NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
Cerpen: Doa Seorang Anak (Mengenang MH17)
Sabtu, 23 Ogos 2014 | Ogos 23, 2014 | 12comments


Terimalah cerpen ni. Baru siap then terus up. Harap tegur kalau ada salah dan silap. Tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah mati 




Play and repeat lagu ni masa baca cerpen ni. Cuba hayati slow-slow dan ambil iktibar. Selamat Membaca ;)

“TOK, bila mama nak balik?” soal Fateh, anak kecil berumur 7 tahun itu.

            “Mama pergi kerja. Nanti mama balik” beritahu si Nenek agar cucunya itu berhenti bertanya tentang keberadaan mamanya.

            “Tapi kenapa adik dengar orang dalam tv sebut nama mama? Mama masuk tv ke tok?”

            Salmah menahan sebak yang tidak terhingga. Sungguh polos pertanyaan cucunya itu. Dia memeluk Fateh erat. Air mata yang ditahan mengalir jua.


            “Tak ada apa-apalah. Adik salah dengar kut. Ramai lagi yang nama sama macam mama” bohong Salmah. Dia bukan sengaja mahu berbohong. Kalau diceritakan kepada cucunya, pasti Fateh akan mengamuk dan menangis tidak berhenti. Suatu hari nanti, pada masa yang sesuai, cucunya itu akan tahu jua.

            “Tok, mana baju mama?” tanya anak kecil itu lagi.

            “Nak buat apa?”

            “Nak peluk masa tidur. Adik rindu mama” Fateh mencebikkan bibirnya. Begitulah keletahnya apabila menahan kesedihan. Air hangat mengalir di pipi. Merah mata anak kecil itu. Bertambah sayu hati si nenek.

            “Tak nak peluk papa?” celah si bapa dari belakang. Dia tersenyum. Bohonglah jika dia tidak bersedih. Siapa yang tidak sedih jika kehilangan isteri tercinta?

            “Adik nak peluk papa dan mama. Barulah lena tidur” Fateh mengesat air matanya dengan leher baju. Salmah mengesat air mata dengan belakang tangan.

            Fateh berlari ke arah papanya lalu duduk di atas riba. Faris menatap wajah anaknya itu. Fateh memegang kedua belah pipi papanya.

            “Papa,kenapa mata merah? Pipi pun dah tak comel macam adik”

            “Tak adalah. Perasaan Fateh aje tu” dalih Faris. Dia segera berpaling.

            “Adik nak tunggu dekat luar dengan tok wan. Mana tahu mama balik tiba-tiba kan?” dia lantas berlari keluar rumah seraya duduk bersama-sama tok wannya yang ketika itu ralit menggulung rokok daunnya.

            “Kesian mak tengok di Fateh tu Faris” Salmah mengeluh.

            “Nak buat macam mana mak..Esok, kita kena pergi KLIA. Jenazah dijangka tiba pukul 10 pagi.” beritahu Faris setelah dia dihubungi pihak berkenaan.

            “Fateh?”

            “Kita bawa dia sekali” Faris sudah nekad. Esok dia mesti beritahu Fateh akan hal yang sebenar. Dia tidak mahu anaknya itu ternanti-nanti lagi akan kepulangan isterinya, Syahrina.

            “Mak ikut saja apa kata kamu” ujar Salmah. Matanya yang berkaca itu dibiarkan sahaja. Anak yang dikandung Sembilan bulan kini sudah menghadap Illahi. Salmah ingat dirinya akan pergi dulu rupa-rupanya Syahrina yang pergi meninggalkan mereka. Hanya Tuhan yang tahu betapa remuknya hati seorang ibu setelah mendapat tahu berita kematian anaknya.

            Syahrina seorang anak yang baik dan patuh. Perginya dia ke luar negara adalah untuk menuntut ilmu. Kepulangan yang sepatutnya diraikan kini bertukar menjadi kesedihan. Dia dan penumpang-penumpang lain telah terlibat dalam suatu nahas pesawat.

            Dia rindu akan anaknya itu. Sudah hampir setahun Syarina tidak pulang ke Malaysia kerana sibuk dengan pelajarannya. Tahun ini mereka ingin menyambut lebaran bersama. Malang tidak berbau. Syahrina kini sudahpun pergi menghadap Illahi.


FARIS menatap langit yang kelam di beranda rumah kampung itu. Tiada bintang. Tiada bulan. Ia bagaikan turut memahami betapa remuk hatinya. Isteri tercinta tiada di sisi lagi. Dia mengimbas kembali detik perkenalannya dengan Syahrina. Dia terlanggar Syahrina di sebuah stesen bas di Ipoh, Perak. Ketika itu, Syahrina hanya senyap dan tidak bersuara sepatah pun. Tapi dia tahu Syarina marah kerana ia terpancar pada wajah wanita itu.

            Setelah mengutip bukunya yang terjatuh, Syahrina segera berlalu. Faris perasan akan sesuatu. Sehelai kertas bertulis nama, alamat dan nombor telefon gadis itu terjatuh. Mungkin terkeluar dari dalam bukunya tadi. Faris memberanikan diri untuk mendail nombor itu. Semenjak itu, mereka sering berhubung. Syahrina juga tidak marah pada dirinya lagi.

            Sehinggalah suatu masa di mana dia dan Syahrina mengambil keputusan untuk berkahwin. Setahun kemudian, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Muhammad Fateh.

            “Papa...” rengek Fateh. Faris menoleh ke belakang. Kelihatan Fateh sedang memeluk boneka spongebobnya sambil mencebik.

            “Kenapa tak tidur lagi ni sayang?” dia mendukung Faris lalu diletakkan di atas riba.

            “Papa, I really miss mama so much” luah anak kecil itu. Berkat ajarannya dan isterinya, anak kecil itu boleh bertutur sedikit dalam bahasa Inggeris.

“Kalau Fateh rindu mama, cuba Fateh tengok langit tu. Cantik kan? Fateh bayangkan mama tengah senyum sambil lambai tangan dekat Fateh. Mama dapat tengok Fateh cuma Fateh aje yang tak nampak mama” Faris sebak.

Fateh melambaikan tangannya. “Adik tak nampak mama kan? Tapi mama nampak Adik. Mama, cepatlah balik. Nanti kita boleh pergi holiday sama-sama. Buat istana pasir, cari seashells. Mama kan suka holiday tepi pantai? Nanti kita suruh papa bawa pergi pantai okey?” Anak kecil itu begitu polos. Dia berbicara sambil memandang langit. Berbeicara seolah-olah mamanya ada di depan mata.

Faris tersenyum dalam kesedihan. Polos sungguh tingkah anaknya itu. “Adik, macam mana kalau mama tak balik-balik?” Faris cuba menyoal anaknya.

“Mama pergi mana?”

“Manalah tahu suatu hari nanti mama pergi tinggalkan kita. Let’s say mama meninggal, apa yang adik akan buat?” Faris mengentalkan hati lelakinya. Air mata ditahan sebaik mungkin. Tidak akan sesekali dia menangis di hadapan anaknya itu. Dia sepatutnya menajdi pemimpin. Pemimpin yang gagah di mata Allah dan anaknya.

“Mama meninggal? Adik ikutlah mama” jawab Fateh selamba. Anak kecil! Apalah yang dia faham dengan erti kematian?

“Mana boleh, Allah tak panggil adik lagi”

“Suatu hari nanti, Allah mesti panggil adikkan?” Fateh bijak berbicara.

“Adik pun nak tinggalkan papa?” Faris sebak. Fateh menggenggam erat tangan papanya dan sebelah tangan lagi digunakan untuk mengusap pipi kacak itu. Dia mencium sebelah lagi pipi papanya.

“Mana boleh adik tinggalkan papa, nanti adik bosan. Tak ada orang nak main dengan adik. Kalau Allah panggil adik, adik suruhlah Allah panggil papa sekali” Fateh tersenyum.

Kelu lidah Faris untuk meneruskan bicara. Dia segera mencium ubun-ubun anaknya itu. Satu-satunya peninggalan arwah isterinnya.

Good boy. Okey now pergi masuk tidur. Esok nak pergi berjalan” melompat Fateh dari riba Faris dan menjerit keriangan.

“Yeay, boleh jalan-jalan” dia terus masuk ke dalam rumah.

Faris terus melayani perasaannya di luar. Sebentar tadi, dia sempat menyedekahkan Surah Yaasin kepada arwah isterinya.


“PAPA, kenapa ramai sangat orang? Kenapa dia orang pakai baju hitam? Adik tak sukalah. Tak cantik! Macam orang sedih” Fateh bertanya kepada Faris. Salmah dan suaminya hanya mampu memasang telinga.

            “Adik, sebenarnya mama dah meninggal” Faris terus memberitahu anaknya keadaan yang sebenar.

            “Papa..semalam adik mimpi mama. Mama cakap selamat tinggal dekat adik. Apa maksudnya pa?” soal Fateh lagi.

            “Mama dah meninggal. Mama dah pergi jauh dari kita. Mama pergi jumpa Allah. Allah dah panggil dia. Adik jangan sedih sebab adik masih ada Allah, papa, tok dan tok wan.” pujuk Faris apabila melihat air mata mengalir di pipi tembam kanak-kanak itu.

            “Adik nak ikut mama boleh?” Fateh bersuara dalam tangisan. Salmah dan suami sudah hanyut dalam dunia kesedihan mereka. Bibir tidak kering dengan bacaan ayat-ayat suci al quran.

            “Adik pun nak tinggalkan papa?”

            “Kita ikutlah sama-sama” dia teresak-esak.

            “Tak boleh sayang. Dunia mama dengan dunia kita lain” terang Faris. Fateh terus-terusan menangis. Dia memeluk papanya. Basah baju Faris di bahagian bahu dek tangisan Fateh. Dia sedikit pelik apabila melihat Fateh tidak meraung. Namun, syukur Alhamdulillah kerana anaknya itu berperangai elok. Mungkin dia memahami apa yang berlaku.

            Jenazah Syahrina dibawa dengan penuh adat istiadat oleh Angkatan Tentera Malaysia. Faris dan keluarga yang lain mengiringi kereta jenazah ke rumah Salmah.

            Fateh hanya memandang sayu keranda yang dibaluti Jalur Gemilang itu. Dia menangis tetapi tidak kuat. Dia takut kalau mamanya memarahi dia kerana menangis dengan kuat. Mamanya tidak suka dia meraung kerana kata mama, tidak baik begitu. Entahlah, dia sendiri tidak faham apa maksud mamanya.

            “Papa, adik nak cium mama boleh? For the last time” pinta anak kecil itu.

            “Tak boleh sayang. Bukan papa tak nak bagi tapi....”

            Fateh terus berlari menuju ke anggota tentera yang berada berdekatan dan mengajukan soalan.
            “Pak Cik, adik nak cium mama boleh? Adik rindu mama” dia menangis.

            Pegawai tentera itu hanya menggeleng tanda tidak boleh. Sebak hatinya melihat anak kecil itu. Fateh terus beralih kepada pegawai tentera yang lain. Faris yang melihat hanya menggeleng lemah. Dia tewas! Air matanya turut mengalir. Sedih melihat puteranya yang bagaikan meminta sedekah untuk mencium wajah mamanya buat kali terakhir. Dia mendapatkan Fateh dan terus mendukung anak itu.

            “Papa, dia orang jahat. Kenapa adik tak boleh cium mama? Adik rindu sangat dekat mama. Adik rindu nak peluk mama, nak usap pipi mama” anak kecil itu mengadu pada papanya. Tersentuh hadirin yang hadir ke rumah Salmah bagi melawat jenazah.

            “Bukan dia orang tak nak bagi sayang. Nanti bila adik dah besar, adik akan tahu sebabnya.” Faris memberikan jawapan selamat. Fateh berlari lalu memeluk hujung keranda di bahagian kepala jenazah mamanya itu.

            “Mama ni adik. Mama dengar tak? Adik rindu nak peluk..Nak cium mama. Tapi dia orang tak kasi. Papa kata mama dah meninggal. Adik nak ikut mama boleh? Adik pergi dengan papa nanti okey? Mama tunggu kami tahu. Mama suruhlah Allah panggil adik dan papa. Nanti kita boleh jumpa” anak kecil itu meluahkan rasa di hatinya sambil mengusap-ngusap keranda itu seolah-oleh mengusap kepala mamanya. Faris tidak dapat menahan sedih. Dia menangis. Semua hadirin yang hadir turut sebak menyaksikan kelakuan Fateh itu. Anggota tentera yang terlibat itu turut sama mengalirkan air mata.

            “Adik, pergi duduk dekat nenek. Dia orang nak sembahyangkan mama” arah Faris selepas mengesat air mata.

            “Sekejap pa” Fateh mengangkat tangan tanda sebentar.

            “Mama, adik dah tak boleh cium mama tapi nanti mesti boleh. Mama tunggu adik dengan papa ya? nanti kami datang. Assalamualaikum mama” Fateh mengucup keranda itu lama. Dia bangun dan beredar.


DI tanah perkuburan, Fateh turut sama menguis-nguis tanah untuk mengambus liang lahad mamanya. Dia ingin menangis tetapi cuba ditahan. Masih ingat lagi kata-kata mama; Orang lelaki kalau menangis malulah. Itu kata-kata mama setiap kali dia menangis selepas jatuh.

            Faris sebak melihat Fateh yang berusaha menyelinap di celah-celah orang ramai dan cuba membantu mengambus liang lahad isterinya itu. Meskipun tangannya kotor, Fateh tidak ambil peduli. Dia juga ingin berbakti buat kali terakhir pada mamanya.

            “Kesian mama. Mesti tak bestkan duduk dalam tanah. Tak apa, nanti adik dengan papa datang, kita duduk dalam syurga nak? Mesti best. Cikgu kata, syurga tu cantik sangat. Tak boleh fikir macam mana cantik syurga” Fateh menepuk-nepuk tanah di atas kubur itu seraya dia tersenyum.

            “Papa jom balik” ajak Fateh.

            “Adik tak sedih lagi?” Faris hairan. Begitu cepat mood anaknya berubah.

            “Adik tak boleh menangis. Mama cakap, orang lelaki kalau menangis malulah.” dia mendepakan tangan tanda hendak didukung. Faris mendukung anaknya tanpa sepatah bicara.

            “Papa pun tak boleh menangis. Nanti mesti mama ejek papa” Fateh mengsat air mata Farisd dengan telapak tangannya. Faris tersenyum. Inilah hadiah paling berharga dari Allah dan inilah juga peninggalan arwah Syahrina kepadanya.

            “Look at me..Smile” Fateh tersenyum dan cuba mengajar papanya. Faris hanya menurut.

            “Good boy!” puji Fateh. Hadirin yang hadir tersenyum dalam kesedihan.


“MALAM ni, adik nak tidur dengan kain batik mama tu boleh tak papa?” pinta Fateh lalu menghalakan tangannya pada sehelai kain batik yang sangat disukai oleh arwah Syahrina. Faris mengangguk seraya si kecil itu terus turun dari katil dn berlari mendapatan kain batik itu.

            Fateh memeluk kain itu erat. Bau minyak wangi arwah Syahrina menusuk hidungnya. Bau yang sangat dirinduinya. Fateh menangis.

            “Janganlah nangis sayang. Tak malu ke?” Faris tersenyum cuba memujuk. Fateh segera mengesat air matanya.

            “Mana ada adik menangis. Adik cuma teringat dekat mama aje” Fateh menyangkal.

            “Sudah, tidur. Dah malam sangat ni” arah Faris lalu memimpin puteranya ke katil.


FATEH menarik kerusi lalu duduk di atasnya. Dia mengucapkan terima kasih kepada toknya setelah menghidangkan sepinggan nasi kepada Fateh. Doa dibaca oleh tok wannya dan mereka mula menjamah selera pada tengahari itu.

            “Eh, ada asam pedam. Mama suka ni. Nanti adik nak bungkus kat mama. Tok simpan sikit ya.”

            Fateh bangun seraya ingin berlalu ke sinki. Faris terkejut lalu segera menegur.

            “Adik nak pergi mana? Nasi tak habis lagi”

            “Adik nak makan dekat kubur mama. Kesian dia tak dapat makan. Lagipun mama selalu tegur adik sebab adik tak suka makan asam pedas. So, adik nak tunjuk dekat mama yang adik dah makan asam pedas. Mesti mama gembirakan?”

            Salmah menitiskan air mata. Suaminya mengusap-ngusap kepala cucunya itu dengan lembut. Kasihan Fateh!
            “Adik...Berapa kali papa nak cakap! Mama dah tak ada!” tanpa sedar, suara Faris naik satu oktaf. Fateh yang terkejut, berlari masuk ke dalam bilik dan menangis sendirian.

            “Faris..” tegur Salmah. Faris segera membasuh tangan dan mengejar Fateh.

            Fateh mengambil bantal peluk dan menangis. Faris yang baru hendak mengetuk pintu, terhenti seketika setelah mendengar suara anaknya itu.

            “Mama...Papa marah adik. Dia tak sayang adik lagi...”

            Faris terus membuka pintu dan memeluk anaknya itu. “Papa sayang adik sangat-sangat.Forgive me?” Fateh hanya mengangguk dan membalas pelukan papanya.

            “Adik, mama dah tak ada. Dia dah pergi jauh. Adik tak boleh sedih. Adik kena lepaskan mama. Jangan asyik ingatkan dia. Adik tak nak mama sedihkan?” soal Faris. Fateh menggeleng pantas.

            “Adik kena banyak berdoa. Jangan sedih! Allah kan ada? Doa apa dia. Moga-moga mama gembira di sana”

            Fateh mengangguk. Dia mengangkat tangan lalu berdoa.

            “Ya Allah, bagilah mama gembira. Maafkanlah silap mama. Semoga adik boleh jumpa mama. Ya Allah panggillah adik dengan papa.Amin” Dia meraupkan mukanya dnegan kedua belah tangan.

Faris nekad. Dia akan membesarkan anak ini dengan sebaik-baiknya. Biarlah anak ini cukup dengan didikan yang sepatutnya. Semoga  roh Syahrina ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

 #maaf tak repeat baca. Baru siap then terus post. Sedih kenang mh17 :(

Label:


Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go