NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
#SegmenMuhasabahDiri: Bumi Palestin, Bumi Agung
Isnin, 18 Ogos 2014 | Ogos 18, 2014 | 7comments


Mari Renungkan..

 


        Dahulunya, Palestin merupakan sebuah negara bebas dan aman damai sehinggalah datangnya tentera laknatullah iaitu rejim Zionis yang menceroboh tanah Palestin sesuka hati.




      Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya beryukur kerana kita tinggal di negara yang aman dan damai tanpa sebarang peperangan. Bersyukurlah teman. Firman Allah dlaam surah Ibrahim ayat 7:

       Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berjanji kepadamu: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu”




      Sayu hati melihat anak kecil ini meratapi pemergian keluarganya. Meratapi kemusnahan yang melanda tanah Palestin dek  kerakusan Israel Laknatullah membunuh nyawa-nyawa yang tidak bersalah di bumi ini.




         Meskipun tanah Palestin diserang hebat, kanak-kanak ini tetah tabah mengagungkan bendera negara mereka. Ya Allah, cekal sungguh insan itu. Aku terfikir sejenak. Mampukah aku memiliki semangat sepertinya? Cekalkah aku sepertinya? Wallahualam.




        Bagi mereka yang berperikemanusiaan, gambar ini sedikit sebanyak dapat membuatkan mereka mengalirkan air mata. Bayangkan kita berada di tempat mereka, dapatkah kita setabah mereka?  Kehilangan keluarga, kekurangan makanan dan ubat-ubatan? Kita di  bumi Malaysia, kaya dengan makanan. Lebihan makanan dibuang begitu sahaja sedangkan mereka? Sebiji kurma dikongsi beramai-ramai.

       Luluh hati melihat penderitaan mereka. Mereka sanggup bermandikan darah demi mempertahankan tanah Palestin yang sangat mereka sayangi. Cuba ambil masa dan bertanya pada diri kita. “Jika aku berada di tempat mereka, mampukah aku mempertahankan negaraku seperti mereka?”  Hanya Allah yang memiliki jawapannya.



         Wanita ini sungguh tabah. Sebagai seorang ibu, pastinya mereka mahu zuriat mereka membesar dengan sihat, tapi apakan daya? Allah lebih menyayanginya. Subhanallah, bersabarlah Hawa. Allah ada di sampingmu.





         Wahai  Briged IzzudinAl-Qassam, semangatmu begitu tinggi, berjuanglah hingga ke titisan darahmu yang terakhir. Ada ganjaran untukmu di syurga. Allah sentiasa membantumu. Percayalah, kemenangan bakal menjadi milikmu kelak.



         Allah Maha Mengetahui. Percayalah bahawa janji Allah itu benar-benar belaka. Tunggulah saat di mana kemenangan berpihak kepada kamu. Pada saat itu, hancurlah Israel Laknatullah.



           Kami tidak mampu membantumu mengangkat senjata, mempertahankan tanah Palestin bersama-samamu tapi kami mampu mengirim doa. Doa senjata mukmin. Sabarlah ya muslimin! Berdoalah, berdoalah dan terus berdoa demi sebuah kesejahteraan..


Note: Betulkan saya jika saya salah.. Mengalir air mata ketika menulis entry ini..


Label:


Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go