muzik yang terhasil.
            Bum..bum..
            Amanda senyum puas hati. Ini baru pesta! Amanda menari sakan. Bantal peluknya dijadikan stand mic.

 

Dunia Cik Writer Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea