Cerpen: Gadis Basikal Part 1
Selasa, 23 September 2014 |
September 23, 2014 | 10comments
“ABANG, esok hantar adik balik rumah
Tok Nek boleh?” tanya Nina sambil memegang kejap lengan lelaki itu. Harapan
Nina, abangnya yang seorang itu bakal menurut permintaannya kali ini.
“Esok? Abang ada kerja nak buatlah
Nina” kata Amzar Faiq bersahaja. Mata masih fokus pada skrin komputer. Sesekali
dahinya berkerut dek memikirkan idea bagi menyiapkan kerjanya itu.
Muncung sudah mulut si adik. Lengan
si abang sudah dilepaskan. Amzar Faiq mengeluh. Sudah mulalah tu perangai
merajuk dia! Amzar Faiq berpaling menatap mua adik kesayangannya itu. Nina
memalingkan mukanya ke kanan. Amzar Faiq menarik dagu adiknya lalu menatap
wajah itu.
“Adik abang ini cantik tapi bila
merajuk, buruk pula rupanya..Okeylah abang hantar ya” pujuk si abang. Akhirnya,
terbit seculas senyuman di wajah Nina. Berseri-seri wajahnya.
“Tak lama pun abang, seminggu je”
“What?!
Seminggu? Buat apa lama sangat?” Amzar Faiq kelihatan terkejut. Makin
bertimbunlah kerja yang dia perlu buat.
“Yelah, dah lama tak balik rumah Tok
Nek. Harapkan papa dan mama? And you?
Asyik busy je. Rumah pun macam hotel.
Seminggu dekat London, seminggu dekat Australia...”
“Stop..Okey I’ll” Amzar Faiq mencelah. Kalau
dibiarkan si Nina ni membebel, mahu sampai ke esok. Itupun belum tentu habis.
“Thanks
abang. Okey, wait..Nak call Tok Nek” Nina sudah teruja semacam.
Gayanya seperti kanak-kanak dapat gula-gula. Pipi si abang menjadi sasaran.
Lantas sebuah ciuman terima kasih dihadiahkan di situ. Amzar Faiq menggeleng
kepala melihat Nina yang melangkah keluar dari bilik dengan gembira. Itulah
Nina, kadangkala buat dia gembira, kadangkala buat dia rasa sakit hati.
Amzar Faiq kembali menyambung
kerjanya. Dia begitu tekun sehingga berkerut-kerut dahi. Itulah Amzar Faiq.
Hidup dia hanya penuh dengan kerja.
Nina
kembali masuk ke dalam bilik abangnya sambil menatang cawan yang mengandungi
Nescafe dan sedikit biskut penambah rasa. Amzar Faiq berpaling sekilas. Dia
melemparkan senyuman kepada adiknya itu.
“Disebabkan
abang baik sangat hari ni, so Nina belanjalah..Sila..sila” ujar si Nina
gembira. Amzar Faiq tergelak. Ada-ada sahaja adiknya seorang ini.
“Erk! Abang, kalau kita bawa Kak Tasha sekali boleh?” tanya Nina ragu-ragu.
“Nope!
Kalau nak juga bawa dia, Nina suruh dia drive
jelah. Abang takkan pergi” tegas si abang. Nina sudah menelan air liur. Inilah
Amzar Faiq. Seorang lelaki yang sangat dingin dengan perempuan.
“Kenapa
abang tak suka perempuan?” soal Nina ingin tahu.
“Kan
abang dah cakap, perempuan ni cerewet, mengada-ngada. Asyik nak berkepit 24
jam. Abang lemaslah adik..”
“Eleh,
adik dengan mama pun perempuan apa”
“Mama
dan adik lain..Darah daging tak sama macam orang lain”
“Habis
Kak Tasha tu pun darah daging abang juga..Sepupu”
“Isy,
mana adik belajar ni? Sudahlah, drop the subject”
Amzar Faiq sudah malas mahu membicarakan tentang perempuan. Dia tidak banyak
bergaul dengan perempuan dan hanya belajar atas pengalaman rakan-rakannya. 3
daripada rakan-rakannya sudah bercerai
dek tidak tahan kerana perangai si isteri. Selepas mendengar cerita mereka, dia
serik!
“ERMMM..dah sampai ke abang?” Nina
menenyeh matanya. Aduh, berat betul nak buka mata. Mengantuk sangat.
“Dah..Adik tu tidur je kerjanya..”
Nina membuka tali pinggang keledar
dan mulai keluar dari perut kereta Mini Cooper S kesayangan abangnya itu. Dia membetulkan
urat-uratnya yang sakit. Aduh, orang suruh bawak BMW 5 series mama, dia sibuk nak naik kereta dia. Padahnya nilah, sakit
satu badan. Kereta ni pun, nama nak gempak. Letak sajalah nama kereta Mr. Bean. Kan senang. Tak gitu? Tapi
kereta ni berlagak tau. Harga nak beratus-ratus ribu. Mengalahkan Suzuki Swift
dia. Ops, Kak Tasha punya. Hehe...
“Apa yang
cucu Tok Nek menungkan tu? Mari naik ke rumah” tegur satu suara yang sangat dia
rindukan. Nina berpaling. Setelah menyoroti figura itu, dia terus mendakapnya
erat. Sesak nafas Nek Mah dibuatnya.
“Tok Nek, Nina rindu gila...” Nina
berlari mendapatkan Tok Neknya.
“Hah? Rindu gila? Jadi Nina tak
rindu Tok Neklah ni? Bertuahnya gila, ada orang rindu dia” usik Nek Mah.
Muncung mulut si Nina.
“Tok Nek ni......”
“Sudah-sudahlah tu berdrama depan
rumah. Adik, kalau ya pun rindu..Tariklah muncung itik tu. Tok Wan mana Tok
Nek?” Dan lagi si Amzar Faiq ni mengusik adiknya.
Bertambah-tambah muncung mulut si
Nina. Muka pula sengaja dimasamkan tanda protes.
“Tok Wan ke bandar sekejap. Jom
masuk, kalau dibiarkan ni..lagi melarat pula si Amzar ni mengusik” Tok Nek
meleraikan pergaduhan kecil itu. Bukan boleh percaya sangat dengan si Amzar ni.
“Wek..padan muka” Nina menjelirkan
lidah pada abangnya. Bila Amzar menggertak, dia mula menyusun seribu langkah masuk
ke dalam rumah. Amzar tergelak. Tahu takut.
Amzar Faiq mengeluarkan beg pakaian yang terletak di bonet belakang
kereta. Mukanya berkerut semasa mengangkat beg milik Nina. Beratnya! Ni nak sebulan ke? Macam nak duduk terus pun ya juga.
“Qisya, tolong
hantarkan kuih ini ke rumah Nek Mah ya” pinta Nek Isah yang ralit membuat kuih
di dapur. Qisya melangkah mendekati neneknya.
“Hurm, sedap kuih nenek” puji Qisya
ikhlas.
“Ada-ada sajalah kamu ni. Jangan
lupa ya”
“Okey nek”
“Eh, nek lupa pula. Hantar rumah Mak Su Samiah sekali”
Qisya sudah mencebik. “Nek, kalau
tak bagi tak boleh ke?”
“Qisya, tak baik macam tu. Apa
salahnya kalau kita berkongsi rezeki” pujuk Nek Isah. Bukan dia tidak tahu akan
kemelut yang melanda antara mereka berdua.
“Tapi....”
“Qisya nak dapat pahalakan?” Nek
Isah menyoal cucunya itu. Qisya mengangguk.
“Kalau nak, tolong nenek dengan
ikhlas ya” Ujar Nek Isah sambil tersenyum. Qisy hanya tersenyum hambar.
Qisya menjinjit dua buah bekas yang
diletakkan di dalam satu beg plastic sambil berjalan kegirangan. Zikir memuji
Illahi sentiasa membasahi bibir merahnya. Seketika kemudian, langkah kakinya
terhenti di depan rumah Nek Mah. Matanya tertancap pada figura seorang lelaki
yang sangat rupawan yang sedang berehat di beranda rumah kayu itu. Dia
teragak-agak untuk melangkah. Ah, sudah sampai takkan nak patah balik pula?
Qisya menguatkan semangatnya.
“Assalamualaikum...” ujar Qisya
sebaik dia tiba di depan rumah Nek Mah. Lelaki itu masih kaku. Sesekali
kepalanya terangguk-angguk. Matanya separuh terbuka dan kadangkala terpejam.
Seakan-akan menghayati sesuatu. Apa yang dia buat? Qisya memberanikan diri
untuk melangkah lebih dekat.
Kakinya kini berada di depan tangga
rumah itu. Patutlah tak dengar orang bagi salam, telinga dah ‘pekak’ rupanya.
Hailah, penta aku menjerit bagi salam tadi.
“Assalamualaikum!” kali ini lebih
kuat nada Qisya. Lelaki itu tersentak lalu mencabut kedua belah earphonenya.
“Hurm cari siapa?!” tegas sura si
Amzar Faiq. Tersentak Qisya dibuatnya. Mamat ni bendera jepun ke?
“Sa..saya datang nak hantar kuih ni
pada Nek Mah. Di..Dia ada?” gagap Qisya bertutur dek taut melihan panahan tajam
mata lelaki itu.
“Nek Mah? Siapa dia? Saya tak pernah
kenal.. Awak siapa?” Amzar Faiq sengaja mahu mengenakan gadis itu. Entah
mengapa, hatinya yang keras kini bagaikan sudah lentur apabila melihat keayuan
gadis itu. Selendang berwarna kuning yang dililit kemas menambahkan lagi
keseriannya. Baju kurungnya pula tampak ringkas tetapi menawan. Eh? Kau kenapa
Amzar?
“Hah? Takkkan saya salah rumah
pulak. Dah 20 tahun saya tinggal dekat sini. Mustahilah” Qisya mengerutkan dahi
tanda berfikir. Nek Mah dah pindah? Tak mungkin! Pelbagai spekulasi menular di
mindanya.
“Siapa yang datang tu Amzar?” sapa
satu suara lalu menepuk bahu lelaki itu perlahan.
“Erk!...”kelu lidah Amzar Faiq untuk
menjawab. Qisya yang berasa tertipu membulatkan matanya ke arah lelaki itu.
Amzar menggaru belakang tengkuk tanda bersalah sambil tersenyum malu. Sebelum
Tok Nek naik angin, baik dia blah. Amzar Faiq berlalu segera ke dalam rumah.
“Oh..Qisya..masuklah” pelawa Nek
Mah.
“Tak apalah Nek Mah, Qisya datang
sekejap sahaja. Nek Isah bagi kuih seri muka..”Qisya menghulurkan sebekas kuih
seri muka lantas disambut oleh Nek Mah.
“Nek Mah nak pindah ke?”soal Qisya
polos.
“Pindah mana pulak Qisya? Nek Mah ni
dah tua..Lagipun rumah nikan banyak menyimpan memori. Tak mungkin Nek Mah nak
pindah”
“Ye ke? Habis lelaki tadi cakap dia
tak kenal Nek Mah”
“Lelaki tadi? Amzar Faiq? Lah itu
cucu Nek Mah. Dia saja usik kamu tu”
“Erk! Qisya balik dulu ya Nek Mah.
Nak hantar kuih dekat rumah Mak Su Samiah pula” Qisya menahan geram. Tak guna
punya lelaki. Penipu!
“Hati-hati jalan” pesan Nek Mah
semasa Qisya menyalam tangannya. Qisya mengangguk dan tersenyum manis.
“ASSALAMUALAIKUM cik kak.
Amboi berangan..”tegur Qisya lalu menghampiri Alia, sepupunya.
“Eh Qisya, rindu kau. Ni datang ni mesti nak bagi something kan?”
“Eh mana tahu?”
“Mestilah..Kalau tak, takkan kau
jejak kaki kat rumah aku ni”
“Hehehe” Qisya hanya tersenyum
‘kambing’.
“Kuih apa ni?” tanya Alia sebaik
merampas bekas itu dari tangan Qisya.
“Isy,
kau ni tak menyabar betul. Ni kuih seri muka. Nek Isah yang buat”
“Hehe macam tak kenal aku pulak.
Alahai rindunya nak jumpa nenek. Jom pergi rumah dia?” ajak Alia. Sudah lama dia tidak pulang ke kampung
kerana sibuk belajar di ibu kota. Kesempatan seperti inilah yang seharusnya digunakan
untuk melawat Nek Mah. Rindu pada wanita tua itu semakin menebal.
Mereka berjalan beriringan. Gelak
tawa menjadi halwa telinga. Sampai di depan pagar rumah kampung itu, mereka
terkejut. Langkah diberhentikan serta merta.
“Hah kau nak ke mana ni Alia?” tanya
Mak Su Samiah garang.
“Nak ke rumah Nek Isah”
“Aku tak benarkan kau pergi..
Lagi-lagi dengan budak perampas ni!” dia menjerkah kuat. Qisya hanya mampu
menunduk. Alia pula menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Mak sepatutnya dah kenal mana
pahala dan dosa. Mak dah cukup matang untuk berfikir” Alia membidas. Bukan
niatnya untuk berkurang ajar tetapi dia mahu menyedarkan emaknya yang sudah
dibuai penyakit hati iaitu dendam.
“Kau jangan pandai-pandai nak ajar
aku!!”
“Sudahlah Alia, saya balik dulu..”
Qisya meminta diri.
“Aku nak kena buang badi rumah ni.
Budak sial a.k.a budak perampas dan cemari rumah aku ni” jerit Mak Su Samiah
setelah Qisya melangkah keluar pagar. Qisya hanya mampu menahan sebak di dada.
Air mata yang ingin mengalir segera dikesat.
QISYA
menuntun basikalnya yang pancit itu. Keringat yang mengalir di dahi segera
dikesat dengan belakang tangan. Haih! Kenapalah waktu begini tayar ni nak
pancit? Bisik Qisya dalam hati.
Pin! Pin!
Qisya mengurut dada. Terkejut dia
dibuatnya. Siapa pula yang tekan hon dalam kampung ni? Ingat ni bandaraya Kuala
Lumpur ke? Dia berpaling.
Seorang lelaki segak keluar dari
Mini Cooper X berwarna biru. Dia berjalan menuju ke arah Qisya. Qisya mencebik.
Mamat ni lagi?
“Pancit ke?” soal lelaki itu.
“Taklah, saja nak exercise” balas Qisya selamba. Geram di
hati masih berbaki.
“Eh, awak ni! Saya tanya elok-elok
kan?” Berapi Amzar dibuatnya.
“Saya jawab elok-elok kan?”
“Ignore
it..Jom, naik dengan saya. Basikal tinggal sini” arah Amzar.
Qisya tersentak. “Eh, eh..saya tak nak
naik dengan awak...Buatnya awak...erk!” Qisya tidak menghabiskan kata-katanya.
“Saya apa? Saya ngap awak? Kalau
saya nak ngap awak, tunggulah kita halal dulu..”
Amzar kenyit mata pada Qisya.
Eh, aku cungkil mata tu nanti! Panas hati Qisya dibuatnya.
Qisya terus menuntun basikalnya
tanpa mempedulikan Amzar. Amzar segera mengejar gadis basikal itu.
“Awak tak takut kena kacau dengan
kerbau ke?”
Qisya terkejut lantas melepaskan
basikalnya ke tepi dan segera masuk ke dalam kereta Amzar. Dahinya berpeluh-peluh.
Amzar pelik! Dah kenapa dengan gadis basikal ni? bisik hatinya.
Amzar masuk ke dalam kereta dan
menghidupkan enjin. Qisya di sebelah dikerling.
“Awak, kalau saya tanya, awak jangan
marah ya?” soal Amzar sopan. Qisya hanya mengangguk. Mukanya pucat.
“Kenapa lari bila saya sebut
kerbau?”
“Saya pernah kena kejar dengan
kerbau masa kecil dulu”
Seketika kemudian, tergelak Amzar
gelak sakan sambil mengetuk-ngetuk stereng. Qisya merenung tajam. Amzar
berhenti ketawa dan memulakan perjalanan. Cari maut kalau terus ketawa.
AMZAR duduk di pangkin rumah neneknya
sambil tersenyum-senyum kambing seorang diri. Kelakar pula rasa hati apabila
mengingati kenangan bersama Qisya di siang hari tadi.
“Tersenyum-senyum ni ada apa-apa
ke?” tegur Nek Mah dari belakang.
“Eh, mana ada apa-apa nek” Amzar
Faiq cuba menyembunyikan perasaannya.
“Eleh! Tok Nek nak tahu tak? Tadi
abang bawa kakak yang naik basikal tu..Guna kereta dia..” sampuk Nina. Amzar
tersedak. Tak sempat nak tutup mulut adiknya itu.
“Qisya ke?” Nek Mah menginginkan
kepastian.
“Erk!...” Amzar kelu.
“Yelah tu” sampuk Nina sekali lagi.
“Erm, kalau yang itu nenek setuju
100%”
“Nina pun”
Amzar tersenyum. Yeah! Greenlight dah dapat. Bukan satu tapi
dua. Next step, Amzar! Chaiyok!
“HAI, gadis basikal..” Amzar menegur
gadis itu. Dia yang ketika itu sedang menuntun basikal, memberhentikan langkah.
Bibir diketap kegeraman. Basikal ni pun satu. Asal rosak je mesti jumpa mamat
ni, asal jumpa mamat ni mesti rosak. Semalam tayar pancit, hari ni rantai pula
putus. Aduhai! Qisya berbisik di dalam hatinya.
“Eh,
awak ni kenapa? Nama saya punyalah sedap, awak boleh panggil saya macam tu
pula!” marahnya geram.
“Okey,
so nama awak apa?”
“Erk!...”
Qisya kelu.
“See, awak yang tak nak bagitahu nama. That’s why, saya panggil awak gadis
basikal sebab saya tak tahu nama awak”
“Okey
fine. Nama saya Qisya Qisara. Puas
hati?”
“Puas
sangat-sangat. Nice name..Qisya
Qisara” dia mengulang nama itu perlahan-lahan sambil masuk ke dalam kereta.
Qisya mengetap bibir menahan geram.
“Eh,
sekejap!” laung Amzar.
Qisya
menghentakkan kakinya.
“Tak
nak tumpang?”
“Tak
perlu. Dah nak sampai.”
“Oh
okey, awak tak nak tahu nama saya?”
“Perlu
ke?”
“Even awak tak tanya, saya tetap nak
bagitahu. Nama saya Amzar Faiq”
“Whatever!”
Qisya melajukan langkah sambil menuntun basikal tua milik neneknya itu. Berat!
Penat! Semuanya ada.
“KAWAN?” Amzar menghulur tangan.
“Erk! Awak ajnabi saya” balas Qisya.
“Sorry
saya lupa” Amzar menggaru belakang kepala. Macam mana kau boleh lupa ni Amzar
oi! Taktik tak menjadi.
“It’s
okay. So, kenapa awak ada dekat sini?”
“Erk!
Awak reti speaking?” Amzar terkejut.
“Apa
awak ingat orang kampung macam saya ni buta English?” geram Qisya dengan soalan
Amzar itu.
“Bukan
tu maksud saya..Erk! Just drop the topic! So, kawan?” soal Amzar sekali lagi.
Qisya
menimbang-nimbang permintaan lelaki itu. Otaknya ligat berfikir. Tak salah
kalau berkawan kan? Bukannya buat apa pun. QIsya sempat bermonolog di dalam
hati seraya dia mengangguk tanda setuju.
“QISYA, jom kahwin!” ajak Amzar teruja.
“Awak
ni dah buang tabiat ke?”
“Taklah,
semalam saya mimpi kita kahwin. Demi merealisasikan mimpi saya, jomlah kita
kahwin”
“Gila!”
“Saya
gilakan awak saja” jawab Amzar selamba sambil mengenyit mata.
Belum
sempat Qisya buka mulut, Nek Isah datang menghampiri mereka sambil membawa
sebekas mangga muda yang sudah dipotong berserta sedikit kuah rojak. Peh! Colek
petang-petang macam ni memang sedap. Amzar kecur air liur.
“Siapa
yang gila?” tanyanya.
Qisya
menunjukkan figura Amzar. Nek Isah hanya menggeleng sambil tersenyum.
“Ni
datang kenapa? Nek bukannya apa, tak elok kalau orang kampung tengok kamu
berdua selalu berjumpa..Nanti dituduhnya nenek tak pandai jaga cucu.” luah hati
tua itu.
“Saya
datang ni nak masuk meminang Qisya..” jawab Amzar sambil mencolek sekeping
mangga. Matanya tidak berkalih daripada memandang Qisya.
“Hah?!”
jerit Qisya terkejut. Nek Isah hanya tersenyum. Senyum penuh makna.
“Eh,
saya datang nak minta pinang..Tok Nek suruh ambil” cepat-cepat Amzar
membetulkan ayatnya. Aduh, mulut! Janganlah malukan tuan kau.
Qisya
mengusap dada. Ingatkan apalah tadi.
Assalamualaikum.. Hye jumpa lagi >_< actually cerpen ni panjang. Ada dalam 30++ pages so saya buat part lebih drp 2 ye. Sorry :P Selamat membaca. Salah silap harap tegur. Just drop u comment.
Label: cerpen bersiri 2014