Mini Novel: Encik Pemilik Hati 2
Ahad, 13 Mac 2016 |
Mac 13, 2016 | 4comments
FIQRI menghidupkan motor Yahama C70 milik
arwah abahnya. Sekali percubaan, tidak hidup pula. Dua kali percubaan, juga
tidak hidup. Fiqri turun dari motorsikal. Entah apa pula masalahnya motor ini.
Fiqri menepuk-nepuk seat motorsikal yang sudah koyak di merata-rata
tempat itu. Masa orang nak gunalah dia nak rosak. Akhirnya, Fiqri mengambil
keputusan untuk jalan kaki sahaja ke rumah Amanda. Ambil angin sambil buang
lemak.
|
“Nak
kemana tu Pik?” soal emaknya yang berada di pintu dapur. Pelik juga tengok
Fiqri keluar berjalan kaki.
“Rumah
Aman sekejap mak..” laung Fiqri yang sudah jauh di halaman rumah.
“Kirim
salam semua..”pesan emaknya.
Fiqri
mengangguk dan mengangkat tangan kepada emaknya. Langkah diteruskan menuju ke
destinasi yang ingin dituju.
“Perjalanan
jauh tak ku rasa..kerna hatiku melonjak sama...ingin berjumpa Aman dan keluarga
yang selalu bermain di mata..” Fiqri menyanyi riang dalam perjalanan menuju ke
rumah Amanda. Sudah lama dia tidak bertemu sahabatnya itu.
Pon!
Pon!
Fiqri
terkejut. Langkahnya segera diatur ke tepi jalan. Mujur tak tergelincir masuk
bendang. Kalau tidak, sia-sia perjalanannya ke rumah Amanda. Fiqri segera
berpaling untuk melihat gerangan insan bertuah yang berani membunyikan hon
kepadanya.
Hafiz
Talam mengangkat kening kepadanya. Bibirnya mengoyak senyuman. Fiqri mengetap
bibir. Geram. Ingatkan siapa, rupanya mamat talam ni.
“Kau
ni Pit Talam. Buat terkejut aku saja. Kau nak ke mana?” soal Fiqri seraya
menghampiri Hafiz Talam.
“Minta
maap ler, kau tu jalan tengah-tengah jalan. Aku nak pergi ambik talam dekat rumah Cik Esah” Hafiz
Talam sengih.