NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
Cerpen Bersiri: SBU 5
Jumaat, 26 September 2014 | September 26, 2014 | 7comments


SURAYA duduk di atas bangku di taman bunga itu sambil menunggu kedatangan Ayish. Sesekali jam tangan jenama Casio dikerling. Mana pula mamat seorang ini? Janji lepas Asar, tapi sekarang dah pukul 5.30 petang pun tak datang lagi.

“Assalamualaikum.. Sorry lambat” Ayish duduk di sebelah Suraya dengan nafas yang tidak teratur. Macam baru lari marathon je mamat ni? Bisik hati Suraya.

“Kau baru balik marathon ke?” Tanya Suraya lurus.

“Aku baru lari dari mama..”

“Hah?” Suraya mengerutkan dahi. Apa maksud dia?

“Mama buat kerja gila..dia suruh aku kahwin dengan anak kawan dia.. Perghh, memang taklah.”



“Hah?” rahang Suraya jatuh ke bawah. Mulutnya membentuk ‘O’. 

“Kau ni dah kenapa dari tadi asyik hah..hah.. aje. Demam ke?” tanya Ayish kegeraman. Aku punyalah bersemangat cerita, tapi dia? Hah.. je dari tadi. Eee, geram pulak aku.

“Erk! aku blur..Sorry

“Yang kau nak jumpa aku ni kenapa? Ada hal penting ke?” soal Ayish sambil tangannya membetul-betulkan rambut yang tidak sempat dikemaskan tadi. Macam mana nak kemas, turun-turun tangga aje, mama dah sibuk cakap nak kahwinkan dia, mahu tak buka langkah seribu? Kalau tunggu lagi, silap-silap haribulan, mama heret dia pergi jumpa tok kadi masa tu juga. Eee, tak kuasa!



           
PUAN Mazura membetulkan cermin mata yang melekap kemas di hidung mancungnya. Tudung ditarik ke depan supaya mukanya tidak jelas kelihatan. Telinganya dibuka luas-luas untuk mendengar setiap perbualan dua anak muda itu.

            ‘Jadi, Datin Sophie dah bertindak dulu? Bagus. Tapi nampak gaya macam tak ada harapan saja?’ Puan Mazura berteka-teki sendiri.

            Suraya tidak betah. Sesekali dia pusing ke kiri dan ke kanan. Mencari kelibat seseorang!

            “Yang kau ni macam kucing nak berana kenapa?” soal Ayish geram.

            “Aku...aku..Gotcha..Cuba kau tengok lady dekat sana tu” Suraya menunjuk ke arah Puan Mazura. Cepat-cepat wanita itu mengalihkan pandangan.

            “Kenapa?” tanya Ayish kehairanan.

            “Dia dari tadi lagi tengok kita”

            “Perasan kau aje tu. So, apa yang nak dibincangkan?”

            “Jujur aku cakap, aku suka kau.” luah Suraya tanpa segan. Melopong mulut Ayish dibuatnya.

            “Bu..bukan kau dah ada pilihan hati ke? Mamat yang kau nak kahwin tu macam mana?” soal Ayish gagap. Terkejut sebenarnya.

            “Mamat tu kaulah ngok. Apalah, aku dah bagi hint banyak kali, tapi kau still loading,” marah Suraya.

            “Lah, buat penat aje aku makan hati berulam jantung. Kalau aku tahu kau suka aku, dah lama aku suruh mama masuk meminang” kata Ayish gembira.

            Suraya melepaskan keluhan kecil. “Tak semudah tu Ayish. Kalau tak masuk meminang aku pun, belum tentu mama terima” suaranya sayup sahaja.

            “Kenapa?”

            “Aku pun tak tahu. Tapi mama memang tak bagi”

            “Mana kau tahu?”

            “Sebelum kau pengsan dekat rumah aku”

            Ayish menepuk dahinya. Macam mana dia boleh lupa insiden tengah hari tadi. Ya Allah, muda-muda lagi dah pelupa.

            “So, apa plan kau?”

            “Kalau cara baik kita tak jalan, kita guna cara ‘kotor’” Suraya tersenyum penuh makna. Dia mengisyaratkan supaya Ayish mendekatinya. Bibir disua pada telinga lelaki itu. Kelihatan Ayish mengangguk-angguk seperti memahami apa yang dikatakan oleh Suraya.

            Nun di hujung sana, Puan Mazura cemas. Apa agaknya yang dibisikkan Suraya kepada Ayish? Ya Allah bantulah hambaMu ini, rintihnya.




HAQEEM melangkah dengan gah sekali memasuki pub yang sememangnya dikenali ramai itu. Di sisinya, seorang wanita yang lebih tepatnya sugar mummy sedang mengapit kemas lengan sasanya. Kemudian, wanita itu melambai-lambai pada seorang lagi pasangan. Mereka mendekati pasangan itu.

            “Maria, Kamal..Sorry, late..Lama sampai?” soal Puan Sri Nora.

            “It’s okay. Baru 10 minutes we all tunggu. So, let’s have fun” ajak Maria.

            Di keheningan malam, pasangan itu sedang terkinja-kinja. Sungguh, syaitan sedang bersorak girang memerhati anak cucu adam ini yang sudah jauh tersesat dari paksi kehidupan Islam. Air kencing syaitan diteguk sesuka hati. Pada waktu ini, para alim ulama sedang bangun berqiam. Sedangkan mereka? Ya Allah, kembalikanlah mereka ke jalan asal.




ALARM yang telah disetkan oleh Nawfal berbunyi nyaring. Dia segera mencapai telefon bimbit di atas meja di sebelah katil. Dia mematikan alarm itu lalu bangun menuju ke bilik air. Air wudhuk membasahi wajah kacak itu. Sejadah dibentang. Niat di hati hendak berqiam.

            Usai memberi salam, Nawfal menadah tangan memohon doa. Hanya pada Allah tempat dia bergantung sekarang.

            “Ya Allah ya tuhanku, kau kembalikanlah sikap mummy yang dulu. Aku rindu dengan belaian kasih sayangnya. Rindu hendak bergurau, hendak bertegur sapa dengannya. Kau berilah dia keampunan. Kau bimbinglah dia ke jalan yang benar. Kau jauhkanlah dia dari godaan syaitan laknatullah. Ya Allah, kau tempatkanlah daddy di tempat orang yang beriman..Aku rindu dengannya. Aku mohon Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku. Dosa bersikap kurang ajar dengan mummy. Sungguh, tiada sekelumit pun rasa benci dalam hati ini buat insan seperti dia. Dia banyak berjasa kepadaku ya Allah....Makbulkanlah doaku ini. Amin” Nawfal meraup mukanya. Air mata yang menitis segera dikesat.

            Al quran yang terletak di tempat khas segera dicapai. Alunan suara gemersiknya membelah keheningan malam. Sesekali air matanya menitis. Suaranya yang serak dek menangis cuba dibetulkan.

            Sungguh penuh dengan keinsafan dia melewati malam itu. Malam yang sangat indah. Malam yang tenang. Malam yang penuh dengan rahmat Allah.




MATAHARI siang memancar riang hari ini. Nawfal mengangkat telefon bimbitnya yang berdering. Salam diberi dan dijawab oleh orang yang menelefonnya.

“Maaf mengganggu, boleh saya bercakap dengan waris terdekat Puan Sri Nora?”kata seseorang dari sebelah sana.

“Ya, saya anaknya.”

“Puan Sri Nora terlibat dalam kemalangan. Saya minta encik datang segera ke hospital.”

Nawfal terjelepok di atas sofa. Air mata jantannya semakin murah mengalir. Mummy! Dia menguatkan semangat dan segera menuju ke hospital. 

Sungguh dia menyesal kerana tidak sempat meminta maaf terhadap mummy akan lepas lakunya selama ini. Patutlah mummynya tidak pulang ke rumah malam tadi, rupa-rupanya....

Please be strong mummy! I’m coming

Degup jantungnya pantas. Peluh dingin dibiarkan sahaja mengalir di dahi.




            “AYA!” laung Puan Mazura dari tingkat bawah.

            “Yes ma. Kenapa?” Suraya segera turun ke tingkat bawah. Kelihatan mama mengurut dada dan pernafasannya juga sukar. Kenapa dengan mama ni?

            “Haqeem..Dia excident” ujar Puan Mazura ringkas.

            “Hah? Erm..” Suraya memalingkan mukanya ke kiri lalu mencebik. Padan muka, tulah lain kali jangan nak berlagak dengan aku.

            “Kamu ni tak risau ke?”

            “Erk! Aaa..Aya risaulah mama..” senyuman plastik dilemparkan.

            “Bersiap..Jom kita ke hospital.”

            “Ma, kalau tak pergi tak boleh ke?” Suraya cuba menarik simpati mamanya.

            “Go now!” tegas Puan Mazura.

            Suraya melangkah longlai ke tingkat atas untuk menukar pakaian. Seketika kemudian, senyuman manis bak ceri menghiasi wajahnya. Idea sudah mari!

            Telefon bimbit yang terletak di tas katil segera dicapai. Dia menelefon Ayish.
            “Hello, Yish, masa yang sangat sesuai”

            “Ehem” Ayish hanya berdehem sahaja.

            Dahi Suraya berkerut. Mamat ni kenapa? Alah, sakit tekak kot.

            “Sekarang ni, ikut perancangan asal, we must do it now. Mama nak pergi hospital. Abang Haqeem excident. Kau kena buat apa yang aku suruh ni...” Suraya menceritakan kepada Ayish tentang rancangannya. Arahan demi arahan muncul di bibir kecil itu. Walaupun Ayish hanya berdehem dan tidak mengeluarkan suara, dia tetap bersemangat menceritakannya.

            “So, kau dah faham?” soal Suraya.

            “Hmmm”

            “Okay, do your work now!” Setelah talian diputuskan, Suraya segera bersiap. Senyuman manis terbit di bibirnya sekaligus menaikkan seri wajahnya. Yes, you are mine Ayish

#Maaf lama tangguh cerpen ni. Btw dah siap part 5 n 6 but tak sempat na post. Lately agak busy. Okay thanks read and drop ur comment. Sorry if ada typo or x best :)

Label:


Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go