Cerpen Bersiri: SBU 4
Ahad, 8 Jun 2014 |
Jun 08, 2014 | 15comments
ASSALAMUALAIKUM AND HYE..maaf lambat update. Seronok sangat holidaylah katakan >_<
Okay ada salah silap tegur. SILAKAN MEMBACA
“ALLAH
selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Muhd Nawfal
Irfan..Allah selamatkan kamu” nyanyi sekumpulan manusia. Nawfal terpana. Tangan
ditekupkan di mulut. Sungguh terharu. Dia tidak menyangka ada juga yang masih
ingat akan hari lahirnya meskipun lambat sedikit. Air mata lelakinya mengalir
setitik di pipi dek terlalu gembira. Mummy,
insan yang melahirkannya pun tidak ingat kan hari lahirnya. Andainya daddy masih ada, mesti sekarang tengah
gelak ketawa dengan daddy.
“Bro,
come on. Buruk kalau dah besar panjang pun nak menangis” Hariz cuba
membuat lawak. Hariz dan Am memeluk bahu sahabat kesayangan mereka itu. Kedua ibu
bapa sahabatnya itu hanya tersenyum.
“Ini air mata gembiralah ngok. Thanks kau orang... Thanks
aunty, uncle, umi dan abi. I’m
speechless now. Terharu sangat. Ingatkan tak ada orang yang ingat” Nawfal
cuba menahan sebak di dada.
“Mestilah kami ingat. Kami dah
anggap Nawfal macam anak kami sendiri. Kan?” Kata Encik Husaini, bapa kepada
Hariz sambil meminta persetujuan mengenai kata-katanya tadi daripada mama dan
papa Am.
“Bertuah Fal, masih ada kawan-kawan
dan keluarga angkat yang sanggup berkongsi kasih. Andainya....hmm” kata-kata
Nawfal tergantung di situ.
“Fal, tak baik macam tu. Macam
mempersalahkan takdir pula” tegur Encik Husaini merangkap guru agama di sebuah
sekolah rendah.
“Bukan macam tu maksud Fal....Fal
cuma...”
“Eh, jomlah makan...Fal potong kek
tu...Takkan nak suruh kami telan air liur saja” seloroh Am. Seisi keluarga yang
ada di situ menghamburkan tawa. Dia cuba merungkaikan suasana sedih yang
membelenggu seketika tadi. Dia tahu akan masalah keluarga Nawfal. Masakan tidak
tahu, hampir setiap hari dia cuba memberi Nawfal kata-kata semangat agar mampu
melalui kehidupan tanpa insan tersayang dan ditambah pula dengan perangai mummynya yang liar itu.
perghh! mohon jeles sekarang..Meleleh nengoknya :P
“Sekejap, ni semua idea kau ke
Hariz?” tanya Nawfal tiba-tiba.
Hariz melemparkan senyuman kerang
busuk kepada Nawfal. “Hehe..sorry bro. Alah, barulah surprise”.
Nawfal menjegilkan biji matanya. Hampeh punya kawan! Kita macam nak
tercabut jantung risaukan dia, dia boleh main-main.
Sekilas itu, seisi rumah ketawa
apabila melihat pipi Hariz dicalit dengan sedikit krim. Tanpa menunggu, Hariz
membalasnya.
Gamat rumah agam itu dengan suara
dan keletah Hariz dan Nawfal yang saling berkejaran. Tidak ketinggalan juga si
Am. Ibu bapa mereka hanya menggelengkan kepala. Seronok melihat Nawfal tersenyum.
Bukan mereka tidak tahu akan perangai mummy
Nawfal, malah terlebih tahu kerana pada merekalah tempat Nawfal meluah rasa.
SURAYA
melangkah turun dari tangga. Dia menuju ke arah Puan Mazura. Kepala dilabuhkan
di atas riba mamanya. Terkejut Puan Mazura dibuatnya. Tangan Puan Mazura mula
memainkan peranan. Diusapnya kepala
Suraya dengan penuh kasih sayang. Sungguh, dia amat menyayangi anak ini.
“Ma, I’m sorry” pohon Suraya sambil mendongak memandang mamanya.
“Sorry?
For what?” dia mengerutkan dahi. Rasanya Suraya tidak pernah berbuat salah
kepadanya.
“Sebab Aya buat mama marah hari itu”
mata dikerdipkan beberapa kali. Mulut dimuncungkan. Begitulah mukanya kalau ada
buat salah dan ingin meminta maaf.
“It’s
okay sayang. But, mama nak tahu juga insan mana yang buat anak mama yang
seorang ni tergila-gilakan dia?”
“Erk!
Mama, jom makan. Aya lapar.” Suraya cuba menukar topik perbualan. Malu
sebenarnya.
“Nope..
Mama takkan bergerak ke mana-mana till
you tell me whose the guy” Puan mazura bermain tarik tali. Suraya menggigit
bibir.
“Dia....dia...” Suraya takut-takut
untuk berbicara. Puan Mazura mengangkat kening tanda mahu tahu dengan lebih
lanjut.
“Assalamualaikum. Aunty Zura...Aya ada?” jerit seseorang
dari luar rumah. Ayish!
“Tu pergi tengok kawan datang” arah
Puan Mazura.
“Ma, actually dialah orang yang Aya suka tu?” Suraya berterus terang.
“WHAT!!!!”
bergema rumah itu dengan jeritan Puan Mazura yang kuat lagi nyaring. Suraya
menutup telinga yang sedikit bingit itu. Dada Paun Mazura turun naik dek nafas
yang tidak teratur. Jantungnya seakan berhenti mengepam.
“Aya tak boleh sukakan dia! No. CANNOT!” jeritnya sekali lagi.
“Erk!
What’s going on aunty? Aya?” tanya Ayish yang blur itu.
“Ayish jom kahwin!” ajak Suraya.
Bumm! dua jasad tergolek elok di
atas karpet mahal di rumah itu. Suraya tergamam. Abangnya yang baru balik itu
mencerlung melihatnya.
“What
you have done stupid girl? Kau ni tak boleh ke tak menyusahkan orang satu
hari? Apa yang kau tengok lagi? Tolonglah. Nak tunggu mama mampus baru kau nak
tolong” jerkah Haqeem. Tehingguk-hingguk bahu Suraya selepas menerima
tengkingan itu. Air mata pula semakin murah menuruni pipi. Tidak disangka
begini sekali kata yang akan dilemparkan padanya. Dengan kekuatan yang semakin
nipis, Aya mendekati Puan Mazura. Ditepuk-tepuk manja pipi tua itu. Suraya
meminta bibik membawakannya sebekas air. Kelihatan Haqeem sedang bercakap di
telefon. Butir bicaranya dapat didengari oleh Suraya.
“Hello,
honey....Sorry I ada hal sikit..Mama sakit. So, I rasa I tak dapat nak join
you all malam ni..Really sorry”
luah Haqeem dengan nada lunak sekali. Alangkah indahnya kalau suara itu yang
singgah di pelupuk telinga Suraya setiap hari. Ini tidak, dengan adik sendiri
pun jeling macam nak terkeluar biji mata. Suara? Dah boleh berkawan dengan
petir.
“Alah, darling..You tinggallah mama you tu. Kan adik you ada? I dah janji nak
bawa you malam ni..Maria dengan Kamal pun ada?” suara orang di sebelah sana
mula kedengaran. Nak termuntah hijau Suraya dibuatnya. Ya Allah, apa dah jadi
dengan abang aku yang seorang ini? Haqeem memandang Suraya garang. Dia tahu
Suraya memasang telinga. Selepas talian dimatikan, dia menghampiri Suraya.
“Stupid girl, kau jaga mama till dia
sembuh..Kalau tak, nahas kau..Aku ada kerja sikit” amaran yang dilemparkan
Haqeem kedengaran tegas. Haqeem segera naik ke tingkat atas. Mahu mandi dan
menukar pakaian. Sebaik kelibat Haqeem hilang, Suraya mencebik. Ceh, ada kerja
konon. Padahal nak pergi have fun
dekat pub. macamlah aku tak tahu. Dia tu suka panggil orang bodoh, tapi dia
lagi bodoh. Bodoh ilmu agama. Kesian betul! Tak ada perasaan takut langsung ke
dalam diri? Azab Allah tersangatlah pedih. Moha dia cepat bertaubat.
Aminnn....Dalam marah-marah, Suraya sempat mendoakan agar Haqeem berubah.
PUAN
Mazura mencelikkan mata. Dia terlihat susuk tubuh Suraya yang sedang berbaring
di sisinya. Wajah polos itulah yang sangat dia sayangi. Wajah itulah yang
sering menggembirakan hatinya di saat dia kesedihan. Dia mengerling di karpet
pula. Ayish terbaring tidak sedarkan diri. Masih pengsankah anak muda itu? Atau
dia sudah hanyut dalam tidurnya? Senyuman manis tersimpul di bibir Puan Mazura.
Niat Suraya memang murni sekali.
Tida dinafikan Suraya memang layak bergelar isteri. Serba serbi dia tahu.
Memasak, mengemas, membasuh dan sebagainya. Tapi, Puan Mazura terikat dengan
sebuah perjanjian. Disebabkan perjanjian itu, hatinya bolak-balik. DIa tidak
mahu melukakan hati anak gadis itu di samping dia mahu menjaga ketat perjanjian
yang dilakukan. Bukankah orang yang memungkiri janji iu merupakan ornag
munafik. Nauzubillah! Dia tidak mahu tergolong dalam golongan orang munafik.
Ayish bangun dari tidur lalu
memisat-misat matanya. Asal aku tidur rumah orang ni? Aduh Ayish...Ayish. Rumah
sendiri punyalah besar gedabak, rumah orang juga kau datang menyibuk. Ni kalau
tahu dek mama, mahu kena smash. Wait, aku dekat rumah siapa ni. Ayish
melilau memerhati sekitar. Macam kenal!
“Ayish dah bangun?” tegur Puan
Mazura.
“Erk!
Aunty, how can Ayish ada dekat sini?” tanyanya pelik.
“Ayish tak ingat?”
“Ingat apa?”
“Tak ada apa-apalah..”
“Okay, aunty, Ayish balik dululah ya. Kalau tahu dek mama Ayish tidur
rumah orang..Mahu dia smash. Hehe”
Ayish meminta diri.
Suraya tersedar. Eh, boleh pulak
tertidur. Ayish sudah berdiri dan mahu melangkah. Seketika Suraya teringat
kembali agendanya. Dia segera memanggil Ayish. Lelaki itu menghentikan langkah
lalu berpaling.
“Yes?”
soalnya.
Suraya menghampiri Ayish lalu
bercakap dengan nada perlahan sekali. “Jumpa tempat biasa esok. After Asar..Ada hal nak settle”
Ayish mengangguk lalu keluar dari
rumah itu. Puan Mazura tidk sedap hati. Apa pula rancangan gadis itu kali ini.
Kena siasat ni! Alah, sekali sekali jadi spy
apa salahnya kan? Mission start!
Label: cerpen bersiri 2014