NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
Cerpen: Cinta Debab & Keding
Selasa, 31 Disember 2013 | Disember 31, 2013 | 3comments


“DEBAB kau nak pergi mana hah?” tanya  Erul sebaik kakiku melangkah ke pintu masuk kelas 4 Melur.

“Woi keding, kau ingat ni jalan mak bapak kau ke hah?” aku membalas kembali. Sudah tiba masanya aku melancarkan perang dingin bersamanya. Selama ini aku hanya berdiam diri sahaja sehingga dia menganggap aku lembap dan tungu serta tidak boleh berbuat apa-apa.

“Wah dah pandai melawan ya  kau sekarang. Kau tunggu je lah kat luar tu ek. Aku akan tunggu kat pintu. Biar kau tak boleh masuk. Haha” katanya disertai hilai tawa darinya serta kawan-kawan satu kepala. Sama nakal, sama gila!



‘Kau nak main-main dengan aku ya. kau tak kenal aku siapa? Nantikan kemunculan aku yang sebenar’ hatiku tersenyum riang. Semalaman aku bercerita mengenai keburukan 3 ekor beruk dihadapanku ini dengan kakakku. Dia men’support’ aku 100%. Masih terngiang-terngiang pesanan kakakku semalam, ‘Kita orang perempuan kena tunjuk sikit belang tu. Jangan hormat sangat pada orang yang tidak tahu hormat kita. biar dia tahu apa itu erti hormat!’

Menggunakan sekuat tenaga, aku merempuh 3 orang lelaki yang menghalangi aku untuk masuk ke dalam kelas. Mereka terjatuh dan aku lihat muka mereka merah seperti udang dibakar. Malu mungkin. Siapa yang tidak malu apabila 3 orang budak lelaki yang boleh dianggap sebagai hotstuff  SMK Sri Melati dirempuh oleh seorang budak perempuan yang berbadan gempal. Hah ambil kau! Baru kau tahu macam mana selama ini aku tahan malu bila kau kutuk aku depan orang ramai. Kelihatan pelajar-pelajar yang lewat kelas aku, mulai tertawa. Aku turut geli hati melihat teletah mereka.

“Kau dengar sini debab hari ni hari kau. Esok lusa aku kan buat kau menyesal sebab buat kami macam ni. Kau tunggu je lah” mereka berlalu meninggalkan aku dengan tawa yang masih bersisa. Sudah kalah tu buat cara kalah, jangan hendak tunjuk hero pula!

“Hoi, apa yang kau gelakkan tu?” 

“Ish terkejut aku kau ni Peah. Tu ha mamat-mamat sengal tu jatuh. Siapa suruh halang aku nak jalan. Hambek kau!”

“Eh kau jangan buat main dengan diorang tu. Kang tak pasal-pasal mahu menangis kau diorang kerjakan nanti.”

“Heh? Ohh takutnya aku dengan diorang! Please lah. Kau ingat diorang tu tuhan ke?”

“Erm suka hati kau lah. Eh jom makan karipap. Mak aku ada bekalkan tadi”.

“Karipap? Uish favourite aku tuh. Jom”

***

“HAH buat apa tuh? Termenung sana termenung sini. Dah macam orang sasau aku tengok”

“Eh kau ni terkejut aku. bila sampai?”

“Aku dah lama sampai. Aku tengok kau tersenyum ja. Kenapa? Rindu orang tersayang ke?”

“Ish mana ada. Aku ingat kenangan kita masa sekolah dulu. Nakal gila”

“Aah, sian si Fara tu. Asyik kena buli je dengan kita. Tapi yang paling tak tahan, bila dia pindah si Fahmi tu pulak yang beria menangis. Peah yang bff dia pun biasa je. Haha kenangan indah”

“Ehem..ehem kut ya pun nak mengutuk, agak la wei. Cerita pasal apa ni? Aku datang pun tak sedar?” sergah Fahmi.

“Cerita pasal buah hati kau tulah si Fara tu. Eh dia khabar sekarang? Still debab macam dulu?”

“Haha mengong soalan kau. Dia still lagi debab macam dulu. Dia study kat overseas sekarang” Fahmi tersenyum. Kalaulah korang tahu perkara sebenar, mesti terkejut tahap beruk punya!

“Really? Nanti aku nak cari isteri debab jugak lah Haha”
“Sengal!”

Ish Si Fahmi dengan Ara ni serius ke? Melepaslah aku. Fara, sukakanlah aku. aku suka kau ni. Eh! Kenapa kau perasan sangat ni Fahmi? Enough! Dia milik kawan kau. Cari lain jelah. Tapi aku suka dia. Aku dah jatuh cinta dengan dia. Mana boleh aku lupakan dia macam tu sahaja. 

“Eh, jap Fahmi. Macam mana kau boleh jatuh cinta dekat dia?”

“Betul kau nak tahu ni Zain?” tanya Fahmi sekadar menduga. Haih! Mamat Erul ni tak marah pula. Cool je aku tengok. Ha masa nilah aku nak kenakan dorang!

Zain pula hanya mengangguk manakala Erul pula menunjukkan minat untuk mendengar. Manalah tahu ada kesempatan!

***

          “KAU beria sangat menangis ni kenapa Fahmi?” tanya Ara kehairanan.

          “Aku sedih. lepas ni aku tak boleh jumpa kau lagi. Aku minta maaf ya Fara sebab aku banyak buli kau dulu. Sorry sangat ” Fahmi menyeka air matanya. Sebak didada sudah dapat dibendung.

          “Ala, kita boleh kirim surat apa? Kau jangan risaulah aku dah lama maafkan kau. Nanti kau jangan lupa aku pulak ya”

          “Aku harap kita boleh jadi kawan” ujar Fahmi sambil memandang Ara dan Peah serentak.

          “Kami tak kisah” kata Ara dan Peah serentak. Bff sejatilah katakan. 

          Ketika mereka sedang bergelak tawa melayan perasaan, tanpa sedar ada sepasang mata yang memerhatikan gelagat mereka seketika tadi. Mukanya penuh dengan sakit hati. Gaya orang patah hati! 

          Budak debab itu hendak pindah? Oh tidak mesti dia rapat dengan Fahmi nanti dan aku? jadi tunggul? No! No! No! Ini Erul lah. aku akan buktikan pada kau debab yang aku lebih layak untuk memiliki kau. 

          “Woi buat apa belakang tiang ni? Pergilah minta maaf dengan debab tu. Karang tak sempat menyesal pulak” tersentak Erul dibuatnya. Manakan tidak, sedang melayan perasaan seorang diri tiba-tiba Zain datang menepuk bahu. Sudahlah salam tidak diberi, datangnya pula bikin sakit hati!

          Perlahan-lahan Erul menghampiri Ara dan rakan-rakannya. Ish perlu ke aku minta maaf?  Macam tak patut sahaja. Jangan Zain nanti kau menyesal!

          “Ehemm.. Fara aku datang ni nak minta maaf kat kau selama ni.....” belum sempat Erul menghabiskan kata-katanya, Ara sudah memotong. “Aku dah lama maafkan kau dan aku anggap korang semua dah macam sahabat aku” katanya lantas melemparkan senyuman segaris. Lega hati aku dibuatnya! Dibuatnya tadi dia herdik aku macam orang gila, mahu tujuh keturunan aku makan rumput! Apa kau merepek ni Erul?

***

          “AKU rasa kau dah boleh tempah wad dekat hospital bahagialah” kata Zain.

          “Aah kan tempah untuk Si Erul ni. Penat aku cerita boleh pulak dia menggelamun”

          “Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu, Tengku Muhammad Zairul Firdaus bin Tengku Mahadi bersediakah anda menghadapi hari-hari di dalam kubur?”

          “Woi kau pehal, bikin aku takut je. Aku belum nak mati lagilah. Aku teringat zaman dulu je.”

          “Teringat zaman dulu ke teringat Fara?”

          “Ish nonsense lah kau ni. Dia kan kawan aku. takkan aku jatuh hati dekat si debab tu pulak” kata Erul cuba menutup gundah di hati. Tapi tak salahkah kaulau jatuh cinta dekat kawan sendiri? Ish parah aku ni!

***

          ARA mencari keberadaan telefon bimbitnya yang berbunyi.

          “Ish mana pula telefon ni” dia meraba-meraba ke dalam tas tangannya kesayangannya berjenama LV hadiah daripada teman baiknya iaitu Fahmi. 

          Tiba-tiba, Ara telanggar seseorang. Habis baju mamat di hadapannya dek kerana air teh o panas sudah mengenai bajunya.

          “Err encik saya minta maaf sangat tadi saya betul-betul tak nampak” kata Ara. Dia cuba untuk mengelap baju ‘Encik’ tetapi diherdik dengan begitu kuat menyebabkan dia terkejut.

          “Kau ni jalan guna mata ke guna lutut ha? Habis baju aku. kau tahu tak sekejap lagi aku ada meeting. Ish menyusahkan betul.” Omel lelaki di hadapannya.

          Fuhhh sabar Ara. Masa nilah iman kau nak teruji. “Encik, saya betul-betul mintak maaf. Saya nak cepat tadi. pasal baju encik tu nanti saya ganti” kata Ara sambil melemparkan senyuman plastik. Ish mamat ni kalau bukan dekat public, memang dah kena maki dengan aku ni. Sabar Ara, nanti orang kata kau ni perempuan apa pulak.

          “Maaf, maaf tu je lah yang kau tahu. Dah lah baju ni hadiah dari mama aku. limited edition tahu! Mampu ke nak bayar balik?” lelaki itu melemparkan senyuman sinis ke arah Ara.

          “Hey kau jadi manusia jangan berlagak sangat. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik. Silap-silap kejap lagi aku kena rompak terus jadi miskin. Masa tuh nak insaf pun dah tak ada guna. Aku minta maaf elok-elok, kau makin hamun. Kau fikir aku tak ada perasaan?” Fuhh congratulations Ara. Lepas jugak apa yang terbuku. Mamat ni memang nak kena ajar. Sombong tak kira tempat.

          “Eee kau nikan kecik besar je aku tengok dahlah langgar orang ada hati nak makin hamun aku pulak tu. Aku tak berlagak langsung kut. Aku tahu harta tu semua milik Allah!”

          “Tahu tak apa, ingta baru nak ceramah panjang-panjang kat kau. Dah kau tu berlagak sangat. Aku dah minta maaf kira settle lah. Dah I have to go now. Kalau rasa nak baju awak tu diganti balik just call me! Manalah tahu orang sekarangkan suka ambil kesempatan. Tak kaya tapi mengaku kaya. Awak jangan risau, baju awak tu saya ganti dengan yang tulen. MADE IN PARIS cuma warna sahaja berbeza!” kata Ara sambil menulis sesuatu di atas kertas lalu diletakkan ke dalam poket baju lelaki itu.

          Erul menatap kertas yang ada di dalam poketnya. Ara! Nice name. Ganas pun boleh tahan jugak. Erm I like. Eh Erul apa ni? Cinta kau kan pada si debab tu! Arghh serabut!

***

          “HAI bro, kalau ya pun haus jangan la kau tuang satu badan” tegur Zain menyebabkan tawa yang ditahannya dan Fahmi meletus.

          “Tadi ada minah mana tah. Jalan pakai lutut selamba badak je langgar aku. Lepas tu cakap sorry. Dia fikir dengan sorry aku tu baju ni boleh cantik balik ke? Dah la ni baju present dari mama aku. Dia beli dekat Paris”

          “Sabar bro. Ala kau boleh beli lagi. Kau pun bila-bila masa boleh pergi overseas kan? Anak orang kaya la katakan. Tak gitu Fahmi?”

          “Erm betul, betul,betul” Fahmi sudah mengajuk gaya Upin dan Ipin.

          “Ish korang nikan sengal betul” marah Erul. Namun marahnya hanya sekadar gurauan. Masakan dia mahu marah kawan-kawannya yang sudah menjadi rakan baikknya hampir 7 tahun. Oh! Tidak mungkin sama sekali!

          “Eh by the way cantik tak? Kenalkan dengan aku boleh?” rayu Zain.

          “Kau tu dah nak bertunang. Jangan nak buat gila” kata Erul.

          “Eh bukannya aku kenal siapa tunang aku tu. Tah cantik tah tidak. Mak aku punya pasal lah”

          “Asal kau tak tolak?” tanya Fahmi.

          “Kau tahu mak aku sakit jantung kan? So aku tak nak hampakan dia. Insyaallah ada jodoh tak kemana"

*** 

          ERUL menekan punat di atas Iphonenya. Nak telefon ke tak nak? Karang dia cakap aku mamat perasaan pula. Ish biarlah. Dia perempuan dan aku kena minta maaf sebab tinggikan suara dengan dia tadi. ah! Telefon sajalah. Apa nak jadi, jadilah.

          “Hello assalamualaikum” sapa Erul lembut.

          “Waalaikumussalam. Ya cari siapa?” tanya Ara.

          “Boleh saya bercakap dengan Cik Ara?”

          “Ya saya. Ini siapa ya?”

          “Saya Erul. Mamat yang awak langgar tadi”

          “Oh! Hah nak apa? Pasal baju awak tu nanti minggu depan saya ganti!”

          “Itu saya tak kisah. Cuma.....”

          “Cuma apa?” bentaknya.

          “Saya nak mintak maaf sebab tinggi suara dengan awak tadi. harap awak maafkan” rayu Erul.

          “Hurm saya dah maafkan. Saya pun bersalah. Jalan pakai lutut!” Ara memulangkan paku keras.

          “Awak, jangan cakap macam tu. Saya rasa bersalah sangat. Kita keluar makan boleh? Saya rasa dengan cara ni saja saya boleh hilangkan rasa bersalah saya”

          “Hurm dekat mana?”

          “CTR hotel. Saya tunggu”

          “I will be there in 30 minutes”

***

          “ARA, kau kemas baju ni nak pergi mana?” tanya Peah yang sedikit hairan dengan perangai Ara.

          “Aku nak pergi Paris” jawab Ara selamba. 

          “Ish takkanlah pasal nak ganti baju mamat tu kau sanggup pergi sana?”

          “Bukanlah. Papa aku dah bising. Katanya dah lama aku tak datang sana. kalau dia merajuk mahu berbulan-bulan aku nak pujuk”

          “Papa kau yang handsome tu? Ish bertuah siapa dapat dia. Dahlah handsome, ada butik terkenal pulak tu dekat Paris”

          “Haha, kau nak ke?”

          “Aku on je. Tapi kau sanggup kalau aku jadi kakak ipar kau?”katanya sambil ketawa terbahak-bahak.

          Ara hanya menggeleng perlahan. Peah, peah dari dulu sampai sekarang tak habis-habis nak bagi aku gelak. Putus jugak urat-urat aku nanti. Ish sabar je lah.

          Ara memanggil abangnya dengan panggilan papa kerana semenjak kecil lagi mereka ditinggalkan ayah yang hilang entah kemana. Kata emak, ayah bekerja sebagai seorang nakhoda kapal. Suatu hari kapal karam dan sehingga sekarang masih belum dijumpai mayatnya. Entah mati entah hidup.

          Ara dan kakaknya, Emma hanya bergantung hidup dengan abangnya. Emak mereka pula tidak mampu bekerja akibat sakit. Terpaksalah abangnya mengorbankan masa remaja dengan mencari nafkah untuk keluarga. Namun siapa sangka takdir Allah, abangnya juga mampu berjaya seperti sekarang.

***

“ENCIK, tumpang lalu” Ara meminta izin daripada lelaki yang sedang khusyuk membaca surat khabar. 

Lelaki itu mengangkat mukanya. Ara menekup mulut yang ternganga. Hah! dia lagi? Dia ni ikut aku ke apa?

“Eh Ara. Pergi Paris jugak ke?” 

Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. “Eh tak adalah saya nak pergi Sungai Amazon. Nak cari buaya. Nak bawak balik rumah” perli Ara dengan muka masam. Lalu dia mengambil tempat disebelah Erul. Ish tiket aku pun sebelah dia. Argh! Stressss!

“Haha awak ni lawak lah Cik Ara” katanya sambil ketawa.

Mak Aihhh ketawa pun segak. Ish apa ni Ara. Kau jangan lupa Erul, cinta hati kau tu a.k.a mamat pembuli. Haha! 

“Saya tak rasa saya sedang buat lawak Encik Daus”

Suasana kembali sepi. Mereka lebih senang melayani perasaan masing-masing. Duduk lama di dalam pesawat menyebabkan Ara mengantuk. Argh! Tidak boleh dibendung lagi. Ara melelapkan matanya.

Terbuntang matanya apabila merasai ada kepala yang sesekali menyentuh  bahunya. Ish siapa pula ni. Ops! Lupa Ara. Dia menoleh ke kiri. Kelihatan Ara sedang tersengguk-sengguk menahan kantuk. Akhirnya Erul menarik kepala Ara untuk sandar di bahunya. 

Perjalanan selama 14 jam kini berakhir juga. Huwaahhh! Kantuk yang masih bersisa. Erul merasai dirinya dipeluk. Dia menoleh. Ish minah ni! Tapi comel jugak dia tidur. Cute gila seh. Tergugat iman. Ish Erul sabar!

“Erm Cik Ara. Bangun kita sudah sampai” bisiknya di telinga Ara.

Si Ara memang begitu. Kalau sudah tidur, bom meletup tepi telingan pun belum tentu dengar lagi. 

“Cik Ara, bangun kita sudah sampai”

Ara bangun dengan segera. Dia memisat-misat matanya. “Hah kenapa awak peluk saya?” suaranya sedikit menjerit.

Mujur penumpang lain sudah mulai turun dan kedudukan kami yang berada di belakang menyukarkan bait-bait percakapan kami didengari sesiapa. “Cik Ara yang peluk saya” jawab Erul selamba.

Aduh Ara! Apa yang kau buat ni? Aduh malunya. “Errr ok lah.. assalamualaikum!”

Malulah tu. Sedap jugak dia tidur peluk aku. ah! Siapa tak nak jadikan badan aku yang tough ni bantal peluk setiap malam! Oh no! Ia hak milik isteri aku. One day, insyaallah. Ehh apa aku merepek ni?

***

          “ARA, layan customer tu sekejap. Papa ada kerja ni”
 
          Aku kena layan customer? Erm redah je lah Ara. “Err Yes sir what can I help you” dia menyapa pelanggan yang membelakanginya itu.

          Erul memusingkan badannya dan menanggalkannya cermin mata hitamnya. “I want...”  belum sempat Erul menghabiskan kata-katanya, dia terlopong. Dia mengesat matanya. Aku mimpi? 

          Dia lagi? Aduh Ara. Macam mana ni. Tapi satu je aku nak puji. Dia ni pakailah apa pun tetap  smart. Alangkah untungnya kalau Erul smart macam ni jugak. Eh Ara melebih sudah. Mana tahu kalau Erul buruk rupanya? Ah aku tetap terima dia sebab aku cinta dia. Ehh parah aku ni. 

          “Awak ikut saya ya?” katanya separuh menjerit. 

          “Haha awak silap besar Cik Ara. Saya memang selalu datang shopping sini. Lagipun rumah saya dekat area sini jugak” katanya ramah.

          “Tak tanya pun” jawab Ara sombong.

          “Erm mana Encik Arshad ya?”

          “Dia busy kenapa?” jawab Ara malas. Tak habis-habis muka mamat ni sahaja yang aku tengok. Bosan! Ehh Ara jangan cepat membenci nanti takut mencintai. Aikk hati aku ni melebih nampak. Perli tuan sendiri.

     “Saya nak tanya dia, tempahan saya sudah siap atau belum. Itu sahaja” jawabnya geram. Minah ni tak tahu berlembut agaknya. Muka masam ja dah macam asam aku tengok. Suka makan asam kut dia ni.
 
          “Awak buat tempahan apa? Berapa?”

          “Baju kemeja saya. Lebih kurang 8 pasang.”

          Gila apa mamat ni. Tempah baju kemeja sampai ke Paris. Malaysia tak ada ke? Argh! Lantaklah. Eh tapi baju dia hari itu kau tak ganti lagi.

          “Tunggu kejap”

          Ara berlalu meninggalkan Erul. Terdengar suaranya separuh menjerit. “Papa, ni your customer datang nak ambil baju katanya” 

          “Siapa?”

          “Entah”

          Kelihatan Encik Arsyad terkocoh-kocoh berlari ke hadapan untuk melihat gerangan yang dimaksudkan Ara. “Oh tengku, tengku nak ambil baju ya. satu lagi belum siap”

          “Eh tak payah tengku-tengku berbagai. Panggil saya Erul. Saya pun orang biasa juga” dia melemparkan senyumannya. Dia menjeling Ara. Mukanya kelihatan terkejut.

          Tengku? Maksudnya bukan orang sebarangan? Tak mungkin! Aku salah dengar je.

          “Ara, meh sini papa kenalkan dengan kawan papa”

          “Err aaa ya”

          “Kenalkan ni Ara, adik saya dan Ara ni Tengku...”

“No need to tell my full name. Just call me Daus. Kita orang dah kenal. Flight sama”

“Oh. Eh Daus, abang minta maaf  banyak-banyak, baju tu lagi satu tak siap. Abang busy sikit minggu lepas. Ada fashion show dekat NYC.”

“Eh it’s ok. Saya lama lagi dekat sini. Tak apalah kalau macam tu. Saya pun nak kena gerak ni. Nak jalan-jalan. Miss my hometown!”

Hometown? Apa maksud mamat ni? Ish pelik sungguh! Ah! Kisah pulak aku.

“Eh Ara pergilah teman Daus jalan-jalan. Korang kan dah kenal? Kesian papa tengok kamu tercongok dekat sini. Papa busy! Tak apakan Daus?”

“Saya on je abang tapi takut orang tu yang tak mahu. Yalah siapa saya ni”

“Err yalah”

Erul sudah senyum segaris. Cutenya kau. Kalaulah kau ini Fara, kan bagus. Hari-hari aku mesti berbunga-bunga. Haha! Erul sudah demam! Mama tolong, anak mama mabuk cinta!

***

          Mereka duduk di bawah pokok berhadapan dengan menara Eiffel sambil menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa. 

“Err saya nak tanya something boleh?” soal Ara yang agak canggung dengan Daus. 

          “Tanyalah” jawab Erul sambil tersenyum ke arah Ara.

          Ahh senyuman killer yang mampu mengurangkan cinta aku pada Erul. Come on Ara. Kau hanya cintakan Erul seorang dan bukannya mamat poyo ni. “Erm awak kata ni hometown awak? Apa maksudnya?” 

          “Dulu saya sekolah dekat SMK Sri Melati. Sejak budak yang saya suka tu pindah, saya terus make decision untuk tinggal dengan mama dekat sini”

          “SMK Sri Melati” arhh! Apa semua ini. Siapa dia?

          “Aaah. Awak tahu ke?”

          “Dah tentu-tentu tu bekas sekolah saya. Tapi sayang, Saya sekolah situ sekejap sahaja. Lepas itu saya pindah sebab masalah kewangan. Yalah sekolah tukan sekolah elit. Tapikan saya tetap ingat kenangan saya kena buli. Tapi malangnya saya tak jumpa lagi pembuli saya tu. Saya nak cakap dekat dia yang saya cintakan dia”

          “Samalah dengan saya. Saya nak jumpa dengan orang yang saya buli dulu. Saya pun nak cakap yang saya cintakan dia. Tapi sayangnya....”

          “Kenapa?”

          “Dah bertahun kami berpisah. Dan tak mungkin lagi saya akan bertemu dengan Fara Izwana, si budak debab”

          Serta merta berubah riak wajah Ara. Nama aku! dia ni siapa sebenarnya? Ya Allah ungkapkanlah kebenaran. Aku kena tanya siapa dia. Biarlah dia aku busybody sekalipun. 

          “Awak, full name awak apa sebenarnya?”

          “No need to know”

          “I have to know. Sebab saya kenal Fara. Mana tahu dia yang awak cari selama ini”


          “Tengku Muhd Zairul Firdaus bin Tengku Mahadi. Statisfy? Awak pula”

          Fuhh nasib baik dia bukan Erul. Ala nama aku sama dengan perempuan tu maybe. “Fara Izwani binti Rashid.”

Hah? aku tak salah dengar? Ya Allah kau telah mempertemukan aku dengannya.  “Awak ingat Erul? Si keding yang selalu buli awak?”

Eh mana dia tahu..jangan-jangan.... “Mana awak tahu?”

Dia sudah tersenyum lebar. Dia peluk aku dan aku pantas menepis. “Apa ni Daus. Public kut. Asal dengan awak ni?” ujarnya  dengan nada marah.

“Fara, saya Erul yang awak cari selama ini”

“Hah? awak tipu. Prove it to me?”

Erul mengeluarkan dompetnya dan memberikan Fara melihat. ‘Tak mungkin! Arghh! Ini semua hanya mimpi’ Fara bermonolog di dalam hati.

“Betul kan? Itu gambar awak? Kita tangkap masa last day awak school situ”

“Tapi Erul yang saya suka bukannya anak Tengku!” Ara cuba merungkai kebenaran. 

“Satu sekolah tak tahu saya anak tengku. Hanya pengetua dan guru-guru sahaja yang tahu. Saya tak suka orang tahu sebab, pertama saya tak nak nanti saya riak. Kedua sebab saya fikir hanya bapa saya yang kaya, bukannya saya.”

“Erul.....” panggil Ara sambil menitiskan air mata. ‘Mulianya hati awak’

“Fara, kenapa ni? Saya ada buat salah?”

Ara hanya menggeleng. Aku kena start ni! “Fara, saya nak minta maaf banyak-banyak sebab saya selalu sakitkan hati awak”

“Saya maafkan awak” katanya sambil mengelap air mata dengan hujung baju blouse miliknya. Erul mengeluarkan kotak baldu dari dalam poketnya. Dia sentiasa menyimpannya kerana suatu saat apabila dia menemui Fara yang dicari, dia ingin melamarnya. 

Erul melutut di hadapan Fara. Fara tergaman! “Fara Izwani Rashid, sudikah kau menjadi suri hatiku selama-lamanya?” Fara hanya mengangguk. Dia tidak menyangka yang cintanya akan berputik kembali di hadapan menara Eiffel.

***

        “AKU terima nikahnya Fara Izwani binti Rashid dengan mas kahwinnya  5 ribu ringgit tunai” 

          “sah”

          “sah” 

          Alhamdulillah selesai sudah satu hal. Selepas majlis yang dirancang selesai, Erul merangkul pinggang isteri tercintanya menuju ke meja makan. 

          “Selamat pengantin baru! Akhirnya kahwin jugak. Penat aku simpan rahsia” ujar Fahmi.

          “Rahsia apa?” aku menyoalnya.

          “Aku tahu di mana Fara berada selama ni. Opss! Ara. Haha.”

          “Kurengg! Punya kawan. Eh kenapa tukar nama jadi Ara eh sayang?”

          “Family Ara memang panggil Ara bukan Fara cuma dekat sekolah je orang panggil macam tu”

          “Oh. Eh kejap. Aku musykil lagi ni Fahmi”

          “Awatnya?”
 
          “Kau memang tak ada perasaan pada Ara?”

          “Haha Ya Allah jealous betul kau dengan aku kan? Tengok Ara suami kau ni. Teruk!”

          Semua kawan-kawan mereka yang ada itu ketawa terbahak-bahak. Lalu giliran Zain menyampuk “Si Fahmi dah nak kahwin pun dengan si Peah tu. Bulan depan lagsungnya.”

          “Ya ke? Lega sikit hati aku. kan sayang?” ujarnya sambil menarik hidung Ara.

          “Abang! Orang ramai ni”

          “Ala biarlah. Bukannya haram pun”

          “Alahai! Pengantin baru ni. Depan kita pun nak bermadu kasih. ”

          Meletus ketawa semua orang dek kata-kata selamba yang keluar daripada mulut Zain. Ara pula sudah blushing. Mahukan tidak diperli sebegitu rupa! Erul pula hanya tersengih-sengih.

          Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi akhirnya Ara jadi milik aku. Hanya Allah yang mampu memisahkan kami. Cinta si debab buat aku dan cinta aku buat dia. Tapi kini Ara sudah tidak debab lagi dan aku pula semakin macho dan tegap! Haha perasaan pula.

          ‘Syukur Alhamdulillah. Debab sayang keding. Hehe. Tak sia-sia aku diet selama 3 tahun dulu. Sekali tengok suami aku ni macam Fahrin Ahmad pun ada. Haha Ara sudah senget! Mengarut. Tapi handsome jugak’ Seloroh Ara di ruang hatinya.

TAMAT!~
P/S: Assalamualaikum semua. Harap maaf kalau cerpen saya kurang menyengat...saya harap comment daripada kalian semua dapat membantu saya..x berapa nak best sebab sy buat cerpen ni pukul 5 pg...idea tak byk but tgn gatal nak menaip..insyaAllah next cerpen, i will improve it


Label:


| Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go