NORMAH ZAINUL

Sexy Red Lips
MINI NOVEL: DIA KESAYANGANKU 3 (EDITED)
Rabu, 16 April 2014 | April 16, 2014 | 6comments

MAJALAH Hijab yang berada di tangan ku selak rakus. Cantiknya! Koleksi tudung yang digayakan amat menarik hatiku. Tanpaku sedar, Puan Zri Zazarina tersenyum memandang kelakuanku. 

“Seronok nampak?”

Terkejut aku dibuatnya. Mujur sahaja tidak tercampak majalah ini. Aku tersenyum ke arahnya. 

“Cantikkan tudung ni mama?” aku menunjukkan gambar sehelai tudung kepadanya. 

“Ye, memang tak dapat dinafikan kecantikannya tapi Scha kena ingat. Kalau nak beli tudung, pastikan labuh menutupi dada. Itukan etika pemakaian Islam” nasihat mama meresap masuk ke dalam mindaku sebelum diproses dan disemat kukuh agar tidak hilang begitu sahaja. 

“Thanks for the advice ma” aku memeluknya. Dia juga membalas.

“Kita ni sesama Islam, mama wajib beri tunjuk ajar dan teguran if Scha salah”

“Tegurlah Scha ma, bimbinglah Scha ke jalan yang lurus” ujarku. Dia hanya mengangguk. 

“Ada drama air mata lorh” sapa satu suara dari belakangku. Puan Sri Zazarina hanya tersenyum. 

“Isy, sibuk aje kau ni!” marahku kepada Ed. Marah manja.

“Eh, dia yang sibuk! Umi kau kan ada? Kenapa nak peluk mama aku juga?” tanpa sedar, kata-kata Ed menghantar sebutir peluru yang terlalu kecil ke dalam hatiku. Aku tersentak. Ya betullah. Apalah aku ni, sudah ada Umi, tapi tamak lagi. 

“Betullah kata kau. Aku lupa pula pada Umi, kau ambillah mama...Aku okey” nada suaraku cuba ditahan semampu yang boleh. Sebak!

“Isy, tak payah dilayan di Ed ni Scha. Macam Scha tak kenal dia macam mana” Puan Sri Zazarina cuba menenangkan aku. 

“Rileklah kawan. Gurau aje pun. Janganlah ‘makan dalam’ sangat” dia berjenaka lagi. 

Aku tidak membalas. Majalah yang tertutup tadi segera aku buka dan meneroka sehingga ke muka surat terakhir. Entah mengapa, aku mudah terasa hari ini. Mungkin PMS.

“Scha, kau marah aku ke? Sorrylah, aku gurau aje” Ed serba salah. Scha sudah tidak seperti selalu. Hatinya menjerit. Puan Sri Zazarina mencubit lengan anak lelakinya itu. Ed menyeringai kesakitan.

“It’s okay..I’m sorry too. Tak tahu kenapa tadi sensitif sangat.” aku cuba melemparkan senyuman kepadanya. Dia mengusap dada tanda lega. 

“Keluar nak?” ajaknya.

Aku menggeleng. “Sorry, tak manis kalau orang tengok aku keluar dengan kau. Lagipun kita bukan muhrim” aku cuba menolak ajakannya secara berhemah. Takut sekiranya dia salah faham.

    “Eleh, sejak bila? Habis kau duduk rumah aku ni, orang pandang manis? Macam tu?” dia tersenyum sinis. Beginilah perangai Ed sebenarnya. Cuma entah mengapa hari ini aku berasa sangat sensitif. Pantang diusik sedikit mulalah drama air mata.

“Okey, kalau macam tu lusa aku pindah..” putuskan cuba menahan sebak. Dari lirikan mataku, dapat ku tangkap Puan Sri Zazarina memberi amaran kepada anaknya. Ed membuat muka tidak bersalahnya. 

“Kamu ni kenapa Ed?!” marah Puan Sri Zazarina.

“Alah, ma..Ed usik sikit je. Lagipun macamlah dia tak kenal Ed ni macam mana” dia memuncungkan mulutnya.

“Orang perempuan ni kalau nak bergurau senda, kenalah tengok hari...” pesan Puan Sri Zazarina geram. Ed mengerutkan dahinya. Hari? Hari apa? Hari Ibu? Hari Kekasih? Dia menyoal dirinya sendiri.

“Ma..” belum sempat dia bertanya soalan, Puan Sri Zazarina sudah memimpin tangan Scha menuju ke dapur. Malas melayan karenah anak tunggalnya itu. Buat-buat tidak faham pula. 


“SCHA, malam ni mama nak pergi usrah. Scha nak ikut?” soal Puan Sri Zazarina. Mana tahu Scha nak ikut. Ada juga dia teman ketika di sana.

Berseri-seri mukaku apabila mendengar pelawaan Puan Sri Zazarina. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, aku mengangguk. 

“Kat mana ma?” soalku teruja dan ingin tahu. 

“Dekat rumah kawan mama, our society memang akan adakan usrah seminggu sekali” jawabnya. 

“Oh..kita berdua?” 

“Nampak gayanya macam tu lah. Papa kena outstation ke India petang ni” 

“Mama tak ikut?”

“Malaslah..Asyik berkepit 24 jam. Mama nak juga luangkan masa dengan Scha.” dia ketawa dan aku juga turut serta. 

“Hai wanita-wanita anggun ni, kalau dah bercerita, lamgsung dilupa kita yang kat belakang ni. Kalau macam ni, kita pun nak jadi wanita jugaklah” Ed cuba membuat lawak dan lawaknya berhasil apabila aku ketawa keriangan. Puan Sri Zazarina mengetuk kepala Ed dengan senduk. Dia mengaduh. Aku tertawa lagi. Tiada sedih yang merajai hati. 

“That’s my Scha” Ed mengenyitkan mata kepadaku seraya berjalan keluar dari dapur. 

Gulp! Aku menelan liur yang tersekat. Kenapa aku rasa lain macam apabila dia berkata sedemikian? 

“Haih! Ed ni kalau sehari tak buat lawak tiga suku dia tu, demam agaknya. Mehlah Scha kita masak dulu” ajak Puan Sri Zazarina. Aku hanya mengangguk. 


MALAM yang ditunggu-tunggu kini tiba. Aku mengemaskan lilitan selendang di kepala. Jubah berona ungu itu aku kemaskan. Cantik jubah ini. Jubah pemberian Umi semasa tahun pertama aku melanjutkan pelajaran di luar negara. Malangnya, aku tidak pernah memakainya. Baru sekarang aku menyarungnya. Jika Umi melihat aku memakai jubah ini, pasti Umi gembira.

Pintu bilikku diketuk dari luar. Kedengaran suara mama bertanya akan keadaanku. Beg tangan yang terletak di atas meja solek segera aku ambil dan tombol pintu dipulas. Terjengul figura mama yang cantik memakai jubah berwarna hitam. Jubah yang dihiasi manik-manik berwarna merah yang menaikkan lagi seri pemakainya. 

“Nak pergi mana?” tanya Ed sewaktu kami melintasi biliknya. Dia hanya menjengulkan kepalanya sahaja. Mungkin dia memakai short pant! Tebakku. 

“Rumah Aunty Lis” jawab Puan Sri Zazarina ringkas. 

“Ada usrah ke? Wait, Ed nak ikut juga” Dia menutup pintu dan segera bersiap. Puan Sri Zazarina menarik tangan aku untuk turun ke bawah. Aku hanya mengikutnya sahaja. 
10 minit kemudian..

Ed turun dari tingkat atas dengan tergesa-gesa. Kunci kereta yang tersangkut di tempat kunci segera dicapai. Aku dan Puan Sri Zazarina sudah berpeluh menunggu. Panjang muncung Puan Sri Zazarina apabila anaknya itu lambat. 

“Lambat!” ujarnya geram.

“Dah mama tak bagitahu pun nak pergi” Ed membela diri. Enjin kereta sudah selamat dipanaskan. Aku duduk di tempat duduk belakang manakala mama duduk di hadapan. 

“Takkanlah Ed tak tahu schedule mama every weekend. Penatlah mama kalau every time nak pergi, mama nak kena bagitahu Ed” 

“Okey, my fault” Ed sudah mengalah. Malas mahu bertekak. Buat tambah dosa sahaja. Aku hanya mendiamkan diri di tempat duduk belakang. Malas mahu menyampuk.


KAMI tiba di perkarangan rumah Datin Lisda pada pukul  9.00 malam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja dari rumah Puan Sri Zazarina. Banyak juga kereta yang ada di laman rumahnya. Semuanya kereta mewah-mewah. Nama pun kelab PSD (Puan Sri & Datin). Pertama kali dengar mama sebut, aku gelak sehingga sakit perut. Nama lain punyalah banyak, nak juga ditaruk nama itu. Tapi apa pun, semoga kelab ini bermanfaat daripada kelab KUKFKM(kaki umpat, kaki fitnah & kami mencarut). 

Aku bercerita sebegini kerana aku ada pengalaman. Ketika di universiti luar negara dahulu, segelintir pelajar Malaysia telah menubuhkan kumpulan ini. Kononnya mereka telah memboikot pelajar Inggeris yang dikatakan sombong. Pemikiran sempit! Aku juga ramai kawan Inggeris dan jujur aku kata, mereka sangat mesra dan baik hati. Sebaliknya pelajar Malaysia pula yang kurasakan sombong. Anna, Sophie dan Jane merupakan antara kawan rapat aku di sana. 

“Nak duduk sini sampai balik?” teguran Ed melenyapkan anganku tadi.

Aku segera keluar dari perut kereta. Puan Sri Zazarina sudah bersalam-salaman dengan tetamu yang lain. Aku juga turut ikut serta. Tak mahu digelar sombong!

“Menantu you ke Puan Sri?” tanya salah seorang ahli kumpulan itu. Matanya tidak lepas daripada memandang.

“Nope.. This is my adopt daughter. Anak kawan I” jawab Puan Sri Zazarina.

“Dah berpunya?” soalnya padaku pula.

“Erk!” kelu lidahku hendak menjawab.

“Dah aunty. She’s mine” jawab Ed dari belakang. Aku terkejut. Kalau boleh nampak jatuh aku jatuh bergolek-golek, mesti semua yang ada di sini pengsan.

“Oh, untung siapa dapat girl ni kan Puan Sri? Baik dan cantik. Siapa nama?” Soal salah seorang rakan mama.

“Sharifah Schafieqah” jawabu pendek. Rasa bangga pula dipuji begitu. Astagfirullah. Ceat-cepat aku beristigfar membuang perasaan itu dalam hati. Penyakit hati namanya tu. 


Firman Allah bermaksud: “Jangan kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang terlalu membanggakan diri” (Surah Al-Qashah, ayat 76)

“Mari masuk. Kuliah pun dah nak mula sebentar lagi” ajak seorang wanita yang sangat anggun. Datin Lisda mungkin?

Tepat jam 9.05 minit malam, usrah pun dimulakan. Seorang ustaz yang masih muda ku kira sedang duduk di atas kerusi sambil memberikan ceramah. Sungguh, setiap butir bicaranya meresap terus ke dalam naluriku. 

“Zaman sekarang, ramai anak-anak muda yang salah faham dengan konsep menutup aurat. Mereka ingat menutup aurat hanya dengan memakai tudung. Tapi hakikatnya? Mereka bertelanjang. Pakaian yang dipakai langsung tidak menepati kriteria seorang muslimah.Jadi kita sebagai orang tua, kitalah yang patut tegur mereka..Tegurlah dengan kelembutan kerana mereka masih muda. Mudah memberontak jika dipaksa. ”

Itulah antara bait-bait kata yang sangat aku suka. Yang akan ku simpan selama-lamanya. Benar, ramai remaja sekarang yang salah faham tentang konsep ini. Apa-apa pun semoga mereka mendapat hidayah dari Allah S.W.T.

Usrah itu berakhir pada pukul 10.30 malam. Usai itu, kami dijemput menikmati jamuan yang disediakan. Aku melihat ke arah ustaz muda itu. Dia duduk di suatu sudut yang agak terpencil sambil menatang pinggan yang berisi kuih. Aku menghampirinya.

“Assalamualaikum ustaz Haziz” dia memandangku. Aku tahu namanya sewaktu dia memperkenalkan diri pada awal usrah.

“Waalaikumussalam. Ya?” dia melemparkan senyuman.

“Maaf mengacau ustaz. Saya Schafieqah. Saya nak tanya ustaz sikit ni”

“Tidak mengapa. Teruskan.." Dia mengizinkan aku untuk terus meluahkan kemusykilan di hati.

“Ustaz, saya dulu bukan macam saya yang sekarang. Saya dulu jahat. Sosial...Allah terima ke taubat saya ustaz?” Aku menangis. Sebak.

Ustaz Haziz tersenyum. “Kita manusia Cik Schafieqah. Manusia tak lari dari membuat silap. Sepatutnya cik kena bersyuur sebab sekurang-kurangnya Allah dah beri hidayah pada cik untuk berubah. Soal terima atau tidak, itu kita serah pada Allah. Tapi bila kita bertaubat, kita kena betul-betul bertaubat dan berjanji untuk mengubah diri ke arah kebaikan” nasihatnya. AKu menyeka air mata.

“Terima kasih ustaz. Rasa tenang hati saya.”

“Rasanya tak perlu panggil saya Ustaz, Cik Schafieqah. Saya ni ilmu bukan tinggi pun.Panggil saya Haziz sahaja” Ustaz Haziz sangat low profile orangnya.

“Just call me Scha” 

“Scha kerja apa? Maaflah kalau saya banyak tanya” Haziz mula beramah mesra. 

“It’s okay. Saya baru habis belajar. Balik Malaysia then stay dengan Puan Sri sebab my parents tak ada dekat sini” dia mengangguk.

“By the way, awak ada tak kenal mana kawan-kawan yang nak sewakan rumah? Scha ingat nak sewa rumah sebab tak manis pula orang tengok tinggal dekat rumah Puan Sri.”

“Kebetulan, saya nak cari penyewa rumah”

“Dekat mana tu?” Alhamdulillah Ya Allah.

“Mount Kiara” balasnya ringkas.

“Maaf kalau tanya, kenapa awak nak sewa pula ya?” soalku pelik.

      “Rumah tu jauh dari tempat kerja saya..” Aku mengangguk.

Ed menapak mendekati Scha. Eh Scha berbual dengan siapa? Eee ni yang aku cemburu ni. Eh pak ustaz ni pun tahu menggatal ke? Ingat warak sangat. Sibuk aje nak bercaka dengan Scha aku. Menyampah! 

“Scha, mama call you Let’s go back” terkejut dua manusia yang sedang berbicara mengenai rumah sewa itu. 

“Ed, salam mana?” perli Scha. Haziz melemparkan senyuman tetapi Ed membuat muka meluat. 

“Ni nombor saya ustaz. Apa-apa call saya. Kira jadilah ya?” Haziz menyambut huluran kad ku.

“Assalamualaikum” dia memberi salam. Aku menjawabnya lalu melangkah pergi bersama Ed.




Older Post | Newer Post
Queen Of The Blog
Normah Zainul | 20 y/o | IPTA- somewhere in East Coast of Malaysia | Graduate soon | Love travel | Love history| Love writing | Love food

Quotes Of The Day
Writing is an exploration. You start from nothing and you learn as you go