NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
MINI NOVEL: DIA KESAYANGANKU 1
Ahad, 13 April 2014 | April 13, 2014 | 10comments

WOI lama tak nampak? Sampai hati tak bagitahu dah balik sini” sapa seorang lelaki sambil menepuk bahu aku. suara garau yang amat aku rindui!

“Assalamualaikum! Cik abang” perli aku sambil melemparkan senyuman sinis. Hampir tersembur air yang sedang aku nikmati.

“Err alamak... waalaikumussalam. Kau perli aku ya? Sorry he he he...”

“Jom lepak rumah aku malam ni. Mama tu sibuk sangat tanya mana anak kesayangan dia. Aku pulak jealous. Ha ha ha”

‘Senyuman yang sangat aku rindui. Gelak tawanya membuatkan aku tersenyuman simpul ke arahnya’. Arghh! What’s wrong with you Scha. Wake up!’ aku bermonolog di dalam hati.

“Tengok la nanti kalau aku rajin aku pergi” kataku acuh tak acuh. Sengaja aku mahu memancingnya.

“Ala janganlah macam tu bucuk-bucuk. By the way mama ada buat chocolate moist cake. Kau tak teringin ke nak rasa? Kalau tak nak tak apa aku volunteer habiskan” confirm minah ni sangkut punya. Dia sedang cuba menarik perhatian sahabatnya itu.



“Eee geli aku. bucuk-bucuk! kau ingat aku ni tak mandi ke ha? Eh ada chocolate moist cake ya? Erm bolehlah malam ni pukul 9 aku sampai” kataku sambil tersenyum riang.

“Macam tulah. Tapi tak lambat sangat ke pukul Sembilan? Pukul tujuh lah. Nanti aku ambil kau” ujarnya lagi.

“Amboi kau! Tahu la rindu aku ha ha ha..tapi solat?”

“Solat rumah aku. jemaah sama-sama. Ala macam tak biasa pulak” katanya sambil mengenyitkan sebelah matanya padaku.

‘Ya Allah sungguh indah ciptaanMu. Alangkah bagusnya kalau dia milik aku. Eh wake up la Scha!’

“Err aku balik dulu ya. Aku penat sangat lagipun baru sampai dari airport ni. Tiba-tiba rasa lapar tu yang berhenti makan area sini. Assalamualaikum bulat!” menggelitik hatiku melihat matanya yang terbuntang apabila mendengar nama panggilannya sewaktu kecil.

Sebelum dia bertindak membalas semula kata-kataku, aku mengatur langkah pantas menuju ke arah teksi yang menungguku. Dalam hati aku berkata sendirian ‘Cis baru aku nak buat surprise dekat dia. Dia dah terjumpa aku pulak’

Oh ya! Aku hampir terlupa. Aku ialah Syarifah Schafieqah Al Zahra binti Syed Muhammad Al Faradh. Kamu semua mesti tertanya-tanyakan siapa lelaki tadi? Nama dia ialah Syed Muhammad Hafiz bin Tan Sri Zaid. Aku sudah berkawan dengannya hampir 15 tahun. Apabila teringatkan zaman kecilku, aku tersenyum sendirian.

18 Mei 1992, di pondok depan rumah nenekku
“Awak, hari ni hari jadi awak kan?” tanya Ed.

“Aah” aku mengangguk.

“Saya ada hadiah untuk awak tapi awak kena pejam mata dulu”

“Yalah” aku berkata dan menutup mataku.

Tiba-tiba aku merasakan pipiku hangat. Ed sedang mencium pipiku.

“Awak ni hadiah dari saya untuk awak sempena hari jadi awak yang ke-10”

Pipiku mula berona merah. Aku berlari masuk ke dalam rumah lalu meningggalkannya yang dalam keadaan terpinga-pinga.

Suddenly......... “Cik, cik, kita dah sampai ni” sapa pemandu teksi itu.
Aku terpinga-pinga. Alamak kantoi sudah! Malunya aku. Scha mana nak letak muka. Malunya! Umi tolong! “Err ok pak cik”. Pipiku sudah blushing. Pemandu teksi itu hanya tersenyum dan menggeleng perlahan.

AKU menekan loceng berkali-kali. Namun tiada sebarang sahutan mahupun respon yang aku terima. Jam di tangan menunjukkan pukul 8.00 malam. Bertuah punya budak. Kata nak ambil aku di rumah, last-last aku yang kena datang sendiri.

Aku menyandar di pintu pagar depan rumah Ed. Dengan cahaya bulan yang samar-samar, aku terlihat sesuatu. Berwarna putih. Ah! Sudah.  Ayat al Quran mula meniti di bibirku. Berterabur susunannya. Ya Allah jauhkanlah aku dari sebarang syaitan-syaitan yang berleluasa. Tolonglah! Aku takut!!

Aku membulatkan mataku lantas menjerit kuat “Hannnn...ttuuuuu” jeritku.

“Eh Scha, mama ni” ujar Puan Sri Zazarina.

“Ya Allah ingatkan hantu. Huh! Cuak habis Scha tadi mama” pernafasanku mulai tidak menentu. Dadaku berombak menahan getaran kuat yang aku rasakan sebentar tadi. Takut bukan kepalang!

“Dah jom masuk. Kenapa tak call mama?”

“Scha tak nak susahkan mama. Ma, Ed mana? dia kata tadi nak ambil Scha. Puas Scha tunggu. Last-last Scha solat dulu baru datang sini” aduku kepada Puan Sri Zazarina atau lebih mesra disapa mama.

“Ed ada dekat atas tu. Dia lupa maybe. Dah masuk rumah jom. Malam-malam tak elok duduk luar. Manalah tahu nasib Scha bertuah dapat tengok dia malam ni” Puan Sri Zazarina sudah tersenyum nakal. Seronok mengenakan anak angkatnya seorang ini.

“Mama! Jangan la cakap macam tu” Scha sudah mula memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

Mereka beriringan masuk ke dalam rumah mewah bak istana yang tersergam indah di Bukit Antarabangsa itu. “Rindunya dekat rumah ni” kataku setelah berjaya duduk di atas sofa berjenama Empire Furniture itu. “Tu lah kamu lama sangat tak datang sini”
“Mama Ed still tak turun lagi?” tanyaku.

“Kamu pergi la tengok dia dalam bilik tu. Mama nak solat isyak sekejap. Pastu dalam pukul 9. 30 kita borak sama-sama. Mama tahu kamu tu rindu Ed. dah pergi jumpa dia”

Aku melontarkan senyuman. Dengan pantasnya aku menaiki tangga rumah agam itu. Destinasi yang dituju kini berada di depan mata. Tok! Tok ! tok! Tiada reaksi yang aku terima. Dengan lafaz basmallah, aku membuka pintu bilik Ed.

Kelihatan sekujur tubuh sedang enak diulit mimpi disertakan dengkuran halus. Aha! Inilah masa terbaik untuk mengerjakan si Ed ni. Ha ha Siaplah kau.

Aku menggulung sehelai tisu sehingga ia berbentuk tirus. Lastas katil Ed aku naikku berhati-hati kerana bimbang dia terjaga. Dengan posisi aku yang membelakanginya, aku mencuitkan tisu itu ke dalam lubang hidungnya. Lantas dia bertindak balas menukar arah lalu terpeluk aku. Aku sudah terpana. Aduh! Macam mana ni Scha. Nak buat apa? Aku mendapat sebuah idea. “Kebakaran! Kebakaran! Kebakaran!” jeritku di tepi telinganya.

“Hah kebakaran? Mana-mana? Mama ok ker?” Ed ajukan soalan bertubi-tubi setelah mendengar jeritanku sebentar tadi.

“Banyak la kau punya kebakaran. Dah bangun. Pergi solat. Tidur maghrib-maghrib macam nilah jadinya.” Aku membaling sebuah bantal ke arahnya. Dia kelihatan terpisat-pisat menenyeh matanya.

“Scha? Bila datang? Kenapa tak call aku suruh ambil?”

“Banyak la ko! Cuba tengok Iphone kau tu berapa banyak aku call”

“Err alamak sorry. Aku nak mandi dulu. Sekarang pukul berapa?”

“Pukul 8.45” jawabku selamba.

“Hah? Aku terlepas Maghrib la.”

“Aku keluar dululah. Aku belum solat Isyak lagi.” Aku mula membuka langkah ke pintu biliknya.

P/S: Sorry if ada cacat cela. This is my first time..Suka suki je ni. Idea x byk sgt.  tegur ek. terima kasih baca :)



Label:


Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go