NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
Cerpen 2016: Bukan Milikku
Ahad, 22 Januari 2017 | Januari 22, 2017 | 1comments

lama tak update cerpen. Nak cerpen secoet. Cerpen 2016 ye. cerpen for 2017 coming soon.. jemput baca. Apa yang tak kena terus comment k. 



ANGIN yang sepoi-sepoi bahasa itu sesekali menampar lembut wajah milik Aina Sofea. Dia melemparkan pandangan ke tengah laut. Hati yang rawan cuba dirawat. Bimbang luka itu bakal berdarah kembali. Cukuplah sekali hatinya berdarah teruk. Dia tekad. Luka itu harus dijahitnya kembali. Siapa lagi kalau bukan dia? Hanya dia yang mampu menjahitnya kembali. Merawat agar tembok hati kembali kukuh.

            Sekali bah sekali pantai berubah. Begitu juga dengan hati manusia. Dia insan biasa. Insan bergelar wanita. Insan yang hatinya lemah. Pada luaran, dia memang nampak cekal tetapi hatinya luka. Luka yang bakal meninggalkan parut buat selama-lamanya.

            “Ujian itu adalah tarbiyah dari Allah. DIA uji kita kerana mahu kita kuatkan lagi benteng keimanan kita yang tidak berapa utuh ini” bicara seseorang di sebelahnya. Aina Sofea berpaling. Senyuman manis diukirkan buat insan itu.

            “Saya sedang jahit balik hati saya” beritahunya ringkas.

            “Itu kerja Allah. Biarkan DIA yang jahit hati awak. Tugas awak sekarang ialah mendekatkan diri dengan DIA. Jangan apabila ada masalah baru awak mengadu. DIA rindu nak dengar awak mengadu padanya. Bersabarlah wahai Fea. Saya percaya, awak kuat untuk hadapi ujian ini” ujar Aiman Rizqie lembut. Rambut yang berserabai akibat ditiup angin, dibiarkan sahaja.

            “Thanks Qie sebab selalu nasihatkan saya. Jujur saya cakap, saya ini bukannya hamba Allah yang baik. Solat pun selalu lengah-lengahkan. Al-quran pun jarang sangat saya sentuh. Banyaknya khilaf saya” air mata Aina Sofea merintik memikirkan khilaf dirinya.

            “Biarkan khilaf semalam menjadi sejarah. Hari ini dan seterusnya, awak kena berjanji dengan diri sendiri yang awak akan perbaiki diri. Insya-Allah, DIA akan titipkan hidayah-Nya buat awak.” nasihat Aiman Rizqie lagi. Aina Sofea tersenyum manis. Syukur Alhamdulillah, Allah hadirkan sahabat yang baik buat dirinya. Sahabat yang boleh membimbing dia ke arah-Nya. Semoga persahabatan ini kekal selama-lamanya.

Perkenalannya dengan Qie bermula sejak Ummi lelaki itu membantunya yang diragut 2 tahun lalu. Mujur dia tidak apa-apa. Sejak daripada itu, dia selalu singgah di rumah Ummi. Hari ke hari, dia mula bersahabat baik dengan Qie.

“Awak memang suka bersendirian ya?” tanya Aiman Rizqie ingin tahu.

“Adakala kita perlu menyepi untuk mencari ketenangan diri. Adakalanya kita perlu menyepi untuk mencari ketenangan hati. Adakalanya kita perlu menyepi untuk kebaikan diri” jelas Aina Sofea. Aiman Rizqie mengangguk faham.


“AWAK dah buat keputusan terakhir ke ni?” soal Aiman Rizqie ragu-ragu.

            “Saya ni kalau dah buat sesuatu keputusan, saya tekad. Takkan ada ragu-ragu lagi” ujar Aina Sofea yakin.

            “Saya bukannya apa. Saya takut jahitan hati awak kembali terbuka. Berdarah semula. Itu yang saya risaukan. Saya tahu, bukan mudah awak nak jahit hati awak”

            “Awak jangan risau. Saya dah telan pil tabah awal-awal lagi” gurau Aina Sofea seraya tertawa halus. Aiman Rizqie turut tersenyum. Jelas lekuk lesung pipi di kedua belah pipinya.

            “Kalau awak dah kata macam tu, saya nak cakap apa lagi kan? Tapi andai kata awak tak kuat, saya ada untuk dengar masalah awak. Mari kita pergi. Nanti lambat pula.” ajak Aiman Rizqie. Dia mengambil kunci kereta di atas almari televisyen.

            “Betul ke Ummi tak nak ikut? Saya serba salah nak pergi berdua dengan awak. Bukan apa, saya takut jadi fitnah pula. Awak tu dahlah jejaka pingitan para gadis di kampung ini” Aina Sofea sempat lagi mengusik Aiman Rizqie di hujung bicaranya.

            “Ummi tak sihat. Semalam saya dah tanya, dia tak mahu pergi. Erm, kalau macam itu kita naik dua kereta. Awak jalan dulu, saya follow belakang.” putusnya. Aina Sofea mengangguk. Hendak bersalam dengan Ummi tetapi wanita itu tidur pula. Tidak mengapalah.

            “Eh, tadi awak cakap saya ini teruna pingitan para gadis? Saya handsome ke? Alhamdulillah, kurniaan Allah” merah pipi Aiman Rizqie.

            “Dah start feeling perasan dialah tu. Sudah, mari pergi. Nanti lewat pula kita tiba” Aina Sofea segera mematikan angan-angan mat jenin Aiman Rizqie. Bukan boleh percaya sangat, karang dia berangan lebih teruk. Haha. Hati Aina Sofea berkata-kata.

            “Awak cemburulah itu. Haha” Aiman Rizqie ketawa bahagia. Aina Sofea mencebik.


“FEA, sekali lagi saya tanya. Awak sure yang awak kuat?” Aiman Rizqie masih tidak percaya. Ragu-ragu.

            “Qie, kan saya dah cakap yang saya cukup kuat untuk semua ni. Sampai bila saya nak bersedih?” Aina Sofea menekankan kata-katanya.

            “Okay. Kalau macam tu, mari kita masuk.”

            Aina Sofea dan Aiman Rizqie beriringan masuk ke dalam masjid. Sebentar lagi, rakan karib Fara, Engku Redza akan bersatu dengan Nur Safiyya. Berkali-kali Aina Sofea beristigfar di dalam hati bagi menghilangkan sedih yang bakal tiba bila-bila masa.

            Aina Sofea mengambil tempat di bahagian tetamu perempuan manakala Qie pula di bahagian tetamu lelaki. Aina Sofea mengerling ke arah pengantin lelaki. Segak bergaya apabila mengenakan sepasang baju melayu berwarna putih suci. Dikerling pula pengantin perempuan. Ayu dan cantik. Secantik namanya, Nur Safiyya. Sungguh dia cemburu akan wanita itu.Wanita yang telah berjaya mencuri sekeping hati milik insan bernama Engku Redza.

            Majlis akad nikah dimulakan. Dengan satu lafaz, Nur Safiyya sudah sah menjadi milik Engku Redza. Setitik air mata Aina Sofea menitis namun dia segera menyekanya. Tidak mahu dilihat orang. Aiman Rizqie yang memerhati dari jauh hanya menggeleng kepala. Degil betul Aina Sofea. Sudah berkali-kali dinasihati tetap mahu pergi jua.


MAJLIS PERSANDINGAN kedua mempelai berlangsung dengan meriah sekali. Menggunakan tema musim bunga, Engku Redza dan Nur Safiyya nampak secocok dengan sepersalinan mewah hasil tangan pereka fesyen terkenal di dunia. Nur Safiyyah memakai kasut rekaan Jimmy Choo. Engku Redza segak bergaya dengan tuxedo putihnya. Rambut tersisir kemas. Pelamin mereka nampak berseri-seri dengan hiasan bunga hidup yang diimport dari luar negara. Mewah dan grand. Senyuman bahagia jelas terpamer di wajah kedua-dua mempelai. Aina Sofea hanya tersenyum kelat. Membayangkan diri berada di tempat Nur Safiyya. Alangkah indahnya angan-angan itu berubah menjadi realiti.

            “Jangan paksa hati awak untuk kuat kalau awak tak mampu sebab jahitannya bila-bila masa boleh terbuka kembali.” sampuk Aiman Rizqie yang tiba-tiba duduk di sebelah Aina Sofea.

            “Eh, Qie. Saya okaylah, kan awal-awal lagi saya telah pil tabah. Awak lupa?” Aina Sofea cuba berjenaka. Ketawa yang dibuat-buat. Aiman Rizqie menggeleng-gelengkan kepalanya.

            “I know you well Fea. Jangan cuba tipu saya”

            “Awak baru kenal saya 2 tahun Qie. Awak takkan pernah faham saya. Semua orang tak faham saya” Aina Sofea mengeluh perlahan. Mata tetap pada kedua mempelai.

            “Siapa kata saya tak faham awak? Ya, memang kita baru kenal 2 tahun tapi saya dah cukup faham dengan awak Fea. Awak perempuan cantik, berkerjaya, ada rumah, ada kereta, ada segala-galanya. Why not awak buka hati awak untuk orang lain?” Pujuk Aiman Rizqie.

            “Saya tak ada segala-galanya. Saya tak ada parents, saya tak ada cinta hati” Aina Sofea menidakkan kata-kata Aiman Rizqie. Aina Sofea menjadi anak yatim sejak berumur 17 tahun lagi. Dia menetap bersama-sama Datin Aminah dan Datuk Sufian yang merupakan adik arwah mamanya. Kebetulan pula, rumah mereka berdekatan dengan rumah Engku Redza. Dan dari saat itu, mereka mula rapat menjadi sahabat. Engku Redza tidak tahu yang Aina Sofea menyimpan perasaan kepadanya. Aina Sofea juga tidak pernah memberitahunya. Sehingga satu saat di mana Engku Redza menyatakan yang dia bakal berkahwin. Sungguh, Aina Sofea sangat terluka. Perasaan yang dipendam selama bertahun-tahun akhirnya terkubur begitu sahaja.

            “Awak tak ada cinta hati sebab awak tak nak buka hati awak pada orang lain”

            “Siapalah yang nak dekat saya ini? Anak yatim, muka pun tak berapa nak lawa mana” sekali lagi Aina Sofea berjenaka. Malangnya, Aiman Rizqie tidak ketawa. Riak mukanya jelas serius.

            “Sayalah orang itu” Aina Sofea tersentak. Dah kenapa dengan si Qie ini?

            “Apa yang awak mengarut ini Qie? Awak salah makan ya? Haha, sudahlah saya nak pergi jumpa pengantin” Aina Sofea berlalu pergi. Malas melayan Aiman Rizqie yang berbicara merepek-repek itu.

            “Saya serius Fea” ujar Aiman Rizqie perlahan. Riak wajahnya bertukar. Namun memikirkan dia berada di tempat awam, dia cuba memaniskan wajahnya kembali.


“TAHNIAH Engku Redza dan Nur Safiyyah” ujar Aina Sofea seraya tersenyum pahit. Dia bersalam dan memeluk pengantin perempuan. Engku Redza berkerut.

            “Fea, sejak bila kau panggil aku Engku Redza? Bukan kau panggil aku tungku dapur ke dulu?”

            “Itu dulu. Time aku dengan kau tak matang lagi. Still gila-gila. Now, kau dah kahwin, dah nak jadi bapa orang takkan aku nak panggil tungku dapur lagi. Karang terkejut isteri kau yang cantik ini” Aina Sofea berjenaka lagi.

            “Hahaha..Anyway, comel tak isteri aku? Pandaikan aku pilih” soalan maut dari Engku Redza berjaya menyentap sekeping hati milik Aina Sofea. Senyuman kelat dilemparkan. Nur Safiyya sudah tersipu-sipu malu.

            “Cantik. Pandai kau pilih” ujar Aina Sofea sekadar menjaga hati.

            “Tengok orang beb. Engku Redza yang pilih memang tip top” Engku Redza mendabik dada. Kening dijongketkan.

            “Awak jangan layan sangat Engku Redza ini. Kadang-kadang poyo aje lebih” Nur Safiyyah tersenyum manis ke arah Aina Sofea.

            “Amboi sayang pun berkompromi dengan Fea. Tak apa..tak apa” Engku Redza pura-pura merajuk. Aina Sofea tersengih.

            “Beb, aku turun dululah. Ramai lagi tunggu turn nak salam dengan korang. Anyway, semoga kekal bahagia hingga anak cucu. Cepat-cepat bagi aku anak buah.” Aina Sofea meminta diri. Tidak sanggup lagi berhadapan dengan mereka. Benar kata-kata Qie, jahitan hatinya kembali terbuka. Darah mengalir sederas-derasnya. Air mata yang bergenang di kelopak mata ditahan sebaik mungkin.


AINA SOFEA memandu sendiri. Kepulangannya tidak dimaklumkan pada Aiman Rizqie. Setelah kereta membelok masuk ke dalam laman rumah Ummi, dia segera melangkah keluar. Sedih!

            “Assalamualaikum..Ummi” Aina Sofea terus mendapatkan Ummi yang terbaring lemah di atas katil. Demam. Wanita itu terkejut dan bangun dari pembaringan.

            “Waalaikumusalam. Kenapa ini Fea? Qie sakitkan hati Fea ke? Beritahu Ummi sayang” Ummi mengusap-usap kepala Fea yang dilitupi selendang itu.

            “Tak..Qie tak buat apa-apa pun. Fea sedih Ummi. Fea tak sanggup nak berhadapan dengan Redza. Tapi Fea berlagak tabah”

            “Fea, dalam hidup ini kita ada pilihan. Kenapa Fea memilih untuk pergi sedangkan jika Fea tidak pergi, hati Fea tidak akan sakit sebegini” nasihat Ummi.

            “Fea salah buat keputusan Ummi. Fea menyesal”

            “Tak guna menyesal..Benda dah berlaku. Itulah tadi saya tanya awak, awak cakap awak kuat, sudah telah pil tabah awal-awal tapi pada hakikatnya? Come on Fea, awak layak dicintai.” pujuk satu suara yang baru masuk ke dalam bilik Ummi. Aiman Rizqie melabuhkan duduk di hujung penjuru katil. Aina Sofea melepaskan pelukan Ummi dan menatap Aiman Rizqie.

            “Saya bersalah. Saya degil sebab tak dengar cakap awak.” Ummi mengusap belakang Aina Sofea.

            “Sudahlah Qie. Biarkan Fea dengan Ummi. Kamu pergilah keluar. Orang perempuan tak sama macam orang lelaki.” pujuk Ummi agar Aiman Rizqie keluar. Dia tidak mahu keadaan bertambah rumit.

            “Baiklah Ummi.” Aiman Rizqie memasang langkah untuk keluar. Apabila sampai di pintu, dia berpaling.

“Fea, jangan disebabkan awak mengejar kaca, permata yang setia di sisi awak hilang entah ke mana. Ingat kata-kata saya sampai bila-bila. Saya keluar dulu” Aiman Rizqie membawa hati yang lara keluar dari bilik Ummi. Aina Sofea tersentak. Kata-kata Aiman Rizqie menusuk ke hatinya. Melekat kemas di dalam mindanya. Kata-kata itu ibarat lahir dari dalam hati Aiman Rizqie yang paling dalam. Kedengaran tulus di halwa telinganya.


AINA SOFEA keluar dari perut kereta dan memberi salam. Sunyi. Mana pergi Ummi dan Qie? Dia datang kerana ingin melawat Ummi di samping melepas rindu pada insan yang telah berjaya mencuri hatinya.Sudah lama dia tidak singgah di sini. Perginya hendak merawat luka di hati. Sekali lagi Aina Sofea memberi salam.

            “Anak ni cari siapa ya?” sapa seorang mak cik yang sedang menyiram pokok bunga di rumahnya. Aina Sofea berpaling seraya tersenyum.

            “Mak cik kenal Aiman Rizqie dengan Umminya? Saya cari mereka”

            “Oh Qie. Dia dengan umminya tak ada. Katanya duduk luar negara sebab si Qie tu ditawarkan kerja di sana” Aina Sofea terkejut besar.

            “Dah berapa lama mak cik?” Aina Sofea menyoal dengan mata yang kabur dek air mata yang bakal menitis bila-bila masa sahaja.

            “Rasanya dah 2 minggu.”

            “Negara mana tu mak cik? Maaflah saya banyak tanya. Saya ada hal penting nak jumpa mereka. Tapi tiba-tiba sahaja mereka tak ada”

            “Ke mana tu mak cik tak tahu pulak. Mereka tak beritahu pula”

            “Oh tak apalah. Terima kasih ya mak cik” Aina Sofea masuk semula ke dalam kereta. Air mata yang ditahan tumpah jua. Qie, saya ada benda penting nak beritahu awak. Mesti awak suka. Tapi sayangnya awak dah pergi tinggalkan saya. Mana awak pergi Qie?


BULAN demi bulan, Aina Sofea masih setia menanti kepulangan Qie dan Ummi. Selalu juga dia menjenguk rumah mereka. Namun, hampa yang dia peroleh. Selalunya, balik saja dari menjengah rumah Qie, dia akan ke pantai berdekatan. Menyusuri gigi-gigi pantai. Melemparkan pandangan jauh ke tengah lautan. Berharap agar insan yang ditunggu-tunggu memunculkan diri.

            Hari ini, Aina Sofea tekad. Dia akan ke rumah Qie semula. Perasaannya kuat mengatakan bahawa mereka akan pulang pada hari ini. Dia bersiap ala kadar. Selendang berona merah dipadankan dengan baju blouse hitam.

            Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 30 minit kini menjadi 20 minit. Aina Sofea menekan pedal minyak kereta sehingga mencecah 120 km/j. Keselamatan diletakkan ke tepi. Hatinya memberontak mahu berjumpa insan yang dia sayangi. Entah bila perasaan ini timbul tapi yang pasti dia rasa sangat kehilangan selepas pemergian Qie dan Ummi.

            Hampa. Itu yang Aina Sofea rasakan sekarang. Rumah kayu itu tetap kosong tidak berpenghuni. Dia melangkah lemah ke kereta. Seketika kemudian, dia menukar arah menuju ke pantai berdekatan. Kereta dibiarkan di laman rumah itu.

            Duduk dilabuhkan. Dia tidak kisah lagi akan blouse yang kotor setelah duduk di atas pasir pantai itu. Apa yang penting, dia perlukan ketenangan.

            “Mana awak pergi Qie?” soalnya sendirian.

            “Saya ada dekat sini” sampuk satu suara. Aina Sofea terkejut lantas berpaling ke sisi. Dia menampar pipinya perlahan. Mana tahu dia berada di alam mimpi.

            Aiman Rizqie tersenyum manis. Kelakar melihat gelagat Aina Sofea yang seolah-olah tidak percaya akan kedatangannya

            “Qie? Aiman Rizqie?” soalnya Aina Sofea tidak percaya.

            “Ya, saya. Amboi baru berapa bulan tak jumpa, awak dah lupa saya ya?” terserlah lesung pipit di pipinya.

            “Ya Allah Qie. Mana awak dengan Ummi pergi. Dah lama saya cari awak. Selalu jugak saya datang rumah tapi hampa. Awak dengan Ummi tetap tiada” Aina Sofea mengeluh.

            “Maaf, saya pergi tanpa berita. Saya dapat tawaran kerja di sebuah syarikat automobile di  Jepun. Ummi pada mulanya tak mahu ikut tapi selepas saya pujuk, Alhamdulillah dia ikut juga” ceritanya.

            “Saya tunggu awak hari-hari. Tapi...awak tak muncul-muncul juga” Aina Sofea menundukkan wajah. Hampa.

            “Terima kasih kerana sudi menunggu saya. Terima kasih juga kerana pernah menjadi sahabat saya. Saya akan ingat awak bila-bila” Aiman Rizqie tersenyum. Aina Sofea pelik.

            “Awak ni Qie. Cakap macam nak pergi tinggalkan saya semula pulak”

            “Lah abang dekat sini rupanya. Penat Sara cari. Mujur Ummi beritahu port lepak abang. Eh siapa ni bang?” soal seorang wanita cantik. Aina Sofea tersentak. Aiman Rizqie memegang tangan wanita itu menyuruhnya duduk.

            “Inilah Fea yang abang ceritakan itu. Kenalkan Fea, ini Sara” Aiman Rizqie masih tersenyum manis. Aina Sofea menyorot tangan Qie yang memegang tangan wanita itu. Tersiat-siat kembali luka lamanya.

            “Hai, Fea” Aina Sofea menghulurkan salam. Wanita bernama Sara itu menyambut salamnya berserta senyuman manis.

            “Ada apa Sara cari abang?” soal Aiman Rizqie.

            “Tak ada..Sara ingatkan nak minta tolong abang kaitkan buah mangga depan rumah itu. Nak minta tolong Ummi, dia tak sihat. Tapi tak apalah, abang sembang dulu dengan Fea. Sara nak pergi jalan-jalan sekitar sini. Kesian abang dengan Fea, lama tak jumpa” Sara memberi keizinan. Dia faham.

            “Thanks sebab faham”ujar Aiman Rizqie. Sara hanya mengangguk seraya beredar.

            “Cantik dan manis orangnya. Siapa dia?” senyuman palsu dilemparkan.

            “Eh, marilah kita duduk di pondok itu dulu.” ajak Aiman Rizqie. Aina Sofea menurut.

            “Dia isteri saya. Kami baru kahwin 2 bulan lepas” cerita Aiman Rizqie. Aina Sofea tersentak. Hatinya kembali memancutkan darah pekat. Jahitan yang dahulunya sudah dikemaskan terbuka kembali. Belati tajam datang mencucuk-cucuk tanpa belas kasihan.

            “Fea..Fea are you okay?” Aiman Rizqie melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah milik Aina Sofea.

            “Erk, sorry. Saya okay. Kenapa nampak macam tak okay ke?” cover Aina Sofea.

            “Awak nampak macam terluka. Kenapa? Siapa pula yang buat awak terluka kali ini? Engku Redza lagi?”Aiman Rizqie begitu prihatin dengan diri Aina Sofea.

            “Nope. Saya okay aje. Maybe effect lepas demam kot” dalih Aina Sofea. Awaklah orangnya Qie. Awaklah yang buat saya terluka. Awak! Hati Aina Sofea merintih pilu.

            “Macam mana boleh kenal dengan Sara?” soal Aina Sofea ingin tahu.

            “Satu tempat kerja. First time tengok dia, hati saya terus terpaut. Sebelum pergi Jepun, saya dah tinggalkan segala kenangan, perasaan yang pernah ada dalam hati saya. Saya tinggalkan di sini. Saya tak nak bawanya sekali. Sakit mencintai orang yang tidak mencintai kita”

            “Oh..” pendek sahaja jawapan Aina Sofea. Dia sedih. Sebak dengan semua ini.

            “So macam mana life? Dah ada orang yang awak cintai?”

            “Ada..Tapi malangnya dia dah berpunya. Berbulan lamanya saya tunggu dia, tapi bila syaa jumpa dia sudah berkahwin.” cerita Aina Sofea menahan sebak. Awaklah orang yang saya cintai itu Qie.

            “Ujian Allah untuk awak. Awak kena kuat supaya hidup awak tidak lagi dipenuhi dengan duka sebaliknya sinar kebahagiaan yang muncul”

            “Saya dah penat nak serahkan hati saya pada sesiapa. Biarlah Allah yang pegang hati saya. Betul kata awak dulu”

            “Hah, saya kata apa?” soal Aiman Rizqie tidak ingat. Aina Sofea tersenyum kelat. Mudahnya awak lupakan semuanya Qie.

            “Jangan disebabkan saya mengejar kaca, permata yang setia di sisi saya hilang entah ke mana. And now, saya akui yang saya hilang permata berharga itu” Aina Sofea cuba mengukirkan senyuman. Dia bukan milikku, dan takkan sesekali menjadi milik aku ! Hatinya menjerit kuat.

            “Sabar Fea. Allah ada di sisi awak” Aiman Rizqie masih tidak mengetahui makna di sebalik kata-kata Aina Sofea.

            “Qie, saya balik dululah. Sudah petang ini.” Aina Sofea meminta diri. Aiman Rizqie hanya mengangguk.

            Aku sudah cukup penat dengan semua ini. Biarlah Allah tentukan segala-galanya. Aku serahkan pada-Nya. Aiman Rizqie bukan milikku. Engku Redza jua. Bisik hatinya. Saat Aina Sofea hendak melintas jalan menuju ke seberang, dia telah dirempuh oleh sebuah lori. Jasadnya terkulai layu di atas jalan. Aiman Rizqie yang menyedari kejadian itu berlaku segera berlari ke arah Aina Sofea.

            “Fea, kuat Fea. Bertahan demi saya dan Ummi”

            “Masanya sudah tiba Qie. Hati saya dah terluka teruk. Tiba masanya untuk saya berehat dengan tenang. Sampaikan salam saya pada Ummi dan Sara. Saya sayang kalian semua. Maafkan saya kerana tak pernah buka hati untuk terima awak. Tapi ketahuilah bahawa sehingga saat ini, saya masih mencinta awak. Awak dan Engku Redza adalah kenangan. Bukan milik saya. Allah....” mata Aina Sofea tertutup rapat. Aiman Rizqie menangis memanggil sahabat merangkap insan yang pernah dicintainya dahulu.

Sakit Rasanya Apabila Kita Mencintai Insan Yang Tidak Lagi Mencintai Kita...Mungkin Takdir Tidak Menyebelahi Kita
-CAHAYA KEGEMBIRAAN-


Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go