Cerpen: Ku Izinkan Kau Pergi
Selasa, 16 September 2014 |
September 16, 2014 | 10comments
Play then replay. Dengar banyak kali while baca cerpen ni..In shaa Allah menangis. hehe..selamat membaca. Maaf ada terkurang atau terlebih. Leave ur comment..
2 tahun
lepas
AKU memandang
sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas katil hospital. Air mata yang
menitis segera aku seka. Bimbang sekiranya dilihat jasad yang lemah itu.
Faiz
membuka matanya perlahan-lahan. Kepala dipalingkan ke arahku. Dia melemparkan
senyuman. Senyuman yang penuh kehambaran. Senyuman di sebalik kesakitan.
“Kau
rehatlah dulu...” kataku kepadanya.
“Aku
rindu kau...” suaranya lemah sekali. Aku cuba menahan empangan mata yang kini
menunggu masa untuk pecah.
“Aku
pun rindu kau..” aku tewas! Sekali lagi air mataku mengalir.
Terketar-ketar
tangan Faiz menghulurkan tisu kepadaku. Aku menyambutnya.
“Kau
tak boleh menangis lagi..Kau kena tabah sebab lepas ni tak ada lagi orang yang
nak hulurkan tisu bila kau sedih..” katanya tersenyum.
“Ke..kenapa
ca..cakap macam tu?” aku cuba bertutur meskipun tersedu-sedan akibat menangis.
“Lepas
ni aku tak boleh lagi berada di sisi kau. Tak ada lagi orang yang akan usik
kau, marah kau dan cemburu dengan kau..”
“Janganlah..”
belum sempat aku menghabiskan ayat, dia menunjukkan isyarat supaya berdiam.
“Dengar
aku nak cakap, kau kena tabah, kuat...Cuba cari pengganti aku. Aku tak nak
tengok kau sedih sebab bila kau sedih aku juga turut sedih. Maafkan aku kalau
selama ni aku ada buat salah pada kau..Aku ada sakitkan hati kau. Halalkan
makan minum aku..” bicaranya kadangkala terhenti dek kerana perasaan sebak yang
cuba dikawalnya.
“Aku
maafkan kau. Aku pun nak minta maaf pada kau”
“Kau
tak ada salah pada aku.. Aku nak kau tahu, kau berada di carta nombor enam
dalam hati aku selepas Allah, Rasulullah, Islam, Mama dan Papa.” tangannya cuba
membentuk bentuk hati.
“Maaf
cik, pesakit perlu dibawa ke bilik pembedahan sekarang” seorang jururawat
mengetuk pintu dan memaklumkan perkara itu. Aku hanya mengangguk lalu bangun
dari kerusi.
“Ingat
jangan sedih. Allah ada bersama hambaNya. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.
Sampaikan salam aku pada kawan-kawan kita. Selamat hari raya. Maaf zahir dan
batin. Sekali lagi maafkan aku sebab tak ada di sisi kau pada hari raya ni. Assalamualaikum sayang” dia sempat memberi
nasihat dan melemparkan senyuman yang manis sebelum dibawa pergi oleh tiga
orang jururawat.
Aku
terduduk di atas kerusi. Faiz, insan yang bertakhta di hatiku. Mulanya hanya
sebagai rakan kini bertukar menjadi kekasih hati. Entah mengapa aku berasa
bahawa dia akan pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Mukaku yang basah
dengan air mata, aku biarkan. Kaki perlahan-lahan kuangkat menuju ke pintu.
Sebelum memulas tombol pintu, aku sempat menoleh sekilas ke belakang. Satu
figura yang dicipta imaginasiku sendiri mulai memunculkan diri. Kelihatan Faiz
sedang tersenyum manis sambil melambaikan tangan padaku. Figura itu semakin
menjauh dan menjauh.
Aku
menangis lagi. Air mataku begitu murah saat ini. Perlahan-lahan aku membuka pintu.
Langkah ku atur ke ruangan menunggu yang disediakan di sebelah pintu masuk ward itu.
“Ann,
mana Faiz?” tanya Amrul Zarieq atau lebih dikenali dengan nama Rieq.
“Dia
dah masuk bilik bedah” kataku cuba menahan sedu. Malu jika tertangkap dengan
Rieq.
“Ya
Allah, aku lambat! Aku teringin nak jumpa dia” Rieq melurut rambutnya kasar.
Sesal kerana terlambat. Dalam banyak-banyak rakan Faiz, Rieq lah yang paling
rapat dengannya. Kekangan masa sebagai seorang penuntut di salah sebuah
universiti di luar negara membataskan
dia untuk segera pulang bertemu Faiz.
“Yang
lain-lain mana?” tanyaku.
“Dia
orang dalam perjalanan. Tadi ada doa selamat sikit dekat surau taman perumahan Faiz” terangnya. Dia mengambil
tempat di sebelahku. Mukanya diraup. Jelas terpancar raut sedih pada wajah
tampan itu.
“Ann....Aku..aku
rasa bersalah” dia serba tidak kena. Matanya menatap mataku. Aku melemparkan
senyuman.
“Sabarlah
Rieq. Kita doakan dia selamat. Kalau nak ikut menyesal, aku pun menyesal” aku
cuba menenangkannya. Dalam hatiku, terselit juga perasaan menyesal. Menyesal
kerana merajuk dengan Faiz. Peristiwa sebelum ini kembali terlayar di mindaku.
TELEFON bimbit
berjenama iPhone itu ku lempar di atas katil. Sebal rasanya hatiku sekarang
ini. Kata-kata Faiz sebentar tadi seolah-olah meletakkan aku di carta terakhir
dalam hatinya. Salahkah aku memintanya menemaniku ke majlis reunion?
Beep!
Beep!
Satu
pesanan ringkas masuk. Aku segera membukanya. Mana tahu Faiz berubah fikiran?
Sekali
lagi iPhone itu menjadi mangsaku. Kali ini ku lemparnya pula pada dinding.
Skrin yang retak itu aku abaikan. Apalah sangat skrin yang retak itu jika hendak
dibandingkan dengan hatiku sekarang.
Faiz
bukannya berubah fikiran malah dia hanya menghantar mesej menyatakan maafnya
kerana tidak dapat menemani aku ke majlis itu.
Arghh!
Faiz memang tak sayang aku!
Aku
mengambil bantal di sisi lalu menekup mukaku. Malam itu, aku tidur dengan hati
yang sebal!
“ANN..Ann.. kau
okey?” panggil Rieq sambil melambai-lambai tangan di hadapan wajahku. Aku
tersentak. Hilang kenangan yang berlayar di mindaku tadi.
“Erk!
Aku okey” dalihku. Masakan aku hendak menceritakan segala kekesalanku sedang
Rieq juga dilanda perasaan kesal. Aku
tidak mahu membebankan lelaki itu. Kasihan dia.
“Jom
turun bawah...Budak-budak ini ada dekat bawah. Hari ni kita berbuka dekat luar
sahajalah. Aku belanja..” pelawa Rieq.
Aku
menggeleng perlahan. Cuba menolak pelawan Rieq tanpa menyebabkan hatinya
terguris. “Tak apalah, aku makan di sini saja. Aku nak tunggu Faiz. Kau
pergilah dulu..”
“Okey
but kau ada nak tempah apa-apa tak?”
tanya Rieq prihatin. Mungkin dia memahami gelodak jiwaku sekarang.
“Tak..”
jawabku ringkas.
Rieq mengangguk seraya berlalu
pergi. Aku menghantar langkahnya dengan
sebuah keluhan. Hmm, kenapalah Fiz yang sakit? Kenapa bukan Rieq? Astagfirullah!
Tak baik begitu. Hatiku yang gundah-gulana itu segera ku tenangkan. Bimbang
melawan takdir pula.
Azan
Maghrib kedengaran berkumandang. Aku segera menuju ke surau yang disediakan
pihak hospital bagi menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.
Usai
menunaikan solat, aku kembali ke tempat tadi. Mama Zita dan Papa Syah turut berada di situ. Tidak ketinggalan
juga rakan-rakan seperjuangannya yang lain. Aku bersalaman dan berpelukan
dengan Mama Zita. Wanita itu tabah sekali. Aku pula yang kecundang dek tidak
dapat mengawal emosi.
2 jam berlalu...
Pintu
bilik bedah terbuka. Seorang lelaki memakai tag nama Rishad menghampiri kami.
“Ahli
keluarga Faiz?” tanyanya. Segera papa Syah dan mama Zita mengangguk.
“Maafkan
kami Encik, Puan..Kami dah cuba sedaya upaya kami bagi menyelamatkan anak Encik
dan Puan tapi kanser perutnya sudah memasuki peringkat keempat. Sabarlah Encik,
Puan..Allah lebih menyayanginya” selepas berkata, doktor itu menepuk perlahan bahu
papa lalu melangkah pergi.
Berita
yang baru dikhabarkan tadi bagaikan halilintar yang menyerang bumi! Aku jatuh
terjelepok di atas lantai. Aku seakan-akan tidak percaya dengan berita yang aku
dengari tadi.
“Faiz......”
aku menyebut namanya. Juraian air mata membasahi pipiku. Mama Zita memelukku.
Dia turut menitiskan air mata. Papa Syah memandang sayu ke arah kami. Rakan-rakan
Faiz yang lain sedang berpelukan sesama sendiri. Mereka turut sedih dengan
berita yang baru disampaikan oleh doktor tadi.
“Mama
Zita...Ann na..Nak tengok dia” aku cuba mengawal suara.
Mama
Zita memapahku untuk bangun dari rebah. 3 orang jururawat sedang menolak
jenazah Faiz keluar dari bilik bedah. Sampai di hadapan kami, mereka berhenti.
Aku menggagahkan diri untuk menatap muka Faiz buat kali terakhir.
Terketar-ketar
tanganku menarik kain putih yang menutupi wajah kesayanganku itu. Wajahnya
tetap sama. Ada secalit senyuman di wajah kaku itu. Aku menangis lagi. Tubuh
Mama Zita aku rangkul. Dia menepuk-nepuk perlahan belakangku.
Jasad
Faiz sudah dibawa pergi. Pertama kali aku lihat air mata Rieq mengalir. Bukan
kerana putus cinta tetapi kerana kehilangan seorang sahabat sejati. Dan aku?
Aku juga turut bersedih atas kehilangan seorang kawan merangkap kekasih.
“Ann
ikut Mama Zita balik ya? Sediakan apa yang patut. Papa Syah nak pergi uruskan
jenazah” utus Papa Syah.
“Uncle, biar kami yang uruskan liang
lahad” kata Izz, sahabat merangkap geng 125ZR Faiz.
“Kalau
itu cakap kamu, uncle ikutkan
saja..Terima kasih yang tak terhingga uncle
ucapkan” Papa Syah tersenyum segaris. Meskipun lelaki itu tidak menangisi
pemergian ananya dengan air mata, namun siapa tahu hatinya?
Aku
mengikut Mama Zita pulang. Urusan di hospital telah pun diserahkan pada Papa
Syah. Urusan di tanah perkuburan pula, rakan-rakan Faiz telah mengambil alih.
MALAM kian gelap.
Bunyi unggas menjadi peneman aku kala ini. Aku memandang dada langit. Sepi!
Tiada bintang yang menghiasi. Tiada bulan yang memancarkan cahaya. Semuanya
bagaikan bersedih atas pemergian Faiz. Petang tadi, selesai sudah majlis
pengebumian arwah Faiz. Baba dan Umiku pula sudah berangkat pulang ke Pahang atas
urusan perniagaan. Mereka juga turut bersedih atas pemergian Faiz. Aku
terdengar derapan kaki seseorang menghampiriku. Malas untuk berpaling
menyebabkan aku tetap statik tanpa sebarang pergerakan.
“Ann,
sabarlah ya” cetus Mama Zita dari belakang lalu melabuhkan duduk di sebelahku.
Aku melemparkan senyuman hambar kepadanya.
“Ann
memang dah sabar Mama Zita. Kalau Ann tak sabar, petang tadi lagi Ann dah
meraung dekat kubur dia”
“Mama
Zita pun sedih..Tapi nak buat macam mana kan?”
“Tapi
ma...Ann rindu dia..” empangan mataku pecah. Air mata mengalir.
“Sebelum
dia admit ward, dia ada pesan dekat
mama...”
“Pesan?”
tanyaku ingin tahu.
“Dia
pesan dekat Mama Zita dan Papa Syah supaya jaga Ann macam anak kami
sendiri..Dia minta kami cari pengganti untuk Ann..Dan dia juga suruh Ann masuk
bilik dia, lepas seminggu dia meninggal”
luah Mama Zita. Air mata seorang ibu tumpah jua.
Aku
tersedu-sedan mendengar amanah dari Faiz itu. Ya Allah, cubaan apa yang kau
berikan padaku ini? Aku tak kuat!
“Tiada
sesiapa yang dapat ganti dia dalam hati Ann” ujarku pendek. Mama Zita
menggeleng tanda tidak setuju.
“Allah
sayangkan hambaNya. Dia ambil seorang, dia ganti dengan yang lain. Ann kena
percaya pada takdir. Dah tertulis jodoh Ann bukan dengan Faiz, nak buat macam
mana kan?” Mama Zita mengelus pipiku. Aku melepaskan keluhan kecil. Dada langit
terus aku renung.
GENAP seminggu
pemergian arwah Faiz. Hari yang ku tunggu-tungu kini tiba. Aku tiba di rumah
Mama Zita pada pukul 2 petang. Aku tidak hiraukan letih yang masih bersisa. Aku
kena cepat. Tak sabar rasanya hendak masuk ke dalam bilik arwah Faiz. Kenapa
mesti tujuh hari? Pelik!
“Assalamualaikum”
laungku selepas menekan loceng.
“Waalaikumussalam.
Eh, Ann masuklah” pelawa Mama Zita seraya memelukku setelah pintu pagar dibuka.
“Mama
Zita dengan Papa Syah sihat?”
“Alhamdulillah
kami sihat. Ann dengan family?”
“Kami
pun sihat” aku senyum.
“Ann
pergilah masuk bilik arwah. Mama Zita nak ke dapur sekejap”
Aku
mengangguk dan mula melangkah naik ke tingkat atas. Terketar-ketar tanganku
sewaktu hendak memulas tombol pintu. Dada usah cakap. Macam nak pecah ku
rasakan. Aku gagahkan diri untuk melangkah.
Suis
kipas segeraku buka. Langsir pula kuselak bagi membolehkan cahaya matahari
menerobos masuk ke bilik itu. Saat aku berpaling, terkejutku dibuatnya. Gambar
aku dan arwah Faiz terpampang merata-rata di dinding bilik itu. Setiap gambar
pasti ada caption tersendiri. Kakiku
melangkah mendekati katil. Sepucuk surat terletak kemas di atasnya.
Berdebar-debar aku hendak membuka. Perlahan-lahan surat itu aku keluarkan.
Setelah berjaya dikeluarkan dari sampul, aku mulai membaca bait-bait kata yang
ditulis dengan tulisan tangan itu.
Assalamualaikum
Ann, sayang...
Cuba tengok hari ni hari apa? Berapa
hari bulan? Yeay, genap setahun kita kawan. Eh kawan ke? Heeee :P Kat sini aku
nak minta maaf banyak-banyak sebab selalu buat kau sakit hati, terasa, dan
halalkan makan minum aku. Aku tak lama Ann..Mungkin esok lusa Allah dah ambil
nyawa aku.
Kau ingat lagi tak masa kita mula-mula
kenal dulu? Punyalah sombong kau tu. Susah betul aku nak rapat dengan kau.
Haha, kenangan tu akan aku bawa sampai mati. Sungguh aku rindu nak ulang semua
tu.
Aku minta kau jangan menangis. Jangan
meratap bila aku dah tiada di sisi kau. Even aku dah tak ada sebelah kau, tapi
aku tetap ada dalam hati kau. Ingat tu! Jangan pernah padam nama aku dalam hati
kau. Tapi bila kau dah jumpa pengganti aku, aku izinkan kau padam nama aku
dalam hati kau.
Sayang, maafkan aku jika selama ini
perbuatanku pernah mengundang ketidakpuasaan di hati kau. Aku hanya insan biasa
yang tak punya apa-apa.
Aku tak nak tulis surat sedih-sedih.
Rasa macam cliché pula. Apa-apa pun jaga diri, jaga iman, jaga mata, jaga nama
baik keluarga dan jaga agamamu Sayang. Aku nak pergi. Pergi jauh dari sini.
Insan yang menyayangimu,
Muhammad
Faiz
Mengalir
sudah air mataku. Surat itu aku bawa ke dada. Aku dakap erat. Surat itu sangat
istimewa bagi aku. Mungkin bagi orang lain, ia tak ubah seperti sampah tapi ia
amat bermakna di mata aku.. Surat tulisan tangan Faiz! Aku bangun dari katil
menuju ke dinding yang penuh dengan gambar kami.
Perlahan-lahan
aku sentuh gambar aku dan dia. Ketika itu, kami bercuti di Pulau Kapas.
Percutian yang tidak dapat aku lupakan kerana di situlah dia melamar aku
menjadi kekasihnya. Sungguh aku rindu detik itu.
Aku
melangkah ke almari baju arwah. Pintu almari aku sorong perlahan. Terpampang
baju melayu cekak musang berwarna biru yang tergantung kemas di dalam almari.
Sekeping nota dilekatkan pada poket baju melayu itu. Aku segera membacanya.
Sayang, cantik baju ni. Sorry sebab aku tak sempat nak
pakai baju ni. Semoga lebaran kali ini membawa 1001 mana kepada kau. Salam
sayang daripada aku.
Faiz
Aku tersenyum. Tiada air mata yang mengalir.
Semuanya bagaikan kering. Akan ku semat sekemas mungkin segala kenangan bersama
arwah. Semoga arwah tenang di sana. Faiz, bersemadilah kau dengan tenang di
sana. Ku izinkan kau pergi. Dan kau juga izinkan aku untuk menyimpan namamu
dalam hatiku selamanya.
Aku
tersenyum. Akibat terlalu mengantuk dan letih, aku tertidur ditepi almari
biliknya tanpa sengaja. Aku bermimpi sesuatu. Dalam mimpiku, arwah Faiz datang
dengan memakai pakaian serba putih. Dia tersenyum mengangguk. Mulutnya
seolah-olah berkata tetapi tiada suara yang terdengar. Aku menangkap bait yang
terukir di bibirnya. Aku izinkan! Dia berkata sedimikian. Namun, figura itu
semakin menjauh dan seterusnya hilang begitu sahaja. Puas aku menjerit
memanggil namanya. Tiada sebarang sahutan yang aku terima.
Aku
terjaga dari mimpi. Peluh yang membasahi dahi segera aku kesat dengan hujung
tudung. Ya Allah! Apakah petanda mimpiku sebentar tadi? Adakah dia menginzinkan
aku? Subhanallah.
Baju
melayu yang ku genggam erat itu segera aku sangkut semula ke dalam almari. Aku
melangkah keluar dari bilik arwah. Tujuan utama ialah ingin bertemu dengan Mama
Zita. Setelah kelibatnya kelihatan di dapur rumah, aku segera mendekati.
“Mama
Zita...” panggilku perlahan.
“Ya
Ann?” sambutnya lalu berpaling menghadapku.
Aku
terus memeluknya lalu bermulalah adegan air mata. Entah mengapa sebak yang ku
rasa tidak dapat dibendung lagi. Jika tadi air mataku bagaikan sudah kering,
kini air mata bagaikan paip air yang tidak boleh ditutup.
“Ann
mimpi arwah datang...” luahku. Mama Zita mengusap belakangku perlahan-lahan
bagi menenangkan aku yang tersedu-sedan.
“Kita
doakan dia ya? Moga dia tenang di sana”
“Dia
datang then dia sebut ‘Aku izinkan’”
ceritaku. Pelukan sudah ku lepas. Mama Zita menarik tanganku untuk duduk di
kerusi meja makan. Aku menurut.
“Apa
maksud Ann?” soalnya pelik.
“Sebelum
Ann tertidur tadi, Ann minta izin dia. Ann minta izin untuk simpan nama dia
dalam hati Ann selama-lamanya dan dia izinkan...” aku kembali sebak.
“Subhanallah...Semoga
Allah menempatkan dia di golongan orang yang beriman..Doakan dia tenang di
sana” pujuk Mama Zita lalu]cuba menenangkanku.
iPHONE yang
terletak di atas meja segera ku capai. Siapa pula yang call aku pagi-pagi macam ini? Tanpa melihat nama pemanggil, aku
terus menjawab panggilan itu. Telefon ku kepit ke telinga. Sejadah yang terbentang
segera dilipat.
“Assalamualaikum
Ann..Ni aku Rieq..” sapanya di sebelah sana.
“Waalaikumussalam.
Hah kau Rieq, ingat siapa tadi. Kenapa call
aku pagi-pagi buta ni?” soalku pelik. Jam dinding yang tergantung kemas di
dalam bilik segera kukerling. 6.30 pagi.
“Sorrylah kacau kau pagi-pagi macam ni. Actually, aku just nak tanya yang kau raya mana tahun ni? Balik kampung?”
“Aku
nak balik mana Rieq? Kampung aku tak ada sesiapa. Aku bukannya ada saudara
ramai macam kau. Nenek dengan Atok aku pun dah tak ada. Aku raya dekat sini
saja.” memang benar, setiap tahun aku akan beraya di bandar. Kadang-kadang
cemburu melihat rakan-rakan seperjuanganku yang gembira hendak menyambut
Aidilfitri di kampung halaman. Nak buat macam mana, Abi dan Umi aku anak
tunggal, mana ada saudara mara yang lain.
“Erk!
Kalau kau tak kisah, kau joinlah kita
orang. Tahun ni, geng-geng kita semua cukup. Semua berkorban masa semata-mata
nak raya ramai-ramai. Tapi kau tanyalah Abi dan Umi kau dulu ya” ajak Rieq.
Bersinar mataku dibuatnya.
“Umi
dan Abi aku tak ada. Kami terpaksa berjauhan sebab dia orang ada meeting dekat Dubai. Ikutkan, Umi tak
nak ikut tapi kau tahu sajalah kesihatan Abi aku macam mana kan? So, Umi terpaksa ikut. Dan aku,
berayalah seorang diri di sini...” ceritaku.
“Oh..kira
jadilah ni ya?” tanya Rieq menginginkan kepastian.
“Set!” jawabku. Usai itu, talian ditamatkan
setelah Rieq meminta diri. Aku mengerling meja kerja yang sememangnya bertimbun
kerja di atasnya.
SUASANA raya pada
tahun ini agak suram kerana ketiadaan Abi dan Umi di rumah. Biasanya, pagi-pagi
macam ini Umi akan menjerit menyuruh aku bangun. Maklumlah selalunya malam raya
aku tidur lewat. Itulah padahnya apabila asyik layan movie.
Aku
merapikan selendang yang melekap kemas di kepala sebelum keluar dari bilik.
Kunci kereta yang tergantung di belakang pintu ruma segera dicapai. Aku menutup
pintu rumah dan mula memanaskan enjin kereta.
Tiba-tiba,
terasa sayup hati ini. Biasanya pada waktu begini, aku sibuk ingin bersalam
dengan Abi dan Umi. Ya Allah, aku lupa menghubungi mereka. Aku segera
mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangan LV pemberian Umi lalu segera
mendail nombornya.
“Assalamualaikum...”
sebak usah dikata. Aku cuba mengawalnya sebaik mungkin.
“Waalaikumussalam.
Selamat hari raya sayang..” ujar Umi mesra.
Aku
tersenyum. “ Selamat hari raya Umi. Abi?” soalku.
“Meeting..”
“Oh..Umi,
maafkan Ann kalau Ann ada sakitkan hati Umi, terbuat Umi marah dan
sebagainya..Halalkan makan minum Ann” ucapku sebak dan air mata mengalir.
“Umi
maafkan dan Umi halalkan semuanya. Maafkan Umi juga ya sayang?”
“Ya
Umi.. Kirim salam pada Abi..Ann nak pergi beraya dengan geng ni” maklumku.
“Insya-Allah.
Kirim salam juga pada geng” selepas salam diberi, talian ditamatkan. Aku segera
memandu menyusuri jalan raya yang agak lengang pada hari itu kerana warga kota
sibuk pulang beraya di kampung halaman masing-masing.
KERETA aku parkir
di luar perkarangan rumah Mama Zita. Rieq menyuruh kami berkumpul di sana. Aku
segera keluar dari perut kereta setelah melihat kelibat Mama Zita dan yang
lain-lain sedang menanti aku di depan pagar rumah. Terasa bersalah pula kerana
tiba sedikit lewat.
“Maaf
semua, tadi ada hal sikit” beritahuku. Mereka mengangguk dan tersenyum tanda
tidak kisah.
“Semua
dah ada kan? So, let’s go” ajak Rieq.
Papa Syah sedang menghidupkan enjin kereta manakala kami masih di pagar rumah.
“Pergi
mana?” soalku pelik.
“Kubur
arwah Faiz” beritahu Rieq ringkas. Aku tersentak. Kenangan lama kembali
tersiar. Baju melayu yang tidak sempat dipakai arwah, surat terakhir darinya
dan ucapan ‘selamat hari raya’ buat pada hari itu merupakan ucapan kali
terakhir. Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini.
“Ann,
kau naik dengan Aunty sahajalah” arah
Rieq. Aku mengangguk. Mama Zita tersenyum dan menarik lembut tanganku. Aku
hanya menurut.
Perjalanan
ke kubur arwah mengambil masa selama 10 minit kini telah tiba. Kelihatan
beberapa keluarga lain yang datang melawat kubur ahli keluarga masing-masing.
Aku melangkah dengan kaki yang berat sambil mengucapkan salam pada warga kubur
yang sudah menghadap maha Pencipta. Mata sudah berair.
Rakan-rakan
arwah seramai 15 orang, menanti di luar pagar. Susah hendak masuk semua, padat!
Aku, Mama Zita, Papa Syah dan Rieq mendahului mereka. Tikar dibentang oleh Papa
Syah dan kami mulai duduk beramai-ramai.
“Assalamualaikum
Faiz...Selamat Hari Raya anak mama. Moga tenang di sana” Mama Zita menangis dan
sebak seraya memeluk aku. Aku juga turut sedih.
Kami
memulakan bacaan Yasin. Kata-kata arwah suatu masa dahulu terngiang-ngiang di
telingaku.
‘Kalau
aku dah tak ada nanti, kau jangan lupa bacakan aku surah Yasin dan doakanlah aku.
Dan yang paling penting, kau kena izinkan aku pergi..’
Ku
izinkan kau pergi! Luahku dalam hati. Meskipun berat untuk melepaskannya pergi,
tapi aku harus melakukannnya juga. Sebak yang merajai hati segera aku tepis.
Kau tak boleh lemah Ann! Kau kena kuat! Jeritku dalam hati.
3 tahun
kemudian
Sudah
3 tahun arwah Faiz meninggalkan aku. Rieq pula baru hendak berkahwin dengan
teman satu universiti dengannya. Alhamdulillah! Tinggal aku sahaja yang masih
solo. Mungkin Allah sedang menguji aku!
Beep!
Beep!
Aku
tersentak. Kenangan lama berlalu pergi. Aku kembali ke dunia realiti. Pesanan
ringkas dari Rieq segeraku baca.
‘Kau dekat mana? Cepatlah datang rumah aku’
‘Lah apa masalahnya? Kau yang nak kahwin,
bukannya aku’ balasku tersenyum. Sengaja mengusiknya.
‘Mak aku kata, orang yang tak kahwin lagi,
kena pergi kenduri sebab mana tahu jumpa jodoh dekat sana kan?’
‘Banyaklah mak kau yang cakap! Tu kau yang
cakap’ aku menggeleng-gelengkan kepala. Ada-ada sahaja si Rieq ni.
‘Aku bagi masa 10 minit. Kalau kau tak
sampai jugak, kau bukan kawan aku!’ ugutnya.
‘Eleh, tak payah sepuluh minit, 1 minit pun aku
dah boleh sampai’
‘Sembang nak kencang. Cakap macam rumah kau
belakang rumah aku pulak’
Aku
menahan senyum. Derap kaki ku kawal bunyinya.
‘Bukan rumah aku yang belakang rumah kau
tapi..’ mesejku tergantung. Sengaja!
“Tapi..aku
yang belakang kau!” jeritku. Dia segera berpaling. Muka terkejut!
“Kau
ni!” protesnya. Aku hanya gelak dan terus gelak.
“Dah
jom pergi masjid. Karang orang ingat aku nak culik pengantin lelaki pulak” aku
melepaskan tawanya. Dia meluku kepalaku dengan telefon bimbit. Muncung bibirku
tanda merajuk. Giliran dia pula ketawa. Tangan ditalakan pada muncungku. Eleh,
jeleslah tu sebab tak boleh buat muncung macam ni!
“ANNIDEA
FARAIMI..?” tanya seseorang di sebelahku. Aku yang sibuk membelek telefon segera
menoleh. Dekat kenduri si Rieq ni, manalah aku kenal jiran-jiran dia. Sesekali
tu aku senyum jelah, tapi larat nak senyuman setiap masa.
“Excuse me! Do I know you?” tanyaku
sopan seraya menghadiahkan senyuman.
“Fawwaz
Alif ” dia memperkenalkan dirinya.
“Macam
familiar..” bisikku perlahan. Minda
cuba memproses nama yang disebut tadi.
“Your first boyfriend.” dia mengeluarkan
satu statement yang boleh menyebabkan aku mati tersedak air. Nasib tak
tersembur air dalam mulut. Oh My Allah! Fawwaz? Budak poyo? Tak mungkin berubah
sampai macam ni.
“Fawwaz
budak poyo?” soaku tidak sengaja. Dia tersenyum lantas mengangguk. Mak aih! Handsome siot.
“I thought we still couple right?” soalnya
pula.
“Hah?”
“We
never ended our relationship. Awak tinggalkan saya tanpa sebarang khabar ” katanya lagi. Erk! Yeke? Kenapa aku
tak ingat? Alah, dah bersalah! Tak ada maknanya kau nak ingat Ann oi!
Burrr!
Ha
kan dah kata. Basah wajahnya dengan semburan dariku. Aku segera mencapai tisu
dan memberikan kepadanya.
“Sorry! Tak sengaja” pintaku.
“It’s okay dear” dia tersneyuman dan
membersihkan wajah.
“So, can I?”
“Huh??”
aku blur!
“Boleh
saya sambung semula ikatan cinta kita? Tapi dengan cara yang sah” ujarnya
berselindung di sebalik niat sebenar.
Pipiku
merah. Malu! Perlahan-lahan aku mengangguk. Semoga dia jodoh aku dari-Nya.
YANG BAIK DATANG DARI ALLAH, YANG BURUK DATANG DARI SAYA SENDIRI. BERJUMPA LAGI PADA ENTRY AKAN DATANG ;)
Label: cerpen 2014