Cerpen: Abang Hotstuff Milik Aku
Sabtu, 25 Januari 2014 |
Januari 25, 2014 | 9comments
“Hai
Anis” sapa Riz dengan suara yang dimanjakan.
“Eh
kau nikan memang tak makan saman betul” ujar Anis sambil menahan amarahnya.
Sabar Anis sabar! Tak guna kau marah-marah.
“Er
memanglah saya tak makan saman, saya makan nasi sahaja” berdekah-dekah ketawa
si Riz. Alahai Qis sayang! Makin marah makin comel. Abang kiss nanti baru tahu
. Abang rasa macam nak cubit-cubit pipi tembam sayang.
“Eeee
sakit jiwa layan orang macam kau ni! Hah, apa kau nak?! Orang hotstuff macam
kau ni mana layan orang macam aku!” suaranya naik satu oktaf. Siapa tak panas
beb! Setiap hari, mana aku pergi mesti ada mamat sengal ni. Muka handsome tapi
perangai out. gedik gila mengalahkan aku yang perempuan. Dia hotstuff so
pergilah cari perempuan yang sepadan. Aku yang besar ni juga yang dia gilakan.
“Abang
nak sayang!” ujar Riz tanpa disedari. Membuntang mata Anis mendengar. Abang?
Sayang? Kau memang nak mampus dengan aku. Riz yang menyedari ketelanjuran katanya
lantas membetulkan semula. Minah ni sekajap lagi mahu meletup aku dibuatnya.
Tengok muka marah dia sahaja sudah mampu buat aku gentar!
“Err
I mean, saya nak ajak awak lunch! Saya tersasul tadi. Maklumlah malam tadi saya
tengok Running Man so saya terikut-ikut kata-kata romantis Lee Min Ho.” Betul
ke Lee Min Ho yang berlakon cerita tu? Ada ke cerita Korea cakap macam tu?
Lantaklah. Asalkan Qis tak marah aku.
Running
Man? Cerita apa tu? Bukan ke cerita Korea yang Anisah gila-gilakan tu?Err cerita Korea? Mamat sengal ni tengok cerita Korea? Haha. Anis sudah tidak dapat
menyembunyikan tawanya lantas dia menghaburkannya di hadapan Riz sambil
menekan-nekan perutnya yang dipenuhi lemak itu akibat terlampau banyak ketawa.
“Awak
ok ke?” tanya Riz. Pelik aku minah ni? Tak ada angin tak ada rebut tiba-tiba
ketawa. Aku ada buat lawak ke tadi? tak apalah sayang, demi sayang abang
sanggup malu asalkan abang dapat tengok sayang happy. Erkk! Riz sejak bila kau
bersayang-sayang pulak ni?
“Muka
handsome+macho macam kau tengok cerita Korea? Haha tengoklah Fast & Furios
ke baru gempak. Haha” Anis menyambung ketawanya.
Dia
sebut apa tadi? handsome+macho? Oh sayang sesungguhnya abang sudah tangkap
cintan dengan sayang. Tanpa sedar Riz menguntumkan senyuman ke arah Anis. Dia
leka meneliti wajah tembam itu.
Alamak
Anis! Apa yang kau sebut tadi? arghhh malunya. Sejak bila dia handsome? Dia kan
mamat sengal yang selalu semak depan
mata kau? Perlahan-lahan Anis mengangkat muka dan saat matanya bertentang
dengan mata hazel milik Riz, suata
getaran hebat menular dalam dirinya. Ehh! Anis, zina mata tahu!
Astagfirullahalazim. Riz masih lagi tersenyum manis ke arah Anis.
“Eh
kau dah lama guna mata tu ya? Kau nak aku jolok biji mata kau? Biar buta
terus!” marah Anis sambil menutup getaran di hati. Alahai! Killer smile dia
bikin wa lentok beb. Dengan lesung pipitnya. Hoiii! Anis, kau dah gila? Dia kan
musuh kau since sekolah lagi. Tapi
kenapa pulak dia jadi musuh kau? Dia bukannya pernah cari pasal dengan kau. Dia
cuma gilakan kau sahaja. Arggh nampaknya aku perlu segera cari penderma. Aku
nak tukar hati. Hati aku sekarang sedang berkomplot dengan mamat sengal ni!
Gila ke kau Anis! Lantaklah.
Telefon
bimbit Anis berdering meminta diangkat. Melihat nama yang tertera sahaja sudah
mampu membuatkan dia tersenyum lebar. Yeah penyelamat aku sudah sampai.
“Oklah
Encik RIZ, saya nak balik. Buah hati saya dah tunggu. Selamat jalan.
Assalamualaikum!” sengaja dia menekankan perkataan ‘buah hati’ di hadapan Riz.
Berubah terus riak wajah Riz. Anis apalagi semakin galak ketawanya di dalam
hati. Kalau ketawa depan-depan mahu dia kata aku gila.
Buah
hati? Oh sayang! Jangan tinggalkan abang...Eh mana boleh give up. Aku yakin dia
belum kahwin. Akan aku buru cintamu sampai ke syurga wahai Nur Anis Qisara.
Anis
duduk di atas bangku di kafeteria kolej. Telefon yang berdering kali ketiga
meminta diangkat.. “Assalamualaikum mama.” Ujar Anis gembira.
“Waalaikumussalam.
Anak mama sihat? Dah lunch ke belum sayang?” tanya Puan Sri Haida. Risau benar
jika anaknya itu mengabaikan kesihatan ketika belajar.
“Alhamdulillah
Qis sihat. Kejap lagilah Qis makan. Mama dan papa sihat? Bila mama nak balik?
Qis rindu sangat dengan mama dan papa” tanyanya dalam nada menahan rindu.
Sebak!
“Mama
dan papa sihat sayang. Insyaallah kalau tak ada aral melintang, lagi 3 bulan
kami baliklah Malaysia. Qis nak tahu sekarang kan dekat Korea ni musim winter. Mama selalu ingat Qis sebab Qis
kan suka main salji.”
“Wahhhh!
Winter mama? Seronoknya! Ala kalaulah
Qis cuti sem dah lama Qis pergi sana. rindunya nak main salji” ada nada kecewa
di hujungnya. Itulah yang digilai Qis sejak kecil. Salji, salji dan salji! Dulu
ketika berumur 5 tahun, puas papa dan mama memujuknya supaya pulang ke Malaysia
memandangkan papanya ada urusan di syarikat. Dia meraung-raung tidak mahu
balik. Katanya tidak puas bermain salji. Akhirnya dia dititipkan di bawah
penjagaan Acu Iris.
“Sabarlah
sayang nanti kalau ada masa, kita pergi sama-sama ye Qis?” pujuk Puan Sri Haida
setelah mengesan nada kecewa dalam ucapan anakknya itu.
“Mama!
Nanti tolong buatkan Qis orang salji ya. buat dua tau. Lepas tu mama tulis ‘Qis
and Her Future Husband’, buat macam loving couple tau mama.” Ujarnya dengan
nada ceria.
“Yelah,
nanti mama buat ya. tapi tunggu papa siapkan kerja dulu. Takkan mama nak
siapkan seorang diri pulak. Habis beku tangan mama.” Seloroh Puan Sri Haida.
Sikap Qis mungkin pelik pada pandangan oran lain. Namun dia dan suami, Tan Sri
Halip sangat memahami puteri tunggalnya itu. Qis berangan bahawa suatu hari
nanti Prince Charming yang
ditunggu-tunggunya datang holiday bersama-sama dan membuat orang salji
dengannya. Alangkah indahnya saat itu! Besar sungguh angan-angan si Qis ni!
“Oklah
mama. Qis dah laparlah. Nanti kita sambung lagi ya. assalamualaikum” selepas
Puan Sri Haida menjawab salam anak kesayangannya itu, Anis memasukkan telefon
bimbitnya ke dalam poket seluar.
“Hah
Anis! Bergayut ya!” sergah Anisah dari belakang.
“Fuhh
kus semangat. Hey! Kau ni mak cik memang nak aku mati cepatkan?” dia
menayangkan wajah cemberutnya di hadapan Nisa.
“Aloo
princess dah merajuk. Aku gurau jelah. Siapa yang call tadi? siap ber‘kiss’
lagi” tanya Nisa.
“Kau
makan ubat tak tadi?” tanya Anis membuatnya Nisa menggeleng pantas.
“Aku
tak sakitlah. Buat apa nak makan ubat” tutur Nisa lurus.
“Sengal!
Mama aku lah call tadi. aku bukannya ber‘kiss’. Kau ni pelupalah. Kan mama dan
papa call me Qis. Are you dreaming? Nasib aku dapat kawan nyanyuk. Jangan
berjangkit ke aku sudah!” seloroh Anis sambil menepuk bahu Nisa. Anis memang
gemar rakan-rakannya memanggil dengan gelaran demikian. Hanya suaminya, papa
dan mama sahaja yang layak memanggilnya dengan nama manja iaitu QIS.
“Lah
aku lupa. Serius tadi aku ingatkan kau sedang hangat bergayut dengan jejaka
idaman Malaya tu. Siapa nama dia? hah, si Riz tu” ujar Nisa tanpa menoleh muka
Anis yang sudah menahan marah.
“Sekali
lagi kau sebut nama mamat sengal tu aku cili mulut kau sampai merah” ugut Anis.
Ala ugu-ugut manjalah katakan. Masakan dia sanggup melakukan perkara itu kepada
sahabat baiknya yang sudah dianggap sebagai kembarnya. Susah senang mereka
bersama. Jika dia mempunya abang, mahu sahaja dia kenenkan agar Nisa menjadi
kakak iparnya.
Nisa
sudah tersengih-sengih mendengar ugutan manja yang diluahkan Anis. Dia tahu
gadis comel itu hanya berkata-kata tetapi tidak melakukannya. Dia kenal Anis
sudah lama. Sejak mereka tingkatan 4 lagi. Ketika itu Anis baru berpindah ke
sekolahnya. Di dalam kelas, dialah orang pertama yang menegur Anis.
Kawan-kawannya bagaikan jijik melihat Anis. Maklumlah Anis ketika itu,
berpakaian sekolah biasa sahaja tambahan pula tubuhnya yang agak ‘comel’.
Setelah
setahun berkawan dengan Anis, barulah dia tahu bahawa Anis merupakan anak
hartawan terkenal di Malaysia. Sikap rendah diri yang ada pada Anis menyebabkan
dia selesa berkawan dengannya. Papa dan
mama Anis juga tidak sombong. Nisa juga tidak kurang hebatnya. Dia
menyembunyikan ‘tengku’ selamat 2 tahun. Apabila Anis tahu, merajuk sakan dia.
dua hari tak tegur. Pening Nisa memujuknya. Nisa tersenyum. Teringat kenangan
lama.
“Woi
berangan! Dah jom teman aku lunch” ajak Anis. Nisa bangun membontotinya.
Anis...Anis! makan sahaja yang kau ingat.
***
RIZ
terlihat kelibat Nisa sedang mengambil makanan di kafeteria. Pasti ada Anis
sekali! Yelah mereka berdua tu bagaikan belangkas. Mana-mana pergi mesti
berdua. Hailah kalau aku jadi Nisa mesti beruntung. Anis sayang! Kenapa sombong
sangat dengan abang?
Nisa
menapak ke meja yang diduduki Anis. Dia nampak kelibat Riz. Baru sahaja hendak
membuka mulut, Riz sudah meletakkan jari telunjukkan di bibir lelakinya itu
tanda menyuruh Nisa tidak membuka mulut.
“Assalamualaikum
Qis! Boleh abang join kau orang?”
“Waalaikumussalam.”
Jawabnya acuh tak acuh tanpa melihat tuan empunya badan. Eh jap, Qis? Abang?
Bila mama beranak? Dia menolah ke sisinya. Kelihatan Riz sedang tersengih dan
duduk di sebelahnya tanpa meminta izinnya terlebih dahulu. Riz tidak
mempedulikan mata Anis yang sedang mencerlung tajam kearahnya. Riak selambanya
menyebabkan hati Anis semakin mendidih.
“Kau
nikan kalau tak kacau hidup aku tak boleh ke? Sejak bila mama aku kahwin dengan
bapak kau? Sesedap rasa kau nak bahasakan diri kau abang. Aku tak suka kau
panggil aku Qis. Kau faham tak?” merah wajah putih milik Anis. Tu dia sekali
lepas macam meriam. Berapi telinga dibuatnya! Namun Riz tetap selamba.
“Sebab
hanya orang yang saya sayang sahaja boleh panggil saya Qis. First, mama.
Second, papa and third...........” Anis tidak meneruskan kata-katanya. Luka di
hati kembali terkoyak.
“Siapa
seterusnya?”
“Perlu
ke kau tahu? Sudahlah Riz. Kau ni muka tembok ke hah? dah tak malu nak kacau
anak orang setiap hari. Kalaulah mak bapak kau tengok kau mesti mereka sedih.
anak mereka datang sini untuk bercinta bukan untuk belajar!” jerkah Anis.
Mata-mata yang memandang kearah mereka sudah tidak dipedulikan lagi.
Ego
Riz tercabar apabila dibangkitkan isu papa dan mamanya. Hatinya merintih rindu
untuk menatap wajah tenang milik mereka. “Kau kalau tak suka aku tak perlu nak
libatkan mak bapak aku. apa salah aku? Ada aku kutuk kau? Kau patutnya
bersyukur sebab masih ada yang tergila-gilakan kau. Kau nak sangat aku tak
kacau kau lagi kan? Ok, aku akan pergi but pegang kata-kata aku ni, muka tembok
nilah yang kau akan cinta dan sayang one day nanti” suaranya naik satu oktaf
melebihi Anis. Anis kaku. Tidak pernah dia lihat Riz sebegitu. Malah, sewaktu
berkata demikian, mata hazel milik
Riz juga berkaca-kaca.
“Anis,
aku bukan nak bela siapa-siapa ya. but I think kau tak sepatutnya ungkit pasal
parents dia" cerita Nisa.
Anis
rasa bersalah. Ya Allah apa aku sudah buat? Perasaannya semakin membuak-buak
ingin mengetahui kisah selanjutnya mengenai Riz. “Till now dia tak ada
keluarga?” soalnya.
“Masa
umur dia 12 tahun, dia tinggal dengan keluarga angkat dia dekat UKand lepas tu
aku tak tahu” ujar Nisa lantas memulakan suapan pertamya yang tergendalan
sebentar tadi selepas membaca doa makan.
***
Sudah 2 minggu Anis menahan rasa. Kini tiada lagi Riz yang
mengacaunya. Rindu pula dengan kenangan dulu. Sejujur-jujurnya, sudah hadir
bait-bait sayang dalam hatinya untuk insan bernama Riz. Wahai Riz, Anis rindu
Riz. Mana Rinz pergi? Sudah-sudahlah tu merajuk. Anis rindu ni abang! Err sejak
bila kau jiwang ni Anis?!
Anis melangkah ke tempat letak kereta. Riz! Bisik hatinya.
Kelihatan Riz sedang berdiri di sisi kereta sambil menyeluk poket. Machonya
awak Riz! Kenapa saya tak perasan selama ini? kau tu ego tinggi Anis oii! Bisik
hatinya.
Baru sahaja Anis ingin melangkah ke arah Riz, kelihatan
seorang wanita yang begitu cantik persis model menghampiri Riz. Dia mengambil
keputusan untuk bersembunyi di sebalik kereta untuk melihat tindakan
seterusnya.
Berbulu matanya melihat perlakuan uda dan dara
dihadapannya. Begitu berani memeluk cium seperti pasangan suami isteri! Ish
sakitnya hati aku. sampai hati awak Riz buat saya macam ni! Saya benciiiiii!!!!
Awak!!!
“Abang! Baby rindu dengan abang. Abang dah lama sampai?”
tanya wanita cantik itu kepada Riz sambil kepalanya melentok di bahu Riz.
“Baru sahaja. Pekena roti canai 2 keping pun sempat”
seloroh Riz.
“Abang ni! Suka macam tu tau. Baby merajuk nanti kang”
“Alala baby janganlah merajuk. Nanti tak ada siapa nak
temankan abang pergi watch movie” pujuk Riz.
“Watch movie? Jomlah abang. Baby dah lama tak tengok” kata
wanita itu sambil mengerdipkan mata dihadapan Riz. Riz menarik manja hidung
mancung milik wanita itu.
“Manjanya baby abang ni. Naughty pun ya!” Riz tersenyum.
Mereka berlalu pergi tanpa menyedari sepasang mata sedang
memerhatikan mereka sambil mengepal-ngepal penumbuk. Dasar crocodile land! Dulu
kau beria sangat kejar aku, bila aku dah jatuh cinta, kau tinggalkan aku macam
tu je. Nilah lelaki zaman sekarang. Kasanova! Eh Anis bukan ke kau yang suruh
dia jangan kacau kau lagi? Lantaklah!
***
CUTI sem pertama
telah bermula. Anis sibuk mengemas baju untuk dibawa bercuti. Hanya baju-baju
yang dirasakan sesuai sahaja dilipat dan dimasukkan ke dalam luggage putih miliknya. Nisa hanya
merenung sayu kearah Anis. Anis sudah banyak berubah. Dia pendiam dan tidak
lagi periang seperti dahulu. Nisa tahu yang dia juga menyimpan perasaan
terhadap Riz. Nisa menghampiri Anis. Lalu dia duduk di sebelah sahabatnya itu.
Anis berpaling dan menghadiahkan senyuman hambar kepadanya.
“Anis, aku minta maaf pada kau sebab aku terbaca diari kau.
Sorry!” Nisa sedar akan ketelanjurannya itu. Sejak itu dia mulai tahu akan
perasaan Anis terhadap Riz.
“Tak apalah Nisa. Dah terbaca nak buat macam mana” dia
tersenyum hambar. Apa salahnya Nisa mengetahui isi hatinya. Riz juga sudah lama
‘pupus’ di matanya namun tetap tersemat dalam hatinya.'
“Err Anis, kau tak nak jumpa Riz buat kali terakhir ke?”
soal Nisa takut-takut.
“Tak guna aku jumpa kasanova macam dia lagi. Sudah-sudahlah
dengan dia tu. Aku malas nak ungkit balik”
“Err.. sorry”
Kasanova? Sejak bila Riz jadi kasanova? Dia macam stok
pesakit tanjung rambutan taw Anis tunggu kau! Tapi kau tu je ego mengalahkan
tembok besar cina. Err! Apa aku melalut ni.
***
“Oklah Nisa, I have to go now. Apa-apa jangan lupa skype
dengan. Maafkan aku selama aku duduk dengan kau. Ada tersalah silap. Terkasar
bahasa. Halalkan makan minum aku ya. Jangan lupa solat, baca Al-Quran. Jaga
hati, jaga iman, jaga maruah kau. I will miss u. Assalamualaikum!” Anis memeluk
erat Nisa. Selama ini Nisalah tempat dia bergantung selain mama dan papa.
“Anis! Kau ni cakap macam tak balik terus je. I will miss u
too. Insyaallah aku akan simpan pesanan kau dalam hard disk dekat sini” dia
menunjukkan tangan di kepalanya. Sekadar bercanda untuk mengelakkan sesi
permergian Anis berakhir dengan air mata. Dia menjawab salam Anis di dalam
hati.
Anis melangkah menjauhi Nisa. Arahnya kini ke balai
pelepasan. Nisa, aku mesti rindukan kau! Detik hati kecilnya. Mama, papa Qis
datang. Tunggu Qis ya. Qis sedih sangat ni Ma. Only Mama and papa yang boleh
happykan Qis.
***
SUDAH sebulan Qis tinggal bersama Mama dan Papanya di
Korea. Namun baying Riz seolah-olah semakin galak memunculkan diri di depannya.
Riz, kenapa kau buat aku macam ni?!
Puan Sri haida memendang sayu ke arah anak kesayangannya
itu. Qis...Qis..Qis dah banyak berubah sayang. Kalau ya pun Qis putus cinta,
Qis kena kuat nak. Aku mesti bantu Qis. Ya mesti! Detik hati Puan Sri Haida.
Telefon bimbit jenama Samsung kini berada di tangannya.
Jarinya menari-nari di atas di keyboard Samsung Galaxy Note 3 itu. Nama kenalan
yang ada dibelek teliti. Yes! Sudah jumpa. Tanpa membuang masa dia terus
menghubungi orang tersebut.
“Assalamualaikum” sapa seorang lelaki.
“Waalaikumussalam. Can I speak to Micarl Il?” tutur Puan
Sri Haid lembut.
“Yes Micarl Il here. Siapa ya?”
“Carl, ni aunty haida. Mikhail ingat lagi?”
“Lah aunty. Mestilah ingat. Lama aunty tak call. Sorry Carl
busy sikit sekarang. Kadan-kadang tak sempak nak tanya khabar aunty”
“Alah tak apa! Don’t call me aunty. Just call me mama. Mama
dah anggap Carl macam anak mama sendiri” ujar Puan Sri Haida ceria.
“Ok aunt...opss! Mama. What’s up mama?”
“Carl kalau mama tanya kamu jawab honestly ya”
“Insyaallah ma. Mama nak tanya apa?”
“Kamu dah ada girlfriend?”
“Haha mama ni lawaklah. Orang tak macho macam Carl manalah
ada sesiapa nak mama. Kenapa mama tanya?”
Puan Sri Haida menceritakan segala-galanya mengenai Qis
kepada Carl. Tercengang Carl dibuatnya. Sadis sungguh kisah Qis. Beruntungnya
lelaki yang dicintai Qis itu. Alahai Qis, demi Qis abang sanggup lakukan apa
sahaja. Berenang dalam kolam pun abang sanggup! Haha sengal!
***
Puan Sri Haida mendekati Qis. “Qis sayang, pergi bersiap
ya. kejap lagi ada orang nak datang. Someone special tau”
“Ok Ma!” begitulah sikap Qis sekarang. Tidak banyak
bercakap.
Haih Qis sayang. Mama rindulah Qis yang dulu. Qis yang
sekarang bosan. Tak gila-gila macam dulu.
Puan Sri Haida bangun dan menuju ke dapur untuk melihat
masakannya. Qis pula melangkah lemah ke dalam bilik mandi. Siapa pula yang mama
kata nak datang ni? Hailah kan best kalau Riz yan datang! Ehh kau lupa ke Qis
yan dia tu kasanova!
***
Ding! Dong!
Bell ditekan dari
luar rumah. Puan Sri Haida menuju ke pintu dan membukanya. Carl tersenyum manis
dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. “Dah sampai pun Carl. Jemput masuk
ya. wah makin bergaya sekarang”
“Eh biasa saja ma. Mana ada bergaya. Still macam dulu”
bergaya ke aku? dia melihat tubuhnya yang dibaluti t-hirt polo berwarna biru muda
dan seluar denim bewarna putih. Wah Carl sekarang sudah pandai perasan ya!
“Jemput minum Carl.”
“Eh buat susah-susah je mama ni”
“Tak apa. Kejap ya mama panggil Qis. Dia ada dalam bilik
rasanya tu.” Puan Sri Haida menuju ke bilik Qis. Pintu dikuak perlahan. Qis
sedan duduk di hadapan meja solek sambil termenung. “Sayang, our tetamu dah
sampai. Let’s meet him.”
Qis membontoti mamanya. Melopong dia dibuatnya. Carl yang
baru meneguk air teh tersembur. Puan Sri Haida yang melihat aksi kedua-dua
makhluk itu pelik. Jatuh rahang milik Carl. Mulutnya automatic membentuk ‘O’.
“Kau buat apa kat sini? Tak cukup lagi kau nak sakitkan
hati aku? dulu konon sayang cinta berbagai last-last betina lain jugak kau
layan kan?”
“Apa yang Qis cakap? Abang tak paham”
“Kau tak payah pura-pura. Muak aku tengok muka crocodile land macam kau. Kau boleh
berambus and one more thing sejak bila mama aku beranakkan kan kau? Aku tak
pernah ada abang!”
“Apa yang Qis cuba sampaikan ni nak? Cuba cerita
betul-betul. Mama tak paham” celah Puan Sri Haida. Terkejut apabila anaknya dan
Carl saling mengenali. Padahal sudah berpuluh tahun mereka berpisah sejak
kemalangan maut yang meragut nyawa kedua orang Carl.
“Kalau mama nak tahu inilah orang yang Qis maksudkan tu.
Dialah yang buat Qis sakit hati. Dia yang tabur racun pada cinta Qis selama ni.
Dialah orangnya ma. Orang yang mama sayang ni!” Qis menunjukkan Jari
telunjuknya di hadapan muka Carl.
“Qis tak baik tuduh orang macam tu. Cuba discuss
elok-elok...” belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, bell rumahnya sekali
lagi berbunyi. Dia berjalan ke arah pintu. Maya bersalam dengan Puan Sri Haida.
“Aunty how are you? I miss u. Oh I forget something. Ada abang datang sini?”
“Ada. Kenapa? Eh kot ya pun masuklah.” Jemput Puan Sri
Haida.
“Thanks aunty.”
“Abang. I miss you so much.” Maya berlari ke arah Carl dan
duduk di atas ribanya. Dia mengucup bertalu-talu pipi Carl. Menyampah gila aku
dengan betina gedik ni! Tu pun nak nafikan yang dia buka seorang kasanova! Tu
hape bendanya. Mulut Qis herot-herot melihat aksi mesra dihadapannya. Menyampah
tahu!
“Ehem..ehem kalau nak buat aksi mesra, rasanya tak sesuai.
Ramai orang dekat sini” tegur Qis dengan muka mencuka.
“Oh baby, lupa abang nak kenalkan ni kak Qis”
“Oh ya. Nice to meet you. I’m baby” dia menghulurkan
tangan. Qis menyambut terpaksa. Wanita itu dengan gaya gediknya mencium kedua
belah pipi gebu milik Qis. Baby? Woiii minah kau dah tua. Tak payah
berbaby-baby sangat lah. Kang aku ‘Baby’ kan kau niaya je. Huh! Geramnyaaaaa!!!
Kasanova nipun satu. Suka sangat tunjuk awek kau depan aku! benci tahu BENCI!
“Mama kalau tak ada apa-apa, Qis nak masuk bilik dulu. Qis
mengantuk!” belum sempat Qis berlalu pergi dia ditahan oleh Puan Sri Haida.
“Qis tunggu dulu”
“Apalagi ma? Dah terang-terang kan? Mamat n memang
crocodile land!”
“Qis jumpa dia dengan perempuan mana hari tu?” selidik Puan
Sri Haida. Dia pasti anaknya tersilap kerana Carl jarang bercakap dengan
perempuan. Ditambah pula dengan sikapnya yang pemalu itu.
“Dengan siapa lagi? Dengan minah gedik nilah. Siap peluk
cium. Apa kejadahnya tu!”
Terhambur ketawa Carl dan Puan Sri Haida. Maya yang blur hanya berdiam diri. Apasal aku? apa
aku buat dengan abang? Pelik betul minah ni. Tak pasal-pasal aku dapat tittle gedik! Ergghh!
“Qis ni Maya adik kandung Carl. Dia orang memang rapat
sejak kecil. Qis lupa?”
“Ya Allah. Sorry Maya. Kak Qis tak ingat langsung.” Qis
memeluk Maya. Ha! Kan dah tahu kebenaran. “Maaf ya cakap baby minah gedik tadi”
Maya hanya tersenyum. Dia tahu kak Qis hanya tersalah paham.
“Sokay lah kak.
Baby pun salah jugak. Mesra sangat dengan abang. Lagipun akak memang tak kenal
Baby. Dulu akak tengok Baby pun masa kecil kan? Baby kenal akak sebab abang
selalu cerita pasal akak. Kadang-kadang Baby selalu juga terserempak dengan
akak dekat U” ujarnya.
“Ehem-ehem! Dengan baby je Qis minta maaf? Dengan abang?”
“Dengan abang buat apa? Buat habis air liur je”
“Abang? Mama did she
call me like that? Ohh I feel like in
the top of the world.”
Qis tersipu malu. Pipinya yang putih itu mula blushing. Aduhai abang! Jangan lah over. Ramai orang dekat sini. “Kira
jadilah ni ye Carl?” celah Puan Sri Haida.
“Confirm ma. Kalau boleh esok Carl nak kahwin” dia
tersenyum nakal.
“Abang nak kahwin?” soal Qis. Alamak Qis apasal keluar
soalan ni pulak. Nampak sangat kau menaruh harapan pada dia? grrr!
“Aah. Saya nak kahwin. Mama tolong arrangekan. Kenapa?”
“Ohhh” dia senyum hambar.
“Saya nak kahwin dengan awaklah” haha berdekah-dekah Carl
ketawa selepas melihat reaksi Qis yang kecewa. Qis yang sudah blushing
mencubit-cubit dada bidang milik Carl.
“Adoii sakitlah sayang. Kalau merah badan abang, sayang
kena ahwin dengan abang esok jugak.” Dia membuka sedikit baju dan melihat dada
bidangnya itu.
“Ha tengok dah merah. Macam darah dah rupanya. Sob sob sob
sayang abang pergi dulu. Selamat tinggal!”
“Ha nak pergi mana? takkan kena cubit dah mati kot?” soal
Qis polos.
Berdekah-dekah ketawa Si Carl. Puan Sri Haida dan Maya juga
turut ketawa. Geli hati melihat carl mengenakan Qis. Qis yang mula perasaan dia
dikenakan menarik muncung dan pura-pura merajuk.
“Ala sayang jangan lah buat muka macam tu! Buruk tau. Habit masa kecil tak ubah-ubah sampai
sekarang” Carl memicit lembut hidung Qis. Ya Allah Qis macam mana kau lupa nak
tanya pasal tu?
“Macam mana abang boleh kenal Qis dekat U?” soalnya
kehairanan.
“Err hehe peace! Ni semua idea papa. Katanya tak ada siapa
nak jaga Qis dekat sana. So abang dengan berbesar hatinya cuba rapat dengan
Qis.”
“Papa!!!!!” jerit Qis.
“Eh anak papa ni kenapa? Rindu papa ya?” soal Tan Sri
Halip. Semua mata tertumpu kearahnya. Habislah kau! Qis sudah mengamuk. Dia
membuat tanda peace kearah Qis.
“1, 2, 3 pecut.....” dia berlari keluar rumah. Qis yang
geram terus mengejar papanya. Petang itu mereka bergembira di taman mini di
tepi rumahnya. Sudah lama rasanya tidak
berkumpul bersama-sama.
***
MALAM
itu, Qis duduk di halaman rumahnya sambil menikmati pemandangan di langit.
Abang hotstuff milik aku? aku mimpi? Tak mungkin!!! Qis kau mimpilah! Jangan
berangan dia nak kau. Aku mimpi? TAK MUNGKIN!!!
“Apa yang tak mungkinnya sayang?” sapa Carl.
“Abang tolong cubit Qis. Qis rasa Qis mimpilah!”
Carl mencubit lengan Qis yang berlapik itu “Adoii..ehh aku
tak mimpi lah”
“Sayang ni kenapa?”
“Abang Riz kan? Riz yang digilai ramai tu? Riz budak
hotstuff tahun ketiga pengajian civil engeneering?” tanya Qis bertubi-tubi.
“Yelah sayang oiii. Abanglah budak hotstuff tu. Abang yang
handsome+macho ni.” Dia perasan sendirian.
“Tak mungkin? Abang ke Micarl Il Hariz?”
“Betullah. Sayang ni kenapa? Tadi ok je”
“Ya Allah. Betul ke aku nak kahwin dengan abang hotstuff?
Abang ikhlas cintakan Qis. Yelah Qis tak cantik macam orang lain”
“Qis, cinta terletak pada hati bukan pada paras rupa.
Terimalah keadaan pasangan kita seadanya. Qis nak cantik?”
“Nak..Nak! abang tolong ya?” dia menunjukkan muka teruja.
Carl mengangguk sambil tersenyum. Segala rancangan sudah tersemat kukuh dalam
mindanya. Sabar sayang! 3 bulan lagi sayang mesti bangga dengan abang sebab
abang berjaya ubah sayang!
“Yeay..” Qis terlalu gembira sehingga memeuk Carl. Sedar
akan ketelanjurannya dia segera melangkah masuk ke dalam rumah. Aduh malunya
Qis! Carl hanya tersenyum..Qis...Qis...selalu blushing!
***
“Abang, dua hari lagi majlis reunion tu. Kita tak siap
apa-apa lagi! Jomlah shopping!”
“Abang busylah sayang. Reunion tu kita pakai jelah baju apa
yang ada!”
“Abang ni asyik-asyik busy. Sayang ni dah macam bini nombor
2 pula.” Qis menarik muncung.
“Sayang jeng..jeng. Nah bukak and wear it masa reunion
nanti.” Riz a.k.a Carl menghulurkan sebuah kotak kepada Qis a.k.a Anis.
“Thanks abang. Sayang aban banyak-banyak...muah..muah”
“Amboi sebelum ni tak sayang banyak la”
“Lebih kurang macam tulah”
“Heeee naughtynya dia” Carl memicit hidung dan pipi milik
Qis.
***
“Hah Anis mana kau? Lama kemain bersiap. Selalunya kaulah
orang yang tak suka bersiap lama-lama” omel Nisa di dalam telefon.
“Sabarlah. Tunggu cik abang aku ni hah! sakit perut haha”
ujar Anis.
“Ait waktu nilah nak sakit perut. By the way nanti dah
sampai bagi tahu ok.”
“Ok assalamualaikum!”
Qis mematikan telefon bimbitnya. “Abang jomlah. Nisa tak
perasan kita dekat sini”
“Jom. Sayang jangan lupa macam kita rancang semalam ya!
ingat jangan lupa” pesan Carl.
Hampir 10 minit Nisa menanti ketibaan Anis. Tiba-tiba
kedengaran suara pengacara mengamit perhatian semua “Ehem..ehem kini tibalah
Prince Charming dan Wifenya. Dipersilakan Encik Micarl Il Hariz dan Puan
er..saya lupa nak tanya” berderai ketawa semua tetamu dengan lawak selamba yang
keluar dari mulut Paiz yang memang terkenal dengan lawaknya tetapi tetap tegas.
Nisa membuntangkan biji matanya. Fahmi yang perasaan akan
perubahan riak wajah tunangnya itu segera mencuit bahu Nisa. “What wrong
sayang? Macam tengok hantu pula. By the way, wife dia cantiklah. Really,really
gorgeous” seloroh Fahmi yang sengaja memencing reaksi Nisa.
“Bee kalau nak makan
penumbuk sulung sayang, pergilah mengurat dia”
“Aloo bee gurau jelah sayang. Sayang tetap cantik dalam
hati bee”
“Bee jom jumpa mamat tu kejap. Sayang nak basuh
cukup-cukup”
“Ha? Nak buat apa? Tak payahlah. Reunion ni nak happy-happy
bukan nak bergaduh” pujuk Fahmi.
“Nak ikut ke tak nak? Nak jom, tak nak duduk senyap-senyap”
“Mak aii garangnya. Ok-ok jom” Fahmi mengalah.
Nisa menuju ke arah Qis dan Carl. Qis yang perasaan muka
Nisa merah seperti udang dibakar segera mencuit lengan sasa milik Carl. “Apa
dia sayang?” soal Carl acuh tidak acuh. Dia sibuk melayani karenah rakan-rakan
yang sudah lama tidak berjumpa.
“Abang, singa betina dah datang” Carl menoleh kearah Nisa.
Fuhh!
Garangnya. “Adoi sayang! Tengok muka macam nak makan orang. Nak teruskan
ke?”
“Erm teruskan jelah. Qis nak tengok Nisa buat apa?” katanya
sambil tersenyum nakal.
“Ehem..ehem Encik Riz, lama tak jumpa boleh kita keluar
sekejap. Ada benda nak discuss.” Ditahan amarahnya memandangkan tidak mahu
mengganggu majlis.
“Err who are you?”
“Saya Nisa and this is my fiancé, Fahmi.”
“Awak nak jumpa saya di mana?”
“Erm parking lot”
Mereka berempat menuju ke parking lot. Tangan Qis sudah
sejuk. Dia menggenggam erat tangan Carl untu mencari kekuatan. Di samping itu,
hatinya sudah tidak sabar lagi untuk melihat tindakan seterusnya yang akan
diambil oleh Nisa. Sudah lama dia tidak melihat Nisa mengamuk sebegini.
“Aku nak tanya kau! Kau ni meman manusia tak ada hati perut
kan? Dulu punya kau gilakan si Anis tu last-last kau kahwin dengan minah mana
kau kutip. Kau tak fikir dia macam mana perasaan Anis sekarang. Hey! Dia dah
jatuh cint kat kau lah! apa kau buta sangat. Kau sanggup tinggal dia macam tu
je. Dia merana tahu!” sembur Nisa. Tu dia mak nenek. Sekali sembur
berpuluh-puluh soalan. Qis hampir ketawa. Nisa..nisa ni aku Anis. Minah yang
kau cakap Riz kutip tu. Haish.. haha hatinya sudah ketawa.
Carl mahu ketawa terbahak-bahak. Sabar Carl. Masih terlalu
awal drama ni. “Maaf ya Cik Nisa. Saya sangat mencintai isteri saya. Siapa
Anis? Saya kenal ke? Ya memang dulu saya gilakan dia. bukan ke dulu dia suruh
saya pergi? So saya pergilah. Dia nak gila ke nak mampus ke saya peduli hapa!
Saya sayang isteri saya dan jangan cuba pisahkan kami. Hanya Allah yang berhak
sedemikian ke atas kami” fuhh laki aku boleh jadi pelakon. Ait dia ada kutuk
aku sikit lah. ehh sekadar memantapkan lakonan lah Qis oii..
“Jantan tak guna!” Nisa menahan ombak kencang di dadany.
Kemarahannya kepada Riz akibat mengecewakan Anis sudah meluap-luap.
“Sayang, let’s go. Biarlah minah gedik ni dekat sini. Baby
laparlah” Qis sengaja melentokkan kepalanya ke dada bidang Riz. Fuhh sayang
kalau nak goda abang jangan lah waktu-waktu ni. Haih sabar! Iman aku masih
tinggi. Pandai juga dia berlakon. Bukan senang nak dapat peluang tengok dia
gedik macam ni. Haha!
“Baby...baby.. eee geli aku dengar. Aku nak cungkil je mata
kau tu tahu”
“Ala sayang. Dia kutuk baby..” rengek Qis manja.
“Hey! Kau siapa nak kutuk wife aku hah?”
Fahmi hanya memerhatikan lakonan mereka. Dia sudah tahu
sejak awal lagi. Dia berkomplot dengan Carl dan Qis. Tiba-tiba pergaduhan
semakin hangat apabila Nisa mengangkat tangan untuk menampar pipi Carl. Mujur
sempat ditahan oleh Qis. Hish kalau tak merah pipi laki aku. aku lah kena jaga
dia 24/7. Laki aku ni nampak macho tapi manja.
“Stop Nisa. Aku Anis. Kau dah tak kenal aku? ni suami aku
Riz a.k.a Carl.”
“Woowowo..kau orang nak mainkan aku? jangan harap aku
tertipu!”
“Ish Cik Anisah binti Fakhri. Ni saya Puan Nur Anis Qisara.
Apa kau dah nyanyuk ke?”
“Anis yang aku kenal bukan macam kau! Dia ge....”
“Dia gemuk? Come on lah ni aku. aku dah kurus sekarang.”
“Aku tetap tak percaya! Mana bukti”
“Nah tengok sendiri IC aku.” Qis menyerahkan IC nya kepada
Nisa. Melopong mulut Nisa. Dia menghampiri Qis dan memeluk erat kawannya itu. “Anis,
aku tak sangka kau dah kahwin dengan Riz. Congrats. I miss u so much. But macam
mana boleh kurus?”
“Aku kena tahan! Makan salad only selama 3 bulan. Gila aku
kau tahu. Rindu nasi tak payah cakap. But ada juga pergi buat rawatan.”
“Ohhh but kau kena paksa or sukarela?” Nisa tersenyum.
“Aku sukarela pada mulanya. Mana aku nak tahu dia nak dera
aku tak bagi makan nasi. Haha!” Qis dan Nisa menghamburkan ketawa. Wajah Carl
dikerling manja oleh Qis.
“Ehem...ehem...” Carl berdehem.
“Err Riz aku minta maaf ya. aku emo sangat tadi”
“It’s ok”
Fahmi menghampiri mereka dan berpelukan dengan Riz.
“Cayalah Bro. Terbaik lakonan kau orang”
“Ehem...kira bee bersubahat dengan dia orang lah ye?”
“Errr.....er..bro tolong aku bro”
“Oh meh sini. Siaplah kalau sayang dapat.” Dia mengejar
Fahmi yang sudah bertempiaran lari. Gaduh-gaduh manja la katakan. Mereka
melangkah masuk ke dalam dewan. Paiz memulakan tugasnya bagi mengamit perhatian
tetamu “Sayang beribu kali sayang kepada gadis yang pernah menaruh harapan kepada
ABANG HOTSTUFF kita kerana dia sudah pun dimiliki oleh seorang wanita yang
sangat bertuah. Siapakah dia? Wanita yang dimaksudkan adalah Puan Nur Anis
Qisara. Semua tetamu menepuk tangan. Dan ada yang bersiul-siul.
“Terima kasih sayang sudi terima abang”
“Kasih akan dipertimbangkan!”
“Nakalnya dia.” Carl mencubit pipi Qis.
Yahoooooo! Akhirnya ABANG HOTSTUFF MILIK AKU! Terima kasih
Ya Allah. Aku sungguh bersyukur dikurniakan seorang suami seperti dia. semoga dia mampu membawa aku kesyurgaMu! Insyaallah!
Assalamualaikum
semua. Kali ni ED cuba tampilkan kelainan dalam cerita ni. Hope semua sudi
baca. Kisah ini hanya rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup
mahupun yang sudah mati. Ini kali pertama ED siapkan cerpen dalam masa dua
hari. Cacat cela sikit mungkin sebab kali pertama dapat idea nak buat cerpen ni
dalam pukul 3 pagi. Esoknya baru sambung. So harap maaf lah ye. Lagipun ED
masih belajar. Maaf sekali lagi sekiranya kurang menyengat. Apa-apa komen jelah
ya. ED akan terima.
Label: KOLEKSI CERPEN