NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
Cerpen: JODOH DI KENDURI KAHWIN
Rabu, 2 Julai 2014 | Julai 02, 2014 | 14comments




 Okay belanja satu cerpen. Cerpen ni CK buat masa cuti hari tu. Hope enjoy. Tak puas ati tak suka, sila komen. Tak perlu cakap belakang :D
Versi NMK: SINI


              “EH, macam tak percaya saja aku nak yang duduk atas pelaminkan?” ujar Alang lalu melepaskan tawa.

            “Sengetlah ko Alang. So, lepas ni status dah bertukar” kata Aishy sambil tangan ligat memasukkan telur ke dalam bunga telur.

            “Woi, dia tu dah akad nikah semalam lagi. So, dia dah officially jadi Mrs.Rafiy. Apalah kau ni adik.” sampuk Angah lalu menyekeh kepala Aishy. Dia mengusap kepala yang disekeh. Angah ni kalau sekeh orang memang tak berpada-pada. Main ikut sedap dia saja.

            “Erk! Sama sajalah tu” Aishy mencebik. Isy, sabar sajalah.

            “Adik, your phone is ringing.” Jerit Along dari dalam bilik.  Aishy membuka langkah seribu mendapatkan telefon bimbitnya. Bukan apa, takut ada panggilan penting. Sempat lagi Angah mengusik.

            “Lari macam ribut. Tu mesti abang sayang dia call” galak Angah mengusik. Eh, Angah ni tak tahu ke adik dia ni single and available. Tak mainlah couple-couple ni. No men no cry. Haha tak gitu?

            Telefon bimbit yang terletak di atas meja kerja Along segera digapai. Jari jemarinya laju menari di atas skrin. Panggilan dari Aina! Beserta senyuman, dia menjawab panggilan itu.

            “Assalamualaikum Aina! Weh, bila nak mai?” tanya Aishy girang.

            “Waalaikumussalam. Sabaqlah ceq oiy. Aku baru ja sampai Perak. Sat lagi baru bertolak semula. Papa aku pi hospital sat.” katanya dalam loghat utara yang berselerak. Mana tak berselerak, si Aina ni lahir dekat Melaka. Tinggal pula dekat Kelantan. Mama dengan Papa dia sahaja orang Kedah. Balik kampung pun setahun sekali. Raya? Belum tentu balik. Yalah, papa dia kerja atas kapal, mama dia pula tak reti drive. Eh, panjang pula intro pasal Aina ni.

            “Kau ni! Rosak loghat negeri orang. Isy!”

            “Haha, kau yang mula dulu”

            “Asal uncle pi hospital?” tanya Aishy.

            “Tengok mummy Zarief. Dia dah bersalin pagi tadi. Dah alang-alang lalu Perak, singgahlah sekali.”

            Aishy mengerutkan dahi. Kelantan dengan Perak? Jauh itu.

            “Kau biar betul? Jauh tu”

            “Kau ni dah kenapa Cik Aishy oiy! Kan kami balik kampung. So, dari Kedah nak pergi Pahang, mesti lalu Perak. Ehwait! Geografi kau dapat berapa masa PMR?” hah dia dah buat dah! Tahulah dia ni expert gila bab-bab peta ni. Aku dulu, kalau boleh macam nak lari saja time cikgu Geografi masuk. Naik berpinar mata tengok peta yang sememangnya berselerak tu.

            “Okay, tutup bab tu. Dah tu bila nak sampai rumah aku?” Isy, kalau macam tu, mesti si Aina ni sampai lambat. Alah!

            “In Shaa Allah pagi esok sampailah”

            “Okay got to go now. Angah dah panggil. Nak buli aku lagilah tu. Kirim salam semua. Tolong ciumkan Zarief dengan adik dia untuk aku!”  pesanku. Mama Zarief ialah kakak ipar kepada Aina yang lebih dikenali dengan nama Kak Rita. Zarief pula, anak buah kesayangan Aina. Alah, Aina ada seorang saja anak buah. Masuk si adik Zarief baru ada dua orang. Kasihan dia. Sunyi!

            “Okay, assalamualaikum”

            “Waalaikumussalam” jawabku lalu menamatkan panggilan.



SUASANA pada pagi itu agak riuh rendah dengan suara sanak saudara yang ralit bersembang dan jiran-jiran yang hadir untuk menolong. Aishy ketika itu sedang melayan anak buahnya seramai 8 orang. Penat? Tak usah dikata! Sikit-sikit Acu... Penat telinga, tangan, kaki semua nak layan mereka ini. Kalau tak sabar, memang dah makan kaki dah mereka ini. Tapi memandangkan Aishy seorang Acu yang baik, maka dia layankan juga.

            “Acu...nak ucuApar” adu Danish, anak keempat Along. Mamanya tengah sibuk menolong di dapur. Along pula tengah pergi urus khemah.

            “Acu....Mya nak eskimErm yummy” pinta Damya, anak Angah pula. Aduh!

            “Erk! Kejap ya...Acu ni seorang saja. Nak layan kau orang semua, memang taklah.” Pelipis diurut sekejap. Pening!

            “Acu, nak yakAkit erut” Safi sudah memegang perut dengan muka yang paling ‘comel’.
            “Amboi! Semua nak minta dekat Acu..Dekat Acik Aina tak nak minta?” celah satu suara tiba-tiba. Suara yang amat  dikenali. Aishy mengalihkan tubuh 180 darjah ke belakang.

            “Eh, Aina....Bila sampai” Aishy bangun dan terus memeluk dia.

            “Acu...nak yak!” rengek si kecil Safi sambil menarik-narik bajunya.

            “Safi come to mama! Hurry up dear” Jerit Kak Fas dari dapur. Mungkin dia dengar kot anak dia merengek dari tadi. Hehe nasib kaulah Safi dapat Acu macam Aishy.

            “So, nak buat apa?” tanya Aina selepas merungkaikan pelukan sebentar tadi.

            “Erm, rileks.” jawab Aishy selamba.

            “Banyaklah rileks kau. Tu, goodies bag pergi siapkan. Tambah 30 lagi...” arah Angah yang baru turun tangga dari tingkat atas.

            “Isy, angah ni pantang tengok orang free sikit..Ada saja benda nak suruh” rungut Aishy.
            Aina menarik tangan Aishy. Dengan hati yang separuh rela, dia melangkah naik ke tingkat atas. Aina menggeleng-gelengkan kepala melihat keletah sahabatnya itu. ‘Macam kanak-kanak Ribena’ getus hati kecil Aina. Anak buah Aishy yang ramai itu merengek-rengek melihat dia yang tidak melayan mereka. Lantaklah, Aishy dah penat gila layan kau orang semua ini. Macam-macam perangai!

                               

“AISHY! ambikkan goodies bag lagi 20 dalam bilik Alang” jerit mama yang ketika itu sedang bersalaman dengan para tetamu yang hadir.

            Kelam kabut Aishy dibuatnya. Dengan kawan-kawan yang ramai gila hadir. Dengan kawan Angah yang tak terlayan. Mana satu dia nak buat? Kedengaran suara Angah pula yang memanggilnya. Dia menyuruh Aishy membantunya melayan rakan-rakan sekerjanya.

            “Let’s me help you” ujar Aina dari belakang sambil tersenyum. Aishy membalas senyumannya.

            “Thanks Aina. Okay, kau tolong aku ambil goodies bag 20 dalam bilik Alang.” Arahnya. Aina mengangguk lalu membuka langkah. Aishy mendapatkan Angah.

            “Dik, tolong layankan kawan Angah sekejap. Dia orang malu ni. Angah nak pergi tengok Damya..Dia muntah tu” Aishy mengangguk. Kelihatan Kak Wirda, Kak Hanees, Kak Sufra, Abang Zain dan Abang Sufian.

            “Jemput makan semua. Tak apa, meh Aishy temankan. Makanlah banyak-banyak ya” jemput Aihy ramah. Yalah nanti orang kata dia ni sombong pula. Senyuman pula mestilah manis. Kalau boleh macam madu.

            “Aishy, Kak Hanees teringin nak rasa bubur pulut hitam tu. Boleh tolong ambikkan?” pinta Kak Hanees. Aishy mengangguk. Kasihan pula melihat mak buyung seorang ini.

            Dia menatang dua biji mangkuk yang berisi bubur pulut hitam itu dengan berhati-hati sekali. Matanya sesekali ditalakan pada mangkuk itu. Risau tertumpah.
            Bummm!

            Tumpah jua akhirnya bubur itu. Semua mata tertala kepada kami. Bubur pulut hitam selamat mendarat di atas baju baru Aishy itu. Berair matanya. Mana tak berairnya, dahlah tu baju baru..Kepala didongakkan untuk melihat gerangan orang yang berjaya melanggarnya. Dia juga terduduk di atas lantai seperti Aishy. Yang paling mengejutkan ialah ‘topeng’ yang berada di mukanya. Terhambur jua tawanya. Tidak tahan melihat free show di depan mata. Mana nak tahan kalau tengok muka mamat seorang ini dah disaluti bubur pulut hitam. Sebijik macam orang minyak! Haha.

            Orang ramai tidak lagi memerhatikan mereka. Terdengar dengusan kuat lelaki itu.

            “Hey cik adik! Kalau tak nak saya kiss mulut tu, baik senyap” amarannya.

            Aishy pantas menekup mulutku. Uish ni hanya untuk husband aku okayLimited edition kau nok!

            “Eh, awak ni jalan pandang mana ya? Saya tahu saya cantik hari tapi tolonglah kawal mata tu” hujah Aishy bongkak. Ayatnya tu macam naik lif tekan sendiri pula. Erk! Lantaklah.

            “Amboi sesedap kiub ayam knorr je mulut awak bercakap ek! Awak tu yang lapar macam sebulan tak makan..Jalan tengok bubur tu je.. Orang jalan pandang depan” bidas lelaki itu kembali.

            Suhu badannya mulai naik. Sabar Aishy..Ni kenduri Alang, jangan buat hal. Nanti malu mama. Orang macam ni kau kena tahan sikit.

            “Whateverlah encik...Erk! encik tak ada nama” Aishy mulai bangun dan masuk ke dalam rumah. Spoil moodnya. Sudahlah baju baru kotor. Nak pakai baju mana ya? Erm terpaksalah pakai baju yang ada dalam almari tu. Tension betul!

            “Woi budak, muka aku ni siapa nak cuci? Huh dasar budak kecil” jerit lelaki itu.
            Aishy memekakkan telinga. Eleh, dia yang buta aku pula yang kena. Muka sendiri, cuci sendirilah. Apa dia ingat aku ni maid dia? Piiiraaah! Tak hingin! Sedang Aishy menaiki tangga ke bilik, Along memandang hairan ke arahnya.

            “Apa? Tak pernah tengok orang ke?” tanyanya geram. Along melepaskan tawa. 

          “Dik cantik corak baju baru kau. Bila beli?” perli Along sambil berlalu. Kurang asam punya Along! Hampeh nyok..Eee sakit pulak hati kita.

            Pintu bilik aku rempuh kasar. Gedegang! Nasib baik kayu jati, kalau tak memang dapat angin freelah tidur malam ni. Erghh! geram dengan mamat sengal tu. Pasal dia, melepas Kak Hanees nak makan bubur pulut hitam. Kak Hanees! Aishy segera menukar baju setelah teringat akan rakan kakaknya yang seorang itu.

            Kaki diatur ke tingkat bawah. Matanya melilau mencari kelibat Kak Hanees. Hah, itupun dia. Aishy mendekatinya.

            “Kak Hanees, sorry tadi Aishy tertumpahkan bubur tu” pintanya berasa bersalah. Kak Hanees hanya tersenyum sambil mengusap kepala Aishy yang dilitupi tudung.
            “It’s okay dear.. Angah dah ganti yang baru tadi.” terangnya.

            “Hanees, kau...” dua pasan mata bertentang. Suhu darah naik kembali.

            “Mamat topeng bubur pulut hitam?” kata Aishy.

            “Amboi mulut macam bon..eh tak sopan..Amboi mulut macam punggung ayam” sempat lagi si Haz ni buat lawak.

            “Whateverlah encik tak ada nama. Waste my time je layan orang macam awak ni” tutur Aishy menyampah. Kak Hanees hanya tersenyum.

            “Tahun depan bolehlah kita makan nasi minyak” Kak Hanees mencuit Angah. Aishy hairan. Nasi minyak apa pula ni?

            “Nampak gayanya macam itulah” balas Angah pula.

            “Wait...siapa yang nak kahwin?” tanya Haz polos.

            “Kesian kau Suf, dapat bakal adik ipar yang ‘loading’! Siapa lagi? Kau orang berdualah..Serasi sangat..Macam pinang dibelah empat belas” gurau Kak Hanees. Kawan-kawan Angah yang ada dekat situ semua gelak. Blushing sudah muka Aishy.

            “Ridiculous..Aku dengan budak kecil ni? Pleaselah..Not my taste..”

            “Malaslah layan kau orang semua” Aishy berlalu pergi. Cari Aina lagi baik. Dari jauh kelihatan Aina dengan seorang lelaki di kolam renang. Siapa pula tu?

            “Ehem...ehem...sakit tekak pula” tegurnya dari belakang. Apabila si lelaki menoleh ke belakang, Aishy membulatkan mata. Aina sudah tersipu-sipu malu.

            “Acik? Aduh, cik.... kalau nak jual minyak pun janganlah dengan kawan adik sendiri” Aishy menepuk dahi. Sengal juga abangnya yang seorang ini. Umur mereka hanya beza dua tahun sahaja. Alah, kira acik ni baru 22 tahun. Aishy pula baru 20 tahun. Angah pula baru 24 tahun. Pandai tak mama rancang? Haha.

            “Alah, dik..kau ni kacau daun jelah. Pergi masuk rumah tu...Orang nak jual minyak pun tak senang..Syuhhh..Nanti acik belanja kau Baskin Robbin ek!” Ceh rasuah!

            “Rasuah...rasuah tak main...Eh, Aina sejak bila kau jadi gadis melayu ni? Tertunduk-tunduk...Malulah sangat..Dah tak payah nak malu, tembelang dah pecah!” usik Aishy. Pap! pahanya ditampar. Boleh tahan penangan Aina. Aishy menggosok paha bagi menghilangkan rasa perit.



ALHAMDULILLAH selesai sudah majlis perkahwinan Alang dan suaminya, abang Rafiy. Aishy menghempaskan badan yang letih ke atas katil. Sungguh letih dan penat! Aina pula terpaksa ke Kuantan kerana esok hari ada kenduri di sana. Acik? Apalagi, mulalah nak tunjuk baik depan bakal mak dan ayah mertua dia. Sanggup dia tawarkan diri nak drive dia orang pergi sana walaupun dia letih. Along pula terpaksa flight ke Jepun. Esok dia ada persidangan di negara matahari terbit itu. Alahai, semua sibuk. Nasiblah aku ni tengah cuti semester.

            Disebabkan terlampau letih, Aishy terlelap jua akhirnya.....

*Di rumah Haz

HAZRIN golek ke kiri, golek ke kanan..malangnya mata tidak dapat dilelapkan walaupun badan agak letih. Letih dengan macam-macam peristiwa hari ini. Tiba-tiba ingatannya teringat pula pada gadis kecil molek yang melanggarnya. Tak pasal-pasal dia jadi hantu bubur pulut hitam. Dia tersengih tanpa sedar. Gadis itu comel. Mulutnya yang pot pet, pot pet itu menarik minat Haz. Geram! Mahu sahaja dicubit bibir mungil itu.

            Suatu perasaan aneh menyerang Haz. Dia tersentak. Tangan diletakkan di dada. Perasaan apakah ini Ya Allah? Ingantannya kembali menjengah wajah gadis itu. Cantik! Agak-agak berapa umur dia ek? Mesti muda lagi. Kot-kot masih sekolah. Isy, gila ke apa kau ni Haz nak bercinta dengan budak sekolah? Eh, ada keinginan nampak? Dia berbicara dengan dirinya sendiri. Malam semakin melabuhkan tirai. Mata pula semakin memberat dan akhirnya Haz selamat belayar ke alam mimpi ditemani bidadari comel  itu.


*Di atas katil dalam bilik Aishy

SUDIKAH kau mengahwiniku wahai puteri yang cantik?” lamar seorang putera sambil melutut di hadapan Aishy. Dia tergamam. Demi tidak mengecewakan putera itu, dia menganggukkan kepala lantas jarinya disarungkan sebentuk cincin berlian 24 karat.

            “Oh my prince charming...” panggil Aishy sambil tersenyum lalu menarik tangan lelaki itu dan menciumnya.

            “Woi adik! Kau dah kenapa?” marah satu suara sambil menyekeh kepalanya. Eh, sampai hati prince charming sekeh kepalanya. Ni yang dia nak nangis ni.

            “Sampai hati awak sekeh saya” rajuk Aishy. Mata masih terkatup.

            “Ya Allah budak ni...BANGUN!!” jerit seseorang di tepi telinganya. Mata yang terkatup pantas  dibuka.

            “Apa ni Alang, terjerit-jerit macam anak tarzan” marah Aishy dalam kantuk.

            “Kau tu yang tak betul. Ada ke tiba-tiba cium tangan aku..Dahlah aku baru je keluar tandas” usiknya sambil tersenyum.

Eee pengotorlah kau ni Alang!”

            “Haha..sudah... bangun! Matahari dah terpacak atas kepala baru nak bangun! Tu pergi tengok saudara mara dah nak balik. Nak tunggu dia orang datang masuk bilik salam dengan kau?” perli Alang. Aishy bangun dari katil dan mengambil tuala yang tersangkut di penyidai. Kaki mulai menuju ke tandas.


*Di atas katil dalam bilik Haz..

“SAYANG! Janganlah kacau abang..abang nak tidur ni..Letihlah” rungut Haz apabila merasakan hidung dan telinga sengaja ‘digeli-gelikan’ oleh seseorang. Mesti isteri yang baru dinikahinya. Siapa? Alah, siapa lagi kalau bukan gadis yang kecil molek itu.

            Fakhirah menahan gelak. Sengal sungguh abang aku ni. Bila masa pulaklah dia ada sayang ni? Eh, dah nyanyuk ke apa? Sabar Ira, permainan baru sahaja bermula. Dia meneruskan agendanya. Kali ini dia menggeletek pinggang Haz pula.

            “Sayang! abang kiss tangan tu karang..Please don’t disturb me..I’m tired now” rintih Haz dalam tidur. Fakhirah ketawa terkekek-kekek sambil menahan frekuensi bunyi. Karang tak pasal-pasal, gagal pula agendanya.

            Pintu bilik dibuka dari luar. Terjengul wajah Puan Sri Warzira. Fakhirah meletakkan jari telunjuk di bibir. Isyarat supaya mamanya mendiamkan diri. Puan Sri Warzira memahami dan masuk ke dalam bilik dengan berhati-hati tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

            Fakhirah menggeletek perut Haz. Dia merengus. “Sayang! Kalau nak manja-manja pun, malam nantilah. Abang penat sangat ni!” suaranya mulai garang namun tiada tanda-tanda mahu membuka mata.

            Puan Sri Warzira sakit perut menahan gelak melihat keletah anak bujang seorang ini. Dia turut memainkan peranan. Suara dilunakkan sehabis mungkin. “Abang nak bangun pukul berapa? Sayang dah rindu ni” lakon Puan Sri Warzira. Fakhirah menunjukkan two thumbs up kepada mamanya.

            “Erm.. kejap lagilah sayang..Mehlah sini sayang tidur sebelah abang” ajak Haz lalu memeluk Puan Sri Warzira. Dia juga tidak sempat mengelak.

            “Woi abang! Bangunlah...Haha” meletus juga ketawa Fakhirah dan Puan Sri Warzira. Haz membuka mata dan terpinga-pinga. Apa yang berlaku ni? Mana sayang aku? Asal aku peluk mama?

            “Haz...Haz..Anak mama teringin nak kahwin ya? Siap mimpi bakal isteri lagi” usik Puan Sri Warzira.

            “Abang ni sengal nak mampus..Lawak..lawak” kata Fakhirah pula. Tawanya masih tidak berhenti. Haz yang malu itu segera menyusup ke dalam bilik air. Aduh, tak pasal-pasal jatuh saham aku. Ceit!



MALAM yang indah! Bintang berkerlipan di langit. Entah mengapa, muncul figura insan yang pernah dia langgar suatu masa dahulu. Tak sempat nak kenal dia. Alah, diakan kawan Angah. Tanya sajalah pada Angah. Moga-moga Angah tak syak.

            “Kau buat apa dik kat luar ni?” tanya Angah sambil memegang sebalang kacang. Mulutnya tidak berhenti mengunyah.

            “Saja ambil angin..Angah, adik nak tanya sikit boleh?”

            “What?”

            “Siapa nama mamat yang adik langgar hari tu?”

      “Oh yang tu..Mohd Hazim Amri Bin Tan Sri Azri..Dia tu senior engineer dekat office Angah dan merangkap bakal CEO Warisan Building.

      “Oh..Anak Tan Sri..Macam tak sepadan saja” kata Aishy perlahan.

      “Kenapa dik? Kau suka dia ek? Alah, tak apa..Angah kenal family dia..Dia orang tak pentingkan status tapi didikan agama tu yang penting” Aishy tersenyum. Macam ada chance je.


*Di rumah Haz..

HAZ mundar-mandir di atas jambatan buatan di kolam ikan kesayangan papanya itu. Fikirannya menerawang mengingati gadis kecil molek itu. Kenapa dengan aku ni? Sudahlah semalam aku mimpikan dia. Naik kebas pipi kena usik dengan mama dan Fakhirah pagi tadi. Aduh!

      Gadis kecil molek, siapakah awak? Could you be mineI’m already fall in love with you! jerit batin Haz. Dia membaling sedikit makanan ke dalam kolam itu. Tiba-tiba timbul wajah gadis kecil molek itu di atas permukaan kolam. Dia beristigfar. Parah kau ni Haz!



AISHY merapikan pakaiannya. Simple but nice! Kaki menuju ke tingkat bawah. Mana pula si Angah ni? Kata nak ajak jumpa kawan. Dia menjerit memanggil Angahnya. Angah menyahut dari dalam kereta sambil menekan hon. Hampeh nyok punya Angah! Kita tunggu dia, dia dah naik kereta rupanya. Nasib baik Abang Hafiz sanggup jagakan Damya! Kalau tidak, melepas nak lepak dengan kawan-kawan Angah.

      “Cepatlah dik!” jerit Angah.

      “Isy, sabarlah” marah Aishy. Geram pula dia dengan Angah ni.

      Angah memandu menuju ke tempat yang dijanjikan. Kak Hanees tidak dapat menyertai kami memandangkan sedang sarat mengandung. Abang Zain pula pulang ke kampung. Sebab apa pula, itu aku tak tahu.

      “Okay, dah sampai” kata Angah.

      Aishy terpinga-pinga. “Hah dah sampai?” seat belt dibuka dan aku melangkah keluar.

      “Dia dah sampai belum?” tanya Angah pada kawan-kawannya. Mereka menggeleng. Angah dan Aishy menarik kerusi lalu duduk. Siapa yang belum sampai? Isy, lantaklah!
10 minit berlalu..

      “Sorry guys late..My sis guna kereta..” kata Haz yang datang tiba-tiba dan tergesa-gesa. Dia mengambil tempat di sebelah Aishy. Dah tempat kosang sebelah dia je yang tinggal, terpaksalah Haz duduk kat situ.

      Nasib baik tak tersembur air yang sedang diminum oleh Aishy. Terkejut plus tak sangka mamat ni akan join sekaki.

      “Eh, you pun ada. By the way lupa nak tanya nama apa?” pergh Haz, mana kau dapat kekuatan nak tanya macam tu?

      “Eh, adik..Angah and the geng nak pergi shopping sekejap ek. Haz, jaga adik aku leklok..Okay bye

      “Angah...” Isy, main tinggal aku macam ni je.

      “Sorry.. awak tak jawab lagi my question.”

      “Perlu ke?”

      “Yup.. sangat-sangat perlu”

      “Erk!..Okay saya Aishy Sofya binti Mohd Azil..Call me Aishy. 20 years oldStudent Uitm Jengka..First year, business managementAnd you?” kataku sekadar berbasa-basi. Karang kata aku sombong pula.

      “Nice to know you pretty.. I’m Mohd Hazim Amri bin Azri..Just call me Haz..25 years old alreadyWork as a engineer in Warisan Building.  Tinggal dekat KL but my family live hereThey like Pahang so much!..Friends?” Dia menghulur salam.

      Aishy serba salah. Eh dia ni tak tahu hukum ke? Haz senyum.

      “No need to salam betul-betul.  Alah, salam ‘angin’ sahaja” katanya yang mengerti akan ikhtilat. Aishy senyum dan membalas salam ‘angin’ itu.

      Aishy dan Haz bersembang seperti sudah kenal lama. Angah and the geng pula tidak muncul-muncul. Seronok betul shopping nampak gayanya. Haz seorang yang kelakar dan mudah mesra. Erk! kenapa keluar cerita pasal dia?




SUDAH seminggu berlalu sejak peristiwa itu. Aishy pula sudah pulang ke U. Angah sudah kembali bekerja di Kuala Lumpur. Haz juga menyepi. Sesekali perasaan rindu bertandang dalam hati ini. Namun segera ditepisnya. Bimbang akan zina hati!

      Aishy duduk berteleku di atas sejadah. Tangan  diangkat bagi memohon doa pada yang Allah yang maha Esa. Sebentar tadi dia sudah mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa dan keluarga yang lain. Kina tiba pula giliran seorang lelaki yang berjaya mendapatkan tempat di hatinya. “Ya Allah, andai benar dia jodohku, Kau permudahkanlah urusannya..Andai dia bakal zaujku, kau bimbinglah dia..Andai dia merinduiku kau sampaikanlah salam rinduku padanya. Amin” Aku menyapu muka dengan telapak tangan setelah selesai berdoa.

          “Easy come...easy go...That just how you..” kedengaran Lagu Grenade dendangan Bruno Mars. Aishy segera menjawab panggilan tersebut.

“Salam adik. Free tak weekend ni” serbu Angah tidak menyempat.

      “Wasalam..In Shaa Allah. Awat?”

      “Teman Angah pergi rumah Kak Wirda. Dia kahwin..Angah ingatkan nak ajak abang Hafiz tapi dia kena pergi outstation pula.”

      “Erm bolehlah..Adik balik hari jumaat petang tu..Angah ambil ya?”

      “Okay” balas Angah ringkas.




SUASANA meriah menarik minat Aishy. Perkahwinan Kak Wirda sangat meriah memandangkan kawasan rumahnya terletak di perkampungan. Masyarakat setempat pula tidak lokek memberi pertolongan. Yang paling best, dia dapat tengok sawah padi. Memang cantik! Subhanallah! Indah sungguh ciptaan Ilahi.

      Aishy mendepangkan tangan sambil menghirup udara segar. Sudah lama di teringin nak tengok sawah padi dan akhirnya hari ini impiannya tercapai juga. Isy, tak senonohnya kau ni Aishy, orang sibuk gotong royong sediakan persiapan kenduri, kau boleh pula berehat dekat sini.

      “Hai sweety” tegur seseorang. Garau! Pasti lelaki. Aishy malas menoleh. Buat apa nak toleh, pasti dia datang nak mengorat. Huh! Hatinya tetap pada....Err pada...Isy, pada siapa-siapa sajalah.

      “Assalamualaikum” perli Aishy. Seketika, terdengar tawa kuat lelaki ini. Dia menoleh. Eh, aku ada buat lawak kampus ke kat sini?

      Aishy terpegun. Handsome sungguh makhluk ciptaan Allah yang satu ini. Cute! Eh, astagfirullahaladzim! Aishy, behave yourself!

      “Aishy, don’t look me like that..I’m shy” katanya malu-malu. Telinga merah mengalahkan udang kena bakar. Eh, bukan ke sepatutnya perempuan yang malu. Aiyoo Aishy, apa sudah jadi dengan kau ni?

      “Err.. sorry” Aishy segera membetulkan khilaf.

      “Kalau awak nak tengok saya lama-lama pun saya tak kisah tapi kena tunggu kita halal dululah.” Haz mengenyit mata ke arah Aishy . Maksud? Blur kejap!

      “Awak, saya nak duduk boleh?” pintanya. Aishy mengesot sedikit ke tepi memberikan dia ruang untuk duduk.

      “Aishy, awak nak kahwin dengan saya tak?”

      “Hah??” jatuh rahang Aishy dibuatnya. Gila spontan mamat ni tanya soalan macam tu.
      “Kenapa tak sudi?” dia sudah mulai sedih.

      “Saya tak cakap pun saya tak sudi” balas Aishy. Sengaja mahu main tarik tali. Senyuman mulai terbit di bibirnya.

      “So, awak sudilah ya?”

      “Dan saya tak cakap pun saya sudi”

      “Aishy, janganlah main tarik tali dengan saya. Tak apalah kalau awak tak nak kahwin dengan saya. Saya kahwin dengan.....dengan...” matanya melilau seperti melihat seseorang. Aku menelan air liur. Dia dah putus asa ke nak pujuk aku?

      “Mak cik....” panggilnya pada wanita yang sedang mengayuh basikal itu. Roda basikal terhenti. Wanita itu melemparkan senyuman. Haz mulai melangkah. Aku terus memakai selipar. Tak mungkin! Takkan Haz nak kahwin dengan mak cik ni pula.

      “Mak cik apa khabar?” Tanyanya seperti sudah lama kenal.

      “Mak cik baik saja nak. Kamu berdua?”

      “Mak cik saya nak....”

      “Haz! saya nak kahwin dengan awak!” ucap Aishy laju. Minta-mintalah Haz setuju. Haz janganlah awak kahwin dengan mak cik ni. Saya jealous. Haz, saya cintakan awaklah.

      “Hah??” kali ini giliran Haz pula yang melopong. Dia baru saja hendak bertanya dia manakah rumah Haji Salih yang merupakan rakan atoknya itu. Tup..tup si Aishy ni luahkan perasaan dia pula.

      “Mak cik, kami pergi dulu ya” Haz meminta diri. Wanita itu tersenyum dan kembali mengayuh basikal tuanya. Haz menarik hujung lengan baju Aishy dan menuju ke tempat yang mereka duduk tadi. Aishy sudah merah mata. Hidung pula berair-air. Menangislah katakan.

      “Please Haz...Don’t leave me alone! I’m begging you..I love you so much..

      “Syhhh don’t cry sayang. Keep your tears. Saya takkan tinggalkan awak because I love you too” Ya Allah terima kasih kerana menghadirkan rasa cinta dalam diri kami. Moga kami berjaya mengejar cinta Ilahi.

      “Thanks awak. Jom kahwin” Ajak Aishy menahan sendu. Haz melepas tawa. Gila sempoi future wife aku. Terbaik!

      “Aishy, saya baru saja nak tanya mak cik ni mana rumah Haji Salih. Dia tu kawan atok saya. Dah lama kami tak jenguk dia. Awak ingat saya nak tanya apa?

      “Err..yeke?” Aishy mengelap air mata. Aduh, malu.

      “Hehe sayang juga awak dekat saya ya?” usik Haz. Merah pipi Aishy. Tak payah pakai blusher dah.

      “Yahooooooo...Adik aku nak kahwin!” jerit Angah lalu keluar dari tempat menyorak sambil bersorak girang. Kelihatan Kak Wirda, Along, Acik, Aina dan Alang juga turut ada. Aishy menekup muka malu. Aduh! Mama, Aishy malu!!

      Haz menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Telinga sudahpun merah. Along menunjukkan two thumbs up kepada Haz.

      Wait! Aishy baru perasan akan kehadiran Aina. Mana family dia? “Aina, kau datang dengan siapa?”

      Aina malu-malu lalu menjeling manja ke arah Acik. Aishy menggaru kepala. Apakah? “Er, datang dengan abang kau.”

      “Gotcha! Kau orang couple ek?”

      “Tak mainlah couple-couple ni! Bukan macam orang tu.. Siap confess bakal husband lagi..Please don’t leave me. I love you.. Haha.. lawak-lawak.. Buat malu keturunan saja” Semua yang ada di situ sudah ketawa.

      “Senyaplah kau ni!” Aishy mencubit lengan Acik.
      “Kami dah nak tunang” luah Aina.

      “Kurang asam punya Acik! Bagilah tahu aku dulu” marah Aishy. Alah, marah geram.
      “Buat habis air liur saja bagitahu kau”
      “Kawanku kakak iparku!!!” jerit Aishy gembira. Mereka semua bersorak riang.




“EHEM..mata tu jaga ya pengapit..Karang ada juga Along cucuk dengan garfu” usik Along. Semua yang ada di situ bantai gelak. Alah, Along ni! Suka kenakan adik sendiri. Si Haz ni pula asyik menjeling saja. Tahulah mata dia cute!

      “Allah..” luah Angah sambil menepuk dahi.

      “Asal?” tanya Along pelik. Along dan Alang sekeluarga turut hadir ke kenduri itu. Mereka tiba lebih lambat daripada Aishy dan Angah. Mereka dapat jemputan istimewa dari Kak Wirda. Jemputan ala-ala VIP. Kelassss kau noookk!

      “Jom ambik gambar..Nak mms dekat mama..Lupa nak tunjuk muka bakal menantu dia” kata Angah

      Mereka sama-sama ketawa. Sengal punya Angah! Mereka merakamkan detik indah itu bersama kedua mempelai. Aishy rasa yang paling over masa kenduri tu, mereka semualah. Keluarga pengantin pun hanya mengabdikan beberapa keping gambar sahaja. Tapi turn mereka, full memory phone Angah! Tak cukup dengan tu, keluar pula Blackberry Z10 Along. Dan yang paling gempak, si Haz ni terus ambik kamera Nikon edisi terbaharunya dari dalam kereta. Dimintanya adik Kak Wirda merakamkan gambar mereka. Sungguh, dia bahagia! Semoga Haz menjadi pemimpin yang terbaik bagi dirinya dan keluarganya. Semoga baitul muslim yang bakal dibina berjaya menggapai redha Ilahi. 

Label:


Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go