#SegmenMuhasabahDiri: Sahabat Sejati, Penyejuk Hati
Jumaat, 11 Julai 2014 |
Julai 11, 2014 | 2comments
Naik motor pergi pekan,
Singgah kedai beli ikan,
Salam perkenalan saya hulurkan,
Ayuh baca jangan abaikan..
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
Sahabat sejati penyejuk hati. Itulah dia madah bicara kita pada kali ini. Apakah maksud sahabat sejati? Sahabat sejati ialah orang yang sentiasa berada di sisi kita tika susah dan senang.
“Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.” (Riwayat Ahmad)Namun, akhir-akhir ini, semakin sukar kita mencari sahabat sejati. Kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh pancaroba. Yang penuh cabaran di hadapan. Cabaran yang tidak kita ketahui.
Sahabat sejati itu ibarat emas. Hilangnya ia maka hilanglah sinar yang mewarnai kita. Sekali kita berkawan, biarlah kekal hingga ke jannah.
Jika kita hendak mengenali seseorang, lihat dengan siapa dia berkawan. Jika dia berkawan dengan para ulama maka dekati dia. Jika dia berkawan dengan pemaksiat (jahat) maka jauhi dia. Itulah prinsip yang sepatutnya kita pegang. Bukan bermakna semua orang jahat adalah jahat, Adakalanya kita perlu juga mendekati mereka. Memberi nasihat kepada mereka. Moga-moga terbuka pintu hatinya.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Kalau kita sudah jumpa sahabat macam ini, ayuh hargai persahabatan itu. Jangan musnahkannya!
" Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari."sahabat sejati satu dalam seribu. Sahabat masa senang memang ramai tetapi sahabat sejati hanya satu. Doalah moga kita dipertemukan dengannya.
( Saiyidina Ali )
Kawan masa kita kaya, dia ada. Bila kita susah,dia lari. TTM hanya mendengar, bila bosan dia pun jalan. Sahabat Sejati sanggup susah dan senang bersama. menjaga aib dan rahsia kita.
Ayuh sama-sama muhasabah diri. Moga dapat perbaiki jati diri. Jangan sampai melalaikan diri. Ayuh kejar rahmat Illahi :)
#Maaf di atas ketelanjuran kata :) #SalahSilapSilaTegur
Label: #segmenmuhasabahdiri