Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang (TAMAT)

Imej
BAB 10 “M AK, kisah tu dah berlalu berpuluh-puluh tahun yang lepas kan mak. Rasa macam semalam saja Uteh baring di riba mak, berkongsi cerita dengan mak.Uteh rindu mak, kalau mak masih ada, Uteh nak tunjuk pada mak yang Uteh dah berjaya sekarang mak” Uteh menatap potret Raziah. Senyuman manis Raziah sentiasa dirinduinya.             “Abah pun rindukan mak..” ujar Rahman yang berdiri di pintu bilik Uteh. Uteh bangun dan segera memimpin Rahman untuk duduk di birai katil.             “Uteh nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada abah dan mak. Abah dan mak besarkan Uteh dengan penuh kasih sayang walaupun abah tak pernah limpahkan Uteh dengan kemewahan dunia. Uteh bersyukur sangat sebab dibesarkan dalam keadaan macam ni, Uteh tak malu dan takkan sesekali malu untuk mengaku yang Uteh ni hanya anak orang kampung yang miskin” Uteh memeluk bahu Rahman. Air mata jantannya menitis di pipi.             “Hanya kasih sayang yang mampu kami beri. Kemewahan jauh sekali. Alhamdulillah, kalau mak mas…

Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 9

Imej
BAB 9
“U HUK..Uhuk..” batuk Raziah makin menjadi-jadi pula sejak kebelakangan ini. Dada yang terasa sesak diurut untuk melegakan pernafasannya.             Puan Zainab yang memerhati dari katil hanya melepaskan keluhan. Dia silap menilai Raziah. Wanita itu merupakan menantu yang sangat baik. Buktinya Raziah sanggup menjaganya di hospital.             “Yah..” panggil Puan Zainab tidak bermaya. Dia disahkan menghidap strok. Tutur katanya juga sukar difahami kerana mulutnya telah senget akibat serangan strok tersebut. Riziahlah yang menguruskan dirinya selama dia di hospital.             “Ya mak? Mak nak makan?” Raziah melemparkan senyuman nipis. Kerongkongnya terasa pedih. Bekas jahitan di dadanya juga terasa berdenyut-denyut.             “Terima kasih Yah” ucap Puan Zainab ikhlas.             “Mak tak perlu berterima kasih dengan Yah. Yah yang perlu ucap terima kasih pada mak sebab sudi terima Yah sebagai menantu yang diiktiraf walaupun baru beberapa minggu”             Puan Zainab senyum.…

Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 8

Imej
BAB 8
M AKAN ni Uteh” Puan Zainab menghulurkan sepinggan nasi berlaukkan asam pedas ikan tenggiri. Uteh menggeleng. Dia tidak mahu makan, dia cuma mahu pulang. Apa yang ada di dalam kepalnya ini hanyalah abah dan emaknya.             Dia tidak mahu tinggal di rumah besar ini. Dia rela tinggal di kampung.             “Kau ni degil betullah” Puan Zainab hilang sabar. Susah betul hendak memujuk Uteh. Lagipun bukannya dia culik Uteh untuk dijadikan tebusan pun, sekadar menjadi pewaris hartanya sahaja. Pewaris yang bakal tiada apa-apa hubungan dengan kedua-dua orang tuanya lagi. Puan Zainab senyum sinis.             “Uteh nak balik rumah” Uteh bersuara lagi.             “Jangan mimpi. Tinggal di sini dengan nenek” terbit rengusan kecil di bibir wanita itu.             Bunyi guruh berdentum membuatkan Uteh terkejut. Dia ketakukan. Selalunya saat-saat begini emak akan memeluknya bagi menghilang rasa takut Uteh. Tapi sekarang emak tiada di sisinya.             Kilat memancar-mancar di luar sana.…

Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 7

Imej
BAB 7
S ENJA sudahpun hendak melabuhkan tirai. Langit cerah bertukar-tukar merah. Burung-burung pun pulang ke sarang. Raziah mengintai di ingkat rumah. Riak wajahnya bimbang. Pintu jendela ditutup. Maghrib-maghrib begini tak elok dibiarkan terbuka.             Rahman yang baru keluar dari bilik sambil membetulkan baju melayunya memandang Raziah penuh tertanya-tanya.             “Uteh mana Yah? Dari petang tadi tak nampak lagi” Rahman berkerut. Jarang sekali Uteh pulang lewat ke rumah kecuali ada latihan bola sepak di sekolah.             “Itu yang saya risaukan bang. Dari tadi Uteh tak balik-balik. Petang tadi saya tanya Man anak Pak Wahid, dia cakap di sekolah tiada apa-apa latihan sukan” Raziah risau. Bening matanya menakung air mata. Tak pernah rasa sebegini sebelum ini. jika inilah perasan yang bakal dia rasa ketika melepaskan Uteh pergi, dia tidak sanggup.             “Awak pergi bersiap sekarang Yah, kita cari Uteh di sungai. Kot-kot dia mandi sungai” Rahman memberi arahan. Raziah b…

Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 6

Imej
BAB 6
U TEH berjalan seiring dengan kawan-kawannya. Waktu persekolah baru sahaja melabuhkan tirainya. Sebaik sahaja melepasi pintu pagar sekolah, seorang demi seorang kawan-kawannya mengikut haluan sendiri. Masing-masing dijemput oleh ibu dan bapa.             Uteh mengeluh, sakit pula kakinya hari ini. Maklumlah, pagi tadi ada latihan bole sepak. Dia tercedera sedikit akibat kasut sukan yang dipakai sudah haus dan duri tajam tercucuk di tapak kayunya.             Memahami kesusahan yang melanda keluarganya, Uteh tidak pernah meminta malah jauh sekali mengeluh. Cikgu kata, takdir hidup bukan kita yang tentukan.             Uteh mengambil keputusan untuk berehat sebentar di pondok menggu bas di depan sekolahnya. Bas sekolah pun sudah bergerak balik menghantar murid sekolah. Begitu juga dengan ibu bapa, sudah beransur pulang. Yang tinggal cuma Uteh dan beberapa orang yang menunggu ibu bapa mereka jemput pulang.             Air mineral yang tersimpan kemas di poket sisi beg segera dicapai …

Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 5

Imej
BAB 5
R AHMAN meletakkan kopiah yang dipakai ke atas meja kayu yang menunggu masa untuk rebah itu. Jam di dinding dikerling. Jam itu dibeli dengan duit hasil menorehnya. Jarum jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Biasanya waktu-waktu begini Uteh sudah masuk tidur kerana dia perlu bangkit awal untuk ke sekolah. Jarak rumah dan sekolah bukannya dekat. Tambahan pula, dia tiada basikal mahupun motorsikal untuk menghantar anaknya itu.             Duduk dilabuhkan di atas lantai yang berlapikkan tikar getah lama itu. Sesekali dia memicit kepala yang terasa berat. Mujurlah kudratnya masih mampu bekerja bagi menampung makan dan minum mereka sekeluarga.             “Abang baru balik?” soal Raziah yang mendaki tangga menuju ke ruang tamu rumah. Rahman sekadar menangguk.             “Abang nak air?” soal Raziah lagi.             “Tak mahulah Yah. Tadi abang sudah jamah di masjid. Ada kenduri sikit” jawab Rahman seraya menyandarkan tubuhnya di dinding rumah.             Raziah duduk di sebalah suaminya…

Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 4

Imej
BAB 4
R AZIAH duduk melipat kain di ruang tamu rumah. Kejadian yang berlaku sebentar tadi masih segar di ingatannya. Masih terngiang-ngiang amrah yang dilemparkan Rahman. Raziah tahu, dia berdosa kerana telah menaikkan kemarahan suaminya. Tapi dia ada sebab berbuat demikian.             Uteh menapak perlahan-lahan menuju ke emaknya. Dia tidak mahu menganggu emaknya yang nampak sedang berfikir jauh. Teragak-agak Uteh hendak duduk apabila tiba di hadapan Raziah.             “Mak..mak” panggil Uteh perlahan.             Lamunan Raziah hilang begitu sahaja. Dia menoleh ke sisi dan melemparkan senyuman kepada Uteh.             “Bila Uteh duduk sebelah mak? Mak tak perasan” Raziah ketawa nipis. Sekada menghilangkan canggung.             “Baru saja. Mak fikirkan apa tadi?” soal Uteh sambil meniarap memandang emaknya yang melipat kain.             “Tak ada apa pun. Teringat kenangan lama” sembunyi Raziah.             “Mak, kalau Uteh tanya sikit boleh?”             “Apa dia?”             Uteh bangun…

Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 3

Imej
BAB 3
S EBUAH kereta mewah masuk ke perkarangan rumah Raziah dan Rahman. Rahman ketika itu sedang menebas rumput yang semakin meninggi di tepi rumah Matahari yang terpacak di kepala tidak dihiraukan.. Sebaik sahaja melihat ada tetamu yang datang, Rahman berhenti menebas dan segera menapak ke kereta mewah tersebut.             Seorang perempuan berusia lingkungan umur 50-an keluar dari kereta mewah bercermin gelap itu. Wajah yang garang dan tanpa senyuman itu membuatkan Rahman terkejut sakan.             “Ab..” Raziah yang berdiri di muka pintu terkejut sakan. Dia baru sahaja hendak meminta Rahman ke kedai membeli beras. Beras di dapur sudah habis, sebentar lagi pasti Uteh akan pulang dari sekolah.             “Puan nak apa datang ke mari?” soal Rahman dingin.             “Amboi, kau tak mahu jemput aku masuk ke?” sinis perempuan itu. Kaca mata hitam dinaikkan ke atas kepala. Sesekali tangan melibas-libas muka. Panas.             “Jemput masuk Puan. Teratak kami buruk sahaja bukan macam …

Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 2

Imej
BAB 2

“U TEH buat apa tu?” soal Raziah lalu duduk di sebelah anaknya. Rahman yang sedang menghembuskan asap rokok daun sesekali berpaling. “Uteh buat kerja sekolah mak. Uteh nak jadi pandai, nanti boleh kaya..” ujar Uteh bersemangat.             “Uteh belajar rajin-rajin ya. Bila dah kaya jangan lupa orang susah sebab kita pun susah. Uteh janji dengan mak ya?” Raziah menahan air mata.             “Mestilah Uteh janji mak. Orang susah pasti akan Uteh bantu, mereka dah macam keluarga Uteh”             “Kalau macam tu, sejuk sikit hati mak dengar. Macam mana kaya pun Uteh nanti, rumput di bumi jangan dilupakan” pesan Raziah berkias. Dia tidak mahu Uteh menjadi orang yang sombong dan lupa diri kelak.             Uteh mengangguk faham. “Mak..mak, boleh Uteh baring atas riba mak?” pinta Uteh. Raziah menangguk. Uteh melabuhkan kepala di atas riba Raziah. Raziah membelai rambut anak lelakinya itu.             “Mak, mak..Cikgu kata karangan yang Uteh buat boleh masuk pertandingan. Mak benarkan tak…

Novelet: Secubit Kasih Segenggam Sayang 1

Imej
BAB 1

“S AYA tak minta pun duit awak. Saya boleh cari sendiri, kudrat saya masih kuat untuk membanting tulang. Awak simpanlah duit awak itu, mana tahu esok lusa awak sakit semula. Boleh juga guna duit itu beli ubat..” Rahman mengibas-ngibaskan badannya yang kepanasan setelah pulang dari menoreh getah.             Raziah kembali menyimpan wang yang dihulurkan kepada suaminya sebentar tadi. Niatnya hanya satu. Cuma mahu membantu suami yang perit jerih bekerja menampung perbelanjaan mereka.             “Semua ni salah saya kan bang. Kalaulah dulu saya dengar cakap arwah mak supaya jangan kahwin dengan abang, abang mesti takkan hidup miskin macam ni” Raziah duduk di tangga rumah sambil mengenang masa silam.             “Awak menyesal kahwin dengan saya ke Yah?” soal Rahman yang berdiri di sisi basikalnya. Langkah terhenti selepas mendengar bicara Raziah sebentar tadi.             “Tak bang, saya sama sekali tak menyesal. Cuma saya terkilan. Sebab saya, abang terpaksa hidup susah payah macam i…

CERPEN: KERANA BUDAK COMOT

Imej
           SEORANG budak comot dengan baju lusuh, rambut tidak tersisir rapi, dan berkaki ayam menghampiri Azim yang sedang menunggu makanan di sebuah restoran mewah. Azim menyeluk poketnya untuk mengeluarkan dompet. Tebal! Dia baru sahaja mendapat bonus 5 bulan gaji. Semuanya di atas kerja kerasnya sendiri yang telah berjaya mendapatkan 3 projek besar untuk syarikat.
“Abang, tolong saya bang. Saya dah 2 hari tak makan” budak comot itu berdiri di hadapan Azim.
            “Kau ni tahu mengemis aje. Kerja tak nak. Pemalas!” marah Azim. Mata-mata pelanggan lain tertumpu kepadanya.             “Saya bukan tak nak kerja bang tapi saya belum cukup umur. Saya anak yatim bang. Mak saya pula sakit. Adik-adik ramai. Saya dah 2 hari tak makan. Tolong saya bang.” budak comot itu merayu.             “Syuhh..Aku tak kiralah kau anak yatim ke, mak kau sakit ke. Apa aku peduli? Dah pergi jauh-jauh” halau Azim. Budak comot itu berlalu dengan wajah yang sedih. Setitis air mata tumpah di pipi.           …

Cerpen 2016: Bukan Milikku

Imej
lama tak update cerpen. Nak cerpen secoet. Cerpen 2016 ye. cerpen for 2017 coming soon.. jemput baca. Apa yang tak kena terus comment k.