NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 4
Khamis, 8 Jun 2017 | Jun 08, 2017 | 1comments

BAB 4

R
AZIAH duduk melipat kain di ruang tamu rumah. Kejadian yang berlaku sebentar tadi masih segar di ingatannya. Masih terngiang-ngiang amrah yang dilemparkan Rahman. Raziah tahu, dia berdosa kerana telah menaikkan kemarahan suaminya. Tapi dia ada sebab berbuat demikian.
            Uteh menapak perlahan-lahan menuju ke emaknya. Dia tidak mahu menganggu emaknya yang nampak sedang berfikir jauh. Teragak-agak Uteh hendak duduk apabila tiba di hadapan Raziah.
            “Mak..mak” panggil Uteh perlahan.
            Lamunan Raziah hilang begitu sahaja. Dia menoleh ke sisi dan melemparkan senyuman kepada Uteh.
            “Bila Uteh duduk sebelah mak? Mak tak perasan” Raziah ketawa nipis. Sekada menghilangkan canggung.
            “Baru saja. Mak fikirkan apa tadi?” soal Uteh sambil meniarap memandang emaknya yang melipat kain.
            “Tak ada apa pun. Teringat kenangan lama” sembunyi Raziah.
            “Mak, kalau Uteh tanya sikit boleh?”
            “Apa dia?”
            Uteh bangun dari meniarap lalu duduk bersila. Berkerut-kerut dahinya. “Kenapa nenek jarang datang rumah kita? Kenapa nenek tak bantu keluarga kita yang susah ni?” soalan Uteh membuat Raziah tersentak. Dia sudah agak, suatu hari nanti pasti Uteh akan mengutarakan soalan itu. Dan hari itu ialah sekarang.
            “Panjang ceritanya Uteh. Semuanya bermula sebelum mak dengan abah kahwin” jawab Raziah.

            “Mak, ceritalah mak. Uteh nak dengar. Boleh ye mak?” Uteh membuat muka simpati. Lengan emaknya dicapai dan digoyang-goyang manja.
            Raziah melepaskan keluhan kecil beserta anggukan. Fikirannya jauh melayang kembali ke kisah dulu. Kisah perit dan getir dia bersama suaminya, Rahman sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
            Puan Zainab duduk di atas kerusi empuk itu dengan muka yang bengis. Dia benar-benar tidak sangka, anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh selama ini sanggup melawan keputusannya.
            “Mak, tolonglah restui kami. Kami tak buat benda jahat mak, kami cuma nak kahwin saja” Rahman bersuara lagi.
            Raziah sekadar memandang lantai rumah. Tidak berani mengangkat muka memandang wajah garang Paun Zainab. Kekuatannya seolah-olah terbang apabila suara lantang itu menengking sebentar tadi.
            “Aku tak kisah kalau kau nak kahwin sekalipun. Tapi masalahnya sekarang, kau tak boleh kahwin dengan perempuan ni” Puan Zainab tuding jari telunjuk tepat ke Raziah.
            Raziah mengetap bibir. Apa salahnya sampai dia menjadi mangsa kebencian wanita ini?
            “Mak, Rahman cintakan Yah mak. Cuba mak cakap kenapa mak tak bagi sangat kami kahwin?” Rahman tidak betah. Dia perlu tahu apa yang membuatkan emaknya tidak mahu bermenantukan Raziah.
            “Kau lupa ke Rahman? Mak perempuan miskin nilah yang rampas ayah kau dari kita semua. Dia rampas kebahagian mak, bertahun-tahun bapa kau tinggalkan mak. Sebab apa, sebab dia kahwin dengan mak perempuan ni. Sampai mati pun aku tak lupa Rahman. Dia orang mati pun aku tak pergi tengok” Puan Zainab ketawa sinis. Dendam di dalam hati semakin membuak-buak sebaik cerita lama dikupas kembali.
            “Astagfirullah, bawak mengucap mak. Semua tu kisah lama. lagipun arwah abah dengan mak Yah dah tak ada dah pun. Tak boleh ke mak bukak hati untuk terima Yah?” Rahman masih memujuk. Dia tahu emaknya terluka. Tapi semuanya berpunca daripada emaknya sendiri.
            “Hah, pergi mampuslah dengan buka hati. Hati aku dah tertutup kemas untuk sebuah kemaafan. Aku dah penat derita. Ha, sekarang kau pulak yang nak bagi aku derita Rahman?” Puan Zainab mencerlung.
            Rahman tidak menjawab. Dia bangun dan menarik tangan Raziah untuk mengikutnya.
            “Rahman tak kira. Mak restu atau tidak, kami tetap akan kahwin” keputusan drastik Rahman membuatkan darah Puan Zainab bertambah mendidih.
            “Kau keluar dari rumah ni Rahman! Kau kahwinlah dengan betina miskin ni. Tapi ingat, hidup kau takkan senang. Sesen pun harta takkan aku serahkan kepada kau. Rumah, kereta. Kau jangan mimpilah” naik turun nafas pUan Zainab menahan amarah. Muka putihnya kini merah abagi udang terbakar. Dadanya kembang kempis dengan dendam yang menguasai.
            “Rahman masih boleh hidup sekalipun tak dapat harta tu semua” Rahman terus menarik Raziah keluar dari rumah tersebut.
            “Hmm..macam tu lah ceritanya Uteh” Raziah kembali meneruskan kerja melipat kain yang tergendala sebentar tadi. Uteh mengangguk-angguk faham. Begitu rupanya...
            “Mak dengan abah memang tak pernah balik rumah nenek langsung?” soal Uteh lagi. Terlalu banyak rahsia yang dia belum tahu.
            “Balik. Lepas abah berhenti kerja di Singapura, kami ada balik ke rumah nenek. Masa tu umur Uteh dalam 7 tahun. Kami balik pun sebab mak yang pujuk abah. Mak tak naklah nenek sampai tak kenal cucu sendiri” raziah sambung lagi.
            “Nenek marah lagi masa tu?”
            “Marahnya masa ada. Dendam yang bukan senang dihapus. Seluruh hati nenek dah dikuasai dendam yang bertapak sekain lamanya. Tapi nenek boleh terima Uteh, dia layan Uteh baik”
            Uteh mangangguk-angguk. Faham dengan cerita yang disampaikan.
            “Masa mak dengan Uteh sakit dulu, neneklah yang jaga Uteh. Nenek jaga Uteh di hospital tapi di bilik kelas pertama. Mak cuma di wad biasa, tak mampu nak tanggung kos jika mak duduk wad kelas pertama. Abah dah berhenti kerja.”
            “Uteh dan mak sakit?” berkerut-kerut keningnya. Ya, dia tahu dia ada parut di badannya. Seolah-olah kesan di jahit. Tetapi abah kata itu kesan sejak bayi lagi.
            “Eh Uteh, hari dah nak hujan tu. Uteh tolong mak angkat ikan kering dekat belakang tu. Karang marah pula abah kamu. Penat-penat dia pergi memancing ikan” Raziah segera menukar topik. Belum tiba masanya Uteh mengetahui rahsia itu.
            “Hmm, yelah” Uteh bangkit dari duduk dan segera ke belakang rumah.

            Raziah mengeluh lagi. Sampai bila semua ini akan berlarutan? Apakah dia yang perlu menarik diri? Dia tidak betah lagi dengan semua ini. Dia perlu melakukan sesuatu. 

Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go