NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
Cerpen: I Love You Sara!
Isnin, 24 Februari 2014 | Februari 24, 2014 | 2comments
         

        “Sara!!” pekik Tengku Arman dengan wajah yang bengis.

          Sara yang ketika itu sedang mengemas di dapur, terkocoh-kocoh mendapatkan tuannya. Sesak nafas dibuatnya. Tengku Arman ni hobi dia melalak agaknya. Sikit lagi boleh rosak gegendang telinga aku.

          “Ya Tuan. Ada apa?” Sara melemparkan senyuman plastiknya kepada Tengku Arman.

          “Mana susu aku? kau dah lupa ke?” tanyanya dengan nada tegas.

          Sara menepuk dahi. Dia terlupa! Setiap pagi sebelum pergi ke kerja, Tengku Arman pasti minum sedikit air susu. Tapi yang mengada-ngadanya siap kena hantar depan pintu lagi, agaknya kaki dia berat kot nak langkah pergi ruang makan. Kesian! Tanpa sedar Sara menggelengkan kepalanya perlahan.



          “Kau ni kenapa? Cepatlah. Buat kerja pun terhegeh-hegeh” tengking Tengku Arman. Terjungkit bahu Sara akibat terkejut. Dia berlalu pantas ke dapur. Seketika kemudian, dia menatang dulang membawa segelas air susu.

          Setelah meminum sedikit susu, Tengku Arman memakai kasut dan berlalu pergi ke keretanya. Ceh! Teruknya perangai. Cakaplah terima kasih ke apa. Penat je aku bancuh air ni. Bancuh ke Sara oii? Bukan kau tuang je dalam gelas ke? Arghh lantaklah.
*****
          Tengku Arman bersandar pada kerusi kerjanya. Sungguh penat dirasakan saat ini. Kerjanya seolah-olah memanggil-manggil padahal dia sudah tidak larat membuka mata. Perlahan-lahan kelopak matanya terkatup.

          “Abang, tolong Fiq abang! Fiq nak kena bunuh. Abang tolong!” teriak Tengku Syafiq.

          Tengku Arman tergamam. Orang yang paling dipercayainya tergamak melakukan perkara sedemikian. Dia cuba berdiplomasi dengan penjahat itu namun usahanya sia-sia kerana perut Tengku Syafiq sudah ditusuk dengan sebilah pisau Rambo. Tengku Arman terjelopok. Penjahat itu berlalu. Air mata jantannya mengalir deras dipipi. Dia menghampiri Tengku Syafiq yang terbaring lemah di atas jalan.

          “Fiq, buka mata. Abang ni!” pinta Tengku Arman.

          “Abang...Fiq min..minta maaf ya. halalkan mak..makan minum Fiq. Ab..abang tolong jaga mama dan papa ya. Abang percayakan apa yang Fiq kata tentang Kak Linda?” kata Tengku Syafiq. Tengku Arman mengangguk. Tengku Syafiq tersenyum sebelum matanya terkatup kemas.

          Tengku Arman meraung memanggil nama adiknya itu “SYAFIQ!!!”
          Kelopak matanya terbuka. Peluh dingin yang merecik di dahinya dikesat dengan belakang tapak tangan. Dia beristigfar mencari semangat yang dirasakan sudah hilang sebaik mimpi buruk itu terlayar di minda. Dia rindu akan adiknya, Tengku Syafiq yang hampir 3 tahun meninggalkan dunia.
*****
          Sara menghampiri pintu utama. Loceng yang tadinya berbunyi kini sepi. Siapa pulak yang datang. Dia membuka pintu, kelihatan Engku Maria tersenyum manis ke arahnya. Alamak, mak Engkulah!

          Dia menjemput Engku Maria masuk. Tudung dikepala dikemaskan. “Mak Engku duduklah dulu ya! Sara pergi buat air dahulu.”

          “Isk tak payah susah-susah. Kamu suruh je bibik Santi tu buatkan.” Tanpa berlengah dia memanggil bibik Santi. Tidak sampai 2 minit, bibik Santi sudah tercegat di hadapan mereka. Engku Maria mengarahkan pembantu rumah Indonesia itu membuat air.

          “Macam mana dengan Arman? Ada perubahan?” tanya Engku Maria memulakan bicara.

          “Perubahan tu tak ada lagi buat masa ni. Keras juga hati dia ya Mak Engku. Hampir tiap-tiap hari, Sara kena tengking. Kalaulah Sara ni pendek akal, dah lama Sara lari dari sini” Sara meluahkan perasaannya kepada Engku Mariam.

          Engku Mariam meraih tangan Sara. Dia menggenggam jari-jemari Sara. “Sara, sabar ya nak. Arman banyak berubah since peristiwa tu. Mak Engku harap sangat Sara dapat ubah dia balik. Tolong ya Sara” Sara memandang wajah sayu Engku Maria. Disebabkan simpatilah, dia menahan segala marah yang dihamburkan Tengku Arman. Semuanya kerana satu peristiwa. Peristiwa hitam buat Tengku Arman.

          “Insyaallah mak Engku. Mak Engku doakan Sara berjaya ya.” kata Sara sambil tersenyum.

          “Mak Engku sentiasa doakan Sara dan Mak Engku juga doa agar Sara dan Arman ada jodoh. Amin” ujar Engku Maria megharap.

          Gulp! Aku dengan Tengku Arman? Oh no! Dulu maybe aku sayang dia sebab sifat dia yang caring and loving but now aku tak sanggup nak dengar kata-kata yang keluar dari mulutnya. Pedas! Macam cili padi!
*****
          Sara menghampiri Tengku Arman yang sedang ralit mengambil angin di luar rumah. Sesekali dia menghayunkan buaian yang didudukinya. Dengan kekuatan yang dikumpul, Sara memulakan bicara.

          “Tuan, sa...sa...saya...nak..min..mintak...” Eh kenapa gagap pulak ni. Adui!
          Tengku Arman berpaling sekilas. Wajahnya serius. “Hurm nak mintak apa?”  Sara terkejut. Suara Tengku Arman berdesing di telinganya. Haihlah, nak mintak cuti pun susah ke. Bebel hati Sara.

          “Saya nak minta cuti.” Hah terlepas cuti hajat sebenar.

          Wajah Tengku Arman berkerut. “Cuti? For what? Berapa lama”

          “Seminggu” jawabku jujur.

          “What!” membuntang matanya. Dia membetulkan posisi duduknya. Tulang belakang ditegakkan. “Awak nak pergi mana?” soalnya tegas.

          “Err sa...sa..saya” takkanlah aku nak beritahu agenda aku yang sebenarnya. Kang terbeliak lagi biji mata kau tu. Getus hati kecil Sara.

          “Saya apa?” tengkingnya.

          Sara yang terkejut lantas berkata-kata “Saya nak kahwin!” Sara menekup mulutnya. Alamak apasal keluar bab kahwin ni. Aduui mati kau Sara.

          “Hurm lantak kaulah. Nak cuti selamanya pun boleh” suaranya sedikit mengendur namun wajahnya tetap serius.

          “Yes! Terima kasih tuan” Ucap Sara.

          “Kasih tak diterima” ucap Tengku Arman selamba. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Sara hanya mencebik, tak hinginlah aku nak bagi kasih aku pada kau. Perasan!
*****
          “I miss you so much mama!” kata Sara lantas memeluk mamanya Tengku Anisah.

          “Hai rindu mama je? Papa? Yalah siapalah papa ni dalam hati Sara kan?” usik Tengku Hairi dengan mempamerkan wajah rajuknya.

          “Eh Sara pun rindu papalah. Both of you are the best parent in this world. But papa do you want to know something?” ujar Sara.

          “What?” wajah Tengku Hairi tertanya-tanya.

          “Muka papa ugly sangat bila merajuk” Sara menghamburkan tawa manakala Tengku Hairi dan Tengku Anisah menggeleng sambil tersenyum melihat telatah puteri kesayangan mereka itu yang semamangnya nakal.

          “So macam mana Malaysia? Dah buat the right decision?” soal Tengku Anisah sambil menolak troli berisi bagasi. Tengku Hairi hanya menjadi pendengar perbualan dua beranak itu. Malas mahu ikut campur.

          “Dah!” ujar Sara ceria.

          “Apa keputusannya?”

          “Sara nak stay dekat sini for a few years. Bila Sara rindu mama dan papa, Sara baliklah sana.

          “But you must promise with me” kata Tengku Anisah. Berat sebenarnya dia mahu membenarkan puteri bongsunya menetap di Malaysia. Mujur ada Engku Maria yang sering merisik khabar dan menjaga Sara.

          “Sara still work under Arman?” Tengku Hairi membuka bicara setelah lama diam.

          “Aah. But if Sara story to mama and papa, you all jangan terkejut ye?” Sara melemparkan senyuman. Dia menutup muka gelisahnya.  Mereka berjalan masuk ke dalam kereta. Bagasi sudah selamat berada di dalam boot kereta.

          “Story apa sayang?” tanya Tengku Anisah memandangkan cerita Saraa tergendala sebentar tadi.

          “Actually Sara jadi bibik dekat rumah Arman.” Sara menceritakan agenda sebenar dia bekerja di rumah Tengku Arman.

Membulat mata Tengku Anisah. “Mak Engku minta tolong Sara kembalikan Arman yang dulu. Arman yang suka ketawa, nakal dan pandai berlawak. But Arman yang sekrang dah lain. Dia tegas dan serius 24/7” terang Sara.

“Wait! Wait! Kisah apa yang buat dia berubah karakter sampai macam tu sekali. Mama tak faham. Mama tak ada pula dengar cerita apa-apa dari Engku Maria.” Muka Tengku Anisah berkerut seribu tanda tidak memahami apa yang diceritakan Sara.

          “Arman pernah bercinta dengan seorang gadis kacukan Arab. Nama dia Linda. Syafiq, adik Arman pernah terserempak dengan Linda dekat hotel dengan lelaki lain dalam keadaan mabuk dan berpelukan. Bila dia cerita pada Arman, Arman take a decision untuk putus dengan Linda. Linda tak puas hati dengan Syafiq sebab tu dia bunuh Syafiq. Dia simpan dendam” cerita Sara lagi.

“But kenapa sampai nak membunuh? Linda tu cinta setengah mati dekat Arman ke” tanya Tengku Anisah.

“Linda tak puas hati sebab dia dah tak dapat nak kikis duit Tengku Arman lagi. Macam mana dia nak survive hidup dia. Itu yang dia simpan dendam.”

“Ish manusia-manusia, sebab duit semua boleh jadi. Sara jangan jadi macam tu ya sayang” Tengku Anisah mengusap  ubun-ubun anaknya itu.

“Mama ni! Sara tahulah mana yang baik dan mana yang buruk. Duit mama dan papa kan banyak? Sara kikis mama dan papa je lah. biar botak Haha” Sara sudah ketawa manakala Tengku Anisah menghadiahkan ‘ketam’ istimewa dipaha Sara.

“Duit tu lama-lama habis jugak. Bukit  kalau digondol selalu pun boleh licin inikan pula duit.”

“Sara gurau jelah mama” ujar Sara tersenyum.

Tengku Anisah akhirnya tersenyum setelah mendengar keseluruhan cerita itu.  Anaknya itu walaupun nakal, dia tetap baik dan berhati murni.

“Habis tu di mana Linda sekarang?” tanya Tengku Hairi yang sedari tadi diam tidak bersuara.

“Dia telah ditahan pihak polis”
*****
          Tengku Arman melangkah masuk ke dalam rumah. Briefcasenya diletakkan di atas meja. Dia menghempaskan tubuh yang keletihan di atas sofa. “Sara, ambilkan aku susu” pekik Tengku Arman.

          Suasana sunyi seketika. Dia sahutan dari sebelah sana. Dia juga tidak nampak kelibat Sara. Biasanya, setiap kali pulang ke rumah, Sara pasti akan tercegat depan pintu. Alasannya, sebagai maid yang berhemah, dia perlu menunggu kepulangan Tuannya. Apa punya alasanlah. Padahal sebelum ini, bibik-bibiknya yang lain tidak pernah berbuat sedemikian.

          “Kau pekak ke apa?” laungnya dengan lebih kuat. Dia menepuk dahi. Aduh aku lupa la pula dia cuti. Eh tapi rasa macam sunyi je rumah ni. Bibik Santi pun cuti jugak. Hurm terpaksalah ambil air sendiri. Dia melangkah ke arah peti sejuk. Tiba-tiba dia ternampak Sara yang sedang membancuh milo sambil tersenyum ke arahnya. Dia membalas senyuman itu. Lantas langkah kaki menghampiri Sara. Namun, dia tersedar setelah mendapati tiada Sara di situ. ‘Aku ni dah kenapa? Minah ni letak ubat guna-guna ke dalam air sampai aku teringat-ingat dekat dia’ bisik hati Tengku Arman.
*****
          Sara baring di atas katil sambil merenung siling. ‘haih apalah Tengku ni buat malam-malam macam ni ek? Tengah busy kot. Apasalahnya kalau aku call right?’ bicara Sara sendirian.

          Iphone 5s yang berada di meja solek pantas diambil. Nombor Tengku Arman di cari dalam kenalan. Sara mendail Tengku Arman. Tidak sampai 5 saat, panggilan bersambung.

          “Assalamualaikum Tuan” sapa Sara. Hatinya riang apabila panggilan diangkat Tengku Arman.

          “Waalaikumussalam. Kenapa?” Soal Tengku Arman acuh tidak acuh. Tapi suatu perasaan halus telah curi-curi menyelinap masuk ke dalam hatinya.

          “Tuan dah tidur?” soal Sara ceria.

          “Belum. Kau?” tanya Tengku Arman. Nada tegasnya ada terselit seperti biasa.

          “Belum tuan. Kalau saya dah tidur, siapa yang tengah bercakap dengan tuan ni. Takkan hantu saya kot.” Sara ketawa. Tengku Arman ingin ketawa sebaliknya dia menahan dan hanya tersenyum. ‘Nasib dia tak nampak’ getus hatinya.

          “Kau ni suka buat lawak bodoh ya?”

          “Yalah tuan. Saya ni bodoh. Siapalah saya kan? Dahlah anak yatim, miskin pulak tu” Sara mengendurkan suaranya. Dia simpan sengih nakalnya. Ni kalau papa dan mama dengar, mahu merah telinga aku kena tarik.

          Tengku Arman terusik dengan luahan hati Sara. Dia berasa bersalah. Ah! Dia sudah merajuk pula. Apa aku nak buat? Nak pujuk? Aku mana reti pujuk. Maki aku tahulah. Tengku Arman berkata sendirian di dalam hati.

          “Miskin apanya. Macamlah aku tak tahu yang kau guna Iphone 5s kan? Sugar daddy bagi ke?” soal Tengku Arman sinis. Egonya tinggi melangit namun hatinya sedikit rasa bersalah.

          “Tu kawan saya bagilah tuan. Malaslah saya cakap dengan tuan ni. Ok, assalamualaikum!” Sara menamatkan panggilan tanpa menunggu kata-kata balasan dari Tengku Arman.

          Dia mencampakkan telefonnya ke bawah. Berderai Iphone 5s itu. Namun sakit lagi hatinya. ‘Ada ke patut, muka comel macam aku ni ada sugar daddy. Hey tu muka matured bolehlah. Aku nikan macam budak-budak. Wah puji diri sendiri nampak. Yelah betul apa, umur dah 24 tapi muka macam 19 tahun. Haha.’ Sara mengomel sendirian sambil tersenyum.

          Tengku Arman terkedu. ‘Salahkah aku cakap macam tu? Aku cuma bergurau. Ah lantaklah! Sejak bila dia penting dalam hidup kau? Tapi kenapa aku still rasa bersalah? Ah! Itu perasaan biasa.

 Dia cuba ‘bermain’ dengan perasaannya sendiri’. Ego dan rasa bersalah saling berdebat. Akhirnya dia tidur sambil ditemani Sara dalam mimpinya. Dia mimpi berkahwin dengan Sara. Hah! sah angau. Nampak tak reader? Lelaki ni ego tinggi gila. Perempuan pun tak terkecuali jugak cuma perempuan lebih lembut. Hehe jangan marah aa..
*****
          “Sara, esok pergi rumah Tengku Arman ya” ujar Tengku Anisah.

          “Hah? Sara cuti seminggu la ma. Ada lagi 3 hari sebelum Sara start kerja balik.” Jawab Sara sambil melabuhkan punggung di atas kerusi di taman mini rumahnya itu. Tengku Hairi diam sambil membaca akhbar The News Strait Times.
          “Ala pergi jelah”pujuk Tengku Anisah.

          “Nak buat apa?” Sara masih tidak berpuas hati. Kejadian hari itu masih terlayar di mindanya. Sakit hatinya juga turut berbekas.

          “Pergi cari baju pengantin!” jawab Tengku Anisah selamba sambil mengambil sekeping biskut lalu memasukkannya ke dalam mulut.

          Sara tersedak! Habis surat khabar yang dipegang Tengku Hairi akibat semburannya itu. Tengku Anisah menjegilkan matanya.

          “Sara! Apa yang terkejut sangat?”

          “NO! Sara tak nak kahwin dengan dia!” bentak Sara.

          “Siapa kata Sara yang kena kahwin dengan dia?” soal Tengku Anisah sekadar menguji anaknya itu. Sara telan air liur. Kelat! ‘Arman nak kahwin dengan orang lain? No! Aku je yang boleh dapatkan dia’ bisik hati kecilnya.

          “Nope! Orang lain tak boleh kahwin dengan dia. Sara je yang boleh kahwin dengan dia!” ujar Sara tinggi. Semangat gila kot nak kahwin dengan lelaki idamannya sejak kecil lagi.

          Tengku Anisah menyimpan senyum. Suaminya pula hanya menggeleng. Haih Sara oii, kata tak suka tapi bila orang cakap Arman nak kahwin dengan orang lain,laju je dia setuju.’ Cetus hati tua Tengku Hairi.
*****
          Sara melangkah laju menuju ke pejabat Tengku Arman. Dia sudah mendapatkan maklumat daripada Syima, setiausaha Tengku Arman. Menurutnya, Tengku Arman tidak sibuk kerana janji temunya hanya pada sebelah pagi. Sara mengerling jam yang dihadiahkan oleh mamanya itu, baru pukul 3 petang.

          Setelah sampai di depan pintu bilik Tengku Arman, dia menarik nafas bagi mengumpulkan semangat. Dia mengetuk pintu itu. Namun tiada sebarang sahutan. Matanya dipejam rapat cuba mencari kekuatan. Dia cuba mengetuk kali kedua dengan lebih kuat.

          ‘Ait kenapa pintu ni pelik. Tadi ketuk bunyi lain ni bunyi lain pulak yang keluar.’ Sara membuka matanya perlahan-lahan. Mulutnya membentuk ‘O’ akibat terkejut. Tengku Arman menahan sakit+marah di hadapan pintu. Sara cemas dan kalut. Tengku Arman simpan senyum. ‘comel jugak bila dia kalut’ puji tengku Arman dalam hati.

          “Kau ni kenapa hah? Sakit tahu tak” bentak Tengku Arman.

          “Sorry” Sara tunduk memandang lantai.

          “Hurm kenapa kau cari aku sampai dekat pejabat ni. Bukan ke kau patut honeymoon waktu ni?” sinis kata Tengku Arman.

          Sara mengetap bibir. ‘Cis sempat lagi dia perli aku’ omelnya. “Erk saya belum kahwin la tuan but coming soon, saya akan kahwin.” Ujar Sara ceria.

          Riak wajah Tengku Arman berubah. Sakit di dahinya dibiarkan.

          “Tuan, jom teman saya” kata Sara lantas menarik lengan sasa milik Tengku Arman. Dia tiada pilihan lain. Dia mengekori Sara” Wait, wait, why I must follow you? Kau nak kahwin, apasal aku kena ikut pulak?”

          “Tuan sayang, saya nak kahwin dengan tuan lah. jomlah teman saya beli cincin dan cari baju kahwin. Takkan tuan sayang nak suruh saya pakai apron masa bersanding nanti?”

          “What? You and me? Marry? OMG! I’m going to die!”

          “Abang, janganlah cakap macam tu. Nanti siapa nak kahwin dengan Sara?” rajuk Sara.

          “What?? Abang?” tanya Tengku Arman tinggi.

          “Hey Sara” tegur satu suara dari arah hadapan. Sara melangkah keluar dari lif.

          “OMG I miss u so much” ucap Sara sambil memluk tubuh tegap pemuda itu. Terkedu Tengku Arman dibuatnya. Dia berdehem untuk memberhentikan adegan itu.

          “Oh I’m Tengku Ariz. And you? Before this tak pernah nampak pun you keluar dengan Tengku Sara.” Tanya Tengku Ariz. Sara menelan air liur. Dah kenapa pulak keluar nama penuh aku! aduuuii mati!

          Muka Tengku Arman berubah. Dahinya berkerut. “Tengku Sara? Siapa ya?” tanyanya.

          “Lah nilah Tengku Sara. Apalah, girlfriend sendiri pun dah lupa nama ya?” Tengku Ariz sudah tergelak kecil.

          “Oh ya. Saya lupa. Sorry I got to go. Till meet again” Tengku Arman bersalaman dengan Tengku Ariz. Dia menarik kasar tangan Sara. Sampai di kereta, dia merenung Sara tajam.

          Tengku Arman memandu laju. Sara di sebelah, berkali-kali menelan air liur. Eh ni bukan jalan nak ke rumah Mak Engku ke? Nak buat apa pergi sana?. Dia hanya mendiamkan diri. Tidak berani untuk membuka mulut.

          Tengku Arman keluar dari kereta. Sara di dalam kereta dibiarkan terkebil-kebil sendirian. Akhirnya Sara keluar dan melangkah masuk ke dalam rumah Engku Mariam.

          Tengku Arman turun dari tangga dengan memegang sekeping cek. Engku Mariam menghampiri mereka. “Eh Sara, jemputlah duduk” pelawanya.

          Sara tersenyum pahit. “Awalnya kamu balik Is” tegur Engku Maria.
          “Mama, tak perlulah nak layan sangatlah Si Sara. Dia bukannya  perempuan baik-baik!” sinis sekali Tengku Arman berkata-kata. Sara tersentak.

          “IS! Behave yourself. Jangan kurang ajar dengan orang. Mama tak ajar kamu layan orang macam ni!” Tegas Engku Maria.

          “Sara, kenapa ni? Ada masalah ya?” tanya Engku Maria.

          Sara mengangkat bahu tanda tidak tahu.

          “Tak payah nak berlakon. Now explain to me, kau bekerja dengan aku sebab apa? Sebab kau nak pikat aku? Sorry, you are not my taste” ujar Tengku Arman. Dia melemparkan cek di hadapan muka Sara.

          “Tengku tak layak nak cakap saya macam tu. Saya bekerja di sini sekadar membantu Mak Engku untuk pulihkan balik semangat  tengku. Pulihkan balik mood tengku bila berhadapan dengan perempuan. And one more things that you must know, memang saya cintakan tengku but cinta saya sudah hilang bila tengku cakap saya bukan perempuan baik-baik. Saya ada maruah! Ambillah balik cek ni, saya tak perlukan. Dengan ini saya letak jawatan. Mak Engku, maafkan Sara. Sara gagal kembalikan Tengku Arman yang dulu” ujar Sara sambil menahan sendu.

          “Kalau kau tak letak jawatan pun memang aku nak berhentikan kau.” Ujar Tengku Arman selamba. Dalam hatinya, hanya tuhan yang tahu. Sedikit sebanyak dia tersentuh mendengar kata-kata Sara. Namun egonya menafikan segala-galanya.

          Sara berlari keluar dari rumah itu. Teksi yang kebetulan lalu sempat ditahan.
          Engku Maria menahan marah. “Arman, kamu dah melampau sangat! Dia tulus kerja dengan kamu. Tahan bila kamu marah. Tapi kamu sikit pun tak hargai dia. you are selfish. Mama tahu kamu juga cintakan dia. sampai bila kamu nak agung-agungkan ego kamu tu? Ego tulah yang memusnahkan masa hadapan kamu. Mama tak nak cakap banyak, kalau kamu tak nak menyesal, pergi kejar dia sekarang.” Tengku Maria berlalu pergi.

          Tengku Arman terpempan. Dia menyedari kesilapannya. Kunci kereta di atas meja segera dicapai. Enjin kereta kesayangannya mula mengaum. Dia mula mengejar teksi yang dinaiki oleh Sara sebentar tadi. Tiba-tiba...

BUMMM! Dentuman dua buah kenderaan itu mengejutkan Sara. Dia berpaling ke belakang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kereta Tengku Arman telah mengalami kemalangan. Dia menyuruh pemandu teksi memberhentikan kenderaannya. Dengan langkah yang pantas, dia mendekati Tengku Arman yang sudah terkulai lemah dia tempat pemandu.

          Pintu kereta dibuka, kelihatan darah pekat mengalir dari kepala tengku Arman. Dia sebak. Orang ramai yang berhampiran mula memberikan pertolongan cemas dan ada yang menelefon ambulans. Sara tergamam.  Dia menghampiri Tengku Arman yang lemah itu. Kepalanya berada di pangkuan Sara.

          “Sa...raa..Sa..ya..Cinntaa..kannn..awak” Ucap tengku Arman tersekat-sekat kerana menahan kesakitan yang ditanggungnya. Sara sudah mengalirkan air matanya.

          “Saya pun cintakan awak. Awak jangan tinggalkan saya ya” kata Sara menahan sebak.

          Tengku Arman tersenyum dalam keadaan sakit. setelah itu, matanya terpejam. Sara menitiskan air mata dengan lebih banyak. Kesedihan yang melanda tidak dapat digambarkan.

          Siren ambulans kedengaran. Tengku Arman dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Sara menghubungi Engku Maria dan mamanya, Tengku Anisah. Tengku Hairi kebetulannya tiada di Malaysia. Dia ke Jerman atas urusan syarikat.

          Sara menahan teksi yang lalu. Dia segera memberitahu arah tujuannya kepada pemandu teksi itu. Teksi berwarna merah itu melancur laju membelah jalan raya menuju ke Hospital Melur.
******
          Sara terkocoh-kocoh berlari masuk ke dalam hospital itu. Usai bertanyakan dia manakah keberadaan Tengku Arman, dia duduk di atas kerusi menunggu. Hatinya sebak. Entah mengapa dia merasakan bahawa Tengku Arman akan meninggalkannya.

          “Sara, macam mana dengan Arman” Ujar Mak Engku yang tergesa-gesa meninggalkan rumahnya setelah mendapat berita dari Sara. Air mata Sara mula mengalir membasahi pipi.

          “Sara tak tahu Mak Engku. Doktor belum keluar.” Sara mengelap air mata yang mengalir dengan hujung tudungnya.

          “Assalamualaikum, macam mana dengan Arman?” sapa Tengku Anisah yang baru sampai.

          “Doktor belum keluar lagi ma” ujar Sara.

          “Sabarlah Sara.” Engku Maria cuba memujuk Sara.

          “Macam mana boleh kemalangan?” tanya Tengku Anisah. Dia menggosok perlahan belakang Sara.

          “Dia kejar Sara then dekat simpang empat taman rumah Mak Engku tu, dia kemalangan. Sara tak nampak macam mana it happen. Bila Sara toleh belakang, dia dah berdarah-darah” cerita Sara menahan sendu.

          “Sudahlah sayang, doa pada Allah ya” pujuk Tengku Anisah. Dia menaikkan sedikit kening kepada Engku Maria.

          “Ma, Mak Engku, Sara nak pergi ladies sekejap ye” Sara meminta diri dan berlalu.

          Tengku Anisah merapati Tengku Maria. “Kenapa si Arman tu kejar Sara?” tanyanya pelik.

          Engku Maria menceritakan perihal sebenar kepada Tengku Anisah.

         “Sama-samalah kita doa. Insyaallah, doa awak sebagai ibunya akan diterima. Amin” kata Tengku Anisah sambil memeluk Tengku Maria yang teresak-esak menangis.

          Sara menghampiri mamanya dan Engku Maria. Dia duduk sambil hatinya berzikir. Seketika kemudian, seorang lelaki berpakaian seperti doktor menghampiri mereka.

          “Ini keluarga Tengku Arman ya?” tanyanya.

          “Ya saya maknya. Macam mana keadaan anak saya?” tanya Tengku Maria.

          “Dia....dia....”

          “Allah” Sara sudah rebah di atas lantai.
*****
          Sara mengesat air mata. Kenangan lama yang sangat memilukan hati. Diusapnya perlahan perut yang semakin membesar. Tengku Haziq Daniel yang sedang tidur pulas di atas katil, dikucupnya manja.

          Kedengaran pintu bilik dikuak. Tersembul wajah yang amat disayanginya. Lelaki itu melemparkan senyuman yang manis kepada Sara.

          “Sayang menangis? Kenapa ni? Abang ada buat salah ya?” tanya suami Sara serba salah.

          “Tak adalah abang, Sara teringat kisah lama” ujarnya sambil melentokkan kepala di atas bahu suaminya.

          “Ish abangkan bila ingat balik kenangan lama, abang rasa nak ketawa je. Kenapa Sara sedih pulak?” dia melepaskan ketawanya.

          “Kenapa abang ketawa?” dia memukul manja dada bidang suaminya.

          “Sebab sayang pengsan sebelum doktor bagi tahu pasal abang. Kalau abang sedar masa tu, memang dah tergolek-golek abang gelakkan sayang” dia ketawa dengan kuat. Sesekali Tengku Haziq Daniel mengerekot apabila tidurnya diganggu.

          “Ish abang ni, jahatlah. Tapi  abang janji ya takkan tinggalkan Sara lagi? Kecuali takdir Allah yang menentukannya.” ujar Sara. Mata Tengku Arman ditatap penuh kasih.

          “Ya abang janji sayang. Dah jom tidur. Tak elok tidur lambat” Tengku Arman mengalihkan Tengku Haziq Daniel yang berumur 2 tahun dan memasukkannya ke dalam katil kecil miliknya.

          “Kejap-kejap. Ya Allah Sara lupa” Sara menepuk dahinya perlahan.

          “Lupa apa ni sayang?” tanya Tengku Arman.

          “Dah lama Sara nak tanya abang.”

          “Tanya apa sayang?”

          “Kenapa dulu abang suka marah-marah Sara. Lepastu abang suka suruh Sara hantar susu pada abang. Padahal abang bukannya tak ada kaki nak pergi dapur” Sara mencebikkan bibir.

          “Ish buruklah sayang buat mulut macam tu. Abang selalu marah Sara sebab abang suka tengok muka Sara. Comel je. Apa Sara ingat abang tak tahu ke yang Sara selalu kutuk abang?”

          Sara melemparkan sengih kepada suaminya. Tengku Arman menggelangkan kepala. Alahai Sara! daripada dulu sampai dah jadi mak orang perangai tak berubah.

          Ya Allah terima kasih kerana mengurniakan dia kepadaku. Sesungguhnya dialah insan yang berjaya membuat hidupku berseri-seri selain mama, papa dan mak mentuaku. Hati kecil Tengku Arman berbicara.

          Tengku Arman mengucup dahi Sara. “I Love you Sara!” bisiknya manja di cuping telinga Sara.

          Sara tersenyum. Begitulah rutih seharian suaminya sebelum tidur semenjak berkahwin dahulu. “I love you too” balas Sara tidak mahu kalah.

          “Saranghaeyo!” ujar Tengku Arman lagi.

          “Je t’aime” kata Sara.

          “Maafkan semua salah silap Sara ya abang. Assalamualaikum. Selamat malam.” bisik Sara.

          “Abang maafkan Sara dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sayang maafkan abang juga ya?”

          Sara mengangguk.
*****
          “Hero papa dan mama ni, kite pergi kubur Uncle Fiq nak?” tanya Tengku Arman kepada anaknya, Tengku Haziq Daniel.

          Kanak-kanak kecil itu hanya mengangguk. Mukanya iras-iras arwah bapa sedaranya itu menyebabkan Tengku Arman seringkali tersasul memanggil namanya.

          “Sayang nak ikut?” tanya Tengku Arman pula kepada Sara.

          “Tak mahulah. Hari ini Sara tak larat. Tapi next time, kita pergi ya”.

          “Kalau macam tu abang pergi dengan Haziq sahajalah.”

          “Ok, be careful abang. Haziq meh salam mama” dia menghulurkan tangan. Anak kecil itu menghampirinya lalu mencium tangan Sara. Dia mencium perut Sara. “Adik, jaga mama ya.” bisiknya perlahan.

Tengku Arman tersenyum begitu juga dengan Sara. Semoga anaknya menjadi anak yang baik suatu hari nanti.
******
‘Fiq, abang bahagia sekarang! Abang doakan kau sejahtera di sana. Ameen.’ getus Tengku Arman.

Dia memulakan bacaan Yaasin dan selepas itu air mawar dijirus di atas pusara Tengku Syafiq.

Assalamualaikum semua. ED nak ucap terima kasih banyak-banyak pada yang sudi baca karya ED. Sebenarnya ED ni masih setahun jagung. Pengalaman still cetek. Mintalah pendapat sesiapa yang sudi. ED hope korg suka cerpen ED kali ni. Salam sayang dari ED.



Label:


Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go